Showing posts with label kisah baby. Show all posts
Showing posts with label kisah baby. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Khamis, 12/4/12- Sehari sebelum Bersalin

assalamualaikum...
alhamdulillah, aku sudah pun selamat bersalin pada 13/4/12. tapi entry ni ttg detik2 sehari sblm kelahiran yer.

khamis aku masih lagi gi keje seperti biasa. tp byk kepada mengemas sbb opis tgh dlm 5S. iyer laaa takut nnt susah plak kengkawan nk kemaskan work station aku plak. beberapa harta peribadi yg dok semak kt tempat aku, aku angkut bawa balik.

masa nie mmg xde tanda or sakit apa pun, so aku pla nk start cuti next week la konon2nya. sbb selasa ada appointment dgn dr ratna lg, plan nk operate hari rabu

bersambung...

Wednesday, April 4, 2012

Check up 36weeks



oohh.. smlm aku mc. bila aku gi check up mmg confirm dapat mc dgn condition aku skrg nie yg dh masuk 36wks. seawal pagi 11am (ehh awal ke nie??) aku hubby rayyan & ma dh kuar rumah menuju ke Putra Medical Centre, Sungai Buloh. mula2 ingat nk inject rayyan yg sethn. (blm inject lg sbb asyik demam je masa dia umo sethn) pastu baru aku lak buat check up. bila tanya kt registration staff cakap Dr Ratna petang baru masuk kul 3. alamak!!! ada lg lebih kurang 2 jam setgh nk kul 3. takkan nk melangut kt spital plak kan. so lps buat injection utk rayyan, kitorang decide gi mkn2 dulu & solat. kalu ada masa bole cuci2 mata. hehehe...

tempat yg terdekat adalah di Jusco Kepong. so hajat nak bawa makan steamboat kt Johnny pun tercapai...

eeh..eehh.. jap tajuk check up 36 weeks tp xde plak gmbar pasal aku. citer pasal aku plak, menurut doktor Ratna, air ketuban aku masih lg banyak. tu la punca yg membuat aku teramat tidak selesa skali. sebabnya baby ada banyak ruang utk explore dlm perot aku. kepala baby dh kt bawah tp blm engage lagi, kena tunggu 38 wks. pastu doktor cakap aku boleh pilih samaada nk cuba normal atau operate memandangkan condition aku air ketuban byk. seramnya dengar...



rayyan masa kena injek. cian dia. kuat betol dia melalak pls kena injek.

kebetulan ada playgorund kt PMC. bawa dia main kasi dia hepi skit. air mata pun ada lg.
budak ni makin manja la skrg. pastu kuat merajuk plak tu.


bila dh leka main udah xnak balik pulakkkk...


lunch steamboat kt Johnny, jusco kepong.

tp rasanya budak kecik ni mkn lg byk. sib baik ada hubby yg layan si kecik ni...

Monday, March 26, 2012

Sudah 34 minggu


gambar google

diam2 dah 34 minggu rupanya. aku rasa sekejap je aku pregnen yang ni.
masa Rayyan dulu huhh.. lama betul nk tunggu seminggu seminggu tu. yg ni mcm sekejap je.
aku kalu bleh nak lambat2 skit bersalin.

tp minggu lps aku dh mc 2 hari sbb sakit sgt kt pinggang dan belakang ni. rasa mcm dah x lama je nk bersalin, firasat aku mungkin bersalin awal kot. semua aku serahkan kepada Allah. asalkan semuanya selamat dan berjalan lancar.

Jumaat lps aku check-up kt Klinik Seri Indah dgn Dr Zulailah lagi. Alhamdulillah baby ok, air ketuban pun dah kurang. masa Doktor Zu scan baby tersangat la x dok diam. aktif mcm abg dia jugak kot. kdg2 baby bole buat aku tersentak kalu tetiba menendang atau buat aksi akrobat kat dalam perot ni.mcuma aku kena byk berehat. sbb kaki ni mudah cramp kalu byk berjalan.
sakit wooo kaki cramp nie. kena plak time tido. mmg bole trjerit.

