Tuesday, November 25, 2014

Percutian express ke Kuching Sarawak

sebelum aku hilang ingatan baik aku cepat2 update citer percutian express ke kuching minggu lepas.
sebenarnya cuti ni lebih kepada nak test anak2 aku naik flight.
 biasa kalu balik kg dalam 45 min je. 
kali ni naik flight gi kuching amik masa sejam setgh jugak.
 iyer lah mana la tau kot2 nak bercuti yg jauh lagi naik flight berbelas jam ke kannn..

sebab ke2 aku rasa dah lama tak gi cuti2, so sblm cuti sekolah baik aku gi bercuti dulu wehh. bila cuti skolah tiket mahal, hotel penuh +peak season.
 nak soping jalan2 pun sesak. pendek kata segala2nya sesak lah...
so idea nak gi kuching pun spontan je. 
asben cadangkan jugak gi Langkawi, tp aku rasa cam nak gi Kuching. 
lepas cuti skolah baru kita gi Langkawi yer cik suami.

cuti kali lebih kepada santai2 untuk anak2 ye..bukan utk aku, sebab kalu utk aku maunya melekat sehari suntuk kat tempat soping. pastu semua tempat yg kitorang gi boleh jalan kaki je.takdenya aku gi ke perkampungan Serawak, muzium ke hape, pasar sarikin yg semua org dok rekomen tu pun aku tak gi. dah mmg percutian untuk anak2...

flight kul 12 tghari. kul 10 dah kuar rumah.
 takde rushing sangat sbb dah check-in kan.

aku yg cuak bila naik flight ni sbb rayyan. sejak kes MH yg jatuh & hilang dulukan setiap hari masuk tibi flight jatuh apa semua. rupanya tu semua beri kesan pada dia.
awal2 lagi dia dah cakap "abang xnak naik katebang, nnt jatuh."
choii sangat tau. tp mujur gak sepanjang perjalanan tu dia dok senyap jer,
 cuma tangan aku kena pegang dia atau letak atas peha dia...
 sbb dia takot. adoii anak... kalo kamu jatuh, ummi pun jatuh jugak laaa...

ok. settle bab rayyan, yaya pulak duduk je kat seat tak keruan budak tu.
 aku tak tau nape, tak selesa ke...sempit ke... 
kejap nak dok ngn aku, kujap nak dok dgn apak dia.. merengek.
cuak laa... bila pasang movie finding nemo kat skrin baru dia tenang skit. fuhhh....

sebelum tu nak ingatkan entry kali ni giler banyak gambar dan repekan dari aku. 
malas nak buat ber part-part.
aku skali harung semua. harap korang tak bosan....

sampai je airport kuching, terus amik teksi ke hotel. kitorang stay kat PULLMAN KUCHING.
masa nak check-in bilik. BAPAKK punya ramai orang. tu belum lagi cuti skolah.
 hangin jugak laa aku menunggu dengan layan karenah bdk2 tu lagi. 
aku rasa ada setengah jam kot. aku tak tau sistem diorang punya bengap, 
sedangkan kitorang dah bayar thru online. punya banyak form kena isi ooii...

sampai hotel mmg lapar giler rasa. nasib kitorang naik MAS so ada nasi dihidangkan.
boleh laa alas perut sebelum makan menda lain.

dalam kul 4 baru kuar semula gi cari makan. tempat utama adalah TOPSPOT. tempat ni mmg wajib pegi kalu korang berkunjung ke Kuching. lagi satu untuk peminat fanatik SEAFOOD satu kerugian besar kalu korang tak datang sini ooii...
 mmg heaven sangat. denga harga yang super murah, seafood yg fresh sesangat.
aku sampai sekarang saat menaip ni pun terkenang2 lagi butterprawn dia. 
mmg lain dari yang lain yang penah aku makan kat KL nih.

aku order butter prawn, sotong tepung, siakap sweet sour, sup sayur campur. (lauk pauk dalam sup kita pilih sendri termasuk sayur apa yg nak). makan laju2 sbb bdk2 dah tak keruan. mungkin sebab penat aku rasa. pastu tapau, makan kat bilik hotel pulak.
kenyang mcm ular sawa aku malam tu. kul 9 mlm dah rasa ngantuk nak tido.

