Thursday, June 5, 2014

Agar-agar roti marble coklat

 lamanya aku tak share resepi kat blog. alaaa masak biasa2 je, kalu ada resepi yg baru aku cuba baru teruja skit nak share kat blog. lagi pun dah tak nyempat2 nak snap gambar bagai. hidang je terus makan...
kalu ikutkankan lama giler dah aku nak buat agar2 roti ni. bila aku kata lama tu ada laaa dalam 2 bulan kot hajat nak buat tu.

mmg mcm tu laa slalunya. kalu nak masak pape tu mesti 2-3 bulan lepas tu baru buat. ada skali tu nak buat benoffe banana, sampai skrg tak terbuat lagi. nak buat tiramisu, sampai skrg tak terbuat lagi. dok laa beli kat gloria jeans tiramisu rege11.++ satu slice. adehhh laaa...

bila aku godek2 resepi, rata2 blogger amik resepi dari kak hana. buka blog tu guna resepi dia jugak, blog sinun pun resepi tu jugak... mesti sedap kot resepi kak hana ni...akhirnya jadi jugak aku buat agar2 roti ni minggu lepas. buat satu loyang siap boleh bagi kat jiran dan pengasuh budak2 tu... next time bole buat lagi, sbb rayyan suka wehh makn agar2 ni.


 tak senonoh rupa loyang aku..

PUDING ROTI MARBLE COKLAT resipi : Hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat- aku kurangkan 2 sudu besar
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - aku kurangkan 2 sudu besar
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)- aku tak cairkan pun terus masukkan 2 sudu
31/2 cawan air = guna cawan biasa
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- aku guna koko van housten

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/manis, kurangkan sukatan susu pekat.


hasil lepas potong rupa mcm zebra je, sedap ooi sejuk2 masuk tekak..

7 comments:

Chekgu Azrine said...

sedap tau..rin ada buat dan kongsi resepi ni kat blog rin amy...

Julia Johari said...

shedappp hmmmm masuk dlm peti ais fuhh lg beshh...sis mmg rajin :)

Allene said...

wah.. comel je.... rupa cantik, rasa mesti sedap.

idzwa kamaruddin said...

menarik nih!

mrs kayrul said...

kak amy..kita klu nak buat resepi sedap2 mesti rujuk blog kak hana tue jugak

Naemah Umi said...

Yumm sedap tu..nnti leh try ni :))

ummi aqilah (LM) said...

Nyumss

Cantik coraknya. LM biasa buat bila ada roti sekeping dua dah keras tak termakan. Hehe

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015