Monday, July 23, 2012

Review Ampang Puteri Service Hospital

assalamualaikum...

masa buat entry pasal rayyan masuk wad ari tu aku ada tulis nak buat review pasal hospital ni. iyer lah biasanya org buat review pasal hotel je bila gi hotel, now aku nak "citer" pasal hospital glamer ampang puteri ni.

bagi aku hospital ni nampak gah dari luar je. dari segi service, management, doktor,nurse jatuh kategori TIDAK PUAS HATI. ok, dari mula2 sampai kat emergency mmg rawatan pantas diberi tapiiii tidak ada kerusi pun disediakan, bayangkan aku yg tgh pangku si zara terpaksa kehulu kehilir redakan budak tu yg merengek.  nak offer kusi jauh skali.

pastu plak dengan nak tunggu masuk wad, teramat lah lama. hampir 2 jam aku terpaksa menunggu. ok, aku abaikan perasaan x puas ati asalkan rawatan utk anak aku cepat.

aku & hubby request bilik utk satu bed, tp diorg(nurse) kata kena letak kat bilik kongsi 4 sebab senang nak pantau sbb dekat dgn kaunter diorg. dalam ati aku apsal plak???!! tu tugas diorg, jauh ke dekat ke bukan alasan. masa dok kat bilik kongsi 4 katil tu xde pun special monitor yg diorg buat. lagi satu cer korang semua pikir loceng untuk panggil nurse kat katil tu ROSAK!! aku jugak yang kena kuar panggil nurse bila malam pertama anak aku badan dia makin panas smpai 39'c. aku pendam lagi.

hubby plak siap nak minta tukar gi hospital lain, tp memandangkan kesian kat rayyan nak cucuk2 lg kt tangan, nak pindah bagai. kitorang redha je. masa nak mandikan rayyan hubby minta nurse tu bukan jap wire utk masuk air tu kat tangan rayyan, masa nak minta nurse pasang balik, selepas 3 jam panggil baru nurse datang. aku mmg hangin giler rasa. mmg xde nak kecoh2 kt sana sbb pikir anak tgh sakit masa tu.

hari ke-3, baru pindah ke bilik single. bagi aku bilik pun mcm dorm hospital biasa, iyer la since wad kanak2 biar la ceria sikit, harga bilik pun bukan murah ok. lagi skali loceng untuk panggil nurse ROSAK!! kat hospital ni takde techinician ke?? harapkan mahal je. pastu plak susun atur perabot teramat la tidak sesuai. ada ke patut side  table telefon sblh toilet di mana pesakit perlu turun atas katil berjalan menuju ke ke side table tersebut utk call nurse(kena call sbb loceng rosak). bukan lah nk berlagak dok bilik single, tp sbb privacy, keselesaan dan sebagainya.

pastu ada beberapa kali bila call xde pun nurse angkat dan masa ni hubby aku kena menapak ke luar untuk panggil nurse ke bilik.!!!

korang yg pernah admid ampang puteri ada pengalaman tak? cmner dgn service?
aku bukan la nak riak ke hape tp bila kita bayar sesuatu yg mahal meti kita harapkan sesuatu yg memuaskan hati kita.bukanlan mengharapkan layanan mcm hotel 6 bintang. tp cukup lah service yg ok sepadan dgn kos yg kita bayar. lgpun ni bukan kali pertama ahli keluarga aku admit ward. bagi aku baik gi hospital yg kecik2 tp servicenya ok.

oohh... aku ada amik gambar ari tu tapi bila nk tgk balik semua gambar2 bilik, wad, xde dlm memory card. huhuhu... sedey gak sbb xde bukti. mmg kalu ada kena admit lagi mmg ampang puteri bukan pilihan aku & hubby.

15 comments:

Ana Suzana said...

Ana setuju dgn semua komen akak di atas.. Kwn ana 2 kali bersalin kat spital tu.. Masa kitorang dtg melawat, nurse2 kat situ tarik muka masam.. Tak reti nak senyum atau mesra alam langsung. memang service sangat worst dan tak berbaloi dgn kos yg kita dah kuarkan.. Kwn ana sdiri pun ckp camtu.. Sedih kann

ameris said...

tu lah Ana... kalu nak komen mmg byk lg, tp malas dah buat spoil mood je pose2 nie. tu blm lg citer kt kafeteria. jumpa doktor pakar tp servis tak profesional langsung. eeiii gerammm. mmg x berbaloi dgn kos yg kita kuarkan.

dd dudu said...

wahh sentap masa baca part xde kerusi tu dan kite yg dukung baby berjam2. wahh x terbayang rasanya

ameris said...

tu lah pengalaman akak DD.

GOLD FINGER said...

Tes..kawan gua bersalin kat ampang putri last 3 month..ada kes..uri tak habis keluar..sampai admit hospital lain pulak..sadis kawan gua tu..sengsara dia..mmg blacklist lar..

ameris said...

GF; yer ke?? eeiii.. mesti fobia kawan ko tuh. dasat tu la ampang puteri nih. cian kt kwn ko tuh.

MizzTina said...

jgnkn ampang puteri, setkt ni blm admit mana² ward..alhamdulillah..


tp sbg pesakit, xboleh la layan mcm tu..haishh

ameris said...

MK; alhamdulillah.
mmg hangin satu badan tau. xnak lg dah jejak hosp tuh.

Nur Sakura said...

selamat berpuasa

Anonymous said...

U ade complaint tak kat manager diorg? ~I penah mase bsalin kat sane dulu, ade sorg nurse tu tolak kerusi roda ikut sukati je ngan muke masam mencuka. Menyampah pon ade. Da la org baru pas bersalin ngan jahit2 sume. Sakit btol. Badan sakit, ati sakit.

Tapi so far service doctor okay, bagus la. I mmg follow up anak and my new pregnancy sume kat APSH. Alhamdulillah okay.

Note: Complaint je. I'd done mine. Ketua nurse siap datang tanye nape. I pe lagi, gtau la staff dia tu camne. Hopefully bersalin yg akan dtg ni sume will be okay.

taufik mohd said...

Ameris:doc paedtrik ke yg u maksudkn bila jumpa tak profesional?boleh apa name doc tu?

taufik mohd said...

Gold finger:boleh tau ape name doc o & g yg u deal?

Mohamad Asmizi Alias said...

Hmmm tgh alami perkara yg sama....dh tggu 3 jam...x masok2 bilik lagi...alasan all bilik full...yg ada pon bilik vip....hahahahahahahaha....

Anonymous said...

Ni tgh mengalami dari smlm cakap bilik penuh siap balik rumah ...pagi td dorang call cakap da ade bilik pas registered tunggu kat waiting lounge dari kul 12 tghari now da pukul 8mlm xmasuk2 bilik.... ape perasaan korang

Nerra Elleya said...

Saye pun ade pengalaman kat ampang puteri ni..servis.hampeh..mmg menyesal admit anak kat situ

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015