Monday, August 29, 2011

Selamat Menyambut Hari Merdeka



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54. DALAM KEMERIAHAN HARI RAYA HARI MERDEKA JGN DILUPA YEA KAWAN2.

Wednesday, August 24, 2011

Mood Raya sudah mari Kelantan..ohh..Kelantan...

Mood raya aku dh mula membuak2 sekarang nie. lambaian Kelantan dok main2 kat kepala dh nie. keje pun dh xboleh fokus. tambah2 plak member opis dok pasang lagu raya jer... ishhh x leh jadi nie. minggu ni sapa yg oder biskut semua dah dapat. aku oder kek je tp x dapat lagi esok kot. kukis semua incit hubby dh bereskan... sblm balik nnt kena kemas2 umah dulu,cuci peti ais, packing baju bajan. Rayyan la paling byk baju. kalu tak raya pun aku slalu beli baju dia sbb dia kan tgh membesar so baju dia cepat betul mengecut.betul ke ayat ni?? ke dia yg membesar. kikiki....


tahun ni aku beraya bertiga bersama anak. hepi berganda ok.harap2 dia boleh behave skit time nk balik kg nnt. lama tu dlm keta.. tak sabar nak jumpa family kat kampung.


tp aku balik KB Ahad Insyaallah. byk betul benda yg aku mengidam nk makan bila balik nnt...sempat la 2 kali buka puasa kat kg nnt benda2 ni aku bedal. kahkahkah...
nasi kerabu... bestnya. tambah plak kalu ada ayam percik. beriang ria lemak aku nnt. lalala



ni jala mas....bestnya.dh lama x mkn kuih nie. rp xbleh mkn byk sbb manis. alamak.. tetiba plak terlior tgk jala mas nie. mesti dh mahal kuih nie skrg....


nekbat. betul ke eja gini?? desert glamer gak kat kelantan bila bulan puasa.


ni pun faberet aku jugak buah tanjung.


nota kaki: semua pic dari google


pengeluaran susu



sepanjang bulan puasa ni pengeluaran susu aku merosot. salah satu sbb mungkin sbb berpuasa. nak dapatkan 3oz pun semput. so aku pn malas dh nak pam. tp masih ada lg susu tu. tp dh x mcm dulu, kalu pam memancut keluar mcm air terjun jer. so mlm2 terpaksa la aku bangun buatkan susu untuk Rayyan bila dia jaga. sblm dia tido dh bagi dia susu siap2 supaya takde la dia bangun byk kali nnt. kalu tak aku jugak yg semput nk bangun banyak kali pastu kul 4.45 nak bangun sahur plak.


Perkembangan budak kecik tu skrg dh bole duduk dgn tongkat tangan sebelah, yg buat aku gerun bila badan dia goyang2 nak stabil. adoiiii anak ooiittt.. tangan sebelah lagi gigih gigit menan. ohh.. dia skrg dh jd inspector. kikiki...asyik nak buat inspection jer. masa dok dlm walker tempat2 yg sempit dia xleh masuk. bila dh boleh merangkak dan duduk nie oowwhhh amat menggerunkan ummi ok. semua benda yg dia jumpa nak masuk dlm mulut. kesimpulannya kena pastikan rumah di mop sentiasa. larat ke aku???

Tuesday, August 23, 2011

Entry Menyayat Hati di Bumi Somalia

kita kita rakyat Malaysia mewah berbuka puasa dgn pelbagai juadah, minuman, buffet sana buffet sini. pernah tak kita terfikir ada orang lain yg mengikat perut puasa berhari2. puasa ke tak puasa ke sama je bagi diorang. dapat air seteguk pun dh nikmat besar bagi diorg. sedangkan kita berbuka puasa nasi membukit, meja penuh hidangan.mereka pula mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan.

somalia berhadapan dengan kisis kemanusiaan terbesar setakat ini. bayangkan populasi diorang 7.5 juta, 30ribu kanak2 dan bayi mati dlm 3 bulan terakhir ni. setiap 6 minit sorang budak mati.

masa aku baca info ni kat SINI sedih yg amat sangat. hati tisu betul aku ni, bole nanges tau.

