Showing posts with label Colombia Asia Hospital. Show all posts
Showing posts with label Colombia Asia Hospital. Show all posts

Tuesday, November 21, 2017

Rayyan Allergic

minggu lepas kitorang ke Hospital Columbia Setapak untuk ambil result allergy. 
saya belum sempat lg cerita mcmana dia kena allergy masa
 kami ke Johor masa majlis pertunangan adik saya.
otw ke johor tengok rayyan tergaru2 kat badan, tangan dan kaki dia. 
 mata pun dah merah2.
cuak jugak saya sebab takut chicken pox. 
terus singgah klinik di seremban. 
kalau betul chicken pox terpaksalah kami berpatah balik. 
iyer lah kan takkan nak pergi majlis bertunang dengan keadaan dia mcm tu.
tak pepasal kang jangkit abis kat orang lain.
syukur alhamdulillah.... doktor kata cuma rasahes dan allergy biasa.  
pelik jugak sebelum ni dia tak pernah allergy sampai mcm ni.
so teruskan jugak perjalanan ke Johor, 
hajat nak singgah beli nasi beriani di Batu Pahat pun tak jadi sebab dah lewat.

balik dari Johor keadaan dia masih tak berubah. 
asyik tergaru2 lagi walaupun dah mkn ubat, sapu losyen yg doktor bagi.
so kami decide untuk bawa dia ke Hospital Columbia untuk untuk check detail.
jumpa doktor Khairul doktor pakar PAED yg dah biasa dengan budak2 tu.
amik darah. 
pastu doktor suggest untuk buat blood test untuk tahu lebih 
lanjut apa sebenarnya yg Rayyan allergy.

2 minggu kemudian baru dapat resultnya..
setelah doktor explain baru laa kitorang tahu yg rayyan ni allergy ikan kod, 
allergy hama di tilam dan bantal, dan debu rumah & karpet.
debu rumah & karpet tu mmg kitorang dah tahu sebelum ni. 
sebab tu kerap vacum & mop lantai rumah.
lepas ni kena lagi kerap vacum & tukar cadar & sarung bantal.
minggu lepas kitorang ke ikea, saya siap beli pillow protector utk rayyan & yaya. 

kos untuk blood test allergy ni adalah RM400. 
bergantung pada hospital yang korang pegi,
saya pun baru tahu ada blood test allergy ni. 
senanglah kalu dah tahu jenis allergy kita boleh elakkan awal2 kan.. 
samaada makanan, bulu haiwan dan sebagainya...



tanda-tanda awal allergy dia. timbul biji2 merah mcm chicken pox

paling ketara kaki, tangan dan pelipat di siku dan lutut.

kt hotel malam tu abis satu badan saya sapukan dia losyen

amik darah utk test bllod allergy.. nangis kemain..

selpie anak beranak di hospital..

2 beradik..

yg very positive tu mmg sangat tinggi lah...  no. 17,18, 34 & 35...

Friday, February 26, 2016

apa itu Pneumonia?? 1 family berkampung di Columbia Asia Hospital

Jumaat lepas 19/2, Yaya akhirnya warded lepas demam lebih dari seminggu. 
bermula dengan batuk tak henti, pasu demam on off. dengan muntah lagi.
 petang isnin lps balik keje bawa gia gi klinik, bila cek suhu 40.4'c terus doc masuk ubat montot dan tulis surat untuk refer ke hospital sbb demam terlampau tinggi.

selepas 4 hari still lagi demam, saya dan suami terus bawa yaya jumpa pakai kanak-kanak di hosp Colombia Asia Setapak. bila doktor cek terus, suh buat xray dan warded. 
lega dah 1 hal.

kul 12.30 saya call BS tanya rayyan. 
mmg setiap hari saya call bertanyakan dia apabila pulang dari sekolah. 
terus BS cakap rayyan demam dan start muntah. ohh maii...

