Pages

Friday, June 28, 2013

tips travel dengan baby/toodler

assalamualaikum uols...
aku belum pernah lagi travel dengan flight dengan anak2 tp kalu travel dengan keta balik kampung adalah biasa. kalu setakat 12-13 jam naik keta tu hmmm... tak tau nak cakap, mungkin jugak BP aku naik. dengan ragam anak2 aku yang umor 1++ dan 2++. meredah jem balik kampung ke pantai timur smpai berbelas jam boleh buat ko hilang sabar dan banyak2 istighfar... ko bayangkan masa balik kg time mengundi ari tu makan masa 13 jam jam weols dlm keta, kematu montot ni tau. yaya pulak sampai 3 kali berak, 2 kali mandi. adehhh... kalu balik kampung mmg kena siapkan mental laaa. balik raya nnt tak tau cemana...


TIPS TRAVEL DGN BABY/TOODLER
  • make sure baby sihat dari selsema, demam, batuk. yg ni amat penting sbb bila baby tak sihat ko pun stress dlm keta. tambah2 pulak kalu perjalanan jauh.
  • pakaikan baju yg paling selesa utk baby. mama pun kena pakai baju yg selesa jugak sebab dlm keta kita mungkin akan bersila dan sebagainya utk riba atau handle baby. kalu dah ber jeans ketat cemana la nak bersila.. weiiii...
  • sediakan jugak menan utk baby. baby akan cepat bosan dok dlm keta lama2, mungkin baby akan merengek dan sebagainya. menan akan melekakan dia. dengarkan lagu2 kegemaran anak2.... buat aktiviti bersama diorang. bawa flash card, buku2 bergambar utk elak anak bosan.
  • paling penting, bekal makanan anak mesti cukup, kalu perjalanan melebihih 5 jam. susu, biskut, bubur nestum, buah, dan bekalan air panas. biar lebih takpe sbb kita tak boleh jangka perjalanan nanti cemana, ntah2 jem ke hape kannn....(ni merujuk pada aku perjalanan KL-KB).
  • ni pun penting jugak, bekalan diapers mesti lebih. dalam perjalanan baby mungkin berak beberapa kali.
  • sediakan jugak baju spare dlm keta. bukan yg siap packing dlm bag, kang satu keje lak nak selongkar dalam bonet keta semata2 nak amik baju baby. senang citer sediakan satu bag khas baby yg ada segala peralatan. 
  • bawa skali ubat-ubatan yang berkaitan, termometer dan sebagainya.cool fever, paracetamol, minyak angin, ubat asma

# entry ni utk travel dengan keta. mungkin dgn flight ada tambahan lagi. korang sila tambah yer kalu ada tips2 lain...

#ptg ni balik KB naik flight. pengalaman pertama utk  yaya & rayyan. tak tau la cemana ragam diorang nnt. mau nya stewardess kena sediakan minyak cap kapak kot. ntah2 berlarian anak aku sepanjang lorong tu. adehhh... aku plak yg pening nie... harap aku & suami boleh handle diorang. huhuhu..

Thursday, June 27, 2013

cermin mata; kacamata; cermin matahari...

gara2 berfamily day tempohari  entry kat SINI. cermin mata cik suami patah. bila dah bermata 4 ni pastu tetiba takde 2 mata ibarat buta sebelah mata laaaa... senin lepas keje gigih gi kedai cermin mata repair kononnya, tp bila dok belek, tenung, buat kiraan lebih kurang terus decide buat yg baru memandangkan spec tu dah berusia 5 tahun masa kitorang nikah dulu lagi.

aku yg tak penah berspec ni mmg tak reti la nak bagi pendapat jenis spec yg sesuai dengan bentuk muka kann... iyer laa kalu silap pilih mungkin boleh buat kita nampak tua,  atau nampak tak kena.
tgh usha2 spec tetiba terambil sun glasses LANCOME. acu, cuba, terai, test. seumur hidup aku tak penah beli spec hitam. eehh tipu penah beli kat pasar malam tu pun sebab sakit mate. sebab lain pulak aku akan rasa pening kalu pakai spec. jakun giler aku nie. orang lain kemain stylo abis dengan spec hitam ala2 datin tp aku plak rasa pening bila pakai.

