Showing posts with label home organising. Show all posts
Showing posts with label home organising. Show all posts

Wednesday, August 15, 2018

Teaser yg dah basi: cerita deco2 Seasons Garden

cerita deko rumah baru kami nnt saya upload gambar before & after yer.
kasi panas, lap2 habuk & sawang dulu kat blog. nasib ingat lagi password.. dah nape suam2 kuku plak dah blog ni. tapi kena simpan gambar2 kenangan ni, penuh tahap maksimum dah hp cap ayam tu.. ok byeee...


nampak KLCC tak di situ...

Wednesday, November 8, 2017

Deco: tukar langsir & sarung sofa IKEA

lamanya tak cerita deco2 kat blog... 
sebenarnya dari tahun lepas lagi mmg banyak buat perubahan pada
 #rumahku syurgaku itu.. tapi macam malas betul laa nak buat entry kat blog. 
sudahnya nyesal. hahaha... sebab takde kenangan kan...

ni kira deco terkini yang saya buat. takde laa perubahan besar mana pun.
just tukar langsir dan sarung sofa IKEA tu je... 
asalnya nak beli sofa baru tapi sayang giler dengan sofa ni sbb selesa sangat. 
lagi pun sofa masih cantik dan TEGAP orang kata. 
iyer laa waranty 10 tahun dari IKEA kan..
so saya cuma tukar sarung plain ke sarung bunga2 skit, langsir yang bunga2 pula saya tukar ke langsir plain. kalu perasan floor lamp &
 table lamp bunga2 english pun saya dah letgo.
hajat mcm nak tukar konsep rumah, tapi hati tetap sukakan english. 
so selit2 jugak laa deco tu.

saya jugak ubah beberapa perabot mcm almari display dan kedudukan console table di ubah.
Insyaallah rasa mcm nak tukar cat feature wall hijau tu ke putih.. 
tp kena tunggu betul2 ada masa yg lapang untuk buat rombakan tu. 
nak mengemas ooiii...

langsir tu saya tempah dari Globe di Jalan TAR. 
kain harga RM10 je semeter dengan design eyelet.
total upah dengan kain harga RM360.


sebelum..




selepas..


langsir terlabuh 5 inci. sebenarnya saya dah lebihkan masa ukur. 
tapi tailor tu lebihkan lagi pulak.
sudahnya meleret2 mcm tu. nmpak x kemas langsung. ada masa nnt saya jahit, tapi tak tau laa bila..

Tuesday, December 20, 2016

BOCOR SAMPAI KENA PECAH KITCHEN KABINET...

sebenarnya saya perasan bocor tu dah lama...
 dalam 3 minggu lepas, tapi takde laa kronik.
 air menitik pun x nampak, kira boleh lap dgn tisu dapo camtu jer.. 
lagi pun basah tu ke arah dapo kering.
minggu lepas selepas balik kg, 
keadaan makin teruk sehingga air meleleh bawah kitchen cabinet menuju ke ruang tamu dahh..
cuak laa jugak kan... 
buatnya mereput abis laa kitchen kabinet tu.

kitchen cabinet tu mmg asal ada dari tuan rumah terdahulu. 
mmg sayang lagi sbb keadaan masih elok walaupun dah old pesen.. 
saya pasrah je masa mula2 duduk dulu, 
walaupun jiwa nk nak sangat yg pesen moden dan terkini kan.. 
takpe laa boleh jimat duit. kalu buat baru mau belas2 riban jugakkan.

bila dah jadi mcm ni hati dah sedikit berbunga sebab boleh laa tukar kabinet baru kan... ehh tapi xde laa tukar semua takat yg bocor.
 kenapa sampai kena pecahkan kabinet pulak?? 
sebabnya batang paip tu tertanam dalam dinding kat sinki kabinet tu.

pagi sabtu lepas dah kena punggah segala barang, pinggan mangkuk dalan kabinet tu..
terkojut asben saya tengok punya laa banyak pinggan mangkuk dalam tu. siap warning saya jgn beli pinggan lagi. padahal semua tu hadiah kawin dulu. saya hanya 1 beli  set je pinggan jenama Luminarc.

walaupun hanya renovation kecil tapi dia punya sepah dan habuk tu ya Allah.
kebetulan pulak insiden tu masa Selangor takde air. mmg hazab laa jugak kan..
mmg saya tak bagi pun anak masuk dapo apatah lagi dok kat living hall.
makan/tengok tv semua kat masterbedroom. tambahan lagi  rayyan mmg ada resung yg teruk.

bila dah siap sepenuhnya nnt saya share yer...


 nampak tak air sampai dah penghujung kabinet. saya letak kertas suratkhabar & kain mmg kuyup kt situ..

 keadaan kabinet selepas dipecahkan...air meleleh ke bawah peti sejuk hingga ke penghujung kabinet.


 barang yang oder dah sampai.


setelah siap table top...

