Thursday, November 29, 2012

Pengumuman...

assalamualaikum uols...
aku just nak war-warkan kat sini sesapa yang nak berniaga , yang dah berniaga tp belum buat lesen SSM, nak renew lesen perniagaan sila cepat-cepat ke opis SSM yang berdekatan sbb SSM skrg ada promotion, bayar hanya RM50 untuk 5 tahun. so korang kena grab cepat2 peluang ni sbb promotion ni smpai 31/12/2012 je. jgn lambat2 nak buat last minit takot nnt korang kena Q berpuluh nombor untuk sampai turn korang. dah seharian pulak nnt korang kerkampung di SSM mcm kitorang yang keje sini plak.

Kenapa kena daftar SSM plak? ok, sebabnya bila korang daftar dengan SSM ini menunjukkan korang mmg serius berniaga dan takde la org atau kastemer cikai2kan produk yg korang jual walaupun korang hanya jual tudung, kap kek, goreng pisang, jamu, atau pun servis yg korang bagi mcm mekap ke, fotografer ke... atau apa2 jelah perniagaan yang mendatangkan untung. kastemer pun mesti lg konfident kalu korang ada lesen dan diorg akan repeat order brg korang semua.

lagi satu ini menunjukkan perniagaan korang sah di sisi undang2. dan lagi memudahkan korang kalu nak apply loan dengan bank ke, TEKUN ke atau apa2lah. iyer laa diorang mesti nk tgk lesen meniaga korang kan baru bleh approve loan tu.


Untuk maklumat lanjut korang bole klik logo kat atas tu. Jom ramai2 daftar perniagaan....



Wednesday, November 28, 2012

Event: Photoshoot dengan bloggerz


assalamualaikum..
Bloggerz lain dah berpusu2 update pasal photoshoot, aku blogger yang suam2 kuku ni baru terhegeh2 nak buat entry. Info kat bawah ni:

Dak Teropong Studio, 
No. 62-3B, 3rd Floor, Jalan Pahat G 15/G, Seksyen 15, 40300 Shah Alam, Selangor (atas 7E)

mulanya aku tak nak join sbb zara yang belum recover sepenuhnya lagi demam & selsema. tp bila cik nadia dok racun2 aku akhirnya terjebak jugak. studio  Dak Teropong dah jadi mcm taska riuh rendah huru hara dengan si Rayyan. sib baek laaa blogerz yang baik ati pandai melayan dan entertain anak ahkak. risau aku dia dok usik alat2 mekap MUA ari tu, berlari2 dlm studio mcm kat playground. fuhh... fuhh.. lap peluh kat ketiak dahi.

Thanks to Nadia sbb sudi invite ahkak menghuru harakan studio. jgn serik invite lg kalu ada event. kelam kabut aku ajak skali bloger GF join. sib baek dia ok sepantas kilat setuju.
first time jumpa senyumangadisgerimis , msieda dan lain2 yg sebelum ni kenal di alam maya jek, tp bila jumpa mcm dh 10 taun kenal. tapi aku plak tak leh beramas mesra sgt bb dok busy layan anakanda je. huhuhu...

 cubaan melepaskan diri
 amik gambar bertiga sbb rayyan main belon plak
 dia ni kan asyik nak memboloskan diri jer... berlari2 dalam studio.
 photoshoot blogger tp gambar aku dgn family lak yang banyak.... motipp
nasib baik incit suami tersangat sporting ari tu. thanks my dear.
 bila prop guna tangga si rayyan asyik naik turun tangga je. adoiii... fenin
 baru nak feeling2 diva... tetiba budak ni plak mencelah. chaiittt...
 aku mmg tak sempat nak mekap memandangkan keadaan huru hara. dan anak2 dah tak berapa stabil.

 muka polos tanpa mekap


Make-up ditaja sepenuhnya oleh lili ( tengah) yg keyut meyut ni..tak sangka Lily ni nurse tau.
sesapa yg rasa nk jelita mcm mereka2 ni contect lili ni..takyah dah nk pakai camera 360 yg magic skin tu lagi..ni betul2 jelita mcm retis..kembang2 lobang idung semua mcm tak nak cuci muka dah. biar je mekap tu stay kat situ. ngehh...ngeh..


