Tuesday, August 4, 2015

RESEPI: muffin vanilla mudah & sedap

bila ada apa2 majlis makan2 ke besday ke atau anak tetiba request
nak makan kek, saya mesti buat muffin ni.
sebab anak2 saya suka benar makan kek. 
baulu pun dia kata kek..
tiap kali tu jugak laa saya guna resepi ni.  
biasalah saya mesti buat yg paling mudah je..
tapi alhamdulillah rasa dia sedap dan selalu mendapat pujian kengkawan.
ni betul tau bukan angkat bakul sendri..

muffin ni saya muat masa kawan2 datang beraya ari tu...
korang mesti cuba tau...
boleh jugak buat minum petang bersama keluarga,
 buat tangan utk keluarga mertua.

muffin ni saya buat masa jamuan raya last week.
saya takde buat official open house,
tapi bila ada kengkawan kata nak datang opkos laa harus masak sesuatu kan...
dah kata shawal kann.. takkan kawan datang nak jamu teh o kosong jer..

gambar majils raya nnt kat next entry...
 






vanilla muffin.


Bahan-bahan .

8 sudu makan mentega (dicairkan) = 113.4gm(saya guna minyak jagung je)
4 cawan tepung = 500gm
2 cawan gula = 400gm (saya kurangkan 30g)
2 cawan susu segar = 480ml
4 sudu makan baking powder
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1 sudu makan esen vanila

untuk hiasan: bluberry filling,coklat chips,hirisan kacang boleh tabur di atas.


Cara-cara

Putar ke semua bahan hingga sebati.
2. masukkan dalam cup cake 2/3 dari cup.
3. bakar selama 20-25 minit terpulang pada oven masing2. (180'c)
3. hias dgn almond, coklat chip, atau biarkan je kosong.


4 comments:

CikNaa said...

aritu sempat makan choc aje..huhu

SweetLikeWhat said...

ok nanti leh try..gebu la muffin akak

Ibu Dilah said...

Wahhh.. senang je nak wat muffin ni.. nanti leh try la.. thanks kak amy share resepi ni..

MommyRazim said...

waduh waduh. saya nak simpan resepi ni. suka baking. tinggal oven jer tak beli beli hahaha..
soon insyallah doakan

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015