yg peliknya negara sebelah diorang yg kaya raya tu buat tak tau je. korang hayati je gambar2 kat bawah ni, tgk dengan mata hati. kalu tak tersentuh jugak tak tau laaa... utk more info kalu nak bagi sumbangan klik SINI


sedih sgt tgk anak dia yg x cukup gizi makanan. halus je badan.kalu anak kita bagi susu 3 jam skali. susu plak beli yg mahalYa Allah.... binatang mati mcm tu je sbb kemarau kat negara diorg.


tinggal rangka je.

ribut kemarau


bertompok2 kubur mereka.


bayangkan kita di tempat mereka...... sbb tu la incit hubby aku tak bg membazir.masak ngam2 utk 2 org. nasi jatuh sebijik pun kutip. yg lekat2 kat senduk dan periuk pn dia abiskan.


tempat berteduh diorg. anak2 main tepi2 tu je.takde tilam empuk, takde ruang tamu,takde perabot mewah, takde playground. alahaiii teringat kat anak aku.

unta pn dh kurus kering.




mainan anak2 diorg. aku plak kuar jln2 je beli toys utk Rayyan... sedey sgt.

Monday, August 22, 2011

Keadaan Rumah Semenjak ada Mat Rempit..

sesuai ke tajuk tu dengan entry yg aku nak buat ni ekk??? ok ni lah yg aku nak citer semenjak budak kecit sorang kat rumah tu dh pandai merempit dan meronda. mat rempit tu merujuk kepada anak aku laaaa... kikiki...



bersepah giler dan tunggang langgang abis perabot kat umah. nampak tak kusi rotan sblh side table tu dh hilang. sebabnya dia dh tolak dengan bulldozer dia. kahkahkah... kuat betul kederat dia tolak kusi tu. sejadah atas side table, bakul, kotak tisu, kain2 berlonggok atas sofa. tak senonoh betol ruang tamu aku.
coffee table dah jadi benteng utk kukis, biskut, sovinier utk balik kampung nnt. letak situ siap2 takut terlupa. kalu takde benteng abis la ditariknya... adoiiii.


inilah mat rempit dan polis peronda tu.



muka baru lepas nanges.





Ramadhan ke-21. Berbuka Puasa dengan penuh kesederhanaan

ceewahhhh... mcm poyo jek tajuk entry kali ni. tp mmg hari minggu aku masak pon. takde nya nak berbuffet2 kat mana2 hotel atau restoran, sebabnya kalu makan kat luar:-


  • lps makan terkejar2 nak solat maghrib

  • adalah satu pembaziran yg melampau untuk makan buffet RM70++ utk satu kepala, kalu 2 kepala dah RM140++ untuk perut mcm aku. kena nasi sepinggan dh mcm ular sawa. RM140 cukup utk 10 hari buka puasa di rumah dengan anggaran RM14 sehari. beli 2 lauk anggaran rm5-rm7 satu jenis. nasi masak kat umah.

  • bukan kah Islam menggalakan kita bersederhana??

  • malas nak bawa Rayyan keluar waktu maghrib sbb keadaan dia tidak menentu. kekadang nanges, kekadang konsert, melalak. cmner aku nak berbuka dengan tenang wehh????

  • nnt incit hubby terkejar2 nak balik sbb nak berterawih plak. maghrib kan pendek je waktu.

aku start masak lps zohor tanpa perlu berkejar2 dengan Rayyan sbb dia tgh lena diulit mimpi smpai kul 4.30 ptg. lama giler dia tido.


menu semalam adalah ikan kembung masak gulai kuning+timun (ala2 nasi berlauk gitu...), ayam masak merah, kailan goreng sos tiram. bubur pulut hitam atas permintaan incit hubby.















Seharian di Mid Valley...

sabtu lepas aku & incit hubby seharian di MidValley. kali ni bawa rayyan sekali secara pasrah. sbb takut dia buat konsert kat sana.sbb mula2 mmg berlah bagi nak bawa...x nak...nak bawa... xnak... last2 bawa jugak dia sbb cian plak nak tinggal kan dia kat umah acik.
amat mengejutkan kami laki bini Rayyan the very very vey behave. mmg berjurus sgt2. tak nanges, tak meragam, takde buat peel pelik2 yg menguji kesabaran aku. syukurrrr sgt2. oleh tu, aku bole shopping dengan relax. mmg rayyan nk bagi can kat ummi dia shopping nie.... ngehh..ngehh..
aku dengan hubby gilir2 tolak dia dlm stroller.sbbnya berat jugak nk bawa brg dh yg beli tu wooo...shopping mmg terapi minda buat aku bole?? cayang sgt2 kat Rayyan sbb bg peluang kat Ummi nak shopping. rasa mcm nak lompat bintang sepuloh kali. hahahahaaaa
masa kat area toys Transformers favourite hubby nih ada la 2 ekor robot bumble bee dgn Optimus Prime kat situ, Rayyan pun apa lg bergambar laa. cehhh mcm la dia reti lg. sebenarnya incit hubby aku yg teruja, tp bia aku nak snap gambar dia dgn robot tu xnak plak, so anak la yg jd mangsa. segan katanya sbb budak2 je yg bergambar dgn robot2 tu. yg pakai topi tu aku tak tau constume katun hape.



