Faqeef Arrayyan
Fateen Azzahra
Assalamualaikum...
Rayyan VS Zara. aku saja2 buat entry ni sbb nk tgk perbezaan sikap dan peel masing2 masa diorang ni baby. gambar budak 2 orang kat atas tu masa diorg berumur sehari. mana2 baby masa umur camni mmg sama je. aku sendri pun x reti nk bezakan.bila sebulan dua baru leh nampak muka tu ikut sapa2 samaada mak atau bapaknya.
bagi aku lak 2 orang ni mmg berbeza karekter masing2. iyer lah sorg laki sorang pompuan mesti la beza kannn... masa kecik dulu rayyan kuat gak melalak.tp zara plak lebih cool. aku bleh tinggal dia sensorang utk buat keje aku, maksudnya bole gi mandi, jemur kain,masak dan sebagainya. ni masa dlm pantang ari tu laa. kdg2 lebih setgh jam dia bole stay sorang2 x nangis, x merengek. bila dh bosan sangat baru la merengek. bagi susu teruss tido jek. senang je dgn zara ni, tapppiiiii... ada cerewetnya jugak, dia mcm x suka sgt jalan2. bila kuar gi mana2. shopping complex ke dia cepat merengek. yang aku perasan dia tak bole tido merata2. maksud aku bukan la aku tinggalkan dia tido merata, tp dia kena tido kt tempatnya. kt umah dlm buai, atas katil. macam rayyan dulu, kalu dia ngantuk bagi susu tido la dia dlm stroller tu. rayyan x kisah pun. mungkin perempuan ni cerewet skit kot.
jadi agak sukar la kami laki bini nak berjalan2 yg mmg kaki jalan nie nak bawa si zara tu ikut serta. tak kisah la mana2 pun. dua2 pun anak aku. takkan la masing2 serupa pulak. mesti ada bezanya..
dari segi lain x tau lagi sbb zara masih kecik, baru 3 bulan lebih.kena tunggu dia besar skit bila dh bole makan baru leh tau apa yg dia suka, apa yg dia x suka. kalu rayyan selera makan dia mmg superb. bagi apa je mesti dia makan. dia mmg suka mkn!! ni ikut ummi dan ayah dia, suka jalan2 cari makan.,
dari segi meyusu plak Rayyan lebih kuat isap t*** berbanding Zara, penah suatu masa dulu smpai crack aku punya t****. Zara teramat sopan santun je dia isap.xde gelojoh mcm rayyan. pompuan lah katakan... tp kesian zara x dapat breast feed lama, sbb air susu aku makin menyusut, skrg hmpir2 tiada kot. ni sbb masa rayyan admit ward ari tu. air susu aku terusss down. wpun aku dh aku dh pam dan bg direct BF masih juga kurang.takpe la mungkin takat tu je aku mampu bagi, tp aku akan tetap akan bg yg terbaik utk Zara wpun susu ibu x sama dgn susu formula.
tak sabar nak tgk budak2 ni besar.mesti bergabung tenaga buli aku plak....
4 comments:
biasa la kak, pempuan mmg cerewet.. hehehe
Salam Ramadhan,
Saya dah follow ameris, follow saya balik yer :-)
Saya ada buat giveaway. Jemput join.
http://mama-iloveu.blogspot.com/
tu laa MK akak pun rasa pompuan mmg cerewet. bab2 tido mesti kena proper.
mama iluvu;
nnt saya singgah n folo blog mama yer... sabar
Post a Comment