Pages

Friday, May 31, 2013

Surprise 5th anniversary untuk suami

hari kejadian gigih balik awal seawal 2.15 petang.
siap tulis dah kat kertas apa yg kena beli dulu, apa yg kena buat dulu sebab masa yang aku ada amat2 terhad. berlari2 mcm masuk explorace dah aku ni. sampai je kat Jalan Masjid India terus gi kedai bunga kat area tu. banyak kedai bunga india yang jual bunga untuk kalung bunga kat leher tu. lagi murah roses rm2 sebatang(aku beli 3 batang), petals singgit, bunga kecik2 singgit, bunga purple dan putih tu  rm1.50 sejambak. murah kannn!!
kemudian laju2 amik keta dgn suami  then gi giant beli segala mak nenek lamb, buah2an, candle hiasan,karot, brokoli dan tiramisu. giler wehh... masa ni dah hampir kul 4.30. janji dengan suami gi amik dia kat lrt station kul 5.45. 
sampai je rumah laju2 hias meja, buat deko atas katil dengan roses petals. dengan nak mandi, dan solat lagi. berpeluh2 aku tau...

kenapa pulak aku beria2 nak buat surprise bagai.... sebabnya tahun lepas aku dalam pantang bersalinkan si yaya,  ada pendapat mengatakan 5 tahun pertama adalah masa yang banyak dugaan dalam sesebuah perkahwinan. tapi aku takde la buat sebab pendapat tu. yang ke3 pulak susah bagi aku nak buat surprise cara lain memandangkan 2 orang budak itu yang masih kecik, lagi pun masa tidak mengiizinkan kalu nak buat kat luar sbb hari kerjakan....
suami ada tak surprise utk aku, mana tau ada kotak poh kong ke, habib ke... tapi aku rasa king kong pun takde kot... takpe laa asalkan dia sepenuh hati menyayangi aku, menjadi kapten dlm bahtera aku dengan 2 anak kapal kami dan menjadi superhero aku selamanya...

 wangi betul bau bilik dengan kelopak roses... cinta sepenuh hati hingga ke jannah.

 kenkonon nak candle light dinner dengan lamb grill... gimik je tu.

 beli tiramisu kecik sebagai simbolik je, nak beli kek kang tak abis plak...

 masih kekal di situ walau sudah 5 tahun. tersenget plak signage amerislovely tuhh...

 rayyan paling tak sabar bila tengok aku deko atas meja makan. terus " waaahhhhh....." kagum kot sebab tetiba ada bunga bagai, sblm jangan kan bunga daun pun takde kat umah aku...

tenggokkkk... terus dia cedok amik laici dalam gelas tu.. macamana la nak bercandle light.


Thursday, May 30, 2013

Sweet & sour bawal, mudah dan sedap

masa aku gi makan kat restoran ala thai satu hari tu aku request bawal suwit sour tp takde kata waiter tu 3 rasa je yg ada. jakun jap dan pelik takkan takde bahan pulak kat dapur diorang tuh. bahannya takde la rumit sangat pon. sbb tak puas ati weekend nya buat laa bawal suwit sour sendiri versi aku yang tersangat la mudah sampai aku masak sambil dukung yaya jek...

 ni bahan2 deko/perasa atas ikan.

tadaaaa .... si bawal sedang posing cun, ready untuk ngap...

resepi: olahan aku sendiri

BAHAN-BAHAN:
sekor bawal (boleh jugak guna ikan kembong, siakap atau ikan lain yg sesuai, jangan guna ikan kering je)
3 ulas bawang kecik
2 ulas bawang putih
3 hiris halis
1 sudu besar sos tiram 
2 sudu cili boh/cili kisar (boleh tambah ikut tekak kalu nak pedas)
3sudu sos cili
*timun batang potong dadu tanpa biji
*carot-potong dadu
* 1/2 tomato potong dadu
*bawang besar holland-potong dadu
 garam dan gula sesedap rasa. nak buh aji pun boleh tp aku tak guna aji dalam masakan aku.
air agak2 dalam suku cawan -untuk kuah.

bahan bertanda* korang agak2 lah nak banyak mana.

