Monday, November 18, 2013

DECO: ruang dapur basah

ni gara2 GENG SUSUN ATUR yg mana aku pun dah terjebak sama. . macam cun sgt dapur aku ni wehh. ni 1st time aku reveal jantung rumah aku. tempat aku bersilat bagai, main masak2 untuk suami dan anak2.  mmg simple dimple. sku tak suka sarat barat atas table top, sebab bila aku masak mmg akan penuh atas tu...

kalu ko tengok mmg kitchen cabinet [KC] aku mmg old skul sgt kann... sebenarnya KC ni mmg dah tersedia ada. owner rumah lama mmg dah buat KC ni. kalu nak ikut taste aku mmg nak yg berkilat2 granite bagai tu. tp since dah ada dan masih elok, suami kata guna je yang dah ada ni.

cuma nak hilangkan kotoran2 lama tu mmg agak susah aarr... mcm2 dah aku guna. kotoran tu mcm dah "mati" kat situ. korang ada cara tak cemana nak hilangkan kotoran tu?

next project aku nak buh lace curtain kat tingkap tu. dah usha kat daiso. aku agak mungkin dalam 3-4 keping curtain. [Insyaallah]

ruang terbuka kat kabinet gantung tu mmg tak dimanafaat sepenuhnya. mcm membazir pulak kan.
tu pun aku letak 3 ketul balang hadiah masa kawin dulu. takde pape pon dalam tu. aku malan nak letak pape sbb tinggi woo  utk aku turun naik kalu nak amik pape. nak hias pun mcm tak sesuai sbb nnt akan jadi tempat minyak berkumpul. jenuh nnt nak mengelap ooii...

pinggan mangkuk harian aku letak situ jek. cawan plastik ikea tu aku letak ujung2 sbb rayyan akan amik sendri cawan tu kalu dia nak minum air.
 ruang bawah sinki mmg nampak mcm tak siap. dah owner lama buat gitu, aku pasrah je. alaa bukan ada orang nak intai pon.kat sini aku letak alat pencuci dan periuk2 yang jarang sgt aku guna kecuali kuali2 yang tergantung kat tepi dinding kabinet tu. aku suh incit suami drill penyangkut baju yg biasa org letak blkg pintu tu. haaa aku lak gantung kuali kat situ.[abaikan kuali hitam zaman cik suami bujang lagi, smpai skrg aku guna]. kat situ jugak aku letak kuali sementara mcm lps grg kopok, cekodok. sayang nak cuci lagi sbb akan digunakan lagi minyak pun masih baru.

keadaan sebenar ruang sinki selepas aku cuci pinggan. aku cuma guna 1 sinki je. sebelah lagi aku tos pinggan yg baru lps basuh sblm letak kat rak sblh tu. 

10 comments:

Chekgu Azrine said...

Still kemas dan bersih..

Rizziela said...

design lama x per..yg penting kemas & teratur ajer

Jasmin said...

Mcm sama sebijik sebentuk ngan dapur umah sewa ayu sekarang :)

Jasmin said...

Tambahan hehehe:
Cuma KC umah ayu takder bhgn atas. Bwh jer ada.

Julia Johari said...

Kak ameris...sonok baca tang tempat bersilat bagai...men masak2 utk suami dan anak2 hehehhe lucu tau...tp mmg pun kebenaranya...akak janji kemas dan teratur...tampak ceria gitu :)

Mimy Hamid said...

paling best ada kitchen kabinet...kemas teratur..sy takde hukhuk..kita dah masuk dapur awak ye hihi

~ NANA ~ said...

yg penting kemas kak! tersusun elok je dapur akak

ibnuismaini said...

Suka pic yg pertama. Ada unsur bokeh2 sket, blur2... tak brp ketara tp ada.

MizzTina said...

best la ada kitchen kabinet.. sy xde, so xleh nk susun cecantik..

Fizah said...

yang penting bersih dan kemas....nk masak pun tenang kan? :)

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015