tapi kan...bila aku pakai spec LANCOME ni rasa sangat selesa takde pening2. setelah di explain ooohhhh... rupanya aku hanya sesuai pakai spec hitam yg ber polaroid. sun glasses ni ada 2 jenis; satu polaroid satu lg jenis UV. 

bila cik suami nak bayarkan utk aku LANCOME tu takkan aku nak tolak kannnn... terus anggukk laaa.
yang aku suka sun glasses ni bila pakai akan nampak redup je bukan gelap mcm malam. heyyy lepas ni aku boleh la melaram dengan spec ni. takde la terkebil2 bijik mata bila jalan tghari buta panas meneting tu.



antara pilihan...

 aku pilih yang ni..

 ni test, try je dulu sblm decide beli esoknya masa amik spec suami yg dah siap...

 weeiiii... cik somi gelakkan aku pakai spec itam... kecik ati tau...

dah mcm minah ago-go pulak...

Wednesday, June 26, 2013

Flora Cafe Ampwalk lagi: ber-candle light sempena bday cik suami

1st time aku gi Flora Cafe ni masa celebrate anniversary kami bulan lepas. lepas pada tu terus jatuh chenta dengan Flora Cafe ni. mau tak...dengan deco2nya yang boleh buat aku terpegun seketika. mula2 mmg aku tak plan pun nak celebrate kat sini memandangkan bday suami jatuh pada hari keje iaitu pada 25/6 ari tu. lagi pun lokasi Flora Cafe ni bukan laluan aku balik keje.tak kose nak redah jem semata wehh... tp memandangkan aku nak sumthing yg special maka redha je lalu jalan Ampang. 

boleh je pon kalu takat nak takat makan2 kat kedai mana2 pun. tapi bila kat Flora Cafe ni korang akan rasa special "touch" dari Mel, manager cafe ni. kalu makan kat restoran lain, lepas perut ko dah sendat, ketat pastu burrpppp sendawa pastu terus balik, tp kat sini diorang siap wish lagi, boleh tanya khabar ttg anak2 aku. staff yang very the friendly, mesra alam....bukannya bangla mahupun vietnam...

 kalu deco meja mcm ni ko tak terasa ke nak datang lagi. wangi semerbak bau roses petals tu. dengan aroma lilin lagi....


 penat giler nampak muka aku...

sang suami yang sentiasa di sisi...

 sempena Ramadan yang akan tiba, ada jugak buffet. make sure masuk dalam list buffet uols...

giler ohsem


uols kalu nak celebrate apa2 je kat sini boleh terus contact Mel, dia akan deco cantik sampai korang rasa nak usung meja tu bawa balik rumah.


017-3024122 (Mel)  
fb: Floral Kafe AmpWalk

Monday, June 24, 2013

Family Day KWSP di Tanjung Bidara Beach resort

assalamualaikum uols... weekend lepas masa semua orang berkurung dalam rumah sebab jerebu kami sekeluarga pulak ke Tanjung Bidara Melaka kerana opis cik suami ada family day kat sana.
gigih aku bangun pepagi sebab nak siapkan order lasagna dari mimy dan beberapa bekas macaroni cheese. pastu siapkan pulak bfast utk suami dan anak2. kalu nak jalan2 aku suka isi perut diorang ketat2 dulu. jadi takde la merengek kelaparan dalam perjalanan nanti. rayyan lagi la kalu berjalan selera makan mesti down. nak makan menda2 merepek je... grrrrr...



 kalu dah namanya family day mesti ada acara sukaneka.. aku sempat snap 2 acara je yang suami aku masuk. makan epal dan tarik tali je, yg lain tak sempat sebab aku dah hangkut anak2 masuk chalet sebab nak siapkan diorang untuk diner pulak. masa ni dah 6.30 petang. nak siapkan sorang bukan sekejap. bertarung berdrama, menari bagai dengan diorang nie... anak2 aku xde masuk acara pun sbb kecik lagi. maunya kena himpit kat budak2 lain yg besar2.