Nurazlili Aziz - Makeup Artist - 012-9113661
Collaborate with : memestudio



Monday, November 26, 2012

Appointment dengan Dr. Ratna

assalamualaikum...
uols, bole tak entry ari sabtu kuar dulu pastu baru entry ari jemaat kuar. sebabnya ahkak kemain xcited nak kuarkan jugak entry pasal fotoshoot, pastu tetiba tertinggal plak pendrive gambor2 berkenaan. pastu lagi gigih plak buat entry disebalik tabir sbb nak jugak citer pasal fotoshoot tuh.  eehh paham ke apa aku merepek ni. mcm tunggang terbalik plak citer.

biarkan lah... ni plak pasal aku gi jumpa Doktr Ratna kat Putra Medical Centre (PMC), mcm biasa setiap 3 bulan aku kena gi jumpa doktr ratna gynae kesayangan utk cek keadaan rahimah rahim aku dan buat injection family planning.

so kalu korang yg belom ada anak nak buat check up dengan doktr ni sangat2 aku rekomenkan. SANGAT2. doktor ni tersangat la humble, lemah lembut budi bicara. sampai kita tak segan2 nak tanya apa2 yg berkaitan. aku buat comparison setelah beberapa doktor pakar gynae aku dh jumpa masa sblm mengandungkan rayyan, lg. dengan harga consultant yg sangat2 osem.

pastu PMC ni tersangat la selesa sbb tak ramai pesakit, yg mana korang xyah tunggu lama utk jumpa doktor, nak parking senang, nak makan pun mudah.


 ni baru aku berkesempatan amik gambar dengan Gynae kesayangan. lepas dia operate aku masa bersalin Rayyan dan Zara.  padahal smblm tu dh berapa puluh kali aku jumpa dia. lembut je kan muka dia...

 lepas selesai  jumpa Doktr Ratna kitorang makan kat Richman Cafe kat kompleks sungai buluh ni. kalu datang check up, aku mesti makan kat sini.  sukan sangat dengan nasi lemak & tomyam dia..

 nasi lemak yg aku suka sgt. ada rendang ayam, sambal sutun. rege rm4.99 je.

 suami plak oder nasi putih dgn somyam jek. best sgt tomyam dia.... isi plak banyakkkk

 supan je suami ku...

murah je kann...

Disebalik Tabir sesi fotoshoot...

Assalamualaikum uols...
sebelum aku letak gambar yang betul2, ni aku letak dulu gambar disebalik tabir sesi fotoshoot yang berlangsung dengan geng2 blogger sabtu lepas. mmg huru hara giler kat studio dengan karenah anak2 aku. mujur la blogger2 rajin entertain anak2 aku.  cerita lanjut bole terjah kat blog Gold Finger. Aku belum sempat lagi nak story mory pasal tu.  thank to Nadia, yang invite aku utk sesi fotoshoot ni. mmg sporting abis diorang ni. nnt apa2 event ajak la kitorang lg. jgn plak serik dengan karenah anak2 akak yer...

 tengah tunggu turn nak makeup

 suasana dalam studio

 sesi fotoshoot. susah tau nk suh anak2 ni posing. asyik berlari2 dlm studio

 GF tengah mekap oleh Lily(MUA)  yg comei


 mcm2 gaya aku buat sampai penat gak laa hari tu.


Friday, November 23, 2012

Renungan hari Jumaat

Untuk ingatan diri sendiri dan perkongsian bersama. Semoga mendapat manafaat.








Thursday, November 22, 2012

Tentang aku- Dulu & sekarang

assalamualaikum uols...
rasa bersemangat ari ni datang opis. harap uols yang keje pun mcm aku jugak, yang housewife (HW) pn kena bersemangat jugak laaa. jadi HW bukan bermakna takde keje... lg byk keje dari yg keje opis. eehh aku idam nak jd HW. bg masa kat diri sendiri lagi 6 tahun keje...bole??

aku hari ni yg bersemangat

sebelom kawen dulu, tak penah fikir kalu nak beli pape. berkenan je beli... berkenan je beli.... tapi takde la semua benda aku beli ikut poket  laaa, masa tu pakai lipstik pun brand MAC rege rm109++ seketul.  beli tshirt pn dekat seratos selai,  pakai 2-3 kali rasa x syok bawa balik kg bagi adik. iyer laa masa tu mana pikir org laen, pikir diri sendri je. keje kat KL balik kg skali skala mewah adik2 aku. eeh aku anak sulung, bawah aku ada 7 org lg.

