Friday, November 28, 2014

Update adik beradik

lama nau aku tak citer tentang 2 beradik ni.. lama sangat rasanya...
 umur pun dah nak masuk 4 tahun si rayyan tu bulan januari depan.
besar sangat dah... tapi manjanya melampau yang amat...
 
 sampai aku pun naik angin bila menangis yang tah hape2.. geram hhoooooiiii..
kadang2 aku mmg malas nak pedulikan dia, menangis laa ko kat situ sampai penat.
 aku banyak benda lagi nak buat. dah baru balik keje, nak mandi, nak solat,
nak sediakan dinner.. stress jugak dibuatnya...
 
tapi aku takde la sekejam tu. mula2 aku mmg pujuk, cakap elok2, peluk2.
 abis tu dah tak nak dengar jugak. lantak laaaa...hahhh keji tak??
 iyer laaa kalu aku layan satu benda pun tak terbuat wehhh
 
pastu kann, si rayyan ni bila ko dah janji dengan dia
pastu ko tak tunaikan ko hadap laaa dia akan tanya..tanya...
berpuluh ratuss kali sampai la dia dapat apa yg dijanjikan.
so jangan pandai2 buat janji manis yang tak tercapai dek akal okey..
kalu takat janji nak beli kinder joy tu boleh layan lagi,
mana2 seven E pun ada....
 
oohh ada lagi, rayyan mmg fanatik dgn atomen.
aku tak tahu dah berapa puluh ekor atomen dah. d
ari sebesar2 sampai sekenit2. yg boleh berjalan, berbunyi mcm2 lah..
tapi banyak jugak yg dah jadi arwah, oku pun banyak.
 
satu yang buat aku risau..ehh xde laa risau mana pun,
bilaa la dia ni nak free pempes.
bila cakap abang dah besar xleh pakai pempes,
dia akan cakap "abang nak pakai pempes, abang maluuu"
 adoiii anak ummi...
 
lagi satu, anak aku ni bajet retis sangat ooii... tak nak bergambar.
mmg tak bagi amik gambar dia
sampai aku nak amik gambar makanan pun dia marah...
takdenya gambar nak posing bagai nak amik gambar,
kalu ada tu aku curik2 la capture gambar dia...
 
yaya lebih berdikari dari abang dia. bangun tido je terkedek2 turun sendiri.
jarang sangat dia nak nangis yg bukan2 kecuali time tak sihat.
lebih berani. abang pukul, dia pukul abang balik.
penah mata rayyan lebam kena tumbuk dengan yaya.
bila dia tengan main sendiri jgn laa kacau2 dia.
 
walaupun aku takde bagi home schooling secara formal, ajar diorang abc,
123 tapi diorang dah kenal a-z, nombor, warna, basic matematik,
tapi diorang dah tahu. semua dari apps dari tablet.
 
 muka yaya bila demam. sembab je..
 
 ni lah keje dia kt rumah BS. buat rumah dengan kusyen sofa. kalu kat rumah aku mmg aku marah sepah2 mcm ni. kat umah BS ilek je yer...
 
 dah nak masuk 4 tahun, tapi tak boleh tinggal lagi puting dan kain nappy dia. gi mana2 memang kena bawa 2 benda ni...
 
 #gambar semua dari wassap BS. 3 hari lepas balik bercuti di Sarawak. diorang demam, pastu berjangkit pulak kat aku. ni yg aku malas nak berjalan. grrrr....

7 comments:

Allene said...

kecian demam semuanya.. get well soon ya...
rayyan banyak habit ye.. kain lampin la... tp orang macam ni, penyayang tau kak...

Aeen said...

semoga cepat sembuh yeh kak..demam sbb jalan jauh la nie..ain pun risau nak bwk budak2 ni jalan jauh la...balik je mesti nak demam...huuh

Chekgu Azrine said...

karenah ank2 ni seronok klu kita dpt cerita kt blog kan amy..mcm2 peel..hahaha

yoorin melacolea said...

adehh kak.. nak layan anak ni macam2 kerenah.. memg tak terdaya laa nak melayan kalau dah melalak tuu.. pakkal ingat kat jiran2 je.. kalau x, memg biorla dia nak melalak ke hape.. =) irine pon baru je baik demam ni.. =)

GOLD FINGER said...

Tes..rayyan nak adik lagi sorang..boy sama dia blh main atomen sesama..ker nnti mak dia yg jadi atomen..hehe

Ibnuismaini Ismail said...

Amboih, lebam biji mata si abang dibuatnya si adik. Buli abang. haha.

MizzTina said...

pemalu sgt tu smpi amik gmbr pun xnk..hahahah...

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015