Minggu depan aku dah bole refer kt Dr Wan Ratna kt Putra Medical Centre. semoga semua berjalan lancar... suka doktor wan ratna. very soft spoken...



nota kaki: masa tgh taip entry ni baby asyik menendang jek dlm perot.

Wednesday, March 7, 2012

Detail Scan dgn Doktor Baskaran

ni bukan gambar perut aku aku yer... ni dari google



Selepas aku buat detail scan dgn Doktor Baskaran minggu lepas rupanya bahaya jugak bila kita mengalami masalah terlebih air ketuban ni. ohh Dr Baskaran sgt baik orgnya, aku yg dok terbaring masa scan tu byk betui nk tanya Doktor..

ni apa.. tu apa... jantung baby kt mana...
tp doktor cakap

kejap je i tgh kejar2 dgn baby u ni... so aktif ur baby.....

mmg aku dapat rasakan yg baby kali ni teramat la aktif mcm rayyan dulu gak. hampir sejam jugak aku terbaring sambil perut aku digodek2 oleh alat scan doktor. dah namanya detail scan mcm2 graf yg kuar. doktor siap bagi dengar degup jantung bby lg. stuktur baby pn scan jugak sbb nak tau saiz tulang belakang, saiz tulang, saiz perut, otak, tengkorak semua.

Lps scan ada la setengah jam jugak Doktor Baskaran tu dok explain kat aku & hubby. nasib baik hubby ada skali, kalu tak jenuh jugak aku nak paham...

kos consultation Doktor Baskaran RM450. mahal jugak kan...
kesimpulan dari terlebih air ketuban seperti doktor Baskaran explain kt bawah ni, tp ni hasil google aku spt di bawah yea, tak reti plak aku nak karang balik apa yg doktor tu bgtau.
kang nnt korang plak tak paham. kikiki...

Polihidramnios
Masalah akan timbul sekiranya air ketuban terlalu banyak. Ini termasuklah :
1. Kedudukan bayi tidak stabil. Bayi akan sering bertukar kedudukannya seperti songsang, melintang dan kepala di bawah.
2. Kandungan nampak terlalu besar dan berat. Kesannya kepada tulang belakang amat ketara apabila anda berasa tidak selesa terutamanya di tri-mester akhir kehamilan.
3. Risiko kelahiran pramatang adalah tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal.
4. Disebabkan kedudukan bayi yang tidak tetap, risiko melahirkan bayi secara caesarean adalah tinggi.
5. Kandungan air ketuban yang banyak sering dikaitkan dengan bayi berkemungkinan mempunyai kecacatan. Hal ini boleh dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.
6. Kadang-kala masalah ini boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas, berjalan dan lain-lain.


nota kaki:
1. nasib baik si Rayyan aku tinggalkan kt umah acik.sbb setel semua hampir kul 11 mlm.
masa gi amik dia dh nk tido. cian Rayyan ummie amik lmbat...
2. oohh... smlm Klinik Sri Indah call aku mintak maap pasal result gula yg aku buat tu. katanya ramai staff baru kt klinik. jd diorg x tau sgt. lain kali train dulu staff yea.. sbb semua patient yg gi rawatan tu bayar ok, wpun ada gak yg company byr. jd mesti la nk yg terbaik. mcm aku lak byr sendiri sbb bukan klinik panel lg.
tp kena gak bgtau doktor Zulailah pasal ni.(ehh diorang baca blog aku ke??)

Thursday, February 23, 2012

Deco2 bilik Baby Girl- #mood berangan




sekarang dah masuk bulan ke-8, makanya mood berangan tu haruslah ada kan. alaaaa... bukannya kena bayar pun kalu berangan. insyaallah kalu ada modal lebih boleh realisasikan. bilik rayyan pun terabai jer. sbb dia bukan tido situ pun. aksesori dh banyak beli tp x sempat nk decorate lg.

jom layan gambar2 cun kt bawah nie.....


oohh.. pinky mmg sesuai utk gegel... so sweet sgt

ijo/pink pun nice jugak. geram nengoknya..
Kombinasi color yg cantik. cekelat, pink, ijo. cantik jugak kannn...

ijau/pink lagi.... sungguh manis laaa.

hmmm comei jugak. tp dh mcm bilik teenager je. still ok utk gegel.

soooo nice.....