Monday, October 17, 2016

Rutin setiap minggu

hi korang.. makin lemau betul saya nk update blog skrg.
tambah pulak dgn internet up & down.
 mmg lagi buat malas laa nak menunggu upload seketol gambar pun dekat 15minit kan.

kali ni saya nak share rutin mingguan saya. sabtu ahad mmg bz yahamat. 
biasanya saya beli lauk basah jumaat lps kerja atau sabtu pagi. 
lepas balik pasar/pasaraya tu terus saya kerjakan segala haiwan yg beli tu.
 marinat sesiap, potong ikut saiz yg sesuai untuk 1 portion masakan.

pastu letak lauk dalam 1 portion sesiap. senang kan.
 nak masak just kuarkan 1 bekas ayam.
sekor ayam biasanya 2 kali masak jer. 
bahagian isi putih tu saya potong kecik2 
sesiap untuk rencah nasi goreng/mee/bihun atau untuk buat
 rencah sup sayo ataupun untuk goreng aym kunyit mcm kat kedai siam tu..

sama jugak cara untuk daging, sotong dan lauk pauk lain.

untuk sayo pun saya tp saya suka beli skit2 sbb sayo kan mudah rosak.
kalu ada yg sepeket yg mcm2 ada tu lagi best. boleh masak 2 kali 
tak payah beli byk2 sayo lagi... hihihi..

sayo & lauk saya mmg basuh & marinate siap2
 (utk ayam je) sbb balik je umah saya terus campak dalam kuali.
 humban laa bahan2 lain untuk di kicapkan ke...sambalkan ke...




 


Thursday, May 12, 2016

DECO-DECO: Laundry Area

lama takde entry deco2 kan..
kalu entry deco2 semua tertunggu2. heee
sebenarnya xde laa deco2 hover pun. 
saya hanya buat makeover balik ruang mendobi saya yg seciput ni. 
lebar ngam2 untuk letak mesih basuh dan rak dari IKEA tu je. 
pastu tambah satu tempat penggantung utk memudahkan saya gantung hanger.
 memudakhan saya sebab tak payah lagi lari masuk dlm bilik ambil hanger utk hang baju. 
hanger yg ada khusus untuk baju2 mcm kemeja, baju kurung dan seumpama dengannya.
saya cuma letak rak terbuka utk saya letak pelbagai jenis alatan mendobi saya seperti sabun, softlan, pengepit baju dan lain2. 
stok peralatan mandian pun saya letakkan disini dalam bakul2 tersebut. 
sebenarnya saya inginkan rak yg tertutup sebab area terbuka
 mcm ni memudahkan habuk tp bila tengok mcm berkenan pulak rak ni.

sebenarnya saya berangan nak laundry area mcm rumah orang putih tu siap ada tempat iron bagai. tapi dah rumah jenis mcm ni redha je laa...
 kalu nak iron baju kat area ni abis laa bintat2 badan saya kena gigit nyamuk. ngeeee...

saya suka ruang ni sebab tak tempias hujan walaupun masa hujan lebat.
so tak risau pakaian yg disidai basah wpun saya berada di luar rumah...
rasa macam nak letak bunga hidup kat rak tu,
 tengok mcmana nnt bila ada kelapangan.

beberapa minggu lepas bila saya post kt fb laundry area saya ramai yg bertanya kt mana saya sidai. 
penyidai saya pun dari ikea FROST nama dia. 
dari tempat saya ambil gambar tu tmpat penyedai saya.