hari ke2, kitorang gi bfast dulu pastu baru naik mandi sebelum keluar jalan2 soping.
bdk2 tu berendam dalam bath tub mcm berenang dalam pool koo...

kul 10 pagi baru bersiap kuar. kalu nak ikutkan boleh je jalan kaki tp sbb panas kitorang amik teksi.  destinasi pertama ke Pasar Satok beli ikan masin terubuk, pastu gi kempat beli souvinir.di water front Kuching.
 oohh.. lupa nak citer teksi tu tunggu bila kitorang nak beli pape dan bawa ke mana je nak pegi. driver teksi tu siap rekomen tempat makan best. sampai ke destinasi ke2 budak2 ni dah tak keruan. mengantuk, nak tu nak ni... masa kat pasar satok tu dah beli belon rege RM6 sorang. alaa belon yg berbentuk upin ipin, ikan, otomen tu semua...

tkat tempat souvinir tu aku laju2 beli apa2 yang sempat aku capai je. FM, pencil case, keychain, dompet manik2 tu. mmg sikit giler aku beli.

pastu singgah beli lunch yg driver teksi tu rekomen. mmg sedap sgt. 
balik semula ke hotel. makan, bdk2 berendam lagi pastu tido.

kul 4.30 keluar lagi. kali ni ke kek lapis si dayang salhah. 
jalan kaki je ke jeti naik bot ke seberang sungai.
tambang singgit je sorang.

masa naik bot ok jer rayyan & yaya. tp masa sampai kt kedai si dayang salhah tu. adoiii...
si yaya ajak aku balik, tak nak masuk dalam kedai. sebenarnya dia nampak peti eskrim tp peti tu berkunci, tuan dia kuar jap. merengek budak tu nak eskrim

ohh... masuk dalam kedai dayang salhah ni korang boleh mabuk tengok mcm2 jenis kek lapis dengan berbagai jenis nama. ada ariana ros, puncak kasih. mcm2 lah...
tp aku tak beli yg nama pelik2 tu. kali ni pun laju2 amik kek apa yang sempat. rayyan pula dok makan kek yg tester tu. lepas satu..satu... dia amik. mmg hantu kek budak ni...
aku sempat capai 6 ketul kek je. 2 kek lapis masam manis, horlick, lumut, blueberry cheese.  balik tu sempat singgah kat foodcourt minum cendol. cendol dia sedap wehh... mmg lain dari yg biasa ko makan kat KL. susah nak describe rasa tu korang kena rasa baru tau...

balik, jalan kaki je ke hotel. pastu asben singgah ke topspot lagi beli dinner. aku oder butterprawn lagi sbb rasa tak puas lagi makan yg semalam. dah la udang besar tapak tangan. menjejes rasa ailio ku wehh..

esoknya dah ke3. bfast, kemas2 barang ready ke airport Kuching.
Bye-bye kuching. ada rezeki weols datang lagi.




 
masa mula2 sampai KLIA yaya mcm tercengang. kagum kot dgn bangunan ni.

sempat selfie dengan hero manja & cengeng. stress aku ooii... dia nak pakai baju atomen ni. 
baju ni dah sendat sgt dah. baju umo 1thn ++.


masa tgh bergambar ni kew mas dah panggil masuk boarding. 
yg ada anak2 diberi keutamaan masuk dulu. hihihi
rayyan statik jer dok kat tempat. yaya yang tak senang duduk...

nasib baik naik mas ada skrin tivi ni. takde laa budak2 tu bosan dalam flight. wpun sejam lebih je tp bila dioarang buat hal aku rasa macam naik flight 14 jam.

tengokkk... betapa kusyuknya rayyan. aku suh makan pun dia wat tak tau jer..
 layan movie LEGO.

nasi putih +asam pedas ikan +stim mix vege. ada coklat nips jugak.

cuaca mendung sbb hujan...

lagi 20 nak landing nampak jelas sungai Rejang

masa nak check in. giler ramai orang. sampai aku pun hangin 

mcmana tak hangin dengan budak tecit ni buat perangai. snpai nangis2 bengkak mata.

slumber je rayyan dok kat troli beg. 

nak selfie pun tak senang... bdk2 ni lalu lalang depan aku...


ni part paling best untuk 2 beradik tu. sampai kecut2 tangan ooii...

