Thursday, June 12, 2014

Resepi: Nasi ayam mudah dan sedap

aku kan kalu dah buntu nak masak apa mesti nasi ayam je yang timbul dalam kepala. bagi aku kalu dah masak nasi ayam cenggini mmg dari pagi sampai malam la kami semua melantak nasi ayam. dari breakfast, lunch diner laaa. senang giler hidup mokcik masak skali harung je....

yang buat aku suka jugak masak nasi ayam sebab anak2 aku sukerrrr sangat. hirup sup bertambah-tambah. nasi tambah berkali2.senang hati aku tengok diorang makan. masak pun berbaloi. 
bayangkan lepas solat subuh aku dah start masak. rebus ayam, buat sup, blender cili, buat kicap untuk makan bfast kul 9 pagi. hahhh koo bfast nasi ayam, jangan tergezut laaa menu bfast nasi ayam.

next time nnt aku share nasi ayam hainan versi aku pulak.

jom tengok resepi nasi ayam versi aku yg mudah dan sodappp...


BAHAN NASI AYAM :-)
4 cawan beras , cuci dan rendam 25 minit, toskan
6 cawan air 
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 inci halia, ketuk
2 ulas bawang putih, ketuk
1 1/2 camca besar butter. guna minyak biasa pun bole
Garam secukup rasa
kiub ayam *optional

BAHAN SUP AYAM :-)
1 ekor ayam -potong 12, jgn buang kulit
10 cawan air
2 inci halia, hiris kasar
5 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 pokok daun sup, kerat 2
2 kiub pati ayam *optional
Garam secukup rasa

BAHAN SOS CILI HALIA :-)
5 biji cili merah
5 biji cili kecik- boleh tambah kalu suka pedas
3 ulas bawang putih
2 inci halia,
Gula dan garam secukup rasa, 
3 sudu cuka
1 biji air limau nipis

BAHAN PERAP AYAM :-)
2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu sos tiram
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
2 sudu besar kicap masin*optional



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP AYAM :- Ayam , cuci bersih dan toskan. Dalam periuk satukan semua bahan2 untuk sup.  masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Masak dengan api sederhana selama 30 minit. Keluarkan ayam tadi dan biar kan sejuk. Cedok keluar 6 cawan stok untuk memasak nasi .  . Rasa dan jika perlu tambah air lagi dan garam secukup rasa. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  2. UNTUK NASI AYAM :- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa.Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  3. UNTUK AYAM  :- Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap  dan perap selama 30 minit. goreng, dlm minyak panas, tak perlu lama sbb ayam dah rebus td. boleh jugak kalu nak bakar.
  4. UNTUK SOS CILI HALIA :- Cili merah,halia, bawang putih dan dikisar halus,tak payah letak air, letak je kuah sup untuk blender. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam jika perlu. masukkan cuka dan jus limau nipis.
  5. UNTUK SOS KICAP: baki kicap perap ayam tadi masukkan dalam mangkuk, tambah kuah sup

 tetiba tengok gambar boleh lapar pulak


7 comments:

Chekgu Azrine said...

Teringin nk bt act tapi payah sbb hubs xmakan ayam..apa2 base dia ayam mmg xmkn..huhuhu

Aeen said...

sedapnya kak..........tengok pun dah sedap...makan lagi la sedap kan....heheh..

CikNaa said...

sedapnya.. selalu jgak buat klu weekend.makan mmg tak hengat la masa tu..huhu

Julia Johari said...

sedap yer sis masak...sis amy mmg rajin masak...x penah tak rajin...julia ni ikut angin pasang hahhaha

amal said...

sedapnye kakkk.. dah siap bookmark ni haha..nanti nak buat jugak :D

eray ayang said...

anak-anak suka sangat nasi ayam kan, boleh cuba resepi nie pulak

http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/06/ubat-kolestrol-tinggi-semulajadi.html

Naemah Umi said...

Wowwwwiiiii sodap tu...nmpk ayam tu perhhhh kecur ailior nih...

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015