Thursday, July 19, 2012

Rayyan Pulak Warded @ Ampang Puteri

Lama betul aku x apdet blog nih. masa yg amat tidak mengizinkan tambahan pulak bila dah start keje ni aku mmg penat yg amat bila smpai umah. ok aku nak citer ttg kisah rayyan yg kena warded  minggu lepas sbb demam panas.

kebetulan petang tu aku gi umah Ina sbb dh lama janji nj visit dia. dengan gigihnya aku siapkan zara dan terusss gi ke Kristal Height. tak jauh mana pun, sbb tu aku berani gi dgn zara. memula sesat ok. lepas roger2 dgn ina aku akhirnya smpai gak umah dia. comel je ina, umah dia pun so sweet.

ok. balik pada citer rayyan plak. mcm yg aku citer sblm2 ni rayyan agak kerap demam. setiap minggu dia mesti demam.sbb tu la weekend aku kat umah je, xde jalan2 mana pun. petang tu cam biasa lps dia balik umah merengek skit2, nak aku riba. pastu kaki dia nyelit je kt bawah peha aku. masa tu demam dia xde la panas sgt. aku dh pn basahkan kepala dan badan dia skit. dia nampak cam ngantuk, jadi aku masukkan dia dalam buai, zara plak aku baringkan dia tepi aku. masa tu kol 7.45pm. suami plak baru nk mandi.

sedang aku buai2 rayyan tetiba dia mcm kejang, mata ke atas, tangan keras. aku terus la jerit kt suami yg bertuala jek masa tu.

"sayang, rayyan.. rayyan..."

suami aku berdesup turun, amik rayyan dari buai. dukung, tepuk2 badan dia. gi ke sinki basahkan kepala dia. aku masa tu panik giler, istigfar je. xtau nak buat apa... panggil2 nama rayyan jer.

"amik kunci keta, start keta. kita gi hospital."

aku pakai tudung & sweater terus start keta, buka pagar, amik susu zara. berdesupp gi ampang puteri.aku baringkan zara kt seat blkg sblh aku, rayyan plak aku riba. keadaan dia masa tu mmg amat menakutkan aku.mata dia tenung aku,mcm org nazak. aku tepuk2 pipi dia & cuba gerakkan mulut dia. istighfar je aku masa tu. pastu aku dok cakap2 dgn dia, panggil nama dia x henti2. muka kaki pucat. xtau nk describe mcmana perasaan aku bila tgk keadaan rayyan mcm tu. sib baik zara senyap je, xde nangis2, xde merengek.
smpai je ampang puteri terus ke emergency. nurse terus, basahkan badan dia, amik darah dan buat rawatan  yg sepatutnya. masa tu baru rayyan start nangis. suhu badan dia masa tu 39.9'c. Ya Allah....








malam tu rayyan admit. masa tu badan dia dh ok skit sbb dh bagi ubat demam ikut punggung.  tp 3 jam lepas suhu badan dia naik mencanak. smpai 40'c. mlm tu aku &; suami tido hosp. zara plak acik datang bawa balik.


nnt aku update semula entry ni. kejar2 nk buat keje plak.
BERSAMBUNG...

2 comments:

SaRaH SaLiHaH said...

Assalamualaikum..
sy kawan baru..singgah kat blog ni..
Semoga anak awk cepat sembuh ya..

ameris said...

salam.slmt bkenalan sarah nnt sy buat lawatan ke blog awk ye.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015