tempat makan paling best kot. sbb kawan2 dok rekomen kedai ABC ni... 

giler fresh udang dia
besar tapak tangan aku

geram tengok seafood. mmg fresh sesangat

butterprawn yg buat aku tak keruan. sampai skrg terasa2 kerangupan butter dia....

 
siakap sweet sour

total utk sotong celop tepung, butterprawn, sup sayur campur, siakap sweet sour rm95. sotong tepung & sup sayur campur xde gambar. aku dah makan baru sampai lauk, tangan dah comot2 makan malas dah nk amik fon amik gambar.





gi breakfast tak yah mandi. makan kenyang2 dulu baru naik mandi...

kat medan satok ni borong ikan terubuk masin.



cuci mata...

yaya beli menatang monyet ni...

cilok kek tester lg


tugu kucing ni mmg tempat wajib amik gambar ye..


naik bot ke seberang ke Dayang Salhah. awat laa glamer sgt si dayang ni..
 semua dok rekomen aku beli kek lapis kat dia..


semua jenis kek ada tester. dok mkn yg tester aku dah tak tau apa rasa dah..

budak ni kann tak tau brapa ketul kek tester dh dia rasa... hantu kek betul.




lepas beli kek lepak2 jap tepi sungai kt foodcourt. nahh eskrim sorang satu...

korang jangan lupa pekena cendok sarawwak tau. rasa dia lain dari cendok kl  dan mmg sedap.

gerai cendol tu yg no. 4 kat food court ni...



bukan selalu dapat bergambar berempat...


si yaya ni kan pantang tul jumpa kucing..


topspot tu dalam bangunan UTC kuching ni. walking distance dari hotel yg kitorang duduk di PULLMAN.

ni dinner yg asben oder skali lagi kat topspot. pucuk paku belacan, butterprawn, ketam telur masin, sotong celop tepung, mee kolok. makan sampai senak perut aku rasa..

dah nak check out luggage. beg takde beranak pinak yer...


otw balik, layan movie lagi...

masa tgk pic ni aku teringatkan MH yg hilang dan yg yg jatuh kena tembak tu. al-fatihah...
tp seyes, cantik dgt pemandangan masa ni.

ni je yang sempat aku beli... mmg sikit giler... main ambik apa yg sempat je...


next entry nnt aku citer pasal perbelanjaan kami di kuching dan review hotel PULLMAN. 







#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa.
kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.



12 comments:

Aeen said...

bawak anak2 gi bercuti best kan kak..tapi penat...lepas tu kalau bab makan...ain prefer tapau bawak balik bilik...susah nak makan kat kedai dgn dorang yang melasak lagi...xtenang nak makan dibuatnye...hehehe

Allene said...

seronok tgk budak2 main air dalam tub...

Mayang ABDUL RAZAK said...

salam kenal.. besnyer bercuti ngan famili.. akak jejak kaki di serawak 9thn dulu..

mOoN IzzaN said...

lama x g swak dah.. byk perubahan..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kak,
bestnya g kuching
sekarang musim orang ke kuching kot
ramai p sana he3
iols ja yang tak p lagi sob3

AMIIZAA said...

singgah pagi selasa....:) seronoknya ...:)

yoorin melacolea said...

ramai kawan2 pegi kuching pon suggest tempat makan tuu untuk seafood.. adehh..tengok je dah ngences.. macam mana niiii...

mrs kayrul said...

nampaknya nak kena g kuching la baru dapat makan seafood best...huhuhu

Chekgu Azrine said...

Pullman tu mahal kot kan amy...heehhee..
Bestla kuching.teringin nk bwk anak2 dtg cuti sini

nadiah hanum said...

Suka la jenguk entry akak ni...bnyk gambar! Hehe...cam best jugak yea, jenjalan ke Kuching...cik nad tak pernah sampai lagi..;)

GOLD FINGER said...

Tess..bawak bebudak gitew lerrr..mak pak penat sikit..janji ank2 happy..ni gua nk beranak kecik lagi..hahaha..holiday semua dibekukan

Julia Johari said...

Fuyoooo hebat kak amy bercuti kali ni meriah betul...dok hotel pullman...mesti mahai eh kak semalam? Nanti review eh

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015