lepas kawin plak aku gigih beli brg deko2 rumah plak. ada je mende yang berkenan kat ati. dulu takde maknanya nak belek2 corell, corningware. kalu gi mall mesti nak terjah bhgian rumah, beli cadar 1 set setiap minggu. mcm2 kaler, corak aku beli. tgk karpet rasa nk tukar karpet baru, tgk sofa rasa nak tukar sofa baru eehh takde laaa... lagak mcm gaji berbelas ribu. padahallll..... smpai skrg pun ada lg cadar yg masih blm guna, even hadiah masa kawen pun ada lg cadar tak pakai. tapikan aku rasa wanita lain yg berumah tangga pun macam aku jugak kan... pastu plak kami suami isteri kaki berjalan, nak makan pau, pegi tanjung malim, nak makan asam pedas pegi melaka, panjat gunung bagai...best2.

bila dah ada anak pulak, dalam kepala hotak ni pikir pasal diorang plak, tambah2 lg kalu diorang tak sihat.  kalu nak beli apa2 untuk aku fikir empatbelasratusribulapanjuta kali kalu harga tu mcm lipstik MAC rege rm109++. wehh dengan harga tu bole beli sekotak susu zara S26 rm58, satu pek susu rayyan dutchlady 123 rm18 dengan satu pek diapers petpet rm33. huhuhu... lap peluh kat dahi...

tahu tak skrg aku pakai lipstik silky girl rege rm19.90 je. tu pun lepas lipstik dh abis tahap dah takleh korek lagi dah. dasat tak aku.

aktiviti travel pn dah tak mcm dulu, sbb anak2 kecik agak susah skit. tunggu diorang besar la. lagi pun kesian kat budak2 tu kita dok bawa ke hulu hilir, diorang bukan tahu hape pun lagi. bila baca blog kengkawan yg travel  adussss... teringin sgt2. tapi sabar... sabar.... 

 3 ketul ni aku baru rembat kat Guardian KL sentral, rege semua RM42.30. blusher aku benornya byk lg tp hancur lebur buat main kt Rayyan, terpaksa beli baru. huhuhu

bajet utk aku aku salur ke beli minuman kolagen, utk dalaman, utk itu  ini yang sesuai utk aku yang dah berumur 35 ni. korang jangan ingat aku ni muda belia plak... mentang2 la aku ni kecik jah. bila telek cermin laaa dh ada kedut kt mata, kulit pn berpigmentasi. huhuhu... sila sedar diri wahai puan Amerda. amal ibadah pun kena la lebih, kang takde menda plak aku nak bawa bekal kalu mati nnt.

Tuesday, November 20, 2012

Potluck @ Opis

Assalamualaikum uols...

tanpa mukadimah, pembuka kata, sekapur sirih... terus ke tajuk entry bole?
entry terkini, takde peram2 takde auto publish. aku baru je abis melantak burpppp... buruk giler sendawa gajah.. eehh xde laa... entry banyak berderet dlm draf, tp pasal anak2 je. xde mood sgt nk publish sbb anak masih tak sihat. tak laa entry asyik pasal anak je kann...

lauk2 biasa je, ulam sambal, kuah lemak kobis.. masak kat pantry opis tau, ikan pekasam,sambal sardin, kurma telur. eehhh aku cuma bawa BUDU je.... tak sempat pun nak prepare apa2. zara kul 3.30 pagi baru tido cian kt suami aku sbb dia yang berjaga semalam. aku pulak krooohhhhhh.... bangun skali skala bila dengar zara nangis. eehh kata tak nak citer pasal anak??


 tuan rumah potluck kali ni ialah kak jem yang bertudung itam itu.

 sila makan yer....

tangan siapakah yang gebus itu...


