Tuesday, April 16, 2013

Aqiqah & Birthday vs Event Blogger..

ni sambungan dari entry  SINI
kul 8 pagi  pihak caterer dah call, diorg nak dekat sampai umah aku. tanjat monyet aku wehh... mana taknya kul 8 bebb. aku pun belom mandi lagi, tapi dah bangun laa, dah siap masak dish air tangan aku. special ok. diorang sampai je terusss  buat keje. semua penyediaan makanan buat kat porch rumah aku. iyer laa rumah tak besar mana pon. muat-muat utk 2 keta parking je. maknanya semua disediakan fresh pagi tu kecuali nasi goreng kampung diorang dah bawa yg siap2.

deko2 masa ni belum siap sepenuhnya. cik suami la yang bertungkus lumus menyiapkan deko2 tiup belon sume. penat weehh takleh nak citer, tapi tetap bersemangat.

segala salad, mushroom soup, coleslaw, minuman, garlic bread diorang buat kat meja banquet tu. aku kat dalam rumah kuar masuk  monitor apa yang patut. masa tu jugak nak suap yaya makan, mandikan dia pastu tidokan yaya. cik suami dah prepare awal2 pasang buai kat bilik dekat dapur untuk memudahkan aku buai yaya kalu dia terjaga. kul 10.30 start goreng karipap yang uols kata marbeles sangat tu. iyer boleh dikatakan semua puji karipap sardin telur tu sangat sedap. kalu korang nak tahu karipap tu aku import dari Kota Bharu, ma aku sponser utk yaya. Mekacih Ma bawa karipap sedap. (lenguh kaki menggoreng karipap)

pukul 12 tengahari hampir semua keje dah siap, makanan dah ready, kek pun dah ambil, Ieda coklat fountain pun dah siap. korang.... aku rekomen sangat2 si Ieda Coklat Fountain ni tau. sewa mesin yang korang xleh dapat tempat lain dan yang penting servis beliau tersangat bagusss.  boleh nego untuk apa yang korang nak. dia tunggu sampai abis majlis, topup coklat bila coklat hampir habis. dan ieda sangat2 mesra alam.

menu pada majlis tersebut adalah kambing golek, ayam bakar dengan side dish coleslaw, garlic bread, mushroom soup, salad grill,black pepper sos & mint sos, nasi goreng kampung. semua dari 


dari air tangan aku pulak semua yang kat alas meja biru angry bird. aku just buat muffin dan macaroni cheese je,coklat fountain tu dari IEDA, cicah dengan mashmello dan fingers biskut. (eehh sedap tau biskut tu)  karipap yang korang kata sedap gila tu ma aku bawa dari Kota Bharu. cekelat, sweets, jajan aku beli lah takkan nak buat sendiri pulak kannn...


 


bertungkus lumus akak berdua ni menyediakan salad, mushroom soup, buah,garlic bread....

semua makanan dah terhidang

suami ida nak prepare coklat.

terkangkang kambing golek tuhh... sangat marbeles.


rajin suami ieda letak2 tag utk makanan

dah siap di tag semua makanan kat candy table. yang alas meja angry bird biru prepared by aku, alas meja pink dari caterer.

ni la budak aqiqah tu. bila tanya gigi terus dia nganga mulut. semua suka nyakat tanya gigi dia...

ieda, tokey coklat fountain

classmate aku masa skolah dulu merangkap kazen suami aku...

abg kambing ni tengah potong2 garlic bread..

kambing golek ni kena bakar 3-4 jam dengan bara yang perlahan. sbb tu diorang datang umah aku seawal 8 pagi walaupun majlis start kul 1 ptg.

abg ni dok bakar tepi jalan, orang yang lalu lalang mesti stop amik no tepon dia. murah rezeki abg lepas ni makin banyak la order.

tetamu veteren.

yang di tunggu2 telah tiba... jenggggg.. si neena gonjeng

neena, apa yang kita gossip kan tu eekkk??

adik2 haku... wahhh kemain korang yer...

penuh tetamu kat daha rumah..

terharu bila pinky momma pun sudi datang rumah aku. sob..sob..sob...

terkangkang si emmmbekkkk nie.

