Showing posts with label renovation. Show all posts
Showing posts with label renovation. Show all posts

Wednesday, November 8, 2017

Deco: tukar langsir & sarung sofa IKEA

lamanya tak cerita deco2 kat blog... 
sebenarnya dari tahun lepas lagi mmg banyak buat perubahan pada
 #rumahku syurgaku itu.. tapi macam malas betul laa nak buat entry kat blog. 
sudahnya nyesal. hahaha... sebab takde kenangan kan...

ni kira deco terkini yang saya buat. takde laa perubahan besar mana pun.
just tukar langsir dan sarung sofa IKEA tu je... 
asalnya nak beli sofa baru tapi sayang giler dengan sofa ni sbb selesa sangat. 
lagi pun sofa masih cantik dan TEGAP orang kata. 
iyer laa waranty 10 tahun dari IKEA kan..
so saya cuma tukar sarung plain ke sarung bunga2 skit, langsir yang bunga2 pula saya tukar ke langsir plain. kalu perasan floor lamp &
 table lamp bunga2 english pun saya dah letgo.
hajat mcm nak tukar konsep rumah, tapi hati tetap sukakan english. 
so selit2 jugak laa deco tu.

saya jugak ubah beberapa perabot mcm almari display dan kedudukan console table di ubah.
Insyaallah rasa mcm nak tukar cat feature wall hijau tu ke putih.. 
tp kena tunggu betul2 ada masa yg lapang untuk buat rombakan tu. 
nak mengemas ooiii...

langsir tu saya tempah dari Globe di Jalan TAR. 
kain harga RM10 je semeter dengan design eyelet.
total upah dengan kain harga RM360.


sebelum..




selepas..


langsir terlabuh 5 inci. sebenarnya saya dah lebihkan masa ukur. 
tapi tailor tu lebihkan lagi pulak.
sudahnya meleret2 mcm tu. nmpak x kemas langsung. ada masa nnt saya jahit, tapi tak tau laa bila..

Tuesday, December 20, 2016

BOCOR SAMPAI KENA PECAH KITCHEN KABINET...

sebenarnya saya perasan bocor tu dah lama...
 dalam 3 minggu lepas, tapi takde laa kronik.
 air menitik pun x nampak, kira boleh lap dgn tisu dapo camtu jer.. 
lagi pun basah tu ke arah dapo kering.
minggu lepas selepas balik kg, 
keadaan makin teruk sehingga air meleleh bawah kitchen cabinet menuju ke ruang tamu dahh..
cuak laa jugak kan... 
buatnya mereput abis laa kitchen kabinet tu.

kitchen cabinet tu mmg asal ada dari tuan rumah terdahulu. 
mmg sayang lagi sbb keadaan masih elok walaupun dah old pesen.. 
saya pasrah je masa mula2 duduk dulu, 
walaupun jiwa nk nak sangat yg pesen moden dan terkini kan.. 
takpe laa boleh jimat duit. kalu buat baru mau belas2 riban jugakkan.

bila dah jadi mcm ni hati dah sedikit berbunga sebab boleh laa tukar kabinet baru kan... ehh tapi xde laa tukar semua takat yg bocor.
 kenapa sampai kena pecahkan kabinet pulak?? 
sebabnya batang paip tu tertanam dalam dinding kat sinki kabinet tu.

pagi sabtu lepas dah kena punggah segala barang, pinggan mangkuk dalan kabinet tu..
terkojut asben saya tengok punya laa banyak pinggan mangkuk dalam tu. siap warning saya jgn beli pinggan lagi. padahal semua tu hadiah kawin dulu. saya hanya 1 beli  set je pinggan jenama Luminarc.

walaupun hanya renovation kecil tapi dia punya sepah dan habuk tu ya Allah.
kebetulan pulak insiden tu masa Selangor takde air. mmg hazab laa jugak kan..
mmg saya tak bagi pun anak masuk dapo apatah lagi dok kat living hall.
makan/tengok tv semua kat masterbedroom. tambahan lagi  rayyan mmg ada resung yg teruk.

bila dah siap sepenuhnya nnt saya share yer...


 nampak tak air sampai dah penghujung kabinet. saya letak kertas suratkhabar & kain mmg kuyup kt situ..

 keadaan kabinet selepas dipecahkan...air meleleh ke bawah peti sejuk hingga ke penghujung kabinet.


 barang yang oder dah sampai.


setelah siap table top...
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015