Wednesday, November 14, 2012

Weekend di JB penuh aktiviti

assalamualaikum...
entry penuh gambar. perjalanan kami bermula seawal pagi lepas antar zara kat umah acik. lepas kami laki bini berdiskus akhirnya amik keputusan utk tidak bawa zara.  cian zara, nanti zara besar ummi bawa zara pulak yer....
memandangkan zara yang baru saja baik dari sakit mata, batuk, selsema dia pun tak full recover lg, sbb tu la kami tak bawa.

kami bertiga aje la untuk trip kali ni. Kali ni convoy 3 keta jer...


 oohhh... sungguh lancar perjalanan kami pada hari berkenaan. jalan pun lengang giler. kt depan tuh keta adik ipar aku. sronok betul jln2 masa ni, hiway kami yang punya....hahaha

 berenti rehat kat RnR Seremban. grrr... si rayyan ni asal nampak musical car mesti tarik2 tangan aku nak naik. tak hirau nak makan dah.  aku suap nasi denga sup fish ball pun makan sikit jer. aku yg nak mkn pun rasa tak puas nak melantak sbb dok layan budak nie. aku tapau kfc, ingt nnt bleh mkn dlm keta.... tapiiiii

 budak ni lagi skali belasah kfc aku. drumstik tuuu. sila tengok cara budak ni pegang peha ayam, dh mcm ala2 mas idayu pegang mikropon


 abis tau dia makan satu drumstik tu..

 hahhhh time dia tido aku plak ngap kfc. incit somi sila tumpukan pada pemanduan ok....



 sampai JB je terus ke rumah pengantin kat Jln Padi Huma, Bandar Baru Uda. tugas aku pun bermula snap2 gambar.snap gambar masa ni senang skit sbb xde org. pelamin akad nikah tersangatt lah cantek. very simple...

 si kecik pulak kehulu ke hilir dalam rumah. lebih teruja bila dia nampak ada pool kat tepi rumah... no..no..no..

 oohh... meeting anak beranak.

 dari jauh aku snap meja berabad  eehh beradab..

 Bapa pengantin sangat baik hati dah siap tempah bilik utk kami dan rombongan keluarga yang lain sebanyak 29 bilik kat MPC.  sangat dekat dengan rumah pengantin, tak sampai 1km. makanya bajet utk penginapan boleh bawa  ke soping. ngehh..ngehh...  bilik yang simple tapi cukup selesa utk kami 3 beranak. uuiisshhh.. sampai je budak ni jd checker...cek telefon...cek toilet....

 ronda2 sekeliling bilik...

 dekat tempat penginapan kami tu ada kolam ikan. besar2 ikan koi dia. aku rasa muat tangan rayyan masuk dlm mulot ikan tu... pastu rayyan pulak asyik tarik tangan aku nak gi tengok ikan. teruja dia tengok ikan yang besar dan banyak.

 macam2 kaler ikan ada... tapi aku tak koser nak bela ikan kat rumah semata2 utk budak ni. tak larat nak maintanance... rumah pun tunggang langgang aku nk ngemas setiap minggu. minta maap lah nak yer...

 berhati2 betul dia melintas jambatan kayu kecik ni. aku suka sakat dia masa ni. kikiki.


 ikan2 tu mcm lapar bila kita dekat dengan kolam tu.. berderet2 diorang datang nganga2 mulot.

 mula2 cubaan merangkak sbb takut... ikan lalu lalang bawah tu...

 dah mula berani skit.. jalan pelan2...pastu plak asyik lintas jambatan tu jer keje dia....

 esoknya kami ke jusco Permas Jaya... ehh macam la kat KL xde jusco. huhh... pantang nampak musical car. kami ke sini sbb nak cari baju, extend satu malam lagi kat JB. baju rayyan dah abis stok. aku punya ada lg.  eehhh ahkak dengan henbeg pink dengan baju hijo, sesuwaii kah???


  jet pulakkkk.... layann je laaa. sib baek singgit je skali naik.
#masa ni rayyan dh mula demam.

 tengahari kai bergegas balik ke tempat penginapan tukar baju sbb nak gi kenduri. jenuh laaa aku dok tunggu nak amik gmbar pengantin berdua, ada je yg menempek nk amik gmbar dgn pengantin. sudah nya aku snap je laaa. kang takde plak gmbar kenangan gmbar pengantin. waktu di rumah pengantin aku bergilir2 pegi mkn. aku gi mkn dulum incit somi plak tunggu rayyan kt bilik. pas aku balik somi plak gi mkn. x bawa rayyan sbb xnak dia bertambah demam. maklum la kt kenduru kan ramai, panas plak tu. kang satu keje plak aku main kejar2 dengan dia....

 aku plak bergambar kt sini je laaa... dengan wife adik ipar aku.