Friday, November 16, 2012

Cuti Semalam - Maal Hijrah (pengat keledek+caca+sagu)


Assalamualaikum...
rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan salam Maal Hijrah kepada uols. semoga di tahun baru ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya. biasa la bila tahun baru mesti ada azam baru, walaupun azam tahun lepas belum tercapai lagi. yang penting mesti ada perubahan utk diri sendiri untuk jadi muslimah, isteri solehah dan ibu yang terbaek. itu aku laaa...

ok cukup dulu mukadimah tu, ni semalam punya citer sempena cuti maal hijrah. memang agak penat aku rasa sebab zara masih lagi tak sihat, so kami laki bini terpaksa bergilir2 tak tido berjaga dodoikan dia tido. aku pun tak masak sgt sbb penat. pagi masak gulai ayam sampai ke malam makan lauk tu. cian somiku... dia cuma request aku masak pengat je. takdenya sukatan aku buat pengat ni, main agak2 je.


Pengat Keledek+caca+sagu

bahan:
31/2 cawan santan dari sebijik kepala kelapa
2 ketul keledek- dadu
segenggam caca- rebus sampai lembut
2 sudu besar sagu
sekeping manisan- agak2 ikut anak tekak kalu suka manis tambah lg
2 helai daun pandan- simpul

cara:
masukkan santan dlm periuk bersama keledek, caca yg telah direbus, sagu, manisan.
masak dengan api kecil smpai pengat mendidih terus tutup api, kacau selalu agar pengat tidak pecah minyak.

simple gile kan nak masak pengat ni. rayyan makan bertambah2.

Thursday, November 15, 2012

Zara masih tak sihat

Assalamualaikum... kesayangan semua,
sepeninggalan aku gi JB last week, hati mmg ingat kat zara je sbb dia belum lg betul2 recover demam, selsema, batuk, nasib baek demam dia dah ok skit, kalu tak mmg aku tak gi JB . masa kat JB pun berkali2 aku call acik tanya perkembangan zara. maklum la 2 malam kami tinggalkan zara. hukhuk.. sampai je KL dari JB terus kami shoot amik zara. 

Zara masih lg batuk berkahak. cian aku tengok dia tercungap2 bernapas.dah la MIL aku ada kat umah, mmg tak bole layan dia betul2 sbb zara tak sihat. aku mmg tak sempat masak apa2 pun. semuanya beli je makanan tghari dan malamnya adik ipar aku datang bawa pizza. malam tu zara tido tak lena, asyik terjaga2 dan aku pun tak leh tido jugak sbb dok buai dia bila terjaga dan batuk. huhuhu... sampai la kul 5 pagi berterusan mcm tu dengan aku tak tido. pastu aku kejutkan suami utk take over sbb aku dah takleh tahan ngantuk dan kepala pn dah pening. penat travel dan penat tak tido. 

dekat kul 8 pagi baru aku bangun, tengok2 MIL dah bersiap2 nak balik. dasar menantu hantu betul aku nih. tapi aku tahu MIL aku paham keadaan aku. bfast pagi pun suami yg siapkan. kepala aku pun masih lg pening2 pagi tu. lepas MIL aku bertolak balik KB, kitorang plak bersiap untuk gi Putra Medical Centre (PMC). aku dah call siap2 tanya doktor pakar kanak2 Doktor Marina ada ke tak.  aku suruh jugak Doktor Marina cek rayyan sbb dia demam masa gi JB ari tu. alhamdulillah ok.

lepas cek2 zara kena buat neb dan suction. buat neb tu ok lg, tp bila buat suction tu mmg tak sanggup aku dengar tangisan dia. nurse mmg tak bagi aku masuk sbb dia kata mengerikan. cian zara kuat betul dia nangis, mcm sakit sgt...



 sementara tunggu turn, rayyan main kt playground laaa.. masa dia sorang je dok main.



sebelum buat suction zara kena bedung dulu. mesti dia meronta2 masa buat suction tu. cian sgt kat zara. lain kali aku nak guna cara aku sendiri je kasi zara kuarkan kahak dia. jolok mulut dia dgn  jari bagi dia muntah sendiri. tak nak buat suction lg. cara dia pandang mcm menagih simpati dari aku. huhuhu sedey plak bila ingat balik time ni..