terus call asben to fetch rayyan & bring him to hosp.
 nasib baik saya cepat, sebab hari tu hari jumaat, 
masa pendek  so terus bagitau doktor dan doktor advise suruh warded sbb simptom sama dengan yaya. so minggu berkenaan kami berkampung di hosp sekeluarga...

rayyan & yaya kena PHEUMONIA. di bawah ni hasil saya google tentang penyakit ini..
sebenarnya pheumonia ni boleh membawa maut jika kita sekadar ambil mudah... alaa sekadar demam je kan.. 

korang... jika anak demam berlarutan melebihi 4 hari cepat2 bawa ke hosp. skrg mcm2 penyakit melanda... 
 
In addition to viruses, pneumonia can also be caused by bacteria, including S. pneumoniae, H. influenzae type b, group A streptococcus, and M. tuberculosis (TB). Walking pneumonia is caused by the Mycoplasma pneumoniae bacteria. Although it is usually a milder form of pneumonia than other bacterial forms of pneumonia, the symptoms can be bothersome, lingering for a month or more.
Less commonly, a child's pneumonia can be caused by fungi, parasites, and rickettsiae.

Pneumonia Symptoms

After having symptoms of a mild upper respiratory tract infection, such as a runny nose and mild cough, children who develop pneumonia may have a sudden worsening and develop other symptoms, including:

Diagnosis of Pneumonia

Most cases of pneumonia are diagnosed clinically, meaning that your Pediatrician makes the diagnosis after examining your child based on your child's symptoms and after a physical exam.When necessary, a chest xray and blood culture are also don











Friday, December 12, 2014

cirit birit: jangan pandang enteng [PART 2]

sambung citer dari entry SINI.

lepas warded tu siap kena buat ct scan sbb jatuh terhantuk kat toilet.
aku takde plak masa doktor buat ct scan tu sbb kuar gi solat dan beli makanan. 
masa tu dah kul 3.30ptg.
kalu tak boleh amik gambar. berjoget2 dah cacing dalam perut aku kelaparan.
 kang silap2 aku lak yang kena warded sbb sakit perut x makan. ok tak lawak...

hari ke2 warded cirit masih lagi non stop walaupun
 doktor dah masuk segala ubat, sample najis dah ambil. 
sample darah pun dah ambil. 
report lab masih tidak dapat mengenalpasti virus yang menyerang.

12 botol air dah masuk, tp badan faris masih lemah2. 



ALLAH.... tak mampu aku nak mengungkap dengan kata2

hari ke3 baru mula nampak nam makan. 
makan bubur dan yang lembut2 je.

aku???  2-3 hari tu berulang hospital-rumah. 
aku tak tido hospital sbb anak2 nnt xde orang jaga. 
aku cuma temankan asben siang hari je lps hantar anak2 ke BS.

petang aku amik diorang mcm biasa dan balik umah.
sebelum tu aku dah siap2 beli makanan utk malam dan
beli jugak KINDER JOY supaya diorang behave masa aku tengah drive.
mmg fav budak2 tu la kinder joy.. ada menan dan coklat dalam tu.

 malam kedua aku beli nasi lemak je. so 3 beranak makan ni je. 2 beradik tu nasi lemak tanpa sambal. kosong je. tapi yaya mkn banyak betul tengok tu bersepah abis..

3 hari 2 malam faris di wad. rumah mmg huru hara. start dari sabtu lagi masa asben aku mula tak sihat.
selasa kul 9.30malam baru boleh discaj lepas doktor tengok semua dah ok.
tapi badan asben masih lagi lemah dan pening mamai.

 menu terakhir sebelum discaj. nasi goreng, sup kosong. agar2. nasi grg dia sedapp

aku start keje hari rabu lepas 2 hari EL.  
lepas subuh masak awal2 untuk faris. 
xnak dia makan kat luar masa aku keje.
perut baru mula nak ok. 
kalu ikut dia nak gi makan kedai mamak je. gerammm tau..
aku masak sup sayur, nasi, ikan tenggiri buh siap2 garam kunyit nnt dia goreng tghari.