budak2 mmg teruja la nak amik gambar dgn robot2 tu. rayyan plak relek je dlm stroller tu. dia bukan reti hape pn lagi... belon metro jaya dapat free.




budak yg cool sgt. nnt ummi bg hadiah ok.







hasil tangkapan di Metro jaya. 2 paper bag dh masuk keta. nak balik dh ni, dh kul 5 lebih. kuar kul 11 pagi lg. kalu x sempat beli aje utk berbuka nnt.



ceria weh budak nih.




walaupun ngantuk tp tetap maintain macho budak tecit nie...

Wednesday, August 17, 2011

Peristiwa lepas sahur...

pagi ni aku sahur mcm biasa bangun kul 5, masak air dan panaskan mee hailam yg beli smlm kengkonon nak makan smlm, iyelah masa puasa napsu nk mkn tu nak makan nie membuak2, tgk mee hailam terlior. tp lps mkn nasi dh jadi mcm ular sawa kenyang, sudahnya mee tu simpan dlm peti ais utk sahur.


nak jadi kes, si tecit tu pn bangun sahur sama lah plak... sambil mkn mee sambil entertain dia. lps kemas2 dapur cuci pinggan mee hailam.. sedap tul mee tu,tetiba teringat plak, bole?? aku pun usung la budak kecik tu kat atas mandi & siapkan dia sblm aku mandi. biasanya aku biarkan je dia tergolek atas katil, tepi2 katil harus buat benteng dgn bantal. tapiiii... masa aku mandi baik betul budak tu, biasanya mesti merengek, nanges ala2 manja. aku yg tgh mandi konpius jap,dlm toilet jengok2 jugak dia berak ke budak ni. apa dia buat????

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



skroll lagi...



v

v

v

v
















benda ni lah yg dikerjakannya, yg peliknya cmner penutup tu bole terbukak terus.aku terus capai dia bukak baju, basuh dan cuci tangan dia, korek2 dlm mulut. mana la tau kang tertelan ke hape kannn... nasib baik masa ni incit hubby baru balik dari masjid, dia cuci rayyan skali lg. anakkk ooiiii... benda ni bukan menan ok!!!!


masa antar dia umah pengasuh td pun masih bau lg ellgy plus ni.
aku letal losyen ni bawah bantal aku tido skali dgn losyen badan vaselin.cmner dia bole dapat mende ni bawah bantal aku????masa aku tgh bersiap2 dia tido plak, pening ke? mabuk ke? risau gak kan... kalu x ok, kena bawa gi klinik. tgk mcmana nnt.


Tuesday, August 16, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

assalamualaikum... 1st time join nie. nino nino nino...ponn...ponnnn.... sapa2 nak join cepat2 klik lori tu sblm terlepas.




Nama: Amerda



Hobi: surfing, shopping, blogging,outing with Rayyan






aku nak tag YUS

Rayyan dengan Buai

masa baca entri ciare ttg kisah Rayyan (nama anak dia sama dgn anak aku) teringat budak kecik tu alkisahnya mmg tak nak diajarkan dia berbuai masa tido tapi akhirnya ummi tewassss... argggghhhh... so 2 minggu lepas aku pn gi la one baby world cari aksesori buai untuk rayyan.


sbbnya bila dia tak tido dlm buai sambil ulik dia kita tido skali, pastu bila terkejut skit terus jaga.




kadang tak sampai 15 minit pn tido cmner la ummi nak buat keje2 umah nakkk ooiitt. ari minggu la yg ada untuk basuh baju, lipat kain, kemas uma,masak2. adooiiii.... penat kan????