Wednesday, November 14, 2012

Weekend di JB penuh aktiviti

assalamualaikum...
entry penuh gambar. perjalanan kami bermula seawal pagi lepas antar zara kat umah acik. lepas kami laki bini berdiskus akhirnya amik keputusan utk tidak bawa zara.  cian zara, nanti zara besar ummi bawa zara pulak yer....
memandangkan zara yang baru saja baik dari sakit mata, batuk, selsema dia pun tak full recover lg, sbb tu la kami tak bawa.

kami bertiga aje la untuk trip kali ni. Kali ni convoy 3 keta jer...


 oohhh... sungguh lancar perjalanan kami pada hari berkenaan. jalan pun lengang giler. kt depan tuh keta adik ipar aku. sronok betul jln2 masa ni, hiway kami yang punya....hahaha

 berenti rehat kat RnR Seremban. grrr... si rayyan ni asal nampak musical car mesti tarik2 tangan aku nak naik. tak hirau nak makan dah.  aku suap nasi denga sup fish ball pun makan sikit jer. aku yg nak mkn pun rasa tak puas nak melantak sbb dok layan budak nie. aku tapau kfc, ingt nnt bleh mkn dlm keta.... tapiiiii

 budak ni lagi skali belasah kfc aku. drumstik tuuu. sila tengok cara budak ni pegang peha ayam, dh mcm ala2 mas idayu pegang mikropon


 abis tau dia makan satu drumstik tu..

 hahhhh time dia tido aku plak ngap kfc. incit somi sila tumpukan pada pemanduan ok....



 sampai JB je terus ke rumah pengantin kat Jln Padi Huma, Bandar Baru Uda. tugas aku pun bermula snap2 gambar.snap gambar masa ni senang skit sbb xde org. pelamin akad nikah tersangatt lah cantek. very simple...

 si kecik pulak kehulu ke hilir dalam rumah. lebih teruja bila dia nampak ada pool kat tepi rumah... no..no..no..

 oohh... meeting anak beranak.

 dari jauh aku snap meja berabad  eehh beradab..

 Bapa pengantin sangat baik hati dah siap tempah bilik utk kami dan rombongan keluarga yang lain sebanyak 29 bilik kat MPC.  sangat dekat dengan rumah pengantin, tak sampai 1km. makanya bajet utk penginapan boleh bawa  ke soping. ngehh..ngehh...  bilik yang simple tapi cukup selesa utk kami 3 beranak. uuiisshhh.. sampai je budak ni jd checker...cek telefon...cek toilet....

 ronda2 sekeliling bilik...

 dekat tempat penginapan kami tu ada kolam ikan. besar2 ikan koi dia. aku rasa muat tangan rayyan masuk dlm mulot ikan tu... pastu rayyan pulak asyik tarik tangan aku nak gi tengok ikan. teruja dia tengok ikan yang besar dan banyak.

 macam2 kaler ikan ada... tapi aku tak koser nak bela ikan kat rumah semata2 utk budak ni. tak larat nak maintanance... rumah pun tunggang langgang aku nk ngemas setiap minggu. minta maap lah nak yer...

 berhati2 betul dia melintas jambatan kayu kecik ni. aku suka sakat dia masa ni. kikiki.


 ikan2 tu mcm lapar bila kita dekat dengan kolam tu.. berderet2 diorang datang nganga2 mulot.

 mula2 cubaan merangkak sbb takut... ikan lalu lalang bawah tu...

 dah mula berani skit.. jalan pelan2...pastu plak asyik lintas jambatan tu jer keje dia....

 esoknya kami ke jusco Permas Jaya... ehh macam la kat KL xde jusco. huhh... pantang nampak musical car. kami ke sini sbb nak cari baju, extend satu malam lagi kat JB. baju rayyan dah abis stok. aku punya ada lg.  eehhh ahkak dengan henbeg pink dengan baju hijo, sesuwaii kah???


  jet pulakkkk.... layann je laaa. sib baek singgit je skali naik.
#masa ni rayyan dh mula demam.

 tengahari kai bergegas balik ke tempat penginapan tukar baju sbb nak gi kenduri. jenuh laaa aku dok tunggu nak amik gmbar pengantin berdua, ada je yg menempek nk amik gmbar dgn pengantin. sudah nya aku snap je laaa. kang takde plak gmbar kenangan gmbar pengantin. waktu di rumah pengantin aku bergilir2 pegi mkn. aku gi mkn dulum incit somi plak tunggu rayyan kt bilik. pas aku balik somi plak gi mkn. x bawa rayyan sbb xnak dia bertambah demam. maklum la kt kenduru kan ramai, panas plak tu. kang satu keje plak aku main kejar2 dengan dia....