 aku syak mesti suami aku beberapa kali terkentut dalam acara tarik tali nih...

 diner bbq tepi pool. weehhhh penat aku dok monitor yaya sepanjang diner ni. asyik nak jalan tepi kolam jer...pastu nak tepuk2 air kolam tu, seriau aku tau.. kang tak pasal2 jadi drama pulak yaya jatuh kolam. sgt2 aktif tak penat langsung si yaya nih. aku la yg ngekor dia. mesti mak pak lain heran tgk aku.sampai ke celah meja diorang aku dok hendap yaya. adehhh laaa...

 nasib baik bawa safiq, dia bole jadi fotographer dan jugak tolong monitor anak aku... kalu tak susah nak snap gambar famili nih.

 tetiba nama cik suami di announce. yaya menang!!! korang tau yaya menang apa???
v

v

v


yaya menang kategori bayi perempuan comel...  dapat rm100 yeayyyy...


 nasib baik la ada safiq ni layan rayyan mandi pantai masa suami tengah bersukaneka... ayooo tunggang langgang gambar aku. korang tak kisah pun kannn...


 ni masa bfast sblm bertolak balik KL. budak paling comel.... yer ke??? penat ummi tau dok kejar yaya semalam..

 yang ni pulak budak paling cengeng. kejap nak tu ..kejap nak ni.... kejap nak kokokrunch, kejap nak nasi lemak....
 giler teruk jerebu masa ni. tak nampak apa pun kt laut... wpun guna DSLR gambar cam blurr jer...

 dua2 aku sayang sangat2. tengok rambut yaya kena tiup angin...

yaya ni asyik nak berjalan je, nak amik pic pun susah...

rayyan pegang yaya sbb nak bergambar bersama

 giler susah nak ambil gambar 2 beradik ni. yaya nak melarikan diri je. jenuh rayyan tarik adik dia. nasib baik berjaya jugak snap pic diorang ni.

 ni chalet yang kami duduk. serius aku suka dengan design chalet ni.  mula berangan nak buat rumah camni kat kampung nnt, sangat2 comel untuk kami 4 beranak...

ok ni senario biasa. bila bawa 2 beradik ni stay hotel/chalet, diorang ni yg akan buat checking semua bilik, toilet. cek telefon semua.


#malas nak berepisod2, semua taram dalam satu entry jer... walaupon gambar banyak giler...

Friday, June 21, 2013

Tentang Teratak kecil kami ~rumahku syurgaku~

assalamualaikum,
lepas aku buat majis aqiqah dan birthday rayyan dan yaya dulu ada jugak beberapa kengkawan yang bertanya tentang rumah kami.sebenarnya takde apa yang istimewa sebab rumah kami biasa2 sahaja,tiada perabot mahal2. semuanya biasa2 mampu milik. yang penting rumah kami dekat dengan masjid, pepagi boleh dengar imam baca qunut okeh dan takde alasan kalu ko tak nak dengar kuliah best kalu suara penceramah tu bergema sampai ke dapur. sebab lain ialah dekat weh nak access karak highway. memndangkan kami berdua dari pantai timur jadi senang nak balik kampung walaupun balik kampung hanya 4 kali setahun. kuar je terus masuk highway karak dan bayat tol. hihihi...
 
 
 ni rumah asal sblm renovate. kami hanya renovate porch utk muat 2 keta, buat pagar dan cat keseluruh rumah. kitchen cabinet pun kami tak buat sebab  kitchen cabinet asal masih lagi cantik dan untuk save bajet jugak. kos untuk buat kitchen cabinet boleh makan berbelas ribu beb. so since dah ada abaikan kan dulu nak ada kitchen cabinet kilat2 ke, moden ke... kalu ikut napsu aku nak je kitchen cabinet putih utk dry kitchen..sila tepuk2 poket sendiri yer...



