Showing posts with label order. Show all posts
Showing posts with label order. Show all posts

Thursday, August 24, 2017

Lasagna masih menerima order macam biasa

alhamdulillah masih lagi menjadi side income saya. 
ramai yang bertanya bila saya dah lama tak update di fb.
walaupun tidak seaktif dulu memandangkan saya sibuk dengan homeschooling anak2 setiap malam. jadi waktu mmg terhad untuk ambil byk order.
maksimum hanya 2 tray je sehari.

jika berminat untuk order sila watsapp saya awal untuk elakkan slot penuh setiap hari.
selain tu ada jugak coklat & vanilla muffin dan macaroni cheese....

Watsapp: 017-3213039 untuk order





Wednesday, March 30, 2016

Wordless Wednesday: testimoni customer


biar gambar berbicara...

 
testi dari blogger Azlina. regular customer saya

testi dari blogger gojes Cikna, pun regular customer saya


Monday, March 9, 2015

my bisness my lasagna...

alhamdulillah atas rezeki yang tak putus-putus saya terima.
walau pun tak banyak tp tak menang tangan jugak saya...
sebab saya saya masih bekerja dan tempahan yg boleh saya terima jugak terhad.
segalanya saya buat seorang sementara suami tengok2kan anak dan tolong saya mengemas...

rutin harian kerja2 rumah jugak kena saya uruskan. 
jadi untuk kawan2 yang nak oder lebih baik order awal
 untuk mengelakkan order anda saya tolak.
saya hanya menerima 2-3 order untuk weekday dan 5-6 oder untuk weekend..
sebabnya saya tak nak amik oder dalam keadaan saya kelam kabut nak siapkan banyak order,
bila dah penat saya takut hasilnya tidak memuaskan hati saya dan anda semua...

terima kasih untuk sahabat2 maya, silent reader blog saya...
first time oder terus 6 dulang. bank in full payment.
terima kasih lagi skali Muna, Amira dan Hani dan lain2..

Untuk pengetahuan, saya hanya proceed order selepas
 separuh harga order saya  terima.
sebabnya tak nak pisang berbuah berkali2 (mmg banyak pun) 
kes order pastu senyap,
kesian saya dengan bawa anak lagi nak gi hantar tp customer senyap tak datang2, 
call pun tak angkat.

nak siapkan satu2 order bukan 10-20 minit.  
yang mana saya jugak perlu prepare bahan, nak masak lg, bakar lagi...

saya bukan masak mee goreng sekali masak boleh 3-4 bungkus goreng dalam kuali.
saya buat satu demi satu order.dah siap sedulang,
 baru buat dulang lain.
sebab saya tak nak rasa dia "lari".
contohnya: awk makan mee goreng yg order sepinggan2 tu 
tak sama dengan mee goreng dah dh goreng siap sekuali. 
ehh.. faham tak maksud saya... 


 

 untuk order whatsapp saya di 017-3213039

Thursday, May 8, 2014

testimoni lasagna...

ni je antara yang aku sempat screenshoot kat henpon cikai aku...sblm2 ni takde plak aku rajin nak screenshoot. tq uols atas sokongan korang. sayang ketat2....

sedaya upaya aku cuba buat yang terbaik.sebolehnya aku tak nak terima order terlalu banyak sebab aku nak jaga quality. lagi pun buat menda ni bukan boleh campak selambak dalam kuali mcm goreng mee, bihun. kena buat satu. siap satu loyang, buat lagi inti dan sos cheese untuk loyang berikutnya, kemudian melapis, dah siap satu loyang buat lagi inti, sos cheese, melapis.......begitu laa proses aku buat. memang amik masa sebab yang buat aku sorang je...

kalu weekday aku mampu takat 3 loyang je, weekend takat 5 loyang aku boleh buat sebab aku pun nak masak untuk family, kemas umah, basuh kain baju.... dan masa untuk anak2 aku jugak...

sebolehnya korang oder la awal senang aku nak ejas masa ok...

 ni capture masa aku deliver untuk nadia dan achik anis kat putrajaya minggu lepas. #bateri hp dah merah


 ni testi dari kawan zaman skolah aku dulu. tapi berlainan kelas weols... tak sangka dia dok dekat dgn umah aku jek..


 sabtu lepas aku deliver kat hayati ni tepi highway gombak. nun jauh dari kuantan yati ni datang nak merasa lasagna aku. terharu sangat2. tq yer yati. nnt kalu gi kuantan akak roger2 ok. pastu yati nak gi pesta buku kat pwtc katanya.... dia balun sorang2 lasagna besar tu.


 yati wasssap pulak kat aku nak order lagi, tapi dah terlambat, kebetulan masa tu takde pulak ready stok lasagna... next time yer yati. atleast dah merasa... 

skali lagi yati post kat fb dia...