still english mood

agak menyerlah kolor dia. tp still nice

ijau lagi. tersangat la lembut. sejuk mata nengok.


semua pic hasil google

Friday, February 10, 2012

dah 28 minggu rupanya...

sabtu lepas kan.. seawal pagi aku pegi klinik sri indah utk monthly check up. ooppss... dh lama x citer pasal baby dlm perut ni. nak citer selalu kan nyampah pulak org baca. ok sebenarnya dh terlewat appointment dgn Doctr Zulailah ni. sepatutnya 27/1 ari tu. tp lps raya cina ari tu kan demam jer, tu yg tertunda tu.

sblm pegi klinik aku call dulu nk tanya doktr ada ke tak. iyer laa doktor zulailah mcm goreng pisang panas. mmg ramai patient dia. lagi pun skrg dia keje 3 ari je seminggu. (kalu aku pn keje 3 ari seminggu kan best.. ) yeayyy... aku dapat no. 1. mau taknya, doktr masuk kul 8, kul 7.15 aku dh tercegat depan klinik. hahahaha.... sabarrr ok. main game angry bird sementara tunggu doktr.

tetiba misi lak panggil,

"kakka, buat urine test dulu ye..."

8.05am doktr sampai. seperti biasa dgn ramah tamahnya dok berborak dgn doktr tu. bila doktr scan udah 28 minggu a.k.a 7 bulan on the dot.

tersangat la comel bila doktr scan. patut la x dok diam kt dlm perut ni. sebelah tangan pegang kaki, sebelah tangan pegang kepala. mmg aktif mcm rayyan dulu jugak nie. tp muka dia tunduk ke bawah pulakk... pastu doktr jugak cakap air kencing aku terlebih protien, means kotor skit dan kena buat further chekup 4 next 2 weeks. air ketuban pun terlebih skit tp belum masuk tahap bahaya doktr kata. fuhhh... legaaa.

pastu yg paling penting aku x lupa minta surat kt doktr yg mengatakan aku ni sihat walafiat untuk travel 11hb nie. travel ke mana tu?? sabarrr... nnt aku update ok.

Friday, November 18, 2011

Sudah 16 minggu


UPDATED GAMBAR SCAN 22/11/2011
pic yg ke-2 mmg nampak jelas sgt kepala baby. yg 1st tu pic tapak kaki baby so cute sgt.



Selasa lps aku gi check up. sebenarnya dah 2 minggu tertunda nak gi check up ni.iyer laa minggu yg sebelumnya kan kitorang balik beraya.sebelumnya tu pulak ada kenduri kawin kawan incit hubby, jadinya selasa lps baru sempat. tu pun setelah di timbang kati bagai, memandangkan pagi tu aku xcukup tido sbb si kecit tu bangun bermain plak kul 2 pagi. adoiii.... pening kepala ummi nakk ooiitt. so terus decide pagi tu gi check up dan minta mc. kepala toing...toing... jer.
mana taknya dia bangun kul 2 pagi sampai la nk dekat subuh baru dia tido. main langsir, main remote laa, padahal dalam gelap tuh.

alamak dh lari topik nih,ok pada hari kejadian maksud aku hari gi check up tu rupa2nya dah masuk 4 bulan aku mengandung. mmg x sedar sbb rasa mcm jap je masa. aku plak bukan main lasak berbanding dgn masa ngandung rayyan dulu, jalan pun pelan2 jek. tp yg ni balik keje petang boleh lagi bersilat masak kat dapur, masak simple2 je la. tp lps makan semua, aku terjelepek kepenatan. kul 9.30 dh zzzzzz..... rayyan kdg2 main sorang2 je. cian kan.

masa kat klinik biasalah bila menyembang dgn doctor zulailah yg peramah teramat tu, siap sembang pasal daging korban lagi.ari tu buat urine test, blood test dan mcm biasa la scan. fuhh... punya la aktif baby, mcm rayyan dulu jugak. gerak sana sini berpusing2 kt dalam tu. dh bole nampak jari kaki, tangan, muka baby. so cute sgt2 bila tgk kt skrin doktor.

masa gi check up sblm ni aku dh bgtau doctor suruh tiup2 skit biar dapat baby girl. masa scan tu kan doctor kata tak nampak plak bird. kikiki.... siap doktor cakap "koya skit2 je la, takut nnt boy plak, sbb awal lg ni.... hihihihi lawak jer la doktor nie.

pic google. 16 weeks.

ni pic google, pic baby yg scan x sempat nk tepek sini. nnt ada masa aku tepek yer....

