Tuesday, August 15, 2017

DIET: kembali ke pangkal jalan

2 minggu lepas saya dah start diet. kali ni betul2 nak diet dah..
tak nak lagi acah2 konon. update fb nak diet pastu kelautan hindi..
target nak capai 50kg sebelum balik raya nanti.
 harapnya berjaya lah. paling tak pun sebelum saya bercuti bulan depan.
 saya ni jenis susah nak berpeluh.
 jogging 1 pusingan tasik titiwangsa pun peluh malu2 jer nak keluar.
 kalu suami mmg lenjun laa baju. 
tu salah satu sebab jugak saya susah nak turun berat badan.
 metabolisma rendah... huhuhuhu...

mcm bulan puasa aritu. berat statik jer tak naik tak turun, 
suami pulak yg turun sampai 4kg!!! jeles ..
geram tau... nasib baik masa raya tu berat pun statik jugak.
 mmg saya beringat abis bab makan, sebab takut lg naik.

kali ni saya buat diet atkins versi derhaka.
badan saya mmg kurang gula, mmg tak boleh kalu tak amik gula langsung.
tapi saya tukarkan pengambilan gula tu kepada buah.
so pagi amik buah sebiji epal/kurma dan telo dadar/rebus/scramble.
petang kalau lapar sgt2 amik biskut sekeping je. 
malam menu atkins mcm gambar di bawah.

disebabkan saya cheat buah dan biskut maka saya panjangkan diet ni kepada 3-4 minggu.
so dalam masa sebulan makan tu je laaa...
tak rasa pening menggigil ke??
mula2 dulu mmg saya rasa pening dan menggigil, 
tp sebab kita dah biasa mkn mcmni lama2 akan ok  laaa... 

sbb tu saya kena jugak amik yg manis(buah) 
tp air manis mmg tak ambik langsung. 
kalu malas nak masak saya mkn jer kfc tanpa kulit.
saya pun takde laa 100% folo atkins. dalam telo tu saya bubuh jugak kicap.
ayam pun cicah sos cili. sikit2 laa bg rasa kan.

sebaik2nya sebelum diet tu pegi klinik dan buat blood test dulu.
kadang2 kita tak tahu apa yg lebih dan apa yg kurang dalam badan kita. 
dan dapatkan nasihat doktor tentang pemakanan kita untuk diet...
doakan saya istiqamah dan berjaya kurus ye kawan2...



menu diet atkins yg saya folo. tp derhaka amik buah & mkn biskut sekeping.


tengok badan mcm takde laa beso mana, 
tp bila timbang berat tu nak cecah 60kg lg skit jer..

 menu semalam capati dengan kari ayam. 
mkn 1/2 keping capati cicah ujung2 jer bagi rasa...

 menu lunch kat opis.

breakfast. sendu plak tengok salad tu.  dah telo tu panas2 letak salad terus tutup bekas. rupa itu laa jadinya...




Wednesday, August 9, 2017

Resepi: Sambal Belacan sedap dan tahan lama

mesti ramai yang suka sambal belacan kan... 
mkn dgn nasi pans2, ada ikan goreng dgn timun pun laju jer kann.. 
haishhh terlio pulak rasanya. takde lauk lain pun ok dah..
 berpinggan2 boleh tambah.. hahahahaha... terus ke lautan hindi dietnya.

cerita pasal sambal belacan ni, saya ada cara saya sendri untuk buat sambal belacan.
iyer laa tak kose mak nak tumbuk tiap2 kali nak makan sambal kan.
ada orang suka letak mangga, kuini, ikan rebus yang ditumbuk dan sebagainya...
saya nak share sambal belacan cara saya yang tahan berbulan2 sampai 3 bulan.
hahhh jimat masa sangat tau.

bila nak makan cedok jer dalam piring. 
ini juga adalah cara kedai tomyam buat sambal korang tahu tak... 
sampai sebesen sambal diorang skali buat. jangan tak caye plak...

meh tengok resepi sambal kat bawah ni, bahan takde sukatan, 
terpulang korang nak buat sambal belacan tu byk mana,
 gula garam mestilah secukup rasa yer dakk..

dalam gambar saya kat bawah tusaya guna cili merah RM3 
dan segenggam cili padi hijau, belacan besar ibu jari.


