Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts

Friday, September 2, 2016

cuti-cuti Cameron Highlands

percutian pendek ni pada 2/8 hingga 4/8. 
plannya nak pegi bulan lepas lagi tp saya bz pulak 
dengan keje2 kat opis so posponed sampai ogos laa..
percutian kali ni mmg amat menjimatkan sebab kami stay kat rumah rehat KWSP.
 yeayyy... penjimatan hampir RM400 jugak laa,
 kalu amik bilik mesti cecah RM400 untuk 2 malam.
so penjimatan tu kita buat shopping. i loike.. hihihi...

kali terakhir datang Cameron Highlands ni entry SINI.
 masa ni saya tengah sarat pregnen yaya.
pegi dulu  rayyan masih baby lg,  
skrg umur 4& 5 tahun baru syok bawa bdk2 ni berjalan.. 
mcm2 dia tanya, mcm2 dia nak... hahahaha..

hari jumaat saya amik half day. pegi 1 mlm x best,
 kena amik 2 malam baru syokkk kan.
masa ni mmg 50-50 nak pegi sebab asben pun baru baik dari sakit. entry SINI.
iyer laa baru bg sangat kan.. 
tp dia tetap bersemangat nak pegi,
 saya kata kalu x larat drive saya boleh gantikan. 
tapi idok pong..

kali ni mmg rasa enjoy sangat2., rasa lebih tenang.  
maklum laa suhu 12'c. 
walaupun dah tak sejuk mcm dulu2 tapi setap sejuk jugak.
 malam2 berselimut, berstokin jugak tido tanpa kipas & ekon. 

sempai shopping stoberi, stokin, sarung tangan, 
topi utk budak2 tu dan jugak baju bundle winter coat untuk  saya dan suami.
 lepas ni ada perancangan utk bercuti jauh skit InsyaAllah.
 so beli kat Cameron murah wehh...
bundle jer... kalu beli yg baru mau RM400-500.
 oohh pembaziran sangat kan.

mula2 sampai ada tempat baru... alaa lupa nama tempat ni. ada funfair. 
kitorang stop sini siap diner terus.

ada pulak robot transformers. hepi laa 2 bradik ni. siap bercakap lg TF tu..

dinner di Old Town.

perkarangan rumah rehat KWSP ada taman. 

day 2, enjoy nak naik ladang teh BOH, jalan2 di KEA Farm & ladang lavender...






saya & yaya je masuk ladang lavender. rayyan tido dlm keta.

perkarangan rumah rehat KWSP

pokok ros yg ditanam di depan rumah rehat subur & lebat berbunga. 



dalam lavender farm ada gak pokok daisy ni. kalu nak petik RM2 sebatang. 
x kuasa ahh.. amik gambar cukup.

cantik. percubaan buat bokeh. masih lg x reti.. hihihi

ada uncle india tlg snap kan gambar saya..

sangat cantik & colorful daisy... yaya asyik gaya peace jer..

nak sangat bergambar dengan minion ni

di ladang teh BOH, saujana mata memandang. nakk pegi lagiiii....


tapi bdk2 ni bosan wehhh... asyik tgk pokok jer...


tgk yaya tu nak tiru gaya saya.. hahaha.. like mother like doter sungguh.


stoberi & cameron tak boleh dipisahkan

aiskerim lavender rm8 satu..

Saturday, March 31, 2012

Entry basi- Cuti2 Cameron Highlands



punyalah lama aku peram gambar2 ni baru skrg nk buat entry pasal cuti2 ke Cameron. kami ke Cameron awal bulan 3 ari tu. dah lama plan nk ke Cameron sebenarnya tp asik tertangguh je, kami pegi sblm cuti skolah, sbb kalu pegi musim cuti skolah surenya hotel dan apartment penuh, pastu plak harga mesti berganda2 mahal, jalan pun jem. oleh sbb anak aku xskolah lagi, x payah tunggu cuti skolah kalu nak berjalan.

oohh... kami stay kat Desa Anthurium apartment. mmg selesa sgt2 apartment ni. siap semua fasiliti utk masak semua. tinggal bawa bahan basah je. 3 bilik, 2 bilik air dgn harga RM230. mmg puas ati. aku book by phone je, nama owner dia Pak Hamid, aku dapat info dan review dari SINI

tp masa aku pegi ujan laaa, jd x best skit nak jalan2. cuaca plak mmg sejuk laa. berlapis2 aku pakaikan rayyan baju dan stokin. pasar malam pun aku x pegi.

kali ni kami pegi dengan pengasuh rayyan skali. ramai2 best skit. kalu kami pegi 3 beranak je, x best la nk berBBQ & ber streamboat semua. lgpun tak larat aku nk layan karenah rayyan dlm perjalanan nnt. tau ajelah budak kecik tu x bleh dok dlm keta lama2, mula la buat aksi yg buat aku x larat nnt dh la dgn perot aku yg membesar nie.

sblm smpai sana, kami singgah dulu kat Tanjung Malim pekena pau yg femes ni YIK MUN. pau yik mun ni mmg power. masa belum ada rayyan dulu aku & incik hubby slalu gak la ke sini semata2 nk makan pau. tp skrg takde laaa camtu lg. mee kari dia pun best gak.


aku paling suka pau inti kaya. tp ari tu cmner tah bole lupa nk beli yg frozen bawa balik ke KL. huhuhu...
budak ni kan.. kalu ke kedai mmg x sah kalu x berjalan atas meja mkn... sib baik ramai yg melayan, kalu aku sorang mmg x larat laaaa..

rayyan aku pakaikan sweater dgn hood(betol ke eja ni?)


salah satu strawberry point. x singgah pun sini, rayyan tgh tido.

master bedroom. amat selesa.

bilik 2. bilik 3 pn camni. selesa pun selesa jugak.

ruang makan. cukup lengkap dgn peti ais, cerek letrik, periuk nasi. senduk,sudu,pisau, kuali,pinggan, mangkuk, cawan, jug air, korang dh xpayah bawa. bawa brg basah mcm aku atas meja tu. esoknya kami bfast nasi goreng.

dapur gas pun ada...

semua tgh lepak. nak kuar ujan... mlm tu kami semua berBBQ dan bersteamboat. apsal plak bole lupa nk snap gambar ekk..?? aku just beli pix & mix kt Giant dan buat sup tomyam. mmg best mkn tomyam panas dgn cuaca sejuk.

esoknya baru kami semua kuar berjalan. hajat aku nk masuk strawberry farm dan ladang tea x kesampaian laaa.. beli strawberry & tea kt kedai je laaa... cuci2 mata tgk bunga


singgah Raju Farm mkn eskrim yg boleh buat kencing manis. satu cup tu 6-7 inggit.

rayyan tido plak masa ni. dia pun antu eskrim jugak.

pemandangan apartment yg aku duduk.

on the way balik ada plak lori bawa besi berbalik atas jalan. nampak tak besi yg bergulung2 tu?? apa yg aku beli kt cameron??lupa gak nk snap. strawberry wajib, tea strawberry/lemon, keledek manis, jagung pearl. tu jek. nak pegi lagi... nak pegi laagi....
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015