CARA-CARA:
1. goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
2. kisar bawang putih, bawang merah halia (aku tumbuk je,malas nak cuci blender sbb skit sgt je pon)
3. bila bawang agak layu, masukkan cili boh/cili kisar. goreng bagi cili tu masak jap, pastu masukkan
     sos cili  dan air.
4. bila mendidih masukkan semua bahan2 yang bertanda *, rasakan dengan garam gula. tutup api,
     dah siap masak.
5. curah sos sweet sour atas ikan yang dah digoreng tadi.
    makan dengan nasi panas-panas. goreng telur dadar. sedap macam makan kat restoran Thai.

#sekor ikan bawal makan kat kedai ala Thai rege RM16.
#boleh double kan bahan2 kalu nak buat banyak.
#boleh jugak letak nenas kiub untuk rasa lebih ummpphh...


Wednesday, May 29, 2013

HAPPY 5TH ANNIVERSARY

Bulan 5 setiap tahun adalah bulan meraikan cinta. 29 mei genap 5 tahun bercinta dengan cop tiket atas landasan halal. 5 tahun terindah dengan 2 orang hero & heroin. terima kasih menjadi superhero yang ohsem, menjadi imam solatku, menjadi suami yang sangat2 memahami, sabar dengan karenahku selama 5 tahun ini. 



selim melim aku masa ni wehhh...
semoga perkahwinan sentiasa dalam lindungan dan redha Allah dan menjadikan kami yang melengkapi satu sama lain....semoga kasih sayang ini berpanjangan hingga ke Jannah.

Tuesday, May 28, 2013

Bila BFF bertemu...

assalamualaikum uols...
masa aku kat terengganu dulu, Gee ni adalah tempah aku bercerita, berlawak jenaka, berhuha huhaa...
bila tetiba jumpa camni rindu terus terubat, mula la kuar cite sengal masing2. tak puas nak bergosip mak jemah, mak limah, propa kak pah bagai... aduhh tetiba teringat time gi pasar malam batu buruk, makan binatang celop tepung kat pantai hape ntah...

kalu bgtau awal2 nak datang kan senang, boleh la aku sediakan lasagna untuk bawa balik ke terengganu (bapak jauh lasangna aku nak terbang) doh G dok kabo maka tak dapat la aku sediakan.....
terima kasih G susah2 bawakan kopok Terengganu untuk aku. tq jugak sebab jadi silence reader blog aku yang suam2 kuku....


 G tetap maintain aku pulak makin kembang setaman...  takpe G, lemak is cekci okayyy...(statement cover diri)

 aku tahu mung ngantuk kena kursus kannn... amik gambar pun sampai tertido... kikiki..

aku suh G buat aksi Gyowmi (betul ke eja nih) . masih lagi sengal2 ubi kayu walaupun dah status mak2.
G kata "jgn lupa buh dalam blog  aku mari jupe mung nih..."


#giler kentang dulu, umah blkg opis waktu tghari siap boleh balik masak,masak, mandi semua. jalan kaki 2 minit setengah dah sampai opis. Dok KL tak dapat la merasa camni lagi.... 



mix & match dengan kardigan dan inner dari wardrobe sendiri...


Monday, May 27, 2013

Wesak Day~ cuti is jalan2 for kiddos

 main sampai lebam la anak2

 asyik turun naik tangga. sbb kat umah aku pasang baby gate. 

 muka cuak sebab aku asik snap gambar dia jer...

yaya dah confident jalan pakai kasut. biasanya mesti dia nak cabut kasut tu..

LOKASI: Aeon Jusco Keramat AU



Wednesday, May 22, 2013

Wordless Wednesday~ Restoran Arab Al Edrus



 pilihan minuman

 mocha blended dengan kurma & kismis utk suami
aku air suam jer... jaga kesihatan. kui kui...


 mandy lamb aku punya
hanith lamb utk suami

 wahh... tak sabar nampak.

hmmm... standard nasi arab

Lokasi: Bukit Rahman Putra sebelah Putra Medical Centre

dari segi taste rasanya tak leh lawan Saba Cyberjaya lagi...