Tuesday, November 1, 2011

Petua untuk Baby Girl

wahh..wahh... aku dalam mood berangan. tp tak salah kan berangan. yang penting doa sentiasa.
TAPI mana2 pun aku tak kisah, asalkan baby dan aku nnt sihat. iyer lah sbb dah ada sorang boboi nak lah plak girl. adalah kawan untuk si Rayyan gado2 nnt. haaipppp... mana bleh gaduh. abang kena la jaga adik kan.

comel bangat baby ni. bukan baby aku, ni baby hasil google. org kata kalu nak bby comei kena slalu tgk gambar baby comel. betul ke tak aku tak tau...

Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama


1. Madu lebah (untuk energy dan kesihatan dalaman)
2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan
3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah
3. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)


amalan kt atas tu sblm ngandung.






ni pun kalu belom mengandung.

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dengan niat usaha untuk mendapatkan bayi perempuan.

2. Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dari kiraan hari pertama datangnya haid)

Kenapa dalam waktu subur isteri sahaja?
Sebab suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dapat diseimbangkan; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dari sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.



Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dalam proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (janganlah selalu)

masa 3 bulan lebih nie.... hmmm aku mmg suka makan sayur, kalu kuah plak yg sup2 jek mcm tomyam ke, sup ayam, daging.. asam tu ada je dlm henbeg.

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf untuk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam untuk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan dengan memanggilnya dengan nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yang mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.


ok yg biru kat atas ni aku bleh amalkan dari skrg. Insyaallah....


surah mariam/yusof, aku pasang jek kt pc. kalu dtg opis awal baca gak. kalu tak berkumandang je kat situ. ok la dari dengar lagu kan....
yg no.2 blm buat lg, sbb perut kecik sgt lg. kalu rayyan dulu dh nampak sgt2.
no.3 sentiasa doa lps solat.



semua tips dapat dari SINI

Wednesday, October 5, 2011

Scan Baby

assalam.... entry tertunda lagi. sepatutnya masukkan entry ni 2-3 ari lepas tp penayakit malas tu menebal2 plak. ari sabtu ari tu gi cek lagi kat klinik dgn Dr Zulailah... kononnya pepagi lagi nk gi klinik tp tu lah si kenit tu plak bangun lambat. ewahh..ewahh.. ambil kesempatan hari cuti yer nakk ooit.. takpe..takpe.. bagi can sbb ari biasa sblm kul 7 dia dh bangun sbb nk antar umah pengasuh.jadinya pagi sabtu yg hening tu sempat la aku mendobi dan goreng bihun untuk bfast. nak siapkan dia pn amik masa gak.air panas, susu, diapers... iyer la lepas tu kan kitorang gi merayau kt Giant, One baby World cari toys dia tu.cerita kat SINI.

ooppss.. dh lari topik nih. ok cerita ttg scan dgn Dr Zulailah, Dr kata baby sihat walafiat. dh bole nampak kepala, badan dan tangan dia. so amazing. baru je 9weeks dh bole nampak semua tu.
Dr Zu yg mmg peramah tu plak kata "Da, tgk tuh, baby awok sihat sgt2, beranok ramai2 pn takpo sbb anok awok comei" amboi2 Dr suruh aku beranak ramai plak. adoiii... oohh lupa Dr tu org Kelantan. mmg syiok ahh checking dgn dia, very friendly.aku siap suruh Dr tu jampi bagi anak pompuan, tergelak Dr tu, dia kata takpe nnt amik aura dia sbb semua anak dia pompuan. kikiki. mmg ramai sgt ibu2 mengandung checking dgn dia. kalu pagi2 dh mcm klinik kerajaan plak.
kepala dan badan jelas sgt bole tgk. comel sgt masa nie.


ni gambar dari google 9 weeks pregnancy... sumpah comel giler kann...