ni rumah kami sekarang. nyesal tak buat auto gate dulu sbb pikir bajet. skrg kalu nak buat dah kena kuar banyak RM sebab nak buat wiring sume tuh. jadi bila ujan, terhegeh2 la turun nak buka gate dan basah sesikit. lagi la bila ada 2 budak tu, asal kuar keta je nak ikot, wpun hanya nak buka pagar....

actually aku suka english deco tp minimalis punya. tak suka sesak dengan barang deco2 sampai penuh dinding, kabinet sume mcm showroom. tp kalu tgk rumah org suka laa, kalu rumah sendiri tak lah kot.ni living hall rumah sblm ada anak. mmg minimalis english deco, cukup dengan sofa putih, curtain munga2 dan sedikit gajet2 deko kat rak gantung untuk menggambarkan deco english.  oopss.. feature wall kami kaler hijau. nnt aku cek balik kod kaler cat ni.

actually ni favourite corner aku, tp skrg bawah tangga tu dah gantung buai, 
jadi 2 kosi rotan tu dh hadap ke dinding.

bila dah ada anak living hall lapang selapangnya mcm padang bola. mmg semua untuk keselesaan anak2 bermain bola, naik beskal, motor, aku main kejar2  dengan rayyan. sume kusi dah ke dinnding, coffee table dah simpan. skali tgk mmg mcm nursery laaa. kena tunggu budak2 ni besar la gamaknya. tp dalam kepala otak aku tengah running nak buat playroom utk anak2. jadi takde la living hall aku mcm taska. nampak tak 2 buaian pink dan biru tergantung gambar atas tu?


#next entry nnt aku share dapur, laundry room, kids room & guest room.

Thursday, June 20, 2013

Kursus team building- The Regency Port Dickson

assalamualaikum...
tak sangka ada gak yang bertanya mana aku pegi bila tak update blog hampir seminggu. tima kasih jugak pada yang sudi kuar masuk blog ni walaupun tak berupdate. hihihi....
Intro: sebenornya aku gi kursus team building di the regency, Port Dickson. wehh dah berkurun tak gi kursus yang kena bermalam nie sejak beranak pinak. sblm ni ada gak nama naik kena gi kursus tp sebab aku masih lagi breast feed so aku tolak. kali ni tak leh nak tolak lagi lah. tinggallah anak2 dan suami selama 3 hari 2 malam....

bekerja keras jugak la aku weekend lepas menyiapkan kerja2 rumah, iron baju suami siap2, basuh baju, kemas rumah dan tempahan macaroni cheese, pie dan lasagna. kena pantas dan laju buat keje.
risau gak la nak gi kursus ni memandangkan yaya tak berapa sihat. ahad sblm aku gi kursus tu gi klinik untuk buat neb yaya....




Thursday, June 13, 2013

pastel color + butterfly shawl

 abaikan pemadam api kat blkg tu. hari ni kaler pastel2 jer. suka dgn blouse Amani yg loose, sgt2 comfy match dengan skirt dagangan sendiri. shawl butterfly yg sgt selesa.....skrg trend butterfly pulak kannn..



Wednesday, June 12, 2013

Rayyan & Yaya Demam

Assalamualaikum uols...
semalam aku EL eehh MC sebab masa bawa yaya gi klinik gatai aku tanya "doktor, saya leh dapat MC tak sbb semalam anak saya tak tido merengek, saya pulak dah pening2 ari ni sbb tak tido." doktor kata, "ok, nnt register kat depan ye." aku pun yeayyyyyy. selamat cuti aku yang dh tinggal beberapa hari je lagi... huhuhu... (tetiba rasa nak jadi surirumah sbb tak payah pikir pasal cuti kalu anak sakit)

 baru je aku siap bagi tips bila anak demam kat entry SINI tup2 minggu ni anak aku yg demam. aku ni jenis kalu anak sakit aku pun kena tempias jugak. mesti kepala pening bingai sebab tak cukup tido. mau nya tak sebab setengah jam tido mesti otomatik terjaga nak cek suhu budak2 nih. gilir2 la dengan suami. kalu dua2 demam lagiiiii laaaaa bingai kepala otak aku.