Wednesday, March 5, 2014

Wordless Wednesday ~ alhamdulillah

alhamdulillah rezeki utk anak2

 

Monday, January 27, 2014

oder lasagna

kepada yang bertanya saiz lasagna kecik tu, ni lah rupanya yer 8x4. Memang just nice untuk makan 2-3 orang. dengan 3 lapis lasagna, 3 lapis sos daging, 3 lapis sos chesese dan 3 lapis taburan cheddar cheese dan mozarella cheese. Harga?? hanya RM22 sahaja.

minimum order 2 pack yer... satu korang boleh bawa ke opis, satu lagi makan kat umah...
boleh sms/wassap saya ke 017-3213039 untuk order. 
delivery sekitar Sri gombak, pickup point di Petronas sebelah Giant Bt Caves, LRT stesen Terminat Putra Gombak...

#31/1/2014 ni saya akan berada di Bangi, sesiapa nak oder boleh sms/wassap sblm 30/1/2014. boleh collect di stesen Komuter Bangi pada kul 11 pagi....


Monday, January 13, 2014

sweet sour kek kukus & lasagna saiz kecik

salam uols... 
aku dah makin busy skrg ni, tempahan setiap hari tak menang tangan..
rezeki namanya tu, walaupun badan penat yang amat ya Allah... 
yang mampu skrg  ni hanya 3 dulang lasagna jer.. kalau wkend boleh la buat lebih, boleh collect kat rumah atau kat petronas sebelah giant batu caves atau di stesen lrt putra terminal gombak.

terkini, skrg aku buat kek kukus sweet sour(rm14) yang sangat santai tp sedap yang amat. boleh habis berkeping2 tanpa sedar... dan jugak lasagna saiz kecik (8x4) dengan harga RM22 sahaja. minimum order 2 yer kengkawan. satu bawa ke opis satu mkn dengan family. atau boleh jer share dengan kawan.
tak tau nak kata sebab regular customer aku kata lebih sedap dari Restoran Resepi Rahsia....

3 lapis lasagna, 3 lapis sos daging, 3 lapis sos cheese, 3 lapis taburan cheese cheddar & mozarella. meleleh2 cheese okeh... must try sbb lasagna ni TERLAJAK LARIS!!!



Monday, November 4, 2013

Order Macaroni Cheese, Lasagna, Sheperd Pie dan Mini Muffin

sesapa yang nak order macaroni cheese, lasagna, sheperd pie, dan mini muffin boleh sms aku atau pm je kt FB. atau klik je kat sidebar sebelah. penghantaran free sekitar sri gombak yer... boleh jugak collect kat rumah hari sabtu/ahad. atau boleh meet kat Petronas (sebelah Giant, Bt Caves). hari bekerja pulak boleh collect kat area opis aku SSM di KL Sentral ataupun di KWSP Jln Raja Laut (opis cik suami). order mesti 3 hari sebelum yer uols...

 macaroni cheese dgn cheese yang meleleh....  harga RM30 jek(gambar http://neenaanuar.blogspot.com/2013/04/sekitar-majlis-aqiqah-birthday-party.html  ada watermark neena masa dia datang bday rayyan dulu)

 lasagna 3 layer harga RM40.

 mini muffin yang sangat sesuai utk doorgift birthday, aqiqah dan kawin. dengan vanilla muffin with filling blueberry, strawberry dan choc chips dengan taburan almond. harga RM27 untuk 55 biji.

sheperd pie (RM30) tiada gambar sbb aku asyik lupa je nak snap gambar, siap bakar terus customer datang amik kt rumah...


ni salah sorang regular customer aku dari Terengganu. datang KL mesti order lasagna wak balik Terengganu. jauh gile lasagna aku terbang....tq yer Muallimah.