Tuesday, May 21, 2013

Tips susun atur perabot rumah bagi yang ada anak kecil

assalamualaikum uols...


maka aku lebih suka membiarkan keadaan rumah lapang bagi diorang bebas bermain tanpa terlanggar bucu2 meja, kosi dan sebagainya. ini jugak memudahkan aku untuk melakukan kerja2 pembersihan, nak kutip menan diorang yang berterabur, tersorok sana sini, celah kosi, langsir dan sebagainya. semua main sapu jer dan kumpulkan setempat, kalu aku rajin aku cuci balik menan diorang tuh.

rayyan pulak sangat2 cerewet tentang toys dia. segala jenis otromen pelbagai saiz, spiderman dan sebagainya.  bila dia dah atur mcm gambar kat bawah ni, sangatlah pantang sesapa usik, ambil, dan seumpamanya. yaya pulak suka sangat usik kalu otromen2 tu tersusun rapi. tarikan betul. pastu tangan dia mula usik dan ambik otromen tu. makanya rayyan pun bertukar jadi otromen dan yaya jadi raksaksa. terus kena belasah dgn otromen... 

skrg aku dah tapis dah citer2 otromen ni. rayyan betul2 buat praktikal kat adik dia. semput aku kalu tgk aksi dia, mula la terjerit2 aku mcm tarzan aduhh laaaa...


 mcm2 saiz, mcm2 warna. 

 tak tahu apa motip dia susun cenggini. apa pulak peranan lego tu dok tengah2.

 tetiba spiderman ni elok je landing atas kosi.

 ada sekor lagi. yang ni pakai bateri. siap ada bunyi kalu otromen ni lemah. boleh jalan jugak...

 tapi kalu dia selerakkan yang dalam net ni adui laa.. pusing kepala nak ngutipnya...

 view living hall dari pintu dapUr. memang lapang giler. coffee table side table dan segala jenis hiasan memang takkan jumpa laaa... selamat untuk 2 beradik tu main bola, naik beskal dan berlari....

 view dari depan pulak. kosi makan pun aku tak letak. kang tak pasal2 panjat nak jadi spiderman...kat pintu dapur dan tangga aku letak baby gate.kalu lupa nak tutup gate ke dapur jgn terkejut kalu segala periuk belanga, penapis, besen diaorang angkut ke luar buat main...

view dari pintu masuk rumah pulak...kosi2 memang semua aku ketepi dinding. senang nak menyapu/vacumm.

Monday, May 20, 2013

Pelita Nasi Kandar...

assalamualaikum uols...

review ttg mkn2 lagi.. nampak sangat yang kami laki binik ni kaki makan... ngeh..ngehh..'
mmg spoil la diet aku kalu dah petang2 makan nasi mcm ni. nak nak pula di Pelita Nasi Kandar di Setapak. perghghhhhh... abis makan sampai tak larat nak angkat montot. aduh laaa...

skrg mmg aku tak masak langsung kalu hari keje. jadi kalu dah naga dalam perut ni berjoget2 tarian inang nampaknya terpaksalah singgah mana2 bagi naga ni diam skit. koh..koh..koh.. pitam. 

khamis lepas hari bekerja maka singgah lah kami laki bini di Pelita Nasi Kandar. oleh sebab dah 3 bulan aku tak makan malam (eehh tipu.. makan jugak kadang2 benornya) sotong kari adalah pilihan aku. nampak tergolek terlentang 2 ekor sotong mengadap satau sama lain. nampak macam tak senonoh,kuah meleleh tepi pinggan tapi hazab sedap wehh... lepas abis sepinggan terus senyap naga dalam perot aku.

 sotong je takde sayur mayur dah. mmg punah diet la kalu layan mcm ni hari2...

 ni laki den punya, dia skrg tak leh makan pedas, jadi layan je ayam madu hitam(pedas gak aku rasa)

eehh laki aku tenung je, pastu terus licin sampai pinggan tak payah basuh....


