Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts

Monday, November 13, 2017

kisah throwback hari jadi Puan blogger

kisah throwback hari jadi tuan blogger. 
sebenarnya balik dari Perth hari tu macam-macam peristiwa yang berlaku.
saya sekeluarga nak pergi Perth pun hati berbelah bagi 
sebab parents belum lagi sampai ke tanah air dari 
menunaikan haji memandangkan kesihatan abah yang tidak mengizinkan...

kita hanya merancang tapi Allah menentukan. 
sepatutnya abah & ma sepatutnya sampai ke tanahaiair 10 hari 
sebelum saya bertolak ke Perth alhamdulillah.. 
ma merestui saya dan keluarga ke Perth. 
ma & abah selamat sampai ke Kota Bharu 3 hari ketika saya di Perth

balik dari Perth asben pula terus ada appointment dengan doktor 
di Coumbia Hospital Setapak untuk operation 
membuang sebiji lagi batu karang di bahagian buah pinggang. 
touchdown pukul 1 pagi, pukul 7 pagi terus ke hospital, 
dengan masih lagi jetlag. huhuhu...

saya sempat berkemas skit2 sambil melayan anak2...
 hati gundah gulana sebab masih lagi berjumpa dengan 
ma & abah sekembalinya saya dari Perth. 
bertambah kuat hati nak balik ke Kota Bharu bila ma call bagitau abah masih lagi tak sihat dan sakit perut. suami di hospital, abah pula tak sihat....

selepas zohor saya ke hospital selepas suami selesai operation 
sambil membawa beberapa keperluan dia, beberapa helai baju, kain dan sebagainya.
sempat juga meluahkan kegusaran hati saya, dan suami membenarkan saya balik ke KB.
dan kitorang decide untuk tinggal rayyan & yaya semalam di rumah pengasuh. sobsss...
saya tak sampai hati nak bawa diorang balik kb sebab baru jer pulang dari Perth, masih lagi penat atas flight pun belum hilang.
lagi pun saya hanya naik bas sebab dah kesuntukan masa untuk ambil flight.
saya hanya amik flight dari KB-KL. 

dari KL amik bas di TBS kul 10, sampai di KB kul 6 pagi, 
pukul 5 petang balik semula ke KL.
denggg... giler penat aku rasa. pffftttt....

nasib baik suami dah boleh discharge, so maghrib tu suami &
 anak2 amik saya kat airport Subang.

dalam kepala pikir sampai umah terus nak mandi, 
mkn skit(sbb suami kata ada oder pizza),pastu terus nak tido jer...

skali ada surprise utk ummi rupanya... TQ suami & anak2...
mmg tak sangka, sbb bday kan 25/9 aritu, 
lagi pun dah ada makan2 masa kat Perth LINK aritu
kita abadikan untuk kenangan dalam blog kesayangan ni...



kek special untuk umi

big box pizza hut, kek & apple strudle dari Perth

alahai... terlio pulak tgk apple strudle ni. mmg terbaik. nasib baik tapau aritu

happy faces







Tuesday, April 25, 2017

Fateen Azzahra 5 tahun

13/4/2017 genap 5 tahun Fateen Azzahra. 
Ya Allah cepat nya masa berlalu. Dah 5 tahun pun usianya. 
Suka berceloteh, suka menyakat, suka bergurau, 
bukan jenis yg cepat moody dan yaya seorang yg sangat ceria. 
Pernah suami tergelak masa solat gara2 celotehnya..

Seperti biasa hanya sambutan ringkas family kecik kami. 
Oleh sbb birthday dia jatuh hari kerja, maka pizza je laa jadi menu.
 Dengan kek sebijik pun dah hepi dia bila dapat nyanyi sama2. Dan potong kek.

Semoga yaya menjadi anak yang soleh, sentiasa dengar cakap umi & ayah, belajar bersungguh2 dan tak nak gaduh2 dengan abang selalu. Umi ,ayah & abang saying yaya.
Weekend berikutnya saya ada buat kenduri kesyukuran ulangtahun rayyan & yaya.

