Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, August 15, 2018

RESEPI: Nasi ayam madu yang sedap

 Nasi ayam adalah paling ringkas, cepat dan lengkap untuk dimakan bersama keluarga, selain menjadi kegemaran anak-anak saya dan tidak jemu untuk dimakan. nasi ayam yang sedap mestilah berasa nasinya, sambal cili sedap dan lengkap rasa halianya. dan kicapnya ada sedikit rasa minyak bijan. jom cuba nasi ayam versi saya:

Ayam:
1 ekor ayam
2 inci halia
4 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah

Bahan perap:
1 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar dalam 30 minit. 

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan sejatkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
Nota:
Ayam jangan dipotong terlalu kecil, cukup potong 2 atau 4 je. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. 
Saya lebih suka goreng dari dipanggang. sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.


Nasi Ayam:
2 sudu besar mentega 
Ketulan lemak ayam - untuk lebih rasa ayam
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 pot beras
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave). kalau takde abaikan.
1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega dan minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 

Sambal Cili
5 tangkai cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia - saya tambah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1 sudu kecil gula atau secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah

Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Sesuaikan rasa garam, gula dan beberapa titik minyak bijan. Angkat.


Kuah Sup

Garam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam dimasak semula, garam.

Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.







Friday, November 3, 2017

Resepi: Paprik ayam mudah sedap

masakan paprik antara adalah hidangan kegemaran saya sekeluarga.
dan antara hidangan saya masa malas.
 masak 1 lauk jer pun dah cukup sbb dah ada kuah, sayo & lauk.
 hehehe... kalu rajin skit lagi goreng jer telor dadar.
 ada pulak sambal belacan mmg dah cukup lengkap menu utk makan malam atau makan tengahari ala2 warung siam.

ok saya share di sini resepi mudah versi saya.

BAHAN-BAHAN:

1/4 ekor ayam dipotong kecil (peram dgn garam,kunyit,halia)
2 ulas bawang putih (ketuk)
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
karot
bunga kobis
2 helai daun limau purut
1/3 cawan air
gula & perasa secukupnya

CARA-CARA:

goreng ayam 3/4 masak. jangan sampai garing.
buang sedikit minyak2, agak2 cukup utk menumis dlm kuali td.
masukkan bawang putih yang diketuk.
masukkan cili kisar, goreng cili sampai masak, masukkan sos cili,
 sos tomato sos tiram & air.
masukkan daun limau purut, carrot, bunga kobis gula & bahan perasa secukupnya.
siap untuk dihidangkan...

SELAMAT MENCUBA...



Friday, August 25, 2017

Resepi: Homemade Dumpling yg sedap

minggu lepas saya ada buat homemade dumpling ayam. 
puas hati rasa, letak ayam banyak2.
saya mmg suka dumpling, tapi kalu beli yg frozen banyak nau pak aji nya.. 
smpai lidah terasa semacam jer.
nak makan kat restoran dumplig ni bukannya murah, 
kalu buat sendri modal berapa ringgit je dapat berpuluh2 biji dan bermacam2 filling boleh buat.

senang je rupanya buat dumpling ni.
yang ni saya buat ikut apa bahan yang ada jer..
inti boleh dipelbagaikan, nak letas isi udang, cili potong, lada capsicum..
 jangan letak kangkung, belacan dah..

sukatan bahan pun terpulang pada masing2 nak letak banyak mana. 
inti yang saya sediakan di bawah dapat 15 ketul dumpling.
 buat banyak2 takpe... lebih nnt boleh frozenkan.
nak makan nnt cuma kukus, goreng & buat sup je. simple kan...



 bahan2 untuk dumpling, aym cincang, carrot dadu, cendawan butang dadu, bawang holland dadu, ketumbar & daun bawang potong halus,lada hitam ditumbuk, 
megi cukup rasa atau apa2 perasa, garam.