 aku plak bergambar kt sini je laaa... dengan wife adik ipar aku.

 pelamin yg sangat cantik. pengantin bagai pinang di belah dua... abaikan mereka2 yg lain. takde kena mengena dengan aku...

petang lps mkn kenduri, kitorang kuar lagi. Gi klinik utk cek rayyan. tak puas ati dgn klinik tu sbb doktor cek ala kadar jer... dlm demam masih aktif lagi main bola kat klinik.

lepas mkn singgah sini jap. The Zon ialah mall bebas cukai.  makanya memborong sakan la cekelat kat sini utk bawa balik & ole2. tp cik somi tak bawa aku ponn chaiittt... aku dok tunggu kat parking keta je ngan rayyan.

member cik somi Shuk (betul ke eja nama dia camni??) yg bawa kami kt sini. sangat baik shuk ni, siap belanja kami makan, belikan kami perfume CK lg sorang satu. pastu cekelat lagi, bg duit plak kt rayyan.tq manyak2 yer. kami tak belikan apa2 pun dia. kalu datang KL nnt kami incit somi plak blanje yea.

 
 kami mkn kat restoran sayam seafood kat area pantai lido. makanan sangat sedap tapiii... nak tunggu 3 dishes yg kami order sejam 10 minit. ni betul sbb aku tgk jam time oder dan time mkanan smpai.ramai giler org kt restoran tu. dalam sejam kerabu mangga je yg dok depan kami. dh spoil mood nk makan. perut yang sblm tu berkeroncong pun dh merajuk.


 gambar pun dah tunggang langgang. sblm makan tu benornya shuk bawa kami gi pasar Tampoi. kami borong segala jenis paste mee bandung, mee rebus, soto dan laksa johor. nak cari jenama Mak Pon tp takde plak, penjual tu kata brand ni paling laku. maka dengan banyaknya aku borong. tp bukan utk aku je. utk aku punya 2 paket je, selebih nya nak bagi ole2 kt makcik2.

 sebelum check out. bersepah giler brg2 aku kt dressing table. segala jenis mak nenek ada...

 tak sah kalu tido hotel kalu tak buat renovation. 2 katil kami cantumkan jadi 1. kemas2 sblm balik KL.

 Time balik KL my MIL ada skali dgn kami. maka harus lah aku behave skit.... on the way balik tu kami sempat jugak singgah ke Johor Premium outlets (JPO) ni. sesat jugak nk cari tempat ni sbb location dia dah ke luar bandar dan tengah2 hiway. sesapa yg suka brg2 branded  ehhh ada ke yg tak suka?? bole singgah sini. mcm2 brand ada.

 
masa sampai kt JPO ni Rayyan bantai membuta pulakkk...

 satu store ni je yg kami singgah memandangkan MIL aku tak larat nak tawaf. sib baek jugak, slamat dompet aku....

 Padini tengah sale gile2. maka gile2 jugak la aku soping... baju anak2 je la, aku punya t-shirt bodo je, tp material padini ni  mmg best aahh...

 eehhhh... MIL aku yg bayor. malu giler ahkak wehhh...  amik2 baju smpai satu stroller tp MIL yg bayarkan. eehh aku xde cash masa ni. cari2 incit somi dia gi kat keta plak amik kasut rayyan. malu... malu...namploh kali. takpe Ma kata dia bayarkan dulu. hikhik..tq Ma.


 hasil rembatan di PADINI. penuh stroller. tapi bukan la semua tu aku punya, MIL ada gak belik utk cucu2 dia yang lain.

 Si rayyan rembat lollipop. sib baek dia amik yg kecik je... mahal gak bendalah ni..

 rambang mata tengok cekelat. tapi murah lagi kt The Zon somi aku kata....

 aku suh MIL rest jap sementara aku gi usha2 kt butik2 lain....

 sambil makan eskrem sblm nak balik...


berakhirlah weekend kami di JB minggu lepas. penat & fun. tp tak berapa enjoy sbb rayyan kurang sihat. kalu tak maunya smpai ke legoland, kota singa kami terjah... next time lah yea...
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015