Tuesday, March 29, 2016

TEASER: pasang lampu baru

minggu lepas kan saya ada citer shopping lampu. 
so minggu ni baru dapat pasang lampu2 dan kipas tersebut.
 keseluruhan saya dan asben beli 10 lampu untuk tukar di ke semua bilik tido termasuk masterbedroom, bilik utiliti, kedua-dua dapo basah dan kering,
 ruang solat & menonton dalam masterbedroom dan kipas yg 
cantik skit di masterbedroom.

banyak jugak kerja2 wiring, buang lampu lama,
 pasang yang baru, tambah soket power point. 
bila tukar kedudukan lampu asal ke tempat baru kerja2
 bertambah bila kontraktor wiring kena panjat bumbung untuk buat wiring baru.
tetapi, kerja2 wiring, tukar dan pasang lampu2 untuk kesemua ruang tersebut hanya mengambil masa sehari setengah!!

 kontraktor sangat  cekap bagi saya dan kerja pun sangat teliti.
 di samping itu beliau jugak memberi pendapat dan 
consult tentang kedudukan lampu yg sesuai.

sebelum ini semua bilik hanya menggunakan lampu kalimantang biasa yg panjang tu.
 bila ada rezeki lebih baru laa dapat tukar kesemua lampu.

setelah di tukar suasana bilik tersangat lain. 
ternyata pencahayaan memainkan peranan penting.
 sebab tu laa kat hotel banyak lampu2 chandelier dan lampu2 yg cosy digunakan...

saya teaser dulu gambar. bila dah siap keseluruhan makeover nanti saya share ok.

korang yang nak menggunakan khidmat kontraktor ni 
boleh contact beliau nombor ni :013-2555278
 serius mmg puas hati dengan servis dia.

 baru lepas pasang lampu siling & lampu dinding.

jangan konpius pulak yg mana satu kontraktor wiring. yg baju pink tu laki makk taww... over hepi dia.



Friday, March 25, 2016

IDEA SOHO: serching place for my small place

dah lama jugak saya nak buat tempat kecil untuk saya buat keje2, udate blog..
 di samping tempat untuk simpan file2, buku2 serta majalah kesayangan saya...

planning nk buat pada hujung tahun lepas tp byak pulak ujian 
buat kami sekeluarga masa tu sampai laa skrg baru ada 
kelapangan dan masa untuk touch balik teratak kami tu.
dalam planning nak makeover laundry room, masterbedroom, 
dan buat satu tempat saya ni.

bila tengok SOHO aty dalam blog beliau 
 AKU BUKAN BIDADARI alahai omei sungguh dan sangat organised.

dah siap SOHO saya  nanti saya share ye. 







 







Monday, March 21, 2016

Dekorasi: Shopping lampu untuk bilik tido, dapor dan bilik solat.

Ahad semalam, suamiajak beli lampu.
 sebenarnya dah lama nak buat pengubahsuaian lampu2 kat rumah kitorang. 
 lepas tukar lampu kat area dining, klik utk baca LINK. 
tapi punya laa amik masa masa nak pasang.
 bayangkan beli sebelum GST, pasang selepas raya. kihkihkih. 
 fasa ke2 ni pulak baru beli lampu lagi,
 harapnya tak amik masa yg lama untuk pasang lampu2 ni.
kali ni kitorang beli agak banyak lampu. senang pasang skali harung. 
mungkin gak amik masa 2 hari kot.[andaian saya]

yg saya suka kedai ni ada mcm2 jenis ikut tema rumah kita, arabic, modern, english...
mcm2 ada wpun kedai dia kecik mcm tu je...

saya dan suami sama2 decide untuk tukar semua lampu dalam masterbedroom,
 bilik rayyan, bilik tetamu, bilik utility , 
lampu wet dan dry kitchen termasuk jugak lampu tempat solat. ppffttt...
semua skali 7 lampu. sejak dari beli rumah tu memang tak pernah lagi tukar lampu. 
semua area guna lampu kalimantang panjang macam kat kantin sekolah.
[kecuali kat living hall] hahahaha...
alhamdulillah ada rezeki tukar semua lampu yg cantik skit[pada pada saya laaa..]
dengan harga mampu milik. 

lenguh jugak laa leher terteleng2 pandang atas nak memilih tu.

kali ni pun beli di tempat sama. saya suka kedai ni sbb boleh tawar giler2.
 pastu tokey dia teragak2 terus bagi harga yg saya minta. 
3 jam jugak laa kat kedai ni sampai anak2 dah bosan, 
siap beli coklat dan air utk diorang. mana tak lamanya...
 memilih dah satu hal. pastu dah pilih nampak lampu lain tukar pulak.
 bayangkan untuk 7 ruang tersebut.
pastu tawar menawar pulak....
tapi siyes puas hati...
kos untuk semua lampu2 tersebut dalam RM900++ .
semua murah sgt. setiap lampu tu dlm RM100++ je, 
yg paling saya tak sabar nak tengok lampu kt bilik masterbedroom 
& lampu kat bilik tetamu.
lampu tu boleh bertukar warna. boleh pilik nak cahaya kaler biru, kuning or putih...

dah siap pasang nanti saya share yer..