hari kedua, [hari ni] aku dah siap2 masak sup ayam dengan nasi.
tghari nnt dia goreng telur dadar je.
tu je menu. aku dah bgtau dia awal-awal, 
3 minggu pertama ni biar aku siapkan bekal dia ke opis.
tak nak kejadian tu berulang lagi. perut masih sensitif. 
bila masak sendiri kita tau apa kita letak, 
ayam pun mmg kita cuci betul bukan cincai2 macam kat kedai.

korang.... amik iktibar dari kisah aku.
sebenarnya faris pun tak tau apa yg dia makan
 sampai cirit mcm tu sebab apa yg dia makan kami
 anak beranak pun makan. mungkin kat opis, tp kawan2 dia xde pulak yg cirit.

jika cirit masih berlarutan walaupun dah amik ubat bagai, 
cepat2 gi hospital. dehaidrate yg berterusan
 boleh membawa maut. aku rasa kalu pagi tu aku
 tak terus bawa ke hospital tak tau lah apa yg jadi.....

TERIMA KASIH tak terhingga kepada semua yg bagi kata2 semangat kat aku.
kat FB, kat watsapp, sms... tak putus2 doa dari korang.
siap ada yg bagi ayat suh aku baca ..
terharu sangat. sahabat2 maya aku sangat supportive.
tak sempat aku nak reply satu2... 
 kata2 korang menguatkan aku yg melalui semua tu...

notakaki:cuma yg buat aku terkilan takde sorang pon opismate aku yg bg sokongan kat aku
bukan aku minta diorang datang melawat, bawa bunga bawa buah, antar emel seluruh jabatan nak bagtau suami aku masuk spital. cukup sekadar kata2 semangat buat aku. yaaa aku memalui saat getir sorang diri. struggle sorang2... mungkin ada yg kata alaaa cirit birit je pon, nk kecoh ke.... aku baca satu2 komen kt fb, wassap,sms. itu semua yg buat semangat aku kuat untuk melalui detik2 tersebut.sobssss...sobss...
now aku rasa seolah hubungan yg konon erat, baik tu hanya lakonan semata.thanks to abg nuar, dia sorang je yg respon. kalu aku dah masuk opis baru nak tanya tak payah laaa... suami aku pun dah kuar wad.




Thursday, December 11, 2014

cirit birit: jangan pandang enteng

aku nak citer tentang gambar Wordless Wednesday semalam entry SINI.

menurut faris (suami aku) dia mula sakit perut (cirit) start
 dari lepas solat jumaat lagi (5/12/2014).
berulang2 ke toilet dah tak tau brapa kali.
masa amik bdk2 ptg tu pun dia dah tak naik umah BS.
aku sorang naik bawa turun bdk2 tu.

sampai umah dia terus baring atas katil berselimut.
 aku cek badan dia mcm dah demam.
aku suruh dia mandi dulu, tp katanya dia nak baring jap, pening.

aku uruskan bdk2. masak bubur ayam utk dia dan anak2.
aku pun makan bubur skali.
lepas tu aku ambilkan ubat "pil chi kit teck on" [betul ke gini eja?] 

biasanya lepas amik pil tu tahan skit cirit.
 esoknya [sabtu] cirit faris masih berlarutan.

aku pulak sblm tu dah amik oder ATY  entry :

http://vanillapink3113.blogspot.com/2014/12/biler-tekak-teringin-pulak-nak-makan.html

di rawang. dah janji nak antar kat dia sambil aku ada hal skit di rawang. 
 tak boleh nak cancel sbb aku dah siap masak. 
so aku terpaksa delay kan penghantaran aty memandangkan
 faris masih berulang alik toilet.

