Wednesday, August 26, 2015

Resepi: Roti jala yg tetap lembut sampai ke petang...


minggu lepas asben saya outstaion.
jadi mmg malas betul nak keluar gi mana2.
dengan cuaca pulak yg panas terik, mmg boleh buat pening kepala.

2 hari mmg tak bergerak kereta, gate pun tak buka.
sian jugak budak2 tu kebosanan memerap dalam rumah je.
saya biarkan je diorang main menan, sepah2 rumah dengan otomen, 
thomas, transformers, keta hotwheel, merata2 dalam rumah. huhuhu

2 hari jenuh jugak laa nak pikir menu untuk masak. pagi, tghari, petang...
walaupun tinggal bertiga dgn anak2. 
tambahan pulak diorang dah pandai request nak makan tu... nak makan ni...

hari sabtu tu saya buat roti jala dengan kari ayam.
diorang mmg suka.
 masa saya tengah menjala rayyan kata mcm web spider dlm spiderman...
cepat je dia pikir. saya sendiri pun tak terpikir ...

roti jala ni saya refer blog kak Azlita. ternyata mmg lembut sgt sampai esoknya..
tapi saya hanya buat 2 cawan gandum saja dan pandai2 adjust air, telor dan minyak.
iyer nak makan 3 ketul perut je kan..
satu lagi saya gunakan pewarna merah & hijau.
 derhaka lagi saya tambah 5 sudu susu low fat.
esoknya pun boleh makan lagi, masukkan dalam peti ais dan panaskan dlm microwave.





 nampak tak bersungguh yaya makan...


 
ROTI JALA LEMBUT

3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak
secubit garam
sedikit pewarna kuning telur

Satukan semua bahan di atas dan kacau rata
Masukkan dalam mesin pengisar / blender dan kisar halus
Kemudian tapis
Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair

Mentega untuk di gris pada kuali leper
Daun pandan sebagai alat untuk meratakan mentega
Acuan roti jala

Panaskan kuali leper atas dapur hingga betul-betul panas ( guna api sederhana ), ini supaya roti yang di kirai tidak melekat dan mudah di angkat
Bila dah panas barulah sapukan mentega dengan menggunakan daun pandan
Masukkan adunan dalam acuan roti jala dan dan kirai dalam bulatan kecil-kecil secara berterusan hingga menjadi bulatan yang besar. Anggaran 6 inc
Tunggu hingga permukaan atas kering , ini bermakna dah masak lah . Tak perlu balikkan
Terus angkat dan lipat. Terpulang kalau suka lipat boleh lipat bentuk 3/4 bulatan atau boleh gulung seperti mengulung kuih dadar
Ulang proses yang sama hingga habis


2 comments:

anajingga said...

rajinnya berkaler-kaler roti jala amerist :)

mrs kayrul said...

Meriah sgt warna....kompem bertambah klu mkn

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015