Friday, March 15, 2013

Yaya kena dulu..

Assalamualaikum uols...
tak tau nak start dari mana kisah anak beranak masuk ward ni. bayangkan anak2 dan suami masuk ward secara berjemaah. dan aku semestinya menjadi kuat sekuat badang dalam menghadapi situasi begini dengan karenah anak yang merengek, menangis, tak tido malam, berkali2 ulang alik toilet cuci poopoo diorang. ada masa setiap 5 minit. sangat2 mencabar kesabaran aku. kadang2 rasa hampir nak fitamm.

oohh.. yang ni aku paling tak tahan tengok yaya kena injek dengan doktor untuk amik darah. nangis aku, hati aku teramat la tisu bila melibatkan anak2.

bermula dengan yaya. oohh sebelum tu kami semua ada pergi bercuti. (belum sempat lg update entry pasal cuti2 tu sbb 2 hari lepas tu yaya dah start kena) 2 hari lepas balik bercuti, yaya tetiba muntah. bagi susu muntah. so aku tidokan dia awal sbb ingat dia mengantuk. dlm tido dia muntah lagi. jenuh cuci yaya dan tukar cadar kali kedua. abis kuar susu yang masam sgt baunya. dan bermula lah episod cirit biritnya. tak henti2 hingga esoknya. suhu badan dah makin panas. cuak aku malam tu. kul 12.30 muntah berselang dgn cirit. kul 3 muntah dan cirit. esoknya aku sendiri dah rasa pening sbb tak cukup tido. lepas antar rayyan kat umah acik terus bawa yaya ke klinik idzham kat jalan genting klang.

yaya cool je masa ni, kagum dengan dia yang kuat semangat.

aku dah confirm EL hari khamis tu.(suami pn EL jugak) monitor yaya kat rumah, bagi ubat yang doktor bagi. sehingga maghrib yaya dah berak melebihi 15 kali. risau giler aku sbb tengok dia dah tak bermaya, merengek pn dah tak kuar suara. rayyan mmg tak amik dari umah acik sbb nak concentrate jaga yaya je. aku ngn suami bergilir2 cuci berak yaya. bayangkan setiap 5 minit, setiap 10 minit. sampai kami suami isteri kepenatan tp mesti kuat demi anak2. malam tu kami decide untuk terus ke hospital. kul 12 tgh malam, packing baju yaya, aku dan suami dan menda2 lain. aku mmg confirm ni mesti kena warded. bermula episod bercuti di Colombia Asia Hospital...

 tido keletihan lepas cirit lebih 20 kali. kesian sgt tengok keadaan dia masa ni.



#sambung next entry, badan aku masih lagi sengal2 dan lenguh sbb 10 hari di hospital wpun bukan aku yang sakit tp aku pun turut kena tempias. menjaga 3 org yang sakit bukan mudah.

#kekadang terasa ujian Allah ni berat, tp bila renung balik Allah takkan bagi ujian kalau kita tak mampu menghadapinya...

#masa kita senang semua nak jadi kawan kita, tp bila kita ditimpa musibah, boleh nampak siapa yang betul2 kawan kita.


8 comments:

Mila Ahmad said...

semoga yaya cepat sembuh !

Nory Zoulkefle said...

alahaii sayuu hati tgk si kecik tu tanggung sakit...

moga cepat sembuh yer yaya sayang...

Mimy Hamid said...

hi salam kenal...touching la tengok anak u kena cucuk sambil menangis terbayang anak kat rumah:((

syalinda johari said...

siannya tengok budak2 kena cucuk..kuatkan hati awak k..semoga semuanya cepat sembuh...aminnn

Ibunda said...

betul. .. allah xakan uji jika kita tak kuat... semakin diuji insyaAllah kitapun makin jd dekat pdNya.. sya juga dh lalui pengalaman ujian yg getir sebegini..mybe lebih dr ini... semoga semuanya cepst sembuh

GOLD FINGER said...

tess..bab anak2 sakit ni mmg menguji kita..kena plk dua2 sklai..kecik2 lagi..sabar yer..itu lar kasih mak kepada anak2..

::EIDA:: said...

alahaiii.. sayunya hatii tengok.. ;(( semoga cepat sembuh yaya! ;)

#akak, ida tunggu la akak jenguk belog ida, ida ade pesan, ade sesuatu untuk akak kan? akak termiss la tu. akak menang GA ida. harap dapat beri respon kat entry tu dan bagi apa details yang ida perlukan untuk pos hadiah yee ;))

::EIDA:: said...

Entry ida yang ini kak,

http://msieda.blogspot.com/2013/03/dan-yang-bertuah-untuk-giveaway-3rd.html

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015