 










korang yang planning nak naik rumah baru boleh laa singgah kedai ni beli lampu.
kedai yang saya pegi tu di cawangan gombak. sebelah Bank Rakyat.


alamat kat bawah ni kot laa nak cuci2 mata tengok..


Setapak Branch   Address :
1, Jalan Pahang, Setapak, 53000 Kuala Lumpur.
Tel : +603- 4021 3809 Hp: +012-928 8705 / +012-228 9230 / +012-9188 955
 Fax : +603- 4021 3819 Operating Hours : 10.30am - 8.30pm (Daily)    

 Gombak Branch   Address :
3, Jalan 2/50, Diamond Square, 53000 Kuala Lumpur Tel : +603- 4023 5788
Hp: +012-928 8701 / +012-228 9230 / +012-9188 955 Fax : +603- 4021 3819
Operating Hours : 10.30am - 8.30pm (Daily












Monday, November 30, 2015

deko2: idea for Masterbedroom

saya tengah mencari idea untuk touch up balik my masterbed room 
iyer laa bila tido bersama2 dengan anak2 paham2 je lah kan..
mesti ada xtra tilam kat bawah tu. hihihi

ke korang cemana, ada extra katil ke dalam bilik korang??
so saya tengah mencari idea untuk bilik tido 2016. boleh gitu?? ahakss..
since anak2 dah besar... rayyan pun dah tak tido buai. 
yaya pun dah ok tak berbuai. cuma kat umah BS je dia tido buai[waktu siang]
kalu kat umah dia mmg tido mcm tu je atas karpet depan tv...
satu part mcm dah lega skit.. 

so saya nak cari idea utk mendoko balik bilik tido. 
takde laa buat renovate apa pun..
cuma nak beri nafas baru jer..
maybe tukar langisr baru, pasang wallpaper or cat baru..
tukar lokasi katil... hhmmm...
tukar cadar/comforter ala2 hotel. i loike...
tukar lampu bilik yg lomentik.. ehemm..ehem..

mcm saya suka bilik yg terang, tak suka yg malap mcm dalam gua
lighting kena lebih...

layan je laa gambar kat bawah...
*quality gambar kureng memuaskan laa..

segah mana pun bilik tido, asal kemas dah cukup...
tak guna berhias bagai... tapi selimut pun tak lipat. betul dak...












Tuesday, November 24, 2015

Deco-Deco Dapo... bukan dapo saya

hujung-hujung tahun ni mood berangan byknya ooii...
ada jer idea nak tu... nak ni..
iyer laa dah nak abis tahun, kenkonon mcm nak start new life 2016
nak laa ruang dapo pun bertukar wajah jugak. ahakss..
ni mood berangan saya jer. 

idok laa mampus mampu nak renovate bagai buat kabinet baru.
 sekadar mencari cari idea untuk beri napas baru pada dapo buruks saya tu jer..
bila dah diberi napas baru mesti mood masak pon menggunung. eerrkk..

tapi hasil google saya suka nau dengan dapo omputih..
takpe laaa xleh amik semua, kita cedok2 idea pun jadi laa kan...
mana mungkin nak jadi dapo mcm diorang...
omputis mana ada masak kari gulai bagai.

saya kalu masak kari, gulai... menumis tu satu dapo dah berminyak
pastu kalu tak pasang hood, fan abis satu rumah bau kari ooiii...

pesen saya jugak saya suka area masak asing. 
maksudnya ada wet kitchen.
so wet kitchen tu hanya masak dan cuci2 pinggan jer. 
muat saya sorang pun takpe, 
sebab saya terus jadi tak reti masak kalu ramai2 ada kat dapo. 
hahaahaa  kekok makk..

okeh.. jemput jamu mata yer semua..
tahun depan boleh laa tengok menjadi ke idok projek mak ni.
semua gambar hasil google..

 
aduss... so sweet kan dapo ni


 pink kaler













Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015