Tuesday, September 9, 2014

short vaccay: Grand Lexis Port Dickson Hotel

last week sempat jugak gi PD. dah lama sangat tak bawa budak2 tu jalan2. dari puasa, sampai raya, sampai skrg takde pun jalan2. si rayyan pun dah mula nyebut nak gi pantai... nak gi pantai.  dok pakai je baju mandi dia dalam rumah. mandi dalam bilik air pun pakai baju mandi . hahaha.. bergaduh dgn aku tau...

dalam keta masa jugak laa dok cari hotel kat agoda. suami pulak dah lama nak dok Grand Lexis. pikir minggu depan dah start cuti skolah mesti lagi mahal, terus je proceed key in dalam keta kat henpon cinocoet. gigil2 aku nak tekan hurup2. bilik deluxe semua dah abis, tinggal exec pool villa je. 
Grand Lexis mmg asyik full je kalu weekend. ramai nau singaporean stay sini...

kitorang sampai kul 3pm. lepak2 kt bilik mandi kolam dalam bilik. kul 6 siap2 kuar makan.

uols yang nak ke pantai, jalan2 menyusuri pantai, nak main2 maisr buat istana, nak jogging, main sukan air tu aku tak suggestkan sgt hotel ni sbb dia atas laut. cuma jalan2 kat siarkaki yang dah dibuat tu. kalu nak ke pantai kena kuar jalan jauh hotel ni takde private beach. mandi je kat pool yang ada dalam bilik atau pool kat luar...

 pemandangan sangat cantik, servis tiptop. kalau yang nak honeymoon tu mmg sesuai sgt2 laa. kolam pulak dalam bilik takyah nak segan silu lagi nak pakai bikini bagai...

aku pun 1st time leh swimming. biasa main2 air sambil layan budak2 jer...
puas hati datang sini sbb budak2 tu nampak happy giler dapat mandi kolam.

tapi kat bilik tu dalam jugak 4ft. kena monitor budak2 tu. takleh biar diorang sendiri.
bila bawa mandi kat pool luar air sekaki setgh je. boleh biarkan je diorang dalam tu. aku monitor dari jauh je. alaaa takat lutut diorang. kalu jatuh leh bangun sendri.
dari lobi nak ke bilik kena naik buggy car. jauh woo nak menapak. suka nau bdk2 tu dapat naik car kecik katanya...

bilik kami paling hujung

bila sampai bilik jer, mesti 2 budak ni yang akan buat spotcheck dulu...
abis tepon, lemari diorang buka...

ada dua king bed. mmg luas giler bilik ni...

view pool dari bilik

kejakunan 2 bradik ni. terpegun kot boleh tgk air laut dari lubang transparent ni. dok sebut fish..fish...

kat pantry siap ada microwave. mmg luas giler..

dari tepi pantry leh nampak kolam kat tepi tu. hujung skali tu toilet & bath room. mula laa mak incik berangan nak buat rumah cenggini.

ruang toilet mmg asing dgn bath room

asben laaa layan bdk2 tu mandi.




view dalam bilik lagi...

turn aku dgn anak2 lak posing. susah tau nak tgk rayyan posing gituw..

view luar bilik..


tgk... bila buggy car lalu jer sampai terteleng2 kepala. best naik car kecik katanya..

tgh tunggu buggy car

susana dalam restoran ikan bakar. mmg takde orang tp bila dah lps maghrib. yaaa hampun  penuh meja

.
restoran ni kat teluk kemang. korang google laa cari eekk... rasa ok je laa 

sblh restoran ada pasaraya. mmg kena pau laa jawabnya... dah dapat sorang satu.

lala sweet sour

sup ayam

ikan siakap bakar. ada 2 sos. sos kicap,sos air asam.

sotong celop tepung

ko tengok... punya la susah aku nak makan. meja dah penuh atomen. 

balik makan baru tau rupanya ada 2 hotel. lexis dan grand lexis. cantik sgt pemandangan

muka hepi dapat nak car kecik. penat dah nak menapak ke bilik. so boleh naik buggy car

sampai bilik terus susun atomen. jangan sapa2 berani sentuh.

esoknya lepas bfast mandi kat sini pulak...

kemain suka budak2 tu...

1.5 kaki je. atas skit lutut yaya. aku monitor dari jauh...

yeayyyy....

13 comments:

Anonymous said...

osemnye kak..dh lama kita nk g sini. Boley tau tak brp rate bilik cenggitu.

Aeen said...

bestnya kakkkkkkkk....teringin lak nak pegi sana..tp macam x puas je gi 1 malam kan..

aznor ibrahim said...

macam mahal je bilik akak duk ni..kemain bestnyeee

Jueliza Jamani said...

wahh bestnya.. rate berapa untuk bilik katil king 2 tu

Mila Hilas said...

perghh...hotel mhl ni...yg akk duduk ni bpe RM smlm?

Mimy Hamid said...

nak pegi ..tak pegi pegi lagi..kami TM dpt rate staff..RM350 la gitu...

Allene said...

seronoknya kak...

Mila Ahmad said...

kak satu rate berapa er?

MisZ FyZa said...

Hee..ritu sy g amek yg garden view..kalu amek yg atas laut 2 mesti lg best kn..

Elya Roza said...

kat sana mmg best. ari tu kiterang book sky pool villa....first tiem pergi jakun jap haha... tapi mmg tgk kat atas laut nye bilik lagi best kan...x sabar nk gi lagiii..nak swimmng dlm bilik haha

ieza ashaari said...

Ohoiiiii kak. Punyalah tertunggu entri ni. Bestnyaaa.

::EIDA:: said...

Ida pon mgidam nk stay sini kakkkkk hukhukhuk... otomennnnnnnn!!

CikNaa said...

huaaaa..bestnya kak!

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015