 Nnt saya update kemudian. Kenduri kecil2an hanya dihadiri , jiran, keluarga terdekat, kawan setaman dan Jemaah masjid sahaja..

kek bitrhday beli di kedai Pistachio cake. buat syarat je.. 
mana makan sgt pun RM26.

 semoga jadi anak yg solehah

 menu ringkas dari dominos pizza. tunggu azan baru boleh makan sbb suami puasa..


 semoga rapat mcm ni selalu

hepinya


Thursday, April 20, 2017

behind the scene: kerja kawin adik


citer ni hampir sebulan yang lalu masa kenduri kawin adik saya Ijah..
kenduri dia mmg simple je. katering nasi kukus ayam goreng berempah dengan tambahan lalauk kambing masak kurma dan beberapa jenis kuih muih sanggupal, creampuff, muffin, kek cendol, akok,tapai... tapi meriah.

masa tu cuaca kt kb panas ceng2 orang kata. anak2 pula bila balik kb mmg jadi jakunzi skit. berlari depan ke belakang. masuk pintu depan kuar ikut dapo. pffttt.. letih tgk diorang
sudahnya masa hari kenduri yaya demam. adoii... konon jd flower girl.

saya pun nak vogue jugak terus call mak mimi datang mekap. lite2 je tp meletop laa jugak.yer laa mana leh lebih dari pengantin dok..

jom layan gambar di belakang tabir...

mekap dari mak mimi yg gojes

ni laa rupa pengantin


ahli gojes di kota bharu. amalini yg tengah sarat mengandung.. gojes ada di mana2 tau

flower girl yg pancit. demam 

kerja2 touch up akhir oleh adik dan suami. bidan terjun diorang ni..


abah sendiri yg sembelih kambing.... anak2 sedih sebab kambing dah takde..

bekerjasama ma & abah bersih dan siang kambing...



Tuesday, January 24, 2017

Faqeef Arrayyan 6th Birthday

14 Januari lalu genap rayyan 6 tahun.
sekejap jer masa berlalu. sekarang dah besar rasa dia. 
masih ter bau lagi bau dia masa baby dulu...
huaaa... touching plak rasa bila ingat balik perjalanan dia membesar sampai skrg. 
Rayyan mmg sangat manja dengan saya, ceria suka bercerita cerewet, 
cengeng juga sifatnya.  4 tahun jugak kami menunggu untuk mendapatkannya dengan pelbagai usaha & ikhtiar sebelum kehadirannya. 

DOktor pernah jugak suspek dia autisme sebab lambat bercakap
 & suka bermain dengan mainan kegemanrannya jer.
sehingga 4 tahn dia mmg melekat dengan kain napkin & puting je. 
xboleh dipisahkan langsung. gi mana-mana mmg bawa sentiasa.

alhamdulillah rayyan membesar normal dan sihat seperti budak-budak lain sebayanya. cuma dia mmg jenis mudah demam. sehingga 5 tahun boleh dikatakan setiap bulan demam. paling lama gap pun 4 bulan mcm tu.

semoga rayyan menjadi anak yg soleh, dengar nasihat umi & ayah, belajar rajin2 dan jaga adik selalu.

bila tengok balik gambar birthday dia yg lalu, mmg setiap tahun kitorang order pizza hut. mmg kegemaran dia makan pizza, spaggeti, mushroom soup & garlic bread.

oleh kerana tahun ni birthday dia jatuh pada hari sabtu, kitorang celebrate di pizza hut Aeon Mall di Setiawangsa. 
hanya bawa kek kecik dan order makanan situ je.
 tak sangka team pizza hut sangat sporting, 
bila tahu je besday rayyan diorang buat surprise untuk rayyan. 
kek diorang bawa ke kitchen. selepas makan, lampu dipadamkan dan berkumandang lagu HAPPY BIRTHDAY dari speaker & team diorang bawa keluar kek dan nyanyi bersama2.
 giler surprise sampai saya pun rasa teruja. 
tq sangat2 team party crew Pizza Hut Aeon Setiawangsa.

alahai tak reti pulak nak download video tu kat sini. tp saya ada post di fb.
nanti saya upload bila ada masa.

Kek tiramisu..

sronok bila belikan dia party kit.

us

their favourite. spageti bolognise, pizza & mushroom soup.



hepi boy

layan laa main go cart kat area Aeon setiawangsa.


semoga abang jadi anak yg soleh dan menjaga adik selalu.

TQ team party Pizza Hut Aeon setiawangsa..

Thursday, October 20, 2016

besday suami isteri peram berbulan...

