Showing posts with label Wordless Wednesday. Show all posts
Showing posts with label Wordless Wednesday. Show all posts

Wednesday, May 11, 2016

Wordless Wednesday: Bila Yaya berhijab

excited punya pasal, iron pun tak sempat..

tudung instant ni saya beli dengan blogger ATY excited sungguh pasa mula2 dapat parcel. tak sabar nak pakaikan kat yaya.
 saya dapat seminggu sebelum balik kg kenduri arwah MIL. 
so mmg amik kesempatan untuk pakaikan kat dia. 
alhamdulillah dia berhijab sepanjang hari dan 
tak merungut panas wpun cuaca panas yg amat kat kelantan masa tu...

awning lembut & material selesa dengan dia.

Wednesday, March 30, 2016

Wordless Wednesday: testimoni customer


biar gambar berbicara...

 
testi dari blogger Azlina. regular customer saya

testi dari blogger gojes Cikna, pun regular customer saya


Wednesday, January 27, 2016

Wordless Wednesday - selfie family

rasanya ni kali pertama saya selfie/wefie bersama suami & anak2.
rayyan skrg dah sporting bila di ajak bergambar, yaya pun sama.
bila nak bergambar terus buat peace... 

ni masa kami 4 beranak berjalan2 di IOI Mall, 
menghabiskan cuti sempena cuti hari Thaipusam.
sronok dapat luang masa bersama. lagi pun dah lama tak kuar sama2. 
sejak MIL sakit, asben balik kampung setiap minggu.
 kalu saya serang mmg tak berani nak bawa 2 beradik jalan jauh2.

Wednesday, November 25, 2015

Wordless Wednesday #homechooling rayyan


Cubaan menulis sendiri nombor menggunakan water color, tiru buku kat sebelah..

Wednesday, November 4, 2015

Wordless Wednesday: mereka nyawa saya


giler rindu kt diorang masa saya kat Bandung. tak pernah tinggal diorang...






Wednesday, October 14, 2015

Salam Maal Hijrah


kepada semua pembaca blog, rakan2 blogger...
semoga kita menjadi lebih baik dari sebelumnya, lebih taat dan patuh kepada Allah swt,
berjaya dunia akhirat.... AMINNNN...

Wednesday, August 5, 2015

Wordless Wednesday: :)

wordless Wednesday ari ehh... tp nak gak berceloteh.
lagi 4 bulan rayyan dah masuk 5 tahun. 
yaya pulak thn depan dah 4 tahun
2-2 masih berbuai.. 
bila tgk muka diorang tido rasa tenang jer... suci jer...

kat rumah BS buai rayyan dah cabut sbb spring dah maximum. 
takut tetiba putus..
kat rumah kitorang, saya slowly bg rayyan xnak berbuai. 
tapi masih tak cabut lagi..




Wednesday, February 11, 2015

wordless Wednesday: OOTD color block dengan instant hijab NEALOFA

lama nau tak ber ootd. skrg trend instant shawl pulak.
dah semua nak cepat, nak mudah, nak senang...
instant nealofa sgt efektif. suka sangat.
kalu nak cepat2 tu mmg mudah sgt + tak payah ber iron2... ngeeee
nampak nau pemalas lipas aku ni..
nak pakai inner pun boleh, without inner pun boleh...
lg satu aku suka sbb labuh. cover semua termasuk perot aku nih...



 
with inner
 
without inner

Wednesday, January 21, 2015

Wordless Wednesday ~ 1st time....

aku tak penah selfie buh dlm fb apa lagi dlm blog. ni 1st time. 
hooiiiii... bolat muka..

aku mmg tak brapa gemar berselfie, xde confident  kot.
pic tanpa apa2 edit atau camera 360'.
 
 lagi pun rasa mcm tak cun je.. segan wehh...
tunggu nnt kurus langsing, muka bujur sireh.
kalu org lain amik kan gambar xpe. ngade kan..
hijab dari neelofar... 

ntah nape aku pakai nampai berserabai jek. 
ke sebab pakai blazer nampak lagi gemok berlapis2... huhuhu

selesa, tak licin, jatuh terletak. 
cuma aku kekok sket sebab biasa pusing dari kanan ke kiri tapi yg ni sebaliknya. 
jadi balik kb ari tu aku bagi kat adik aku sebab dia dok minta sangat.
 pastu katanya as birthday present dia sbb esoknya birthday dia. 
apa2 aje lah ainun...