** pagi tadi Rayyan jatuh katil. aku tgh iron baju masa tu berlari masuk bilik bila dengar suara dia merengek. sampai je kt pintu dia terus jatuh. terjerit aku kt situ terus amik dia dukung. huhuhu... cian anak ummi jatuh...smlm pn banyak kali dia mengigau...**

Wednesday, April 27, 2011

Rayyan 100 hari

tup tap tup tap dah 100 ari. kejap je kan.. rayyan skrg ni bukan main lagi. ketawa terkekek2 bila di agah. suka benor bila ada org yg layan dia. tp kita pn letih gak tauu dok agah dia... skrg ni dh isap puting. bukan apa... sebagai umpan jer bila dia melalak2 tu. sumbat je terus senyap kikiki...

bila dia dh besar skit xnk bg lg dia isap puting tuh. buruk benor rupanya. berat dia skrg 63kg ooppss... 6.3kg. 63kg dh jd anak monster lah plak. berat gak tau nk dukung dia panjat tangga umah acik yg jaga rayyan tuh.sampai tkt 3 menggigil rasa kaki nih. siyess nie. sib baek acik dok tkt 3 jer.... adooiii.. cpt la rayyan bleh bjalan.



fokus skit muka budak 100 hari. makkk ooiiii.... siyes betul...


menan dia sekeliling.kalu dengar bunyi menan mula lah tercari2 mana datang bunyi tuh... bijak dah skrg.

Friday, April 15, 2011

Happy 3 months old Faqeef Arrayyan...

my lil hero hits 3 months old yesterday
alhamdulilah...he's growing healthily...there's nothing else I could ask for

butttt...if there's something that I could ask for is for him to be less cranky huhuhuuu

minum pun boleh tahan for his age
and then , dia nak ade orang depan mata dia...

he also very very clever now. can laughing, give respons to us when we talked to him.
yg paling lawak bila sikecik ni mengigau ketawa terkekek2.adoiii...
entah apa la yg dia main siang td.skrg dh jd geng dgn zafir.

and bile bercakap tue, he can go on and on
cubalah layan dia berborak, kite yang akan penat tau, bukan dia

cepatlah besar Rayyan oooiii...

tp yg bad news nya Rayyan demam mlm td.lps nyusu muntah plak. isshhh...
cuak jugak kami takut demam dia berlarutan.
merengek2 tp x nagis pn. cian sgt dia.

td dh tipon acik, sib baek Rayyan dh ok.dh x demam elok jer memain dgn bebudak tue.
alhamdulillah...

gambar nnt next n3. dh amik mlm td tp xsempat nak donlod.

Wednesday, March 23, 2011

Rayyan 2months



Rayyan 2months. Dah boleh gelak2 & senyum bila kita cakap2 dgn dia. now masih lagi susah nak popoo. 3 ari sekali baru Rayyan poopoo.tp bila skali dah kuar hahh amik ko.. ada la segantang kata Acik yg jaga Rayyan. Dah x boleh guna wet tissue lagi, kena basuh dgn air.
Alhamdulillah, untill now masih lagi BF.

Wednesday, March 16, 2011

My Little Hero- FAQEEF ARRAYYAN


Akhirnya berpeluang juga masukkan pic Rayyan dalam blog.lahir pada 14/1/2011, berat 3.2kg. lepas 2 bulan baru ada masa, kesibukan dan masa+malas membelenggu diri. Rayyan selepas beberapa minit dilahirkan selepas nurse membersihkannya. kalau ada masa nanti gambar2 lain akan menyusul. Skrg Rayyan already 2 months, cepatnya masa, tak sabar nak tunggu Rayyan berjalan, bercakap... nak tunggu first word dia. love to hear that. muah..muah..

Thursday, December 16, 2010

34 weeks


sepatutnya 34 minggu kedudukan baby mcm nie... tp baby ku masih lagi melintang.

Sweet kan...


so sweet sgt baby room nih....kalu baby girl bleh decorate camnie.

menghitung hari...


salam.... menghitung hari.. dh tak larat nk jln2. sakit blkg, sakit pinggang.
sabar yer, baby dok tempat yg betul yaa..xnak melintang ok.
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015