Tuesday, June 3, 2014

#throwback1990 dlm kenangan

godek-godek pc terjumpa gambar lama. ni masa aku form 1. remaja uols.
aku ni jenis petite. hahhh... yang tak tau petite tu ialah jenis kecik molek, comel2 gite. bukan laa pendek ketot tau. marah kalau kata aku pendek . miahahaha.....

pastu kan, kalu perhimpuanan ke, amik gambar kelas ke spesis aku ni mesti laa dok depannnnn skali. jangan berangan nak dok blkg borak2 dgn kawan hokeh... pasrah!!

eeh  kalu tak silap gambar ni tahun 1990.  ada yang masih berhubung antara satu sama lain, ada jugak yg dah lost contact. kalu tengok muka semua suci murni je masa ni. ada kawan aku yg dah 6 anak ko...
eehh.. tu cikgu kelas aku, cikgu Wan Esah kot nama dia. ingat2 lupa pulak. dia ngajar sains. masa Form 1 aku sesi petang. kiri kanan cikgu tu ketua dengan penolong kelas aku.

wahh.. tetiba teringat zaman skolah best jugak... kalu boleh putar masa nakk ju aku kembali ke zaman sekolah. beshh sgt, takde pikir pape. main, bljr, gosip artis, masa tu ada laa minat beberapa artis. tu pun terikut2 dengan kawan. padahal aku tak minat mana ponn..




6 comments:

achiek anis said...

tahun 90 saya baru tadika kak...ngeeeee

Chekgu Azrine said...

tahun 1990 rin sek ren kot amy...hehe

Mimy Hamid said...

kecik je comel lote...biar betul amy..1990 i darjah 3

CikNaa said...

alalala comel dia tu.. :)

Anonymous said...

sekolah mana nie?

nurulhuda said...

akak sekolah zainab ker?

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015