Thursday, March 21, 2013

Bahaya rotavirus


asslamuaikum uols, fakta kat bawah ni aku google je. lepas apa yang menimpa suami & anak2 aku ari tu, mmg aku google abis la ttg RotaVirus ni. untuk rujukan semua yang ada anak patut tahu ttg virus ni....
korang semua, kalu ada ciri2 muntah, demam dan cirit birit cepat2 ke hospital. tak semestinya kanak2, suami aku pun kena jugak tau.jangan amik ringan sbb ada kes sampai meninggal. ngerinyaaa... cepat2 istighfar.. oohh.. lagi satu kalu anak korang tetiba cirit, muntah tak semestinya rotavirus. mungkin jugak keracunan makanan. kena buat lab test najis untuk confirm rotavirus.

 bukti ketiga-tiga insan kesayangan aku positif rotavirus. 


 rayyan

 suami

yaya


Rotavirus, sejenis virus berbahaya yang menjadi punca cirit-birit teruk terutama di kalangan kanak-kanak.
Ia bukan sahaja berjangkit di kalangan bayi, malah kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun juga berpotensi dijangkiti virus berbahaya ini.
Profesor Paediatrik Fakulti Perubatan dan Perunding Kanan Gastroenterologist dan Hepatologist Paediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Lee Way Seah berkata, rotavirus adalah penyebab utama gastroenteritis teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia.
"Di negara membangun, rotavirus gastroenteritis adalah penyebab utama kematian kanak-kanak dan mengakibatkan sebanyak setengah juta kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.
"Rotavirus menjangkiti dan merosakkan sel-sel usus kecil yang mengakibatkan gastroenteritis. Ia adalah penyebab utama cirit-birit dehidrasi yang teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak," katanya.
Tambahnya lagi, rotavirus tidak memilih mangsa dan tempat untuk dijangkiti walaupun berada di tempat dengan air bersih dan sanitasi yang baik.
"Hampir semua kanak-kanak akan dijangkiti rotavirus menjelang usia lima tahun.
"Kajian terkini menunjukkan bahawa 86.1 peratus daripada kes gastroenteritis rotavirus berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara tiga dengan 35 bulan," kata Dr. Lee.
Ujarnya lagi, mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi sahaja adalah tidak mencukupi untuk mencegah jangkitan rotavirus.
"Namun demikian, vaksin rotavirus telah didapati paling berkesan dan selamat dalam pencegahan jangkitan rotavirus di kalangan kanak-kanak.
"Kami menyeru semua ibubapa di Malaysia membuat pertimbangan untuk memvaksinkan bayi mereka terutama bayi yang berumur kurang dari enam bulan dengan vaksin rotavirus untuk melindungi mereka daripada sebarang jangkitan," katanya.
Ujarnya lagi, adalah sukar untuk membezakan cirit-birit yang disebabkan oleh rotavirus dengan yang disebabkan oleh jangkitan lain.
" Perbezaan ini sukar dikenalpasti kerana simptomnya mungkin sama. Walau bagaimanapun, simptom jangkitan rotavirus selalunya lebih serius daripada cirit-birit akibat jangkitan lain.
"Antara simptom jangkitan yang boleh dikenalpasti adalah muntah yang berlanjutan sehingga lapan hari, cirit-birit yang teruk melebihi sepuluh hari, sakit pada bahagian abdomen dan demam yang berlarutan," kata Dr. Lee.
Menurut beliau, cirit-birit yang berlanjutan sehingga tiga minggu dan muntah secara kerap boleh menyebabkan dehidrasi iaitu kehilangan cecair dalam badan.
"Jika keadaan ini tidak dirawat, dehidrasi yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan organ, kejutan malah kematian di kalangan kanak-kanak," ujarnya lagi.
Dr. Lee berkata, kanak-kanak boleh menyebarkan rotavirus sebelum dan selepas mereka jatuh sakit. Demikian pencegahan dan perlindungan dari ibu bapa dapat mengelak virus ini menjangkiti mereka.
"Pembasmian kuman pada alat permainan dengan kerap dan mengamalkan amalan kebersihan diri yang baik iaitu mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, selepas menggunakan tandas dan selepas menyentuh permukaan yang tercemar.
"Selain itu mereka juga dinasihatkan mengambil pelalian rotavirus kerana kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengumuh 100 billion partikel virus setiap gram najis dan hanya 10 partikel rotavirus yang berjangkit sudah cukup menyebabkan berlaku jangkitan," kata Dr. Lee.
Menurut beliau, walaupun amalan kebersihan diri yang baik merupakan langkah pencegahan yang lazim, kesannya adalah terhad untuk mencegah penyebaran rotavirus.

2 comments:

Nory Zoulkefle said...

semoga dijauhkan dari terkena virus ni...
zara dah sihat ke kak??

ameris said...

alhamdulillah dh ok diorang semua. fobia rasa nak bawa diorg gi mandi pool.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015