Friday, November 8, 2013

Rayyan jadi makmun

sblm ni aku penah citer yang rayyan ni jenis lambat skit bercakap sbb dia dapat berjalan dulu [kata org tua kalu cepat jln lmbat bercakap] aku tak tau la teori org tua2 ni betul ke tak. tapi mengikut pengalaman aku yang ada anak 2  orang dan agak rapat umur, aku boleh tengok perkembangan diorang ni dan perbandingan antara 2 orang budak2 tu. mungkin jugak kata org tua2 kebetulan atau mungkin betul aku tak nak komen. tapi rayyan mmg jenis lambat skit bercakap.

sebagai ibu aku pon ada naluri.  rayyan ni bukan jenis tak belajar/ menyerap apa yang kitorang ajar dia bercakap. sbb aku yakin otak kanak2 mmg superb. diorang mmg cepat belajar. otak mereka juga cepat menyerap apa yang diajar. cuma kita sebagai parent tanpa jemu kena ajar selalu dan tunjuk contoh yang baik, sbb kanak2 ni belajar apa yang diorang tengok.

sedikit ilmiah n3 aku kali ni. ngehh ngehh...
aku tak kisah kalu ada yang kata anak dia umur sethn lebih dah boleh kenal ABC, dah boleh membaca perkataan dan sebagainya sebab setiap kanak2 lain penerimaannya....DAN aku tetap bangga dengan pencapaian Rayyan.

sebelum ni aku tak pernah ajar anak aku secara formal.
contoh macam guna flash card, buku, dan sebagainya untuk pembelajaran diorang. aku lebih suka beli education toys utk diorang.

aku ada belikan buku kecik2 yg keras tu tp lebih kepada diorang tgk gambar, tak penah ajar diorang secara formal, macam A for apple, B for banana .....

pastu bila naik turun tangga aku selalu mengira dengan derang. kadang2 tu sorang dukung, sorang pimpin. sambil turun naik tangga aku mengira one, two, three, four.......ten.
takde intention pun nak mengajar cuma lebih kepada for fun bersama derang.

apa yang memeranjatkan aku sekarang rayyan dah boleh MENGIRA!!! aku rasa yang selama ni aku megira dengan diorang rupanya otak dia meyerap apa yang aku sebut tiap2 kali naik turun tangga.

dan lebih aku terperanjat bila dia dah boleh membuat perbezaan/perbandingan tentang kuantiti dan nilai sesuatu. contoh mcm banyak, sikit, sama. dan sebagainya.

contoh bila aku bagi cawan satu, dia akan minta dua untuk bagi kat yaya satu sambil tunjuk jari dua. maknanya dia telah memahami nilai dan kuantiti.

contoh lagi bila naik keta, rayyan akan cakap bird banyak bila dia nampak sekumpulan burung terbang.

aku sebenarnya lebih pada terkejut sbb sblm ni dia cuma bercakap dalam bahasa dia sahaja, tetapi bila dapat bercakap terus lancar dan perkataan[vocab] yang aku sendiri tak sangka. DAN boleh bercerita segala aktiviti dia seharian kat rumah pengasuh.

gambar kat bawah masa aku gi bercuti singkat ke Batu Pahat ritu. dia follow suami aku solat sampai habis.

 angkat takbir.

rukuk...

 sujud. meniarap??

duduk antara 2 sujud. berlunjur??


10 comments:

syalinda johari said...

good boy..hehehehe

Cik Puan Rara said...

suami akk nasib x gelak gelak masa solat.hehehe.kalo sy dh tergelak dh tu.

Allene said...

sama... hafidh pun sujud meniarap... kakakaka... tak pe, permulaan yang baik untuk dorang.

Mimy Hamid said...

yup tu betul otak dia menyerap apa yang berlaku sekeliling...jangan risau..sy pun tak ajar anak secara formal..sy guna pendekatan memberitahu apa ada disekeliling cth...turun tangga sambil mengira

Mila Ahmad said...

cumel raiyan ni...meniarap terus haha...

PinKy MoMMa said...

mcm bang ngah la ni..sujud terus meniarap..haishhh

Chekgu Azrine said...

Glad..pndai rayyan..
Bab berlunjur tu klu rin dh gelak dah ..vaha

Ibnuismaini Ismail said...

Comel ikut solat. Teringat anak buah. Bila org angkat takbir je dia dtg takbir sama lepas tu sujud terus. mendahului imam. hahaha.

~ NANA ~ said...

aduh kak...sejuknya hati ni tengok...pandai lah rayyan!

Umi Qi said...

Ya Allah kak ameris...ju baca 2x entry akak...terharunya kak ameris...rayyan such a intelligent boy....mcm2 dia pandai ye...tp kena slowly pupuk dan tidak putus asa....seronok bila dpt tau begitu besar perkembangan rayyan dh pandai mengira dan beza kuantiti...kak ameris...ju suka gaya akak ajar anak2...educational toys...ju pun suka ke arah itu...xnak membebankan dan membosankan diorg nk belajar...lg2 diorg masih kecil....kaedah bermain dan belajar adalah terbaik sekali utk diterapkan...

Solat!....bgus rayyan...perkembangan sgt2 memberangsangkan...ju nak ikut cara sis :)

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015