Pages

Monday, March 31, 2014

Cerita balik kampung...

salam kenkawan blogger gojes. lamanya rasa tak bersiaran... ecehhh..
ko berlagak diva la sangat kannn, konon ramai nau yg datang melawat kt blog ikan bilis ni. macehh yg sudi kuar masuk sini baca celoteh aku. ngeeeee...

minggu lepas aku cuti balik kampung yeayyy... sonok rasa sbb dah lama sgt tak balik. last balik raya haji thn lepas. lama laa kannn...

ada yg tak tau, kampung aku kat mana. Im Kota Bharu, Kelate....
balik kali ni mmg banyak aarr aku pikir nak gi situ nak gi sini. nak makan tu nak makan ni...
tapi yg selalu jadinya mmg tak tercapai pon....

ok, kali ni balik sbb adik ipar kawin, kali ni belah laki. belah pompuan kt SINI  kedua nak melawat bapa saudara aku yg tengah sakit berperang dgn kanser, tu niat aku  masa kat KL lg, malangnya tak sempat sebab dia meninggal pada hari kenduri kawin adik ipar aku sobs...sobs.Al-fatihah semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman...

pastu konon, nak gak jumpa kengkawan lama, sudahnya sorang pun tak sempat jumpa, eehh sempat jumpa kawan skolah rendah aku dulu tu pun rushing sbb nak antar lasagna kat dia, lagi pun hari ujan, maghrib lak tu... hhuhuhuuh

kebanyakan semua plan aku gagal sebab anak aku tak sihat. si rayyan laaa kann. gara2 kenduri ritu ada eskrim. dia balun eskrim sampai semput malamnya. menggigil2. aku tersedar malam tu terus gosok2 tapak kaki dan betis dia dengan minyak panas... pepagi lepas subuh nak gi klinik, tp hampeh semua....
klinik buka kul 9, doktor lak masuk kul 10. tp kebanyakannya tak buka lg...

sudahnya mak mertua aku rekomen satu poliklinik hafiz. mmg aku puas ati sgt. bila kata semput terus suh masuk buat neb, takyah nak register2 bagai. lps tu baru buka kad. byr pun RM16 je skali neb, takde pon consultation fee semua. wpun klinik tu bukan panel opis aku, tp rasanya aku nak gi situ je lps ni kalu si rayyan semput. sempat 2 kali buat neb. yg kali ke2 tu rayyan yg minta nk gi dokter sbb dah tak leh napas...

patutnya kitorang balik selasa 25/3/2014 tp pospon sehari lg sbb dia tak sihat. biar dia betul2 ok, dah nak nak jalan jauh, buatnya semput dalam keta tgh2 hutan ke naya wehh...

rabu tu balik kl, budak2 tu bantai tido dari kul 10.30 sampai la 2.30 petang sampai bentong. pastu baru benti rehat, solat, makan, mandikan diorang...

malang lak tak berbau, lagi 2 km nak sampai umah. alaa dekat trapik lite greenwood, kitorang eksiden pulakkk.. sikit je pon, keta langgar blkg, tapi impaknya aku yg dok seat belakang ni mcm nak gugur jantung. okeh... nasib baik anak2 aku tengah baring main henpon.
kalu dia berdiri maunya terhumban ke depan... alhamdulillah.. takde pape.

 candy booth. mini muffin tu aku buat. ada filling bluebery & strawbery....
laku wooiii...

 pelamin yg very the simple...

 booth eskrim pun laku jugak.  oopsss... sapa yg tukang scoop eskrim tu...

 candy booth. korangggg... coklat fountain aku tak turun menjunam... main celop2 je laaa

 rayyan tgh buat neb

 cer tengok, asal orang beratur dia pon turut beratur. cemana tak semput??

 kali ke2 neb dah tak nak beriba. nak dok sendiri... abang dah besar.

 poliklinik hafiz. mmg rekomen sgt2 sesapa kat area Kota Bharu...

 keta yg eksiden. skit je pon, bumper jatuh & kemek kat bonet. dah takleh buka bonet. laki aku tengah tahan bumper....

trapik lite greenwood. keta blkg tu laa yg langgar keta kami. dah panjang citer nak gi balai buat repot, gi pusat servis Honda lagi...

Wednesday, March 26, 2014

Pengumuman: Tempahan ditutup sementara

Ini adalah sticky post. sila skroll utk entry terkini.


Pelanggan yang dihormati;
tempahan lasagna, macaroni cheese dan sebagainya ditutup buat sementara waktu kerana tukang masak bercuti sehingga 26/3/2014.
Sekian, terima kasih.

Monday, March 17, 2014

resepi: ketam masak cili telur masin


dua tiga menjak ni asyik entry makan2 je entry aku yer....
ok ni fresh lagi, semalam punya citer bukan peraman pekasam yer uols...
aku ni kalu plan nak masak pape amik masa berminggu jugak laaa. ari tu plan nak buat benoffe banana pie, sampai skrg belum terbuat lagi.

tapi kali ni  keinginan nak buat tu membuak2 pulak. tambah-tambah lagi sejak kawin 6 tahun aku tak penah beli ketam memandangkan suami tak makan cik ketam ni. aku pun kureng jugak makn ketam tp sebab dah lama teringain pulak. 

biasanya kalu makan kat restoran cina muslim mesti jeling2 masakan ni. tp kalu dah aku sorang je melantak idok la nak mengoder nya. tak syok laa mkn sorang2, dah la mahal nak mam** regenya. korang bayangkan laa untuk 3 potong ketam pun hampir cecah ratus okeh!!
 bila Umi Qi upload gambar ketam masak cili telur masin aku dah kecur. terus rasa dan dan tu jugak nak gi beli ketam. fuhh... kemahen semangat membara. 

Jumaat petang lps abis opis terus gegar suami ajak gi Aeon Big(Carrfour) kt Wangsa Maju. jumpa cik ketam dengan harga makkk ooii murah giler RM19.90 sekilo. biasa aku tengok RM25.00 sekilo. terus amik plastik sambar 2 eko. aku je pon nak makan. hover.. tau umi yaya ni...

 
 aku memang folo resepi umi Qi cuma aku tambah skit sos tiram. Umi Qi masak 5 eko, aku masak 2 eko je, so pandai2 ejas bahan2 nya sendiri. tak sah kalo tak derhaka resepi orang tau.. telur masin pun buh sebijik je...
uols... resepi Umi Qi aku rekemen sgt2 utk dicuba.mmg berbaloi2 untuk penggeram seafood ketam.
Umi Qi izinkan nak tepek resepi kat sini lak yer....

 Ketam Masak Cili Telur Masin
5 ekor ketam bunga fresh - aku masak