mungkin juga faktor cuaca yang buat diorang ni demam, lagi pun skrg ramai budak2 demam. rayyan demam dari ahad lepas lagi, tak lalu makan, asik nak minum air kosong jer... bila dah 3 hari tak kebah2 demam walaupun dh bagi sirap paracetamol rupa2nya dia ada tonsil. tu pun sib baik bawa gi klinik semalam sebab still lagi demam. huhuhu

yaya demam sebab nak tumbuh gigi lagi. adehhh laa anak dara yg makin noty ni. asik merengekkk jer... rupa2nya nak tumbuh gigi. jumlah keseluruhan gigi bawah 4 batang dah skrg.

so aku stay dgn yaya kat umah, rayyan gi umah pengasuh mcm biasa. suami plak amik half day, tghari tu kitorang bawa yaya gi klinik.

petang, lepas amik rayyan kami singgah kedai beskal, konon nak carikan rocking horse mcm kat klinik.  mmg patut pun aku rasa beli kat yaya satu, sebab sblm ni asik beli kt rayyan je toys, kalu beli kat yaya pun dia jugak yg rembat. tp aku rasa beli rocking horse ni pun rayyan yg conquer.

 kat klinik hepi dia dapat naik rocking horse ni.


 giler banyak beskal kat kedai JBS Bike ni. dari sekecik2 beskal sampai laaa semahal2 beskal ada kat sini.
target aku beli utk yaya yg rak atas  hujung skali tu.

 belum apa2 si rayyan dah buat mcm dia punya...bendalah ni nama TOLOCAR


rayyan, ni adik punya tau...
harga TOLOCAR ni RM45 lepas aku main kenyit2 mata dengan cine tu. 


Tuesday, June 11, 2013

Tetiba amerislovely buka butik!!!

 STICKY POST 
 SCROLL DOWN UNTUK ENTRY BARU 

updated 7/6/2013

hampir 80% baju-baju habis terjual selepas 2 hari publish.minta maaf sbb tak sempat nak updated baju2 yg dan sold dan booked. batch ke2 akan menyusul nanti.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

assalamualaikum uols...untuk yang sering bertanya kat mana aku beli baju dan skirt tiap kali entry outfit, nahh skrg aku buka butik amerislovely collection dengan harga mampu milik. tawaran istimewa (sempena pembukaan) free postage untuk belian 3 helai ke atas dengan free gift lagi (selagi stok masih ada)...
 uols jgn risau sebab semua baju di amerislovely collection mematuhi syariah menutup aurat. tidak jarang dan baju melepasi paras punggung. dan sangat sesuai untuk ke pejabat dan santai. student pun sesuai pakai untuk ke kelas. kain adalah jenis lycra yang bermutu dan jatuh terletak. selain boleh mix n match dengan koleksi pakaian yang uols telah ada.

 lycra plain skirt-green turqoise
RM37

 lycra tibal printed- pinkish
RM37
SOLD

 lycra exclusive cutting- red/black
RM40
SOLD

 lycra tribal printed- pink/white
RM37

 lycra plain- mustard yellow
RM37
SOLD

 lycra plain-black
RM37
SOLD


lycra exclusive cutting- black/orange
RM40

 lycra tribal printed- blue
RM37
SOLD

 chiffon blouse paisley- orange mix(lining)
RM37
SOLD

 chiffon blouse paisley-blue mix(lining)
RM37
SOLD

 lycra blouse paisley-pink/black( saiz S-M)
RM35

 lycra blouse paisley-red/black(saiz S-M)
RM35

 lycra blouse paisley-green/black(saiz S-M)
RM35
SOLD

 lycra blouse paisley-blue/grey(saiz S-M)
RM35
SOLD

 lycra plain skirt-electric blue
RM37

 mix n match

 sleeveless dress- yellow mustard polka dot (tak termasuk cardigan)
RM40

 mix n match

 contoh mix n match

 contoh mix n match

 contoh mix n match color block

mix n match


uols boleh sms 017-3213039(nyatakan warna ,corak dan nama 
atau komen kat bawah untuk order boleh juga PM kat FB :ameris loveris