Friday, May 17, 2013

Bila korang terjebak dalam dunia si kecil...

assalamuaikum uols....
 serius life korang akan berubah sakan 360'. memandangkan aku menuju ke era keibubapaan moden. (ayat skema mcm nak buat essay SPM). sila baca dengan muka serius.

sedia maklum yang aku ada dua orang anak kecik berumur 1++ dan 2++ tahun, rasanya aku dah mula memasuki dunia kanak2 dan akan semakin mula memahami karenah anak2 aku yang kadang2 akan buat aku rasa aaarrrrgggg.... terjun ke dunia kanak2 dan jadi kanak2 semula. guling2... jadi raksasa (sebab rayyan dah jadi otromen) berperang dgn ortomen dan pura2 mati. dan lampu kat badan otromen akan bunyi (aku akan buat sound tu) sbb dah penat sebenarnya berperang dengan "otromen" yang tak hilang2 power tu. tu belum lagi si rayyan bergabung dengan yaya. lepas ni apa pula watak aku kena bawa...

Dan korang harus pasrah dan terima seadanya sambil nangis sobb...sob...sob... jika perkara2 ni terjadi kat korang, bila dah terjebak dunia dengan anak kecil. antaranya:

1. pasrah dan redha bila smartphone korang dah jadi mcm toys diorang, dilempar, diketuk2 dibuat mcm skateboard(ni yaya masa dia masih merangkak dulu hp aku dia buat mcm skateboard sambil merangkak) seolah2 macam menan diorang.

2. Anak2 otomatik akan jadi si botak Eric bila anak anda berkreatip dalam rumah. jangan terkejut bila dinding rumah ada "art" baru, kerusi, meja jadi lakaran diorang berkarya. (so far takde lagi "art" kat dinding rumah aku).

4. Korang kena tangkas dan pantas macam superwoman bila terpaksa buat kerja yang sama berulang kali: mengemas rumah tanpa penat, kejap2 sapu/vakuum sebab ada jer air tumpah, biskut berterabur.

5. rumah akan jadi ala2 nursery bila korang akan terjerit2 jadi tarzan. dan kadang2 seolah2 ada speaker korang bernyanyi2 bersama diorang.

6. peruntukan masa sejam sorang untuk bersiap kalu nak keluar atau jln2. maknanya aku perlukan 2 jan untuk siapkan diorang. prepare susu, pampers, baju spare, bekal biskut. bila dah nak kuar rumah tetiba salah sorang berak pulak, so masuk rumah balik cuci diorang dulu. kalau balik kg, tak payah packing2 baju, terus bawa bakul diorang sorang satu.

7. Sila jangan terkejut bila korang akan jumpa tangan otromen dalam peti ais, bola kat dapur, lipstik korang dalam bakul toys diorang. dan segala jenis menan diorang kat mana2 celah kabinet, belakang curtain, dalam mesin basuh(ni belum jadi lg).periuk belanga kat hall...dan segala jenis macam lagi..

8. lagi satu... jangan terkejut jugak bila tetiba rumah korang jadi putih macam diseliputi salji hobi baru anak2 aku  main bedak tanpa korang sedari...

Itu antara hakikat yang korang terpaksa dan kena redha dengan hati terbuka, :)
walaupun nampak macam giler penat dan menguji tahap kesabaran korang tahap Gaban jangan lah pulak timbul perasaan takut dan panik nak beranak... SEBABNYA masa korang kecik2 dulu pun macam tu jugak dan mak2 kite tak pernah bersungut pun buat keje tu semua dan tak penah citer pun kat kite tentang tu semua betol tak??? bila borak2 dengan suami tentang diorang ni, suami kata "biarlah asalkan budak2 tu sihat dan buat semua keje mengemas dengan enjoy.... yeeeehaaaa.....

Wednesday, May 15, 2013

Heyyy... kenapa dengki sangat ni??

assalamualaikum uols... reader & silence reader. aku betul2 tak paham bila ada orang yang tak berapa gemar dengan kita tapi still nak amik tahu pasal kita. eehh.. apa baju kita pakai ari ni? ooo... minggu lepas dia gi Mid Valley rupanya... laaa berbisnes pulak minah ni skrg...  HELLO, blog ni hanyalah blog tentang perjalanan kami suami isteri membesarkan anak2 dan kisah keluarga aku.secalit pun takde umpat mengumpat, bergossip, maki hamun atau yang seumpama dengannya. kalu kau tak suka tak payahla buka blog aku. tak payah nak berjeles2 dgn aku pun. sikap kau tu buat hati kau jadi makin hitam dan hitam setiap hari bila dok dengki je kat orang. segala resepi(yang tak banyak mana pon) yang aku letak dalam blog ni untuk sama2 berkongsi ilmu. bisnes ciput aku pun guna resepi yang sama yang ada dalam blog. tapi kalu dah menyalahgunakan pikir2 lah sendiri.  eehhhh... kau kan tak suka aku tp kenapa hari2 kau buka blog aku?? bukan ke pelik tu??

