Tuesday, November 21, 2017

Rayyan Allergic

minggu lepas kitorang ke Hospital Columbia Setapak untuk ambil result allergy. 
saya belum sempat lg cerita mcmana dia kena allergy masa
 kami ke Johor masa majlis pertunangan adik saya.
otw ke johor tengok rayyan tergaru2 kat badan, tangan dan kaki dia. 
 mata pun dah merah2.
cuak jugak saya sebab takut chicken pox. 
terus singgah klinik di seremban. 
kalau betul chicken pox terpaksalah kami berpatah balik. 
iyer lah kan takkan nak pergi majlis bertunang dengan keadaan dia mcm tu.
tak pepasal kang jangkit abis kat orang lain.
syukur alhamdulillah.... doktor kata cuma rasahes dan allergy biasa.  
pelik jugak sebelum ni dia tak pernah allergy sampai mcm ni.
so teruskan jugak perjalanan ke Johor, 
hajat nak singgah beli nasi beriani di Batu Pahat pun tak jadi sebab dah lewat.

balik dari Johor keadaan dia masih tak berubah. 
asyik tergaru2 lagi walaupun dah mkn ubat, sapu losyen yg doktor bagi.
so kami decide untuk bawa dia ke Hospital Columbia untuk untuk check detail.
jumpa doktor Khairul doktor pakar PAED yg dah biasa dengan budak2 tu.
amik darah. 
pastu doktor suggest untuk buat blood test untuk tahu lebih 
lanjut apa sebenarnya yg Rayyan allergy.

2 minggu kemudian baru dapat resultnya..
setelah doktor explain baru laa kitorang tahu yg rayyan ni allergy ikan kod, 
allergy hama di tilam dan bantal, dan debu rumah & karpet.
debu rumah & karpet tu mmg kitorang dah tahu sebelum ni. 
sebab tu kerap vacum & mop lantai rumah.
lepas ni kena lagi kerap vacum & tukar cadar & sarung bantal.
minggu lepas kitorang ke ikea, saya siap beli pillow protector utk rayyan & yaya. 

kos untuk blood test allergy ni adalah RM400. 
bergantung pada hospital yang korang pegi,
saya pun baru tahu ada blood test allergy ni. 
senanglah kalu dah tahu jenis allergy kita boleh elakkan awal2 kan.. 
samaada makanan, bulu haiwan dan sebagainya...



tanda-tanda awal allergy dia. timbul biji2 merah mcm chicken pox

paling ketara kaki, tangan dan pelipat di siku dan lutut.

kt hotel malam tu abis satu badan saya sapukan dia losyen

amik darah utk test bllod allergy.. nangis kemain..

selpie anak beranak di hospital..

2 beradik..

yg very positive tu mmg sangat tinggi lah...  no. 17,18, 34 & 35...

4 comments:

Ibu Dilah said...

alahai..ciannya rayyan.. semoga cepat sihat ye rayyan.. risau betul bila anak2 ada alergik ni kan kak amy..

Juls Julie80 said...

semoga rayyan cepat sembuh yer..sian dia... pedih tu tergaru2..

Aty Fared said...

sama ngan qaleef.. ada allergy tuk sesetengah situasi.. pernah jadi macam ni masa dok hotel kat gold coast morib yang kotor sangat tu.. masa tu lah baru tau..[selain dari g6pd] dia sendiri] memang nak tak nak..kene jaga betul2 dan amik antibiotik bagai..

Nora Karim said...

Kesiannya Rayyan... Anak saya pun alergi habuk & hama. Memang kerap vacuum, mop dan tukar cadar.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015