aku watsapp aty lambat skit sebab nak gi klinik dulu.
 kul 11 pagi gi klinik.
kul 11.45 baru gerak gi rawang dengan faris berselimut dalam keta, aku drive.
sepanjang jalan aku berzikir sbb tak biasa lalu hiway PLUS,
 lori bas banyak,jalan pulak tgh renovate.

lepas hantar oder aty berdesup aku drive balik.
sampai umah kul 2.30.
faris mmg lemah tak bermaya. lps makan umat dia rehat.
 dan masih lagi berulang ke toilet.

malam tu dia tido bilik lain takut bdk2 terjaga sbb dia berulang ke toilet.

subuh ahad, dalam kul 6.30 pagi aku dengar dentuman yang sangattt kuat.
aku ingat ada orang pecah masuk rumah. 
rupanya faris dah terbongkang dalam toilet pengsan!!!!
mata ke atas macam kena sawan.
dengan panik dan terkejut aku cuba kejutkan dia. 
tepuk2 pipi dan basahkan muka dia.
masih tak sedar.. rayyan dan yaya pun bangun sbb terkejut jugak.

aku tak pasti brapa lama tp mungkin dlm 5-10 minit kot dia pengsan.. 
bila dia sedar dia suruh aku solat dulu. sementara faris cuba bersihkan diri dia.

keadaan dia masa tu bibir dah cracked, lidah dah berwarna kuning.
 sangat2 teruk. separa kritikal.

keadaan aku pulak tak tau nak citer.. dengan panik, blurr...
semua terlalu pantas terjadi.....

selepas siapkan anak dan bfast ala kadar.
 aku terus decide nak hantar dia ke hospital.
hantar bdk2 ke rumah BS terus aku pecut ke
 Emergency Colombia Hospital Setapak.

lepas cek bagai, terus masuk air, ambil darah dan admit.


bersambung....[opis aku buat fire drill pulak...]

Wednesday, December 10, 2014

WORDLESS WEDNESDAY: bila orang kuat terlantar sakit, aku lah supermakkk...

cerita selanjutnya nnt aku citer next entry... sangat sadis. 
Allah bagi dugaan penutup tahun. terjadi minggu lepas..

 



Thursday, March 28, 2013

Part 2: Lps Yaya, Rayyan dengan Suami pulak admitted

hohoho... kisah berumahtangga di hospital tak abis lagi aku dah buh entry2 yang tak berkaitan. huhh penat tau nak citer pasal sakit2 ni. tapi buat jugak entry ni untuk dijadikan panduan dan ianya adalah pengalaman bagi aku menjaga anak2 dan suami di hospital. (nampak tak ciri2 isteri solehah tu.ehemm ehemm)  Entry berkaitan sila klik  link di bawah:

http://amerislovely.blogspot.com/2013/03/bahaya-rotavirus.html 

http://amerislovely.blogspot.com/2013/03/yaya-kena-dulu.html

http://amerislovely.blogspot.com/2013/03/masih-di-hospital.html

ok berbalik pada tajuk, yaya admit kul 12 tghmalam khamis yakni nak masuk hari jemaat yag hening. bertungkus lumus aku kat spital masa tu. fuhh.. discharge pulak petang sabtu. actually yaya masih lagi x fully recovered tp since dia dah tak muntah2 lagi cuma cirit je aku minta balik. petang lepas balik spital simptom2 yang ada pada yaya dulu tetiba kena kat rayyan. aku dah cuak masa ni. risau bebb!! makan muntah, minum susu muntah. kesian sangat, dia memang lapat sesangat tapi bila minum susu je terus wekkkk. aku prepare bubur nasi. letak kicap je pun.nak suapkan rayyan, tp suami kata tunggu dulu sbb dia baru lepas minum susu. letak balik bubur atas meja. tetiba rayyan gi amik sendiri makan bubur tu. sempat 3 sudu dia makan terus muntah dalam mangkuk bubur tu jugak. memang  kesian sangat. betapa dia lapar sesangat, tapi perut dia terus reject makanan tu. so kitorang cuma bagi air kosong je. malam tu keadaan makin teruk dengan demam panas.(tak sure berapa 'c sbb termometer rosak, tp mmg panas sgt) tak tido aku & suami malam tu dok monitor demam rayyan je. tanggalkan baju dan basahkan badan & kepala dia dengan air sejuk. dua kali bagi ubat bontot pun tak jalan. ubat sirup lagi laaaa...

