Tuesday, November 26, 2013

Bila anak sakit...

senyap jap blog aku.. tak gi memana pon. rutin keje, rutin rumah mcm biasa. tp bila si yaya sakit, sedikit kacau bilau rutin kerja rumah aku. sib baik jugak dia demam masa hujung minggu. jemaat malam lepas badan dia dah dedar2 skit. aku takde risau sgt sbb stok ubat demam mmg ada je kat rumah.

lepas Isyak bg paracetamol & tampal cool fever berpeluh melekit2 badan dia lps bg ubat. aku tanggalkan baju dia, biar wap2 panas kuar.

kul 1 pagi panas semula, aku lap2 badan dia. kalu budak2 tu demam mmg kami akan tido kat hall bawah je. mujur dia tido ok. aku je yg tak leh tido tetiap setengah jam kot aku terjaga tengok yaya.

aku mmg cukup2 risau kalu budak2 ni demam panas, cuak bila teringatkan tragedi si rayyan demam sampai kena sawan. masa tu aku dlm pantang bersalin yaya [ada dalam n3 sblm ni].

sabtu, yaya still demam on off. lepas bg ubat ok, berpeluh2 lepas 3 jam badan dia mula panas balik. lepas maghrib kitorang gi klinik. sbb yaya aktif aku pun tak risau sangat. boleh main mcm biasa, gelak2, berlari dan makan pun masih berselera.

mcm biasa doktor bagi ubat demam dan antibiotik sebab tekak dia dah merah sangat dan kering.
continue bagi ubat demam & antibiotik.

petang ahad, yaya nampak lain. tak aktif macam biasa. takde gelak2, takde gurau2. makan pun 2-3 suap je. di tepis2 je tangan aku yang nak suap dia. asal badan dia panas je aku mandikan yaya. dalam sehari tu 4-5 kali yaya mandi. aku biarkan je dia main air kt bilik air.

 dan mlm tu mmg tak tido kami  suami isteri. aku shif dgn suami jaga dia. kepala dah weng2 rasa berat. mmg tak laa aku nak gi keje senin semalam.

kul 6 pagi badan yaya panas aku mandikan dia, bagi ubat. bagi susu. pastu tidokan dia balik. aku tau dia pon mmg ngantuk sgt sbb tak tido smlm.

isnin suami gi keje bawa rayyan gi umah pengasuh cam biasa. aku EL monitor yaya sorang je. kul 12 gi klinik lagi skali, kali ni siap buat blood test.risau takut kena denggi atau apa2 infection sbb demam dia dah 4 hari asyik on off je. result blood test alhamdulillah yaya takde pape.

till rini yaya masih demam.pasrah je antar yaya umah pengasuh dengan bekal ubat skali.kalu ada pape mmg aku akan cuti lagi laaaa....

*tak sampai ati nak snap pic yaya tengah demam....

6 comments:

Allene said...

get well soon yaya...

aznor ibrahim said...

cepat sehat yaya!

Umi Qi said...

Bila baca entry akak, itulah pengorbanan ibu sebenar2nya...tido dah jadi perkara last sekali...anak diutamakan...kesian yaya...harap yaya cpt sembuh ye...risau mama ngan papa...kisah rayyan tuh umi Qi amik iktibar...

Rizziela said...

samalah... saya ni lagilah..anak2 kerapa masuk keluar wad...x senang duduk bila anak tak sihat

syalinda johari said...

alahai...saya last week anak beranak demam..tonsil.. sehari ja last week saya kerja...memang susah hati kalo anak demam...moga yaya cepat sembuh yer...

Mimy Hamid said...

susah hati la anak demam..yaya dah ok ke...hope cepat baik ye

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015