so bila dia tido dlm buai 3 jam dia lena dalam tu.... beres keje surirumah tangga ujung minggu. tp tu la kalu balik kampung cmner plak ekk?? nnt nak suruh abah tebuk siling umah kat kb bole???





nampak tak, aku takde pn beli stand buai tu, just sangkut tali kat tangga umah pastu letak spring.



lena betul dia tido dlm tu... flash kamera pn x sedar...



zzzzzzzzzzzzzz

Monday, August 15, 2011

Piknik Sg Congkak lagi(entry basi)

oohh... entry ni dah terover basi.2 minggu sblm puasa ari tu, kami sempat pegi berpiknik di sungai congkak lagi. tp kali ni dengan family acik (pengasuh rayyan) best jugak piknik ramai2 siap bakar ayam, udang sosej kat sana.acik bawa nasi semua tu. aku bawa air dan jajan,kepek2 jek. kitorang sewa pondok RM5 tu. sampai petang jugak la lepak kat sana. sampai2 je terus cik man idopkan api.
budak tecit yg semakin noty.



sempat jugak dia mandi dengan air yg sejuk tu.


kepenatan sampai tertido lepas mandi.


incit hubby punya la seronok mandi.


giliran aku plak mandi sementara rayyan tgh tido.. sejuksssss woooo...


Rayyan dengan kenderaan baru...

Semalam 14 haribulan, genap lah si rayyan ni 7 bulan. sekejap plak rasa. masa ngandung dulu nak abiskan 9 bulan tu adoiiii makkkk ooiiii. lama tol rasa. ok sempena rayyan dh 7 bulan aku belikan dia kenderaan. ececehhh... beli kat kedai baby manjakukat area sri gombak je. murah rm69 ke 65 ntah. xleh beli mahal2 saty pembaziran sbb budak ni bukan nak dok lama pn.

bila dia dh start berjalan nnt tak pandang pn kereta beroda nie. lagi pun senang skit ada benda alah ni sbb memudahkan aku nak buat keje2 umah dan masak kat dapor. kalu tak mmg melalak je la.

mmg dia akan melalak kalu dia tak nampak kelibat aku atau aku berjauhan melebihi 4 meter dari dia. isshhhh maja betol laaa. bila dok je dlm nie satu rumah dia ronda dan merempit. mmg leka sgt dgn kenderaan baru ni, tambah plak kat depan tu ada butang2 kalu tekan ada bunyi2 lagu. syok je dia main. suka sangat dia dapat walker nie. merempit dalam rumah.





hobi menggigit benda mmg tak leh lepas. tgk dia tgh geget apa tu??





haaaa.... nakpak tak kad kerja aku.hahaha... semua tau nama aku dah.


Friday, August 12, 2011

Rayyan Di Bulan Puasa

oohh.. lama betul tak apdet pasal rayyan. skrg dia dh nak masuk 7 bulan lagi 2 ari. huhh.. mmg menguji kesabaran aku la bulan puasa ni. dia dh aktif sangat2 kalu dlm keta, jap nk duduk, jap nk berdiri, jap nak pusing sini pastu nk kt tingkap plak. penah beberapa kali tertendang gear N masa tgh dlm keta.


pastu mlm tadi plak buat aku lemah jantung. adoiii... sampai terbatal solat aku masa tu tgh solat berjemaah dgn hubby. biasanya ok je aku kepung dia dgn bantal sekeliling katil. tapiiii smlm dia dh bole tendang bantal tu sampai jatuh. masa tu dh rakaat ke3. pastu kan pelan2 dia mengesot sikit2.aku yg tgh solat ni dh tak kusyuk. mata asik tgk dia jerrr... eeiiiii anak nie...


bila dh tahiyyat akhir tu aku dh tak leh tahan, terus sambut dia sbb separuh badan dia dh kat luar katil. so kena la solat skali lg... huhuhu.... picture kat bawah ni yg snap smlm la lepas kami solat.pinjam kopiah ayah jap

ni baru kopiah rayyan ada nama lagi. dh basi kopiah rayyan utk raya nnt.


aku tgh amik gambar dia plak tarik tali camera.. main tarik tali dgn aku laaa


mmg hobi dia geget2 benda.. ni bahaya nakk ooiittt



hahhh baru pandang kamera...


budak bertuahh nie buat umie kecut perut tau.. kalu jatuh cane...cane...


Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015