lepas subuh pagi ahad tu terus packing2 macam nak gi bercuti sbb dah tau confirm admitted. sampai di emergency doktor terus bg treatment untuk demam, cucuk tangan masuk air. rayyan nangis takyah cakap laa meraung2 sampai hilang suara penat. terus call dokor paediatrik Dr Khairul Zaman. nasib baik la doktor khairul available on call.(nasib baik aku tak jadi doktor, tengah senang lenang dengan family kena on call, spoil jek. chaaiiitt, result pn cukup makan ada ati nak jd doktor)

dan sekali lagi kami berumahtangga di spital. sangat2 mencabar jiwa raga dan hanya bole sabar..sabar... dan sabar bila menjaga rayyan masa ni bila dia mengamuk tak nak tangan di bandage dan melayan karenah dia. bila admitted cirit birit dia makin kerap 5 minit, 10 minit skali.berulang ke toilet cuci dengan heret tiang air tu. mengamuk lagi budak tu. cadar bertukar berapa kali pun aku tak ingat.

hari ke-2 keadaan rayyan tak berubah. cirit masih tak berkurang. sehingga abis cadar, selimut, bantal kena skali bila dia tido meniarap. bau pula Masya Allah tersangat la busuk sangat tak leh citer. sampai bau tu lekat kat langsir dan badan aku skali. aku sendiri rasa nak termuntah. time ni mencabar lagi bila nak cuci rayyan. terpaksa gulung2 kan baju rayyan sebab takut terkena muka dan rambut dia. bayangkan kul 2 pagi masa ni.

misi pulak masuk bilik 2 jam skali cek temperature, oksigen dan tekanan darah rayyan. mengganggu betul tido aku wpun tak lena sgt pun tido.

Rayyan dan suami. bilik tu untuk kami 1 family je..

ooh.. suami admitted lepas maghrib hari yang sama dengan rayyan bila dia pun asyik cirit.aku yang sihat jadi misi untuk anak & suami. kalu lah aku pun kena admitted tak tau la mcmana keadaan.....

nasib baik masa rayyan dan suami admitted, acik jaga yaya. 5 malam jugak yaya kt rumah acik

hari ke-3 aku kejar balik rumah sekejap, amik baju aku suami dan rayyan sbb stok baju dah abis. sempat jugak aku basuh baju yg berlonggok dalam bakul. baju rayyan aku berus2 dulu part2 yang kena najis tu. iyer la takkan nak campur skali dengan baju lain kann... sempat juga aku tido2 ayam sekejap sementara tunggu mesin basuh siap menjalankan tugas beliau.

 cian kat rayyan, penat sampai tertido sbb cirit. dia mmg tak selesa tangan dia mcm tu.

rayyan dan suami discharge pada hari khamis.hampir 10 hari kami berkampung di hospital. dah boleh tahu murse mana yang rajin, nurse mana yang cekap, nurse mana yang malas, nurse mana yang buat keje ala kadar.... nurse mana yang buat muka bila aku asyik tekan bell untuk tukar cadar sebab kena najis dan muntah rayyan.

so korang semua... please...please yang ada anak2. BE CAREFUL bila bawa anak jalan2 bercuti kat hotel mandi manda kat swimming pool. sebab pool yang tak well maintanance akan menyebarkan ROTAVIRUS. walaupun hotel yang aku duduk tu bertaraf 5 bintang. dan inilah yang menjadi punca suami dan anak2 aku berkampung di hospital.


 view dari bilik kat hospital. kalu dah tak lalu makanan kat spital turun je kat bawah kedai mamak 24jam.

 nampak jugak la KLCC suram2 gitu

 agak2 bosan gi je karaoke... (dalam keadaan mcm ni tak lalu nak apa2 pun wpun shopping kompleks KL Festival bole jalan kali je beb)

paling suka dengan nurse ni. buat keje pantas, cekap. takde buat2 muka bila tekan bell.


