Thursday, August 13, 2015

Dekorasi: lampu ala-ala candelier di ruang makan

lama kan tak citer tentang deko2 ni...
ari ni nak citer pasal lampu yg ala2 candelier di ruang makan rumah saya.
sebenarnya lampu ni sebelum GST lagi sbb nak elak GST laa kan... 
sudahnya jadi tukun bawah tangga, sebab nak pasang tu kena wiring balik.
bukan main cucuk je kat siling camtu jer..

2 minggu lepas push jugak asben tanya sape nak pasang lampu tu.
pastu teringat ada sedara yg mmg buat wiring. terus pm dia kt fb.
 malamnya dia terus datang tgk tempat nak tebuk dan jugak survey tempat berkenaan.
sabtu terus buat. makan setengah hari jugak buat keje.

lampu tu takde laa mahal sangat dalam rm130 gitu jer. 
dah lama saya aim nak pasang lampu kat situ.
tapi nak ke kedai lampu tu mcm takde keperluan sangat. 
mentol beli asing, yg ni jenis LED.

ni pun kebetulan asben singgah bank rakyat kat jalan gombak, 
sebelahnya kedai lampu...
usha2 tengok terus berkenan.
 ada 2 kaler putih dan hitam. entah nape berkenan hitam pulak.
biasa saya laju jer nak yg putih.

pastu bila dah pasang, apsal laa tak pilih yg putih dulu ehhh...
ada jugak yg ada stand lampu camni.
 pun cantik jugak. terus berangan nak letak tepi katil.
*kibas2 tudung, kelip2 mata... moga asben baca.  kikikiki

bila dah siap pasang mmg lampu tu merubah suasana keseluruhan ruang.
nampak lebih "hidup" dan berseri ruang makan tu.

saya sengaja pilih lampu putih, kang nak makan terkial2 tercekik tulang.
kalu ikutkan mmg lagi cantik lampu kuning kan... baru romantik.

tp kitorang anak beranak nak makan biar laa terang benderang.
nak romentik2, pegi makan kat hotel. hahahaha


 kerja2 sedang dijalankan

 dah siap pasang

 simple2 je lampunya...

 apabila dibuka lampu, mmg terang benderang.
 meja makan boleh extend dari 4 ke 6 kerusi....

 keseluruhan ruang makan dengan lampu 

*saya masih lagi mencari alas meja yang sesuai...

4 comments:

Rizziela said...

cantik

cik hani said...

teringin nak buat macam ni,
tapi ruang makan kami ada kipas siling kat tengah.
memang tak boleh la letak macam ni.
tengah mencari idea ni.

♥ ROS ♥ said...

bestnyer candelier.. tringin nak ade satu kt umah ni tp asben modern style.. :(

Rin Maira said...

cantik...g sukaa!

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015