Aku ni boleh dikatakan selalu jugak berurusan dengan caterer
bila nak buat makan/jamuan. Tak kira la kat opis atau kat rumah. aku ni bagi
pihak pelanggan berhak untuk bertanya apa2 je berkaitan dengan apa yang
kita nak oder tak kita la makanan,
minuman, service peralatan tambahan yang disediakan mcm kerusi/meja, alas meja
sudu/garfu, skirting
Pastu jangan la pulak
waiter/waitress ni dok berborak sakan tak buat keje. Berlonggok cawan/ pinggan
kat meja sapa nak kutip ooii!!! (tu keje korang yer...)
Sebenarnya aku sedang berurusan dengan caterer ni untuk
majlis aqiqah/birthday untuk anak aku bulan depan. Dan aku jugak telah pun
bayar deposit RM900 dari total jumlah RM2300. So balance ada lagi dalam RM1400.
Korang rasa aku aku boleh cancel order ke dengan deposit RM900. Mesti laa tak
kannn... bukan RM50 atau RM100, RM900 ok!!
Untuk pengetahuan kami hanya berhubung melalui sms dan
telefon untuk setiap tambahan order dan apa-apa yang berkaitan majlis itu nanti.
bukti aku dah bayar deposit RM900 pada 18/3/2013
Sekali lagi tadi aku sms(dengan
sopan dan beradab) untuk minta diorang emailkan kat aku quotation berkaitan
dengan order tersebut. (Quotation kan tentang detail sebut harga apa yang kita
order. Takkan diorang catering pun tak reti2 pasal ni.) kalu tempahan tu dari
syarikat/ agensi kerajaan takkan main sms jer. Memang la dia ada sms aku detail
tentang order tup korang rasa memadai ke??(mentang2 dah dapat deposit dari aku,
bole pulak layan aku gitu) Aku tak nak la bila majlis tersebut nanti apa2 yang
diorang patut sediakan tp diorang tak sediakan. Tu pun nasib baik aku tanya
pasal pinggan. Rupanya diorang tak sediakan. So aku kena beli sendiri pinggan/
mangkuk/ cawan/ polistrin dan sudu plastic. ok fine...
Tau tak masa aku sms minta
quotation, dia call balik aku tanya apa
masalah aku lagi. Hangin aku okay. Sentap hulu jantung, hati,paru-paru limpa semua. sampaikan lepas lunch
pun aku teringat2 lagi dia tanya aku apa masalah aku. Hoiii aku bayar kau hokkay!!!
DAN dia minta aku tulis kat kertas apa
yang aku order. SENTAP!!!
Disebabkan aku dah bayar deposit
RM900 aku cuba tenangkan hati sabar kan hati yang meluap2 nih. Kalu tak mau je
aku CANCEL amik je caterer lain yang lebih arif cara berurus niaga nih. Ada lagi,
aku ada minta diorang sediakan 2 jenis buah (of coz la aku akan bayar kann) pastu
bole pulak diorang ni suh aku sediakan dulang/tray. Kalu dah aku kena sediakan
dulang baik tak payah aku order kalu diorang setakat bawa buah jek!! (sabar
lagi)
Kalau dah mcm ni punya style tak
payah la gebang2 korang punya catering terbaik, kuar majalah bagai. Aku ni bagi bisnes kat korang.bagi
rezeki. Tak tau lah kalu korang order aku tu ciput je berbanding dengan order
lain yang berbelas or puluh riban. (boleh ke buat bisnes berbelas ribu TANPA
quotation) Tp customer tetap customer. Dan kena ingat kuasa blogger ni luas. Sekejap
je boleh buat bisnes korang naik atau jatuh!!!(walaupun blog aku hanya suam2
kuku jer)
Aku tak nak sebutkan caterer
tersebut korang yang jadi jemputan aku untuk majlis tu nanti boleh tengok dan
rasa sendiri. Kalu semuanya ok aku akan tulis jugak kat blog ni bagi kredit dan promote caterer ko tuh.
#cik suami tak tau pasal ni
kecuali dia baca luahan aku kat blog.kalu tak mau hangin 4 hari 4 malam..
UPDATE:19/4/2013
ALHAMDULILLAH SEMUA BERJALAN LANCAR, TANPA ADA MASALAH. SESAPA YANG NAK ORDER KAMBING GOLEK KLIK LINK NI http://amerislovely.blogspot.com/2013/04/aqiqah-birthday-vs-event-blogger.html
CUMA KENA BERSABARLAH...
8 comments:
hamboi, biadap kot rasanya katerer tu.
kemain kuajo lg.. xjg hati customer btl.. pttnya bila kite dh byr deposit, kena la layan elok, penuhi kehendak kite.. sengal btl
Jom sebarkan dan rasakan kuasa para bloggers. miahahaha (gelak jahat). ops. over.
hmm.. tak tau nak panggil apa dah..
tina, sbb tu akak bersabar jek.
blogger mmg ada kuasa 3 extra...
ish in la etika sstengah kita dalam berniaga..kena la berniaga elok2..nnt klu org rekemen dia jg yg untungkan..cuba tnya dia kalau cancel blh ke tak..kot kot la dia bagi..ngeee
dah bayar deposit la mama pink. rm900 tu. mana leh cancel, mesti burn deposit tu.huhuhu..redha je laa. lg pun dh malas nak bersms dan call dia lg. tunggu je la majlis tu nnt cemana...
Post a Comment