Wednesday, November 27, 2013

RESEPI: ikan bakar tomyam

ikan bakar tomyam ni aku olah dari resepi asal ikar bakar portugis.bab derhaka resepi ni aku suka sgt. janji sodap dan mudah utk aku sediakan.
aku mmg suka aarr buat menda2 yang mudah ni.

 sbb aku mmg takde masa nak dok lelama kat dapor dengan gelagat 2 budak tu lagi. haishhh... pastu paste tu korang bleh buat banyak2, simpan buat stok. time nak buat just lumur je kat apa2 ikan yang sesuai utk dibakar. asal jangan ikan bilis sudah...


 


bahan:
apa2 jenis ikan yg sesuai
5 sudu besar cili kering yg dah siap blender
garam/gula seecukup rasa
sedikit belacan
3 biji bawang merah kecik
1 biji bawang putih
serai 2 batang
2 helai daun limau purut
1 paket paste tomyam apa2 jenama

cara:
tumbuk/blend bawang merah, bawang putih, serai, belacan
tumis bahan kat atas sampai wangi
masukkan cili kering, tumis sampai pecah minyak.
masukkan tomyam paste & daun limau purut.
rasakan garam/gula.
bungkus dgn alumnimium foil,
kalu ada daun pisang lg sedap.
lumur pada ikan sblm bakar.
bakar dalam oven smpai ikan masak.
makan dgn nasi panas2. sedap.
ritu aku masak lemak putih & ayam goreng kunyit. budu & ulam. mmg terangkat...

6 comments:

mrs kayrul said...

berselera tengok ikan bakar tue kak amy

Chekgu Azrine said...

hadoii..
memang menyelerakan lah..
kalau nk bakar atas pan ajaib pun bolehkan??

Mimy Hamid said...

ikan boleh masak tomyam..ok nice sharing resepi..tq

Rizziela said...

adoi...oven oh oven..bila lah nak beli oven baru ni

Umi Qi said...

terbaikkk sgt akak...ju kena beli foil cm nih heheheh nak cuba nih senang

Cik Puan Rara said...

sodapnyooo kak! nk buat lah balik kang!

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015