Saturday, March 31, 2012

Entry basi- Cuti2 Cameron Highlands



punyalah lama aku peram gambar2 ni baru skrg nk buat entry pasal cuti2 ke Cameron. kami ke Cameron awal bulan 3 ari tu. dah lama plan nk ke Cameron sebenarnya tp asik tertangguh je, kami pegi sblm cuti skolah, sbb kalu pegi musim cuti skolah surenya hotel dan apartment penuh, pastu plak harga mesti berganda2 mahal, jalan pun jem. oleh sbb anak aku xskolah lagi, x payah tunggu cuti skolah kalu nak berjalan.

oohh... kami stay kat Desa Anthurium apartment. mmg selesa sgt2 apartment ni. siap semua fasiliti utk masak semua. tinggal bawa bahan basah je. 3 bilik, 2 bilik air dgn harga RM230. mmg puas ati. aku book by phone je, nama owner dia Pak Hamid, aku dapat info dan review dari SINI

tp masa aku pegi ujan laaa, jd x best skit nak jalan2. cuaca plak mmg sejuk laa. berlapis2 aku pakaikan rayyan baju dan stokin. pasar malam pun aku x pegi.

kali ni kami pegi dengan pengasuh rayyan skali. ramai2 best skit. kalu kami pegi 3 beranak je, x best la nk berBBQ & ber streamboat semua. lgpun tak larat aku nk layan karenah rayyan dlm perjalanan nnt. tau ajelah budak kecik tu x bleh dok dlm keta lama2, mula la buat aksi yg buat aku x larat nnt dh la dgn perot aku yg membesar nie.

sblm smpai sana, kami singgah dulu kat Tanjung Malim pekena pau yg femes ni YIK MUN. pau yik mun ni mmg power. masa belum ada rayyan dulu aku & incik hubby slalu gak la ke sini semata2 nk makan pau. tp skrg takde laaa camtu lg. mee kari dia pun best gak.


aku paling suka pau inti kaya. tp ari tu cmner tah bole lupa nk beli yg frozen bawa balik ke KL. huhuhu...
budak ni kan.. kalu ke kedai mmg x sah kalu x berjalan atas meja mkn... sib baik ramai yg melayan, kalu aku sorang mmg x larat laaaa..

rayyan aku pakaikan sweater dgn hood(betol ke eja ni?)


salah satu strawberry point. x singgah pun sini, rayyan tgh tido.

master bedroom. amat selesa.

bilik 2. bilik 3 pn camni. selesa pun selesa jugak.

ruang makan. cukup lengkap dgn peti ais, cerek letrik, periuk nasi. senduk,sudu,pisau, kuali,pinggan, mangkuk, cawan, jug air, korang dh xpayah bawa. bawa brg basah mcm aku atas meja tu. esoknya kami bfast nasi goreng.

dapur gas pun ada...

semua tgh lepak. nak kuar ujan... mlm tu kami semua berBBQ dan bersteamboat. apsal plak bole lupa nk snap gambar ekk..?? aku just beli pix & mix kt Giant dan buat sup tomyam. mmg best mkn tomyam panas dgn cuaca sejuk.

esoknya baru kami semua kuar berjalan. hajat aku nk masuk strawberry farm dan ladang tea x kesampaian laaa.. beli strawberry & tea kt kedai je laaa... cuci2 mata tgk bunga


singgah Raju Farm mkn eskrim yg boleh buat kencing manis. satu cup tu 6-7 inggit.

rayyan tido plak masa ni. dia pun antu eskrim jugak.

pemandangan apartment yg aku duduk.

on the way balik ada plak lori bawa besi berbalik atas jalan. nampak tak besi yg bergulung2 tu?? apa yg aku beli kt cameron??lupa gak nk snap. strawberry wajib, tea strawberry/lemon, keledek manis, jagung pearl. tu jek. nak pegi lagi... nak pegi laagi....

5 comments:

Hani Syahani said...

bestnye...teringat pi sane aritu, kalo pi doblaskali pon x ape kan, best sgt!!! :))

Zareene Saifuddin said...

hi Ameris,
Zareene berkunjung balas...
seronoknya g holiday kat cameron.. zareene pon plan nak pegi cameron lagi.. tapi tatau bila... kena diskas ngan big bos dulu.. hehehehe.. btw, zareene dah link you blog to mine ye.. hope we can be friends.. (^_^)

ameris said...

hani...
mmg best kan. sejuk je mata tgk ladang teh

ameris said...

zareen; tq yer..

rinoa squall said...

Assalam
Bestnya dapat g
Saya dah planning banyak kali nak g tapi ada je aral melintang
Insya Allah, satu hari nanti

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015