Wednesday, December 17, 2014

Wordless Wednesday: skali lagi layan anak bujang...

kalu ikutkan aku dah malas nak layan kul 6.30 ptg suh aku wat kek.
 2-3 hari sblm tu mmg dia dah ada sebut, tp aku bagi alasan xde telo.
skali dia nampak telo sepapan kat dapo terus berzikir suh wat kek...
adoi... nak tak nak bancuh jugak laa. 

 mujur gak resepi aku main sukat pakai cawan jer.
aku suka resepi ni sbb main campak je,
 takde peraturan sangat.
bila turn dia nak buh dalam cup tu kemain suka siap gaduh2 dgn yaya.
 semua pakat nak buh dalam paper cup tu. 

abis menitik2 atas meja.
rayyan mmg suka sgt2 kek. 
skali hadap habis 5 cup kecik tu.
yaya lak makan main2 je, sepah xyah cakap laaa..
jenuh aku vakum lps tu. hmmm...


 kemain fokus lagi nak masukkan adunan tu dalam paper cup



 "yaya tgk abang buat ok"

































adunan dah siap masuk cup.
ada yg penuh, ada yg meleleh. ada yang almond sampai sesudu....

 bila dah siap. 5 biji abis skali makan.... mmg hantu kek betul..

 aku dah penah share resepi kat  SINI.

Wednesday, December 10, 2014

WORDLESS WEDNESDAY: bila orang kuat terlantar sakit, aku lah supermakkk...

cerita selanjutnya nnt aku citer next entry... sangat sadis. 
Allah bagi dugaan penutup tahun. terjadi minggu lepas..

 



Wednesday, November 12, 2014

Wednesday, October 29, 2014

Wordless Wednesday: Cabaran berbento setiap hari ke opis

 pagi ni asben & wifey bekal ke opis. sambal sardin, telur dadar, nasi putih. berselera makan dari bfast membawa ke lunch. kalu sempat aku mmg lebih suka bawa bekal. asben pun sama, tak kisah pun apa je yg aku bekalkan. nasi goreng, mee, roti telur, nasi berlauk. jimat dah belanja bfast kat cafe.  sehari  jimat rm10, kalu sebulan dah rm300 ooii..  jom berbekal uols.
jangan pikir complicated sgt. masak banyak skit laa malam tu, esok panaskan buat bekal. jomm!!






#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa.
kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.

Wednesday, October 8, 2014

Wordless Wednesday: laksa asam telur goreng

1st time dengar, makan dan tengok laksa asam telur goreng cenggini.smlam kan aku baru sampai dari KB balik raya. kali ni balik ikut grik sbb jalan jem, asben terus potong ikut grik. skali jumpa gerai ni. mmg glamer kat sini. tp bagi aku cam pelik jer rasa laksa asam telur goreng ni. tekak mcm cannot go. tp kat gerai ni melimpah ruah org order laksa telur goreng ni. Lokasi: simpang tawin, grik. (betulkan aku kalu salah eja nama tempat ni).

Thursday, August 21, 2014

Wordless Wednesday~ aksi YAYA makan spageti

ni masa raya kat umah MIL, spageti mmg favourite dia. tak menahan aku tgk dia makan. sampai 2-2 belah tangan dia gaul spageti. mulut comot takyah citer ooii...

 

Wednesday, August 13, 2014

Wordless Wednesday~ Rayyan Demam

mood nak update entry raya hold dulu. ni kisah semalam, rayyan kena demam panas.

balik keje petang Isnin, dia dah demam. ok lagi sbb aktif, so aku pun bagi ubat paracetamol cam biasa.
kul 2pagi, start meracau, tido menyelit2 bawah badan aku. tak selesa kot. bila aku terjaga, terkejut sbb badan dia panas sangat2. cek dengan termometer suhu sampai 40'c.

terus kejutkan suami, amik ubat bontot bagi dia. nak dekat subuh baru dia tido. pening weng2 kepala aku nak gi keje., so EL je. sambung tido sampai kul 8.30

kul 12 tghari panas lagi. siap2 aku bawa dia gi klinik panel yang biasa gi. sblm tu aku dah prepare siap2 packing baju kot2 kena admit.

kat klinik, bila doktor cek je suhu sampai 40'c terus tulis surat refer ke hosp. dapat je surat laju2 aku drive gi Columbia Asia Hospital, Setapak. . aku gi situ sbb dia dah pernah admit situ. so rekod dah ada.lagi pun dekat dengan rumah pengasuh. kalu apa2 senang...

kat hospital , doktor cek takde ciri2 denggi, takde muntah or cirit. terus masuk ubat bontot. 
lega bila doktor cakap gitu. sbb aku paling takut kalu dia ke sawan. bila dah ada history kemungkinan untuk kena balik tu tinggi.

wahai anak cepat lah sembuh... kuatkan semangat.

melepek atas riba aku lepas kena masuk ubat bontot.

Wednesday, July 2, 2014

wordless Wednesday~2 beradik ni..

makin panjang akal, makin suka gaduh, makin membesar, makin bijakkk....

.




Wednesday, June 11, 2014

Wednesday, June 4, 2014

WORDLESS WEDNESDAY~my hero, my heart, my soul~

THROWBACK LAGI, PHOTOSHOOT 2012


Wednesday, May 21, 2014

Wordless Wednesday~ deko2: new look dining area...

new look area my dining area. penambahan kecil2an yg sblm ni nmpak sgt membosankan... eehh kata wordless. next entry aku citer ok..

 


Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015