 pelamin yg sangat cantik. pengantin bagai pinang di belah dua... abaikan mereka2 yg lain. takde kena mengena dengan aku...

petang lps mkn kenduri, kitorang kuar lagi. Gi klinik utk cek rayyan. tak puas ati dgn klinik tu sbb doktor cek ala kadar jer... dlm demam masih aktif lagi main bola kat klinik.

lepas mkn singgah sini jap. The Zon ialah mall bebas cukai.  makanya memborong sakan la cekelat kat sini utk bawa balik & ole2. tp cik somi tak bawa aku ponn chaiittt... aku dok tunggu kat parking keta je ngan rayyan.

member cik somi Shuk (betul ke eja nama dia camni??) yg bawa kami kt sini. sangat baik shuk ni, siap belanja kami makan, belikan kami perfume CK lg sorang satu. pastu cekelat lagi, bg duit plak kt rayyan.tq manyak2 yer. kami tak belikan apa2 pun dia. kalu datang KL nnt kami incit somi plak blanje yea.

 
 kami mkn kat restoran sayam seafood kat area pantai lido. makanan sangat sedap tapiii... nak tunggu 3 dishes yg kami order sejam 10 minit. ni betul sbb aku tgk jam time oder dan time mkanan smpai.ramai giler org kt restoran tu. dalam sejam kerabu mangga je yg dok depan kami. dh spoil mood nk makan. perut yang sblm tu berkeroncong pun dh merajuk.


 gambar pun dah tunggang langgang. sblm makan tu benornya shuk bawa kami gi pasar Tampoi. kami borong segala jenis paste mee bandung, mee rebus, soto dan laksa johor. nak cari jenama Mak Pon tp takde plak, penjual tu kata brand ni paling laku. maka dengan banyaknya aku borong. tp bukan utk aku je. utk aku punya 2 paket je, selebih nya nak bagi ole2 kt makcik2.

 sebelum check out. bersepah giler brg2 aku kt dressing table. segala jenis mak nenek ada...

 tak sah kalu tido hotel kalu tak buat renovation. 2 katil kami cantumkan jadi 1. kemas2 sblm balik KL.

 Time balik KL my MIL ada skali dgn kami. maka harus lah aku behave skit.... on the way balik tu kami sempat jugak singgah ke Johor Premium outlets (JPO) ni. sesat jugak nk cari tempat ni sbb location dia dah ke luar bandar dan tengah2 hiway. sesapa yg suka brg2 branded  ehhh ada ke yg tak suka?? bole singgah sini. mcm2 brand ada.

 
masa sampai kt JPO ni Rayyan bantai membuta pulakkk...

 satu store ni je yg kami singgah memandangkan MIL aku tak larat nak tawaf. sib baek jugak, slamat dompet aku....

 Padini tengah sale gile2. maka gile2 jugak la aku soping... baju anak2 je la, aku punya t-shirt bodo je, tp material padini ni  mmg best aahh...

 eehhhh... MIL aku yg bayor. malu giler ahkak wehhh...  amik2 baju smpai satu stroller tp MIL yg bayarkan. eehh aku xde cash masa ni. cari2 incit somi dia gi kat keta plak amik kasut rayyan. malu... malu...namploh kali. takpe Ma kata dia bayarkan dulu. hikhik..tq Ma.


 hasil rembatan di PADINI. penuh stroller. tapi bukan la semua tu aku punya, MIL ada gak belik utk cucu2 dia yang lain.

 Si rayyan rembat lollipop. sib baek dia amik yg kecik je... mahal gak bendalah ni..

 rambang mata tengok cekelat. tapi murah lagi kt The Zon somi aku kata....

 aku suh MIL rest jap sementara aku gi usha2 kt butik2 lain....

 sambil makan eskrem sblm nak balik...


berakhirlah weekend kami di JB minggu lepas. penat & fun. tp tak berapa enjoy sbb rayyan kurang sihat. kalu tak maunya smpai ke legoland, kota singa kami terjah... next time lah yea...

5 comments:

MizzTina said...

bercuti sakan nampak..

ameris said...

tetiba MK datang mencelah...
kebetulan ada wedding kazen kt sana, jln2 la skit. tp syok sgt sbb rayyan x sihat, takot melarat je demam dia.
kalu tak panjang langkah lg. kikiki

GOLD FINGER said...

tes..JPO tu tak brapa nk uptodate sgtkan...tapi mmg murah sikit lar..

nadia farahida said...

salam kak. saya nadia, blogger www.nadiafarahida.com
kak, saya ada terbaca post komen akak dekat blog mila tentang photoshoot blogger tu. akak nak join betul2 eh? boleh je. sangat2 dialu2kan. akak email nadia k.
nadiafarahida@gmail.com

ameris said...

GF; aku suka material padini. mmg best aaarrr.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015