 kulit dumpling ni boleh dapatkan di pasaraya, bahagian kulit popia tu. 
harga dalam RM2.20 mcm tu

 gaulkan semua bahan inti tadi.

 ambil sekeping kupit dumpling dan letak dalam sesudu inti.

 sapukan air keliling kulit dumpling dan kelim mcm karipap

 versi goreng. api kecik jer takut tak masak ayam kat dalam.

 versi kukus. jangan pandang paras rupa yg berkedut. 

versi sup. saya cuma letak air panas, garam & serbuk ajishio. 
panaskan dalam microwave 4 minit. siap!!! tabur bwg goreng, daup sup wallaaa...

Wednesday, August 9, 2017

Resepi: Sambal Belacan sedap dan tahan lama

mesti ramai yang suka sambal belacan kan... 
mkn dgn nasi pans2, ada ikan goreng dgn timun pun laju jer kann.. 
haishhh terlio pulak rasanya. takde lauk lain pun ok dah..
 berpinggan2 boleh tambah.. hahahahaha... terus ke lautan hindi dietnya.

cerita pasal sambal belacan ni, saya ada cara saya sendri untuk buat sambal belacan.
iyer laa tak kose mak nak tumbuk tiap2 kali nak makan sambal kan.
ada orang suka letak mangga, kuini, ikan rebus yang ditumbuk dan sebagainya...
saya nak share sambal belacan cara saya yang tahan berbulan2 sampai 3 bulan.
hahhh jimat masa sangat tau.

bila nak makan cedok jer dalam piring. 
ini juga adalah cara kedai tomyam buat sambal korang tahu tak... 
sampai sebesen sambal diorang skali buat. jangan tak caye plak...

meh tengok resepi sambal kat bawah ni, bahan takde sukatan, 
terpulang korang nak buat sambal belacan tu byk mana,
 gula garam mestilah secukup rasa yer dakk..

dalam gambar saya kat bawah tusaya guna cili merah RM3 
dan segenggam cili padi hijau, belacan besar ibu jari.


BAHAN:

cili merah besar
cili padi 
belacan (bakar)
garam 
gula
cuka
3 ulas bawang putih
2 biji limau nipis- ambil jusnya

CARA:

bersihkan cili dan toskan
tos sehingga tiada air yer, boleh lap dengan tisu dapo.
masukkan dalam blender dan blend skali dengan belacan garam gula bawang putih dan cuka. 
diingatkan cuka sekadar untuk menggerakkan blender jer ye.. 
jangan bubuh sampai penuh plender tu pulak. 
 dan blend jangan sampai terlalu halus mulus pulak, nanti tak sedap. 
simpan dalam petiais.

selamat mencuba!!!








Friday, August 4, 2017

resepi: Nasi beriani Pakistan yg super sedap




seminggu lepas kaki bersimen tu mmg melepas semua open house jemputan kawan2,

kat opis lagi laaa... takpe..takpe.. pujuk ati sendri,

kan nak diet.so ahad tu saya masak special skit untuk mengubat hati yg kesedihan. sebenarnya dah lama dok telek blog kak azie resepi nasi beriani pakistan ni.

akhirnya tercapai jugak nak buatnya. wpun agak renyeh, byk kena nak buat dan masak berkalli2 tapi puas ati dengan rasanya.

mmg tak menyesal masak wpun lps tu sakitnya kaki alahai...

jom kita usha resepi, kalu nak resepi step by step boleh jengok blog kak azie .

ada jugak saya derhaka skit part salad tu, saya tambah epal. tp mmg sedaplah..


Nasi Beriani Pakistan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:

5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (saya bubuh ayam & kambing, kambing rebus dulu bg empuk )
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit

3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave 
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus  
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning

Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka

Penyediaan Ayam:

Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.

Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

Penyediaan Nasi:

Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris
.
Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 
 Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning
Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 
Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.






































Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar 
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar
Epal didadu (saya tambah)
Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.






Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015