Friday, March 22, 2013

Peristiwa hari ni...

my outfit today:
fishtail blouse with slack 
tribal shawl

follow up appointment with Dr Khairul Zaman at Columbia Asia Hospital. Rayyan tak nak bergambar sbb leka main toys.

Friday, March 15, 2013

Yaya kena dulu..

Assalamualaikum uols...
tak tau nak start dari mana kisah anak beranak masuk ward ni. bayangkan anak2 dan suami masuk ward secara berjemaah. dan aku semestinya menjadi kuat sekuat badang dalam menghadapi situasi begini dengan karenah anak yang merengek, menangis, tak tido malam, berkali2 ulang alik toilet cuci poopoo diorang. ada masa setiap 5 minit. sangat2 mencabar kesabaran aku. kadang2 rasa hampir nak fitamm.

oohh.. yang ni aku paling tak tahan tengok yaya kena injek dengan doktor untuk amik darah. nangis aku, hati aku teramat la tisu bila melibatkan anak2.

bermula dengan yaya. oohh sebelum tu kami semua ada pergi bercuti. (belum sempat lg update entry pasal cuti2 tu sbb 2 hari lepas tu yaya dah start kena) 2 hari lepas balik bercuti, yaya tetiba muntah. bagi susu muntah. so aku tidokan dia awal sbb ingat dia mengantuk. dlm tido dia muntah lagi. jenuh cuci yaya dan tukar cadar kali kedua. abis kuar susu yang masam sgt baunya. dan bermula lah episod cirit biritnya. tak henti2 hingga esoknya. suhu badan dah makin panas. cuak aku malam tu. kul 12.30 muntah berselang dgn cirit. kul 3 muntah dan cirit. esoknya aku sendiri dah rasa pening sbb tak cukup tido. lepas antar rayyan kat umah acik terus bawa yaya ke klinik idzham kat jalan genting klang.

yaya cool je masa ni, kagum dengan dia yang kuat semangat.

aku dah confirm EL hari khamis tu.(suami pn EL jugak) monitor yaya kat rumah, bagi ubat yang doktor bagi. sehingga maghrib yaya dah berak melebihi 15 kali. risau giler aku sbb tengok dia dah tak bermaya, merengek pn dah tak kuar suara. rayyan mmg tak amik dari umah acik sbb nak concentrate jaga yaya je. aku ngn suami bergilir2 cuci berak yaya. bayangkan setiap 5 minit, setiap 10 minit. sampai kami suami isteri kepenatan tp mesti kuat demi anak2. malam tu kami decide untuk terus ke hospital. kul 12 tgh malam, packing baju yaya, aku dan suami dan menda2 lain. aku mmg confirm ni mesti kena warded. bermula episod bercuti di Colombia Asia Hospital...

 tido keletihan lepas cirit lebih 20 kali. kesian sgt tengok keadaan dia masa ni.



#sambung next entry, badan aku masih lagi sengal2 dan lenguh sbb 10 hari di hospital wpun bukan aku yang sakit tp aku pun turut kena tempias. menjaga 3 org yang sakit bukan mudah.

#kekadang terasa ujian Allah ni berat, tp bila renung balik Allah takkan bagi ujian kalau kita tak mampu menghadapinya...

#masa kita senang semua nak jadi kawan kita, tp bila kita ditimpa musibah, boleh nampak siapa yang betul2 kawan kita.


Thursday, March 14, 2013

masih di hospital

takde apa nak citer buat masa skrg. masih bz di hospital. rayyan, yaya dan suami semua admitted hospital.
story mory next entry. gambar pun tunggang langgang...






Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015