Ubah la sikap dengki  kepada sikap memuji dan menghargai kebolehan dan kelebihan orang lain. Sikap ini bukan sahaja membuktikan kebesaran dan kematangan jiwa seseorang dan bukan sahaja memberi kerehatan dan ketenangan kepada jiwa, tetapi juga menambahkan kemesraan dalam perhubungan dan pergaulan yang akan memberi keuntungan yang tidak terhingga. tapi kalau kau tu manjang je dengki, orang boleh nampak sikap sebenar kau tu. sangat2 busuk hati.
 
kalu kau rasa nak berblogging jugak sila...sila...takde sapa pun nak marah. tapi hormat la gambar2 dalam blog orang lain. jangan main CnP je pastu dok canang tu kau punya gambar, padahal seantero dah tahu kau cilok orang punya. atleast bagi la kredit kat tuan punya. 
                Cubalah atasi masalah perangai2 buruk ini dengan membaca doa dari surah (AL Hijr : 47).
Dan kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadapan2 di atas pelamin masing2..

SEKIAN...
 

Tuesday, May 14, 2013

Hari Ibu, kononnya...

salam uols.. kengkonon Hari Ibu 12 Mei gi Mid Valley nak celebrate. tp sempat makn eskrim je. jalan2 sekejap pastu balik. huhuhu... tak sempat nak pau incit suami tau... SEBAB nya, anak2 mengantuk nak tido.  Rayyan pula dah tak terkawal berlari2 dalam mall. Yaya merengek2 nak tido.sebab tu la aku jarang sgt2 kuar makn kat luar. balik umah masak kari ayam makan nasi. petang pulak bz masak oder pie dan macaroni chez. kalu kempunan nak mkn luar jugak, anak2 tinggal kat rumah acik. so baru bleh berjimba2 shopping dgn perasaaan ohh laaaa...laaaa....


 dah pilih, sila bayar

 semuanya wallaaaa... yummehh

 bukan frtity tutti

 rayyan si hantu eskrim. dia aje satu cup tuh. harga rm7.90. without apa2 topping.

 eehh tangan sikecik tu nak pau eskrim abang dia

 kalu dia punya mmg kedekut la. tak yah mintak mmg tak kasi punya...

 cian kat yaya.. tengok jer..

yeayyyyy... sib baik ayah suap jugak kat yaya..

Monday, May 13, 2013

Suatu Petang

assalamualaikum uols
biasanya, setiap minggu kalu keadaan cuaca mengizinkan mcm ni la kitorang. kalau tak gi memana, ke taman dekat rumah la layan budak2 ni main. ni kejadian sabtu lepas. kebetulan yaya pun dah leh jalan terkedek2 jalan atas rumput, aku pakaikan dia kasut tp dia buang. tak selesa kot sebab baru je bulih jalan pastu pakaikan dia kasut seolah2 mcm ada benda melekat kat tapak kaki dia pastu jalan asyik jatuh jer... masa birthday dia ari tu x leh jalan lagi. kalu sebelum ni aku la yang kena dulung dia kalu gi taman..

taman ni dekat sangat dengan rumah aku, lepas solat asar terus jalan je ke taman ni. biasanya suami la yang layan si rayyan main bola. sampai semput jugak la pemain otai nak train pemain junior nih..

 si yaya dah tak peduli asyik jalan..jalan...jalan.... jer. 











 cuaca elok jer petang sabtu lepas.. seronok layan budak2 ni.

 hahh.. budak yg baru dapat kaki ni dah peduli orang dah...

 tekedek2... pastu duduk...pastu bangun jalan balik.


ada rumput lekat kat celah jari kaki dia