happening giler bila blogger berkumpul. gamat satu rumah. sampai ma aku heran ni geng mana sebab bergambar tak benti2 mcm artis. miahhhhhaahhaaaa. thanks to Neena, Nadia, Pinky Momma, Mila, Nory, Ieda.  ramai lagi yang aku jemput tp diorang tak dapat datang, iyer lah masing2 ada hal dengan family. takpe lain kali kita buat event gempak ier korang semua. muahhhhh

anak kawan aku pun nama zara jugak, aqiqah girl yaya yg sporting dan rayyan yang asyik merengek nk dukung je masa majlis.

pinky momma yang tetap maintain ceria wpun preggy. aku dah tiup2 kat perut dia moga dapat bby girl.

encik suami with his frens. hmmm ada lagi yang call tanya rumah.



wahhh... Nory main celop2 yer...

aku jugak nak ucapkan billion thanks to kazen cik suami teacher Shuhada yang sudi datang dari Kota Bharu semata2 untuk majlis ni dan fly balik malam tu jugak. tersangat surprise bila dia tetiba muncul dan bawa jersey TRW no. 16 untuk rayyan. . speechless sgt2. alaaa gambar dia takde lak dalam camera nih.

sayangnya kitorang tak sempat nak bergambar 1 family sbb budak2 tido tghari tu. lepas tu pulak aku dgn suami bz layan tetamu. nasib baik 2 beradik tu behave sgt. potong kek pun tak sempat memandangkan tetamu bertali arus...

majlis berakhir dalam kul 6 gitu, pastu kitorang pack2 nasi & ayam antar ke masjid. terlebih terkurang kami laki bini minta maaf yer...

#yang nak tempah macaroni cheese boleh pm aku kat FB yer. murah giler wehh RM30 je sedulang. tu pun upah aku berdiri lama2 kat dapur masak sos cheese, macaroni dengan gravy, nak rebus lagi, pastu bakar pulak. penat tauu...

19 comments:

PinKy MoMMa said...

alor lor lor nak nangis tengok gbr2 ni hahaha..apasal iols gelak hover hover ni ;p

suka terceria di mana mana..tenkiu amy jemput kite..memang sedap smuanyerrr..kambing tu encit papa tambah 2 kali hahaha..

eh ada tiup eh ari tu..masyeh lagi skali..aaminn berkat doa smua..

tapi jeles baju tuan umah lg cantikkkkkk..pinkk betul..ai is jeles ;)

NM03 said...

wow, meriahnye...

sure lepas tu penat giler kan...

Mila Ahmad said...

terima kasih jemput kami semua kak, makanan semua memang tip top pastu dapat jumpa blogger lain memang best !

MizzTina said...

sgt meriah...rugi sgt xdtg..kak, maaf tau.. :(

::EIDA:: said...

terima kasih akak guna servis chocolate ida.... makanan seme superb!!!! bestttttttttttttt

* FAR * said...

wow.. meriahnya majlis, siap kambing golek..

Ibnuismaini Ismail said...

terkangkang-kangkang kambing tu. meriah betul.

Alin Marlini said...

waaaa...seronoknya...

nadia said...

kak amyyyy, thank you sudi jemput nadia! :)))
best sangattt, makanan semuaa sedap. karipap jangan cakap ahh! sedap gileeee

ameris said...

pinky tak puas nak borak2 la... nnt kita dating lain kali bleh??

ameris said...

lepas majlis ya Allah... penat giler wehhh, sakit2 rasa badan. tu majlis kecik, kalu besar tak tau laaa.

#adakan faktor umur??

ameris said...

mila malu2 jer, akak tak sempat nak borak lelama dgn mila.

ameris said...

takpe mk, nnt kawin jgn lupa jemput akak ok..

ameris said...

welcome ieda. servis ieda pun mantop jugak. sukaaa

ameris said...

majlis aqiqah tp dah mcm event blogger plak..

ameris said...
This comment has been removed by the author.
ameris said...

meriah sbb ramai blegger sudi datang...

ameris said...

sama2 nadia. nnt k.amy balik kb bawa karipap lg tuk nadia yer..

Aida Kaki Bakar said...

assalamualaikum cik puan ameris,
masyaAllah..punyalah lama even ni harini baru saya dpt review..isk isk..sejak punya si kecik payahnyee nak berbloging, nak update blog sungguh laaa tak telarat.2-3 bulan sekali baru sempat.penuh sawang sesaja dah blog kaki bakar tu :p

niway cik puan..terima kasih atas kesudian berurusan dan kepercayaan buat pihak kaki bakar, insyaAllah bertemu lagi di lain masa..jazakallah..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015