Sebelum abis tahun, baik saya cepat2 update entry basi ni. 
kang terdelete gambar dalam hp terus takde kenangan...

ni pasal besday tuan tanah bulan september aritu..
besday yg ke 39 ko.. tahun dapan mokcik dah 40..
tak tahu nak rasa apa.. 
cuma syukur yg teramat sebab Allah masih lg bg pinjam nyawa
 dan bernafas hingga ke hari ni. 
syukur lagi dikurniakan suami yg sangat memahami saya, 
buruk baik saya, dan melayan saya sebaiknya...

siyes bila dah masuk fasa ni rasa mcm hmmm... 
fasa yg orang kata kehidupan baru bermula. kononnya...
sebenarnya masa ni masa yg tak boleh tunggu2 lagi untuk kita menambah ibadah kita sebanyak2nya
topup kekurangan ibadat zaman dolu2 muda remaja. 

tiada apa lg yg saya inginkan selain melalui hidup bersama suami
 & anak2 dan dikurniakan kesihatan yg baik untuk terus beribadah,
 bekerja dan membesarkan anak2 saya.
menambah anak?? rasanya cukuplah sepasang tu harta saya...
 akan saya jaga amanah Allah itu sebaik mungkin.
dah masuk fasa 40 (tahun depan) macam malas dah nak bangun malam tukar pempes, bangun buat susu, dan berjaga malam utk baby.

jangan nak compare dengan che ta pulak korang... dia lain wehh.. che ta jaga diri dia je, yg lain semua bibik uruskan. hihihihi...

 lagi pun semua barang2 anak2 saya saya dah jual preloved (kebanyakkannya) mcm baby gate, pam susu bath tub baby dll...
tinggal stroller jer lagi sbb sayang nak jual. 
biar ianya jadi kenangan utk anak2 nanti...

pada Jun yg lalu pula kitorang sambut besday suami. sambutan simple bersama anak2 di rumah je.. janji ada kek dan anak2 nyanyi lagu besday sama2. sronok. budak2 tu pun sronok tiap kali sambut besday.


hadiah besday dari suami, set perfume.
 last saya dapat set mcm ni masa hantaran kawin dulu..

kek besday yg comel


ok.. jom nyanyi sama2..


masa besday suami hari tu saya sempat sediakan mee bandung dan puding triffle. hehehe



 
tengok betapa excitednya rayyan bila ada sambutan besday


Wednesday, August 10, 2016

RAYA KE-3. BBQ di rumah MIL

sikit je lagi... sikit je lagi... blog ni dah boleh buat pekasam.
 update sesoka hati. citer raya tak abis2 lagi, dah nak masuk raya haji dah pon.
 silap2 entry raya haji 2017 baru ada entry. hahahhaa
woit.. pekasam laa sedap, kena dengan nasi panas2, 
memang diet ko ke launtan hindi laa jawabnya.

ok..ok.. balik ke citer raya pulok. kisahnya raya ke-3 (jumaat) pagi tu kitorang beraya di Machang dulu, rumah sedara belah abah. nak ke machang biasa 45minit je beb,
 tapi penangan raya punya pasal jem melekat2 mengalahkan jalan ampang KL.
 amik ko 2 jam... sudahnya tak sempat nak gi rumah classmate saya, 
sbb lepas kena gi Aeon mall utk topup kambing & ayam utk bbq.

nasib baik BIL saya dah siap2 semua dan dah start bakar kambing & ayam.
jemputan sedara mara & jiran jer pon. tetapi dia punya meriah mengalahkan kenduri kawin. hahahaha... menu adalah, kambing & ayam marinated dengan sos blackpepper, fruits koktel, bihun singapore, kek, agar2. sosej.

oleh kerana family inlaw tak sempat fotoshoot raya so malam tu kitorang berfotoshoot ala2 santai. berkain batik & pelikat je ooii.. happening abis sbb ramai budak2 & baby...
mcm2 ragam & gaya tau anak2 ni...

ohh.. lupa semua adik bradik suami saya lelaki. 6 orang semuanya.. 




sebelum tetamu tiba..





nampak tak gaya pro di situ.







bila saya pegang camera ada gambar seketol pon dah syukur... muka tanpa mekap..




tetamu paling lambat sampai. siap bawa arang & tmpat bakar. sedangkan semua ayam & kambing dah abis bakar pon... sian abg Dan. nasib baik bihun sedap tauuu...

meriah giler masa ni


tetiba saya ada anak 3. si amanda nak jugak bergambar bersama..

fmly salahudin & ateh..

family abang Dan...

family abang Lan.

family Safuan.

family ustaz Hilmi.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015