Saturday, September 21, 2013

Order Lasagna, Macaroni Cheese, Sheperd Pie dan Mini Muffin


uols yang nak order lasagna, macaroni cheese, sheperd pie dan mini muffin sila bgtau 3 hari sblm yer sebab saya tak simpan stok fresh milk. weekend boleh collect kat rumah, kena bgtau masa nak collect sebab saya buat ngam2 untuk uols collect. jadi semua mmg panas baru kuar dari oven. jika nak penghantaran kena la 5 dulang ke atas. tak larat wehh nak antar kalu oder satu dulang je dan tempat nak antar tu kat shah alam nun sana.... meeting point jugak di Petronas, berhampiran Giant, Batu Caves...

mini muffin dengan pelbagai filling blueberry, strawberry, kiwi & almond.


macaroni cheese sblm bakar.
 uols jugak boleh collect di KWSP Jln Raja Laut dan di area KL Sentral jika hari bekerja...


Monday, June 10, 2013

Hari Ahad yang super busy


wehh ni entry peram...daripada berkulat dat draft tu baik aku publish cecepat sblm dia bertukar menjadi keju.... pffftttt... lap dahi yang tek berpeluh jap (sbb dok dalam ekon kan... ) just nak citer hari ahad lepas yang aku rasa giler bz. maunya tak hari minggu yang shahdu dengan hujan renyai2 lepas subuh. (tarik selimut mmg best sgt) aku pulak kul 5.30 dah tercongak kat dapur. siapkan bfast utk suami dan anak2, pastu terus masak lunch, awal giler masak lunch sebabnya aku ada kelas baking dgn  Kak Azie (1st time gi kelas baking wehh) ayam dah kuarkan siap2. encit husband pulak request nak makan nasi tomato, cari2 rempah gulai ayam takde pulak yang ada gulai daging dan ikan je. sarung baju sarung tudung amik kunci keta terus gi pasar,(tak mandi) tetiba si rayyan pulak bangun. aduhh laaa... ni buat tugasan aku tergendala. terus hangkut dia skali gi pasar. budak cengeng ni tak nak jalan pulak, terpaksa la aku dukong dia. berat wehh budak ni. 

terus gi tempat daging, minta 1/2 kilo je. gi pasar beli daging semata.sebab rempah gulai ayam abis, rempah gulai daging je yg ada terus gi cari daging. keletung keletang kat dapur. pastu mandi dan suapkan yaya pula.

sampai kelas dh lewat 20 minit. diorang dh start bancuh2...

kek pertama: rich choc cake moist.. giler moist.

kek kedua: kek carrot with almond & pineapple. giler sedap...

dah siap boleh wak balik 2 jenis kek hasil tangan sendiri

ni rakan2 baking. giler sengal diorang ni walaupun baru 1st time jumpa dan kenal...

malamnya ni pulak keje aku siapkan tempahan lasagna, macaroni cheese dan pie....

samapi penuh peti ais rumah aku

Thursday, April 18, 2013

Order Baked Pasta cheese

assalamualaikum uols...
baked pasta cheese dah dibuka untuk tempahan.
korang boleh pilih apa jenis pasta samada macaroni, spiral, penne dan yang seumpama dengannya.
harga mmg di luar logica akal korang semua. Hanya RM30 jek sedulang.saiz dulang tu adalah 20cmx20cm. Hantar area Wangsa Maju, Gombak free. Luar dari tempat yang aku sebut tu sila tambah RM5. boleh bincang jika order melebihi 3 dulang dan ke atas....

Order sekitar Lembah Kelang je, aku hanya amik order Sabtu Ahad je. kalu nak hari Isnin dan Selasa boleh collect kat  Putra LRT KL Sentral.  boleh pilih samada nak siap bakar atau belum bakar. Kalau belum bakar korang bleh simpan dalam peti ais balik umah bakar selama 1/2 jam atau sehingga cheese bertukar kaler. rasa tak akan berubah....
 testimoni korang bleh baca SINI .




dengan limpahan cheese yang meleleh2 sampai korang tangkap leleh...


korang boleh email aku: amerislovely@yahoo.com atau sms 017-3213039. sms je tau. atau PM kat facebook Ameris Loveris
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015