BAHAN:

cili merah besar
cili padi 
belacan (bakar)
garam 
gula
cuka
3 ulas bawang putih
2 biji limau nipis- ambil jusnya

CARA:

bersihkan cili dan toskan
tos sehingga tiada air yer, boleh lap dengan tisu dapo.
masukkan dalam blender dan blend skali dengan belacan garam gula bawang putih dan cuka. 
diingatkan cuka sekadar untuk menggerakkan blender jer ye.. 
jangan bubuh sampai penuh plender tu pulak. 
 dan blend jangan sampai terlalu halus mulus pulak, nanti tak sedap. 
simpan dalam petiais.

selamat mencuba!!!








Tuesday, August 8, 2017

DECO: wet kitchen curtain

wahhh... dah lama tak citer tentang deco2 kan... 
dari tahun lps lagi byk perubahan tranformasi yang saya buat kt rumah tu.. 
kadang2 tak sempat nak cerita, dah laa mood blogging dah ke lautan hindi skrg. 
kdg2 share jer kat group deco2 fb jer... 

disebabkan aritu lama saya mc bertapa kat rumah sebb kaki injured baca SINI
sempat la tukat langsir kat dapo basah tu.. 
langsit tu beli kaison je. murah RM16.90 sekeping.
utk tingkap dapo saya tu saya guna 2 keping bagi byk skit kedut dia..

next entry nnt saya amik gambar penuh dapo basah saya yg sekangkang kera tu. 
walaupun sempit saya suka dapo basah tu sebab hanya muat 2 orang jer di situ.. 
yg kecah2 masak & basuh pinggan periuk belanga pun situ,
jadi tak ambil ruang besar utk saya bersihkan dan mop lepas masak. yeayyy



Friday, August 4, 2017

resepi: Nasi beriani Pakistan yg super sedap




seminggu lepas kaki bersimen tu mmg melepas semua open house jemputan kawan2,

kat opis lagi laaa... takpe..takpe.. pujuk ati sendri,

kan nak diet.so ahad tu saya masak special skit untuk mengubat hati yg kesedihan. sebenarnya dah lama dok telek blog kak azie resepi nasi beriani pakistan ni.

akhirnya tercapai jugak nak buatnya. wpun agak renyeh, byk kena nak buat dan masak berkalli2 tapi puas ati dengan rasanya.

mmg tak menyesal masak wpun lps tu sakitnya kaki alahai...

jom kita usha resepi, kalu nak resepi step by step boleh jengok blog kak azie .

ada jugak saya derhaka skit part salad tu, saya tambah epal. tp mmg sedaplah..


Nasi Beriani Pakistan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:

5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (saya bubuh ayam & kambing, kambing rebus dulu bg empuk )
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit

3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave 
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus  
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning

Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka

Penyediaan Ayam:

Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.

Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

Penyediaan Nasi:

Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris
.
Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 
 Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning
Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 
Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.






































Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar 
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar
Epal didadu (saya tambah)
Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.






Thursday, August 3, 2017

Malang tidak berbau

assalamualaikum...ada lagi ke yang baca blog ni ehh..
2 bulan menyepi senyap terus..

alkisahnya mcm ni lepas raya ari tu laa 6/7/2017 terjadi satu peristiwa.
masa nak amik anak saya kat umah pengasuh, 
saya jatuh terpeleot kat divider hitam putih tepi jalan tu.
tak tau mcmana saya boleh careless masa tu. jatuh terus sujud kat situ, dah tak boleh bangun terus. mas jatuh tu mmg ada bunyi prapppp...

muka tahan sakit lps gi klinik

nasib baik masa tu bersama husband. dia angkat saya terus ke kereta. 
amik anak terus ke klinik yg biasa saya pergi di Prima Gombak.
lepas je masuk keta terus rasa mcm nak muntah, mata terus gelap mcm nak pitam.
sampai klinik mmg tak boleh jalan langsung dah. 

dalam kepala saya ingat mcm dah patah kaki, lumpuh dah. huiii dasyat punya lah...
kat klinik doktor cek bg ubat tahan sakit  krim sapu dan bandage je.
sebab baru kena kan mmg tak nampak apa2 lgi. tapi sakitnya Allahuakbar...
Jumaat mc, rehat laa saya kt umah, jalan jengkit2 gi dapo, toilet... buat kje ringan2 jer. masak mmg tak laa.. 

memandangkan musim raya mmg banyak laa open house, kenduri masa tu. kebetulan sabtu ada kenduri anak pengasuh budak2 tu kat Bangi, gigih jugak nak pergi wpun kaki berbungkus, jalan senget2. lps kenduri tu siap ke Tesco lagi beli groceries.

Ahad pulak gi open house gathering umah Mimi nun di Klang sana. 
jalan selangkah2 mcm baby baru nak pandai jalan.
Isnin, Selasa mcm tak surut2 pulak bengkak dan makin sakit!! 
gi klinik balik terus refer ke hospital.
buat xray sume mmg takde retak patah pun.
 tp doktor decide utk simen terus kaki saya sbb koyak dah makin besar sebab dah bk pergerakam (gi kenduri, tesco, beraya) fes time dalam hidup kaki bersimen.
3 minggu mc hokay!!!

3 hari pertama saya dah tak keruan, stress, kemurungan. 
semua benda nak buat tak boleh, nak tido pun tak selesa, nak gi toilet, nak mandi... padahal sikit je ujian Allah bagi.
dengan rasa gatal kat dalam tempat simen tu. 
sampai saya cuba untuk gunting bhgian atas simen tu utk garu. 
sampai pegi klinik bgtau doktor utk bukak simen tu tp malangnya klinik tu takde alat utk potong, kena refer hospital!!!

minggu berikutnya saya call hosp untuk buat appointment buka simen. 
sebab minggu berikutnya saya nak balik kb jumpa ma & abah yang akan menunaikan haji. tak sanggup berjalan ke airport dengan kaki besar mcm tu. hazabb ooii...
nasib baik berjaya pujuk doktor buka simen tu. pffttt...

lepas je bukak simen tu rasa mcm nak lompat bintang, berjoget2 depan doktor.
perasaan mcm tetiba dapat kaki balik. mcm tu laa lebih kurang.
lepas buka tu saya masih tak boleh lasak2 lagi sbb masih fragile kan.
 tp bawa keta dah boleh. yeayyy...

lps tu sronok gi pasar, gi amik anak2 skolah, gi dating dengan blogger ciknad breakfast sambil borak sampai lupa diri. hahhaha
berpeluang jugak laa saya jadi surirumah sekejap.

 sempat lagi bergathering rumah mimi dengan jalan pun senget2
kaki lps bersimen. mula2 belajar bertongkat hampir nak jatuh tersungkur...

Tuesday, June 20, 2017

menu Ramadan


ni menu awal2 puasa dulu... saya beli instant pes/gravy dari kawan (bekas chef )
 dia buat pes2 segera untuk mak2 yang bekerja ni. 
semua teste oroginal kelantan. gravy ayam percik, tumis pedas,
kurma cili api dan mcm2 lagi. sangat memudahkan saya yg sentiasa sibuk.
hari tu masak ayam percik & daging tumis pedas. 
actually x laa pedas sgt sbb anak2 pun boleh makan.
tak sampai setgh jam dah siap semua lauk.
tinggal buat kuih onde2 jer...



kalu berpuasa suami lebih suka yg ringkas2 jer.
 yg penting ada satu jenis kuih manis..nyumm...

Monday, June 19, 2017

special gift DUCK

haishhh.. bulan puasa ni mmg lemau selemaunya nk menaip di blog ni.
tapi gagahkan jugak buka blog dan menaip utk hari ni. 
dah 24 ramadhan kita berpuasa,
 tak sampai lagi seminggu umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri,
 bagi mak2 mmg teruja laa kan nak shopping baju anak, langsir, karpet...
 kalu boleh rumah pun nak tukar baru yer dakk..

tapi saya hanya sederhana. 8 tahun dok sri gombak mmg tak pernah bertukar langsir.
 satu tu jer.. basuh, kering terus sangkut balik..  

kali ni nak citer gift yang saya dapat dari suami. 
tak pernah terfikir dan mimpi pun untuk beli scarft DUCK.
 mmg tau harga dia mmg mahal. dah saya pulak pesen pakai tudung rm10 pun ok.

minggu lepas masuk jer keta encik suami bagi paper bag DUCK,
 terus sppechless... nak kata apa kan. 
beli tudung rm10 pun tak penah tetiba bagi saya DUCK limited edition raya. 
oh my...
mmg betul2 surprise. 
tq encik suami, semoga rezeki u semakin bertambah.. 
sayang ketat2.. muahhh



tunggu saya melaram raya nnt...

Friday, May 19, 2017

Resepi yg membuka selera di bulan puasa :ikan bilis telor masin


salam.. 
meh nak share dengan korang satu resepi yang membuka selera korang masa nak sahur.
biasalah sahur kan mmg tak lalu pun nak jamah2 nasi ni. 
dengan ngantuknya tapi kena gagah jugak bangun kan. 
suami puasa, anak-anak apatah lagi..

resepi ni saya dapat dalam satu group masak2 kat fb.
tenguk pun dah rasa kecur.
balik rumah terus kerjakan sebab bahan pun mudah dan mmg dh ada kat rumah kan...
main agak2 jer.. tak payang skima sangat nak timbang sukat bagai yer puan2..
bawang & halia kalu lebihkan lagi sedap laa..
dah abis pun dok celek2 lagi pinggan tu. huihhh dasat betul tau..

BAHAN:
ikan bilis segenggam atua lebih
cili padi, nak lebih pedas letak byk
bawang kecik 4-5 biji mayang
halia 2 inci hiris mancis.letak lebih pun ok, buang angin dalam badan
telur masin yg direbus 1 biji- lenyek pakai garfu
1 biji jus limau.

CARA:
goreng bawang agak2 layu jer... jgn garing pulak
pastu goreng cili api & halia. sekejap je
goreng ikan bilis smpai garing.
susun mcm gambar bawah ni.
time nak makan baru gaulkan semua.
jangan gaul awal nanti ikan bilis lemau.
lepas gaul, picit limau
dah boleh makan. silap2 abis ratah gitu jer..
rasa dia masam masin pedas..

senangkan...


abis ratah gini jer...


Wednesday, May 17, 2017

CARA SAYA MENDISIPLINKAN ANAK....

org dulu2 kata melentur bulur kena dari rebungnya...
dan peribahasa tu releven sampai skrg saya rasa. 
iyer laa takkan takkan bila anak dah keras kejung baru
  nak ajar dia benda tu xleh benda ni xleh.
sedangkan dah kebiasaan dia buat benda tu sebelum ni. ni contoh jer..
zaman saya kecik2 dulu rotan memang sinonim sgt. kat umah dan sekolah,
kaedah merotan mmg digunapakai.
tapi  seboleh-bolehnya saya taknak rotan anak-anak saya
kalau buat nakal- dan masih belum mempraktikkan pun.

zaman yg serba moden, rotan ni saya rasa macam tak praktikal
 sangat untuk budak-budak kecil moden yang bijak berkata-kata.
Lagi satu, dah macam penderaan.
Yelah bila kuasa dah ada dekat tangan, kita akan jadi lupa daratan diri.
Konon nak bagi warning tapi kita jadi over acting react.

kalu boleh saya nak ajar diorang menerima alasan yg munasabah kenapa tu tak boleh...kenapa ni tak boleh...
bukan semberono. dan seboleh2 saya xnak jadi emo bila marahkan ank.
 wpun kadang2 saya mmg terlebih emo bila marahkan anak.
 - insyaallah akan cuba kawal sebaik mungkin.

Jadi pada saya pendekatan secara psychology rasanya lagik
 berjaya kot dari buat kekerasan melampau.
 tapi saya lebih suka jugak guna reverse psychology.
bagi budak2 tu berfikir skit....
kalu diikutkan memang lambat dorang nak terima @ paham
 apa yang kita cuba explain, tapi lama-lama dorang akan paham dan cuba ikut.

Ni cara saya mendisiplinkan 2 beradik tu...
First, saya memang banyak bercakap -taknak guna perkataan membebel.. Membebel tu kategori tak henti-henti bercakap benda yang annoying sgt.
Bercakap dekat sini, lebih kepada memberitahu benda yang sama berulang-ulang kali.
Contoh: 'Dah lepas main, please kemas semua mainan tu', 'Dah habis makan, please letak plate dekat sinki', disusuli dengan ugutan kalu tak kemas mainan nanti umi buang dalam tong sampah...miahahaha
Aku akui formula ni agak slow untuk diterima oleh budak-budak kecil ni sebab dorang senang sangat terlupa apa yang kita ingatkan tu. Tapi percaya tak, diorang akan segera kemas mainan bila ada unsur ugutan... hahaha... nampak kejam di situ. dan ini kita boleh nampak diorang mmg sayang mainan.cara ni jugak buat rayyan akan marahkan adik dia kalu yaya buat sepah....
          contoh ugutan lain yang aku selalu guna, jangan naik tido kat atas selagi tak kemas mainan..
hahhh masa ni boleh tengok diorang mcm lipas kudung mengemas, sambil aku jugak tolong...

Second, banyakkan pengaruhi anak-anak kecil dengan cerita-cerita yang berfaedah dan bertauladan baik. Walaupun Ultraman tu baik sebab tolong orang ramai bunuh raksasa, tapi part pukul-pukul tu yang aku tak suka. Violence hokeh! Lagik satu, budak jadi confuse, nanti dorang pikir cara nak selesaikan masalah senang je, main pukul-pukul orang macam tu aje. So, saya recommend sangat-sangat korang bukakkan channel 613 untuk anak-anak korang start dari baby lagik. Sebabnya selain men'improve'kan english language 
Third, susun atur rumah pun memainkan peranan penting untuk didik anak-anak kecik ni.  sebolehnya sediakan tempat untuk anak-anak aku bermain, bekas-bekas/kotak mainan untuk simpan semua barang mainan yang dah main, tempat untuk landing tidur bila dah penat bermain, tempat untuk ambil air masak, board untuk conteng-conteng *ni antara cara-cara nak elakkan daripada dinding rumah  jadi mangsa graffiti :P haha~*, meja dan kerusi untuk baca buku/makan/coloring, tempat hanging towel untuk memudahkan anak  capai lepas keluar toilet dan macam-macam lagik. Sebenarnya dengan cara macam ni, korang dah train anak-anak kecil korang supaya berdikari sendiri. Dan kaedah ni pada saya boleh melebihkan masa untuk diri korang sendiri, takdelah anak-anak nak harapkan ibubapanya je sepanjang masa. *Hmm~saya ingat nanti one day nak ajar anak aku lipat bajulah pulak~haha~*
Forth, saya bercadang  naksediakan jadual waktu untuk anak-anak kecil ni. Contoh : bangun tidur pukul berapa, lepas bangun kena mandi, breakfast, nap, lunch, tengok tv, nap, minum petang, tengok tv, dinner, minum susu dan tidur. Maybebila aku dah jd WAHM nnt, Insyaallah. So bila kena macam ni, sebagai ibubapa korang kenalah ambil peranan jadi tegas lebih sikit. Selalunya kalau kat rumah saya, yang tukang ambil peranan tegas nih sayalah orangnya. Haishh~. *Agaknya muka ummi dia ni, ada iras-iras cikgu besau kot ekekeke~*
Fifth, bila anak-anak kecil buat silap, jangan sesekali dibiarkan macam tu aje. Maksud aku, janganlah korang anggap 'tak apelah, dorang kan kecik lagik'. Hah~nihla yang selalunya mewujudkan ke'spoil'an perangai anak-anak bila dah besar nanti. Contoh: kalau anak-anak tak sengaja pecahkan pasu bunga korang yang comel-lote tu, korang nasihatkan dengan elok. Cakap je lain kali, taknak main dekat dengan pasu ummi ok. Kalau jatuh dekat kaki ke, atau terkena serpih pasu tukan merbahaya. Dan kalau perkara tu disengajakan even dah diberi warning bersound mulut sampai 3 kali.  tepuk jelah tangan anak korang tu sebagai tanda yang dia dah buat silap, jangan lupa explain sekali dekat dia yang tujuan korang buat macam tu sebab korang taknak sesuatu yang tak elok jadi, selalulah membiasakan diri memberitahu anak-anak, yang korang sayang dekat dia. Insya-Allah anak-anak korang akan paham dan percayalah, mereka akan lebih respect korang sebagai ibubapa.
Sixth, jadikan diri anda contoh terbaik untuk anak anda ikuti bila mendisiplinkan anak-anak. Yelah, janganlah pulak tang anak-anak kita marah bila buang sampah merata-rata tapi sebenarnya kita pun 2x5 jugak selamba campak tisu keluar dari kereta. Kalau korang kena marah tak pasal-pasal macam ni pun, mesti korang kata 'alahh~cakap tak serupa bikin'. Mulalah nak jadi pemberontak dalam senyap, rasa tak puas hati je. So, yang penting, kita pun kena belajar untuk berdisiplin jugak. Takpun cuba letak situasi korang dalam diri anak-anak anda. Sekurang-kurangnya korang akan lebih memahami perasaan anak-anak korang.
Seventh, disiplinkan anak-anak kecil dengan mengamalkan makanan yang berkhasiat. Aku memang fussy bab-bab makanan ni. wpun kadang2 terbabas jugak...  Kebanyakan makanan anak aku memang habis dicatu oleh aku. Kiranya makanan yang boleh dimakan oleh anak aku mesti dapat approval dari aku dulu. 
 Nihla antara senarai makanan yang tak mendapat sijil pengiktirafan dari aku : gula-gula, jajan/cikedees *makanan ringan*, chocolate, makanan yang mengandungi unsur pewarna, garam berlebihan *atau ajinomoto berlebihan*, gula berlebihan, air berkarbonat/bergas/berais, kesemua air-air manis kecuali vitagen, yogurt atau yakult dan makanan terlebih minyak *selalunya terjadi kalau beli ayam goreng dekat pasar malam*. Percaya tak, bila mereka tak dibiasakan dengan makanan-makanan yang pelik macam ni, even dioffer oleh orang lain contoh terdekat rakan seusia mereka. Mereka confirm akan menolaknya.
Saya pernah baca ada kajian anak akan jadi hyperaktive bila byk makan makanan tak berkhasiat dan jajan2 murah.

saya mengaku bukan mudah bertitlekan ibu bapa ni. Besar tanggungjawabnya, serius kadang-kadang timbul jugak rasa give-up bila anak-anak melawan dan tidak dengar cakap kita. Tapi tuhla dia, tuhan selalu cakap banyak ganjaran untuk orang-orang yang bersabar. Bersabarlah k, tak rugi mana pun~ Dalam mendisiplinkan anak-anak ni, bagilah mereka peluang jugak untuk menikmati dunia kanak-kanak. Kesianlah pulak, kalau semua benda dorang tak boleh buat. bayangkan parents kita dulu2 masa mendidik dan membesarkan kita...

Oklah, guru disiplin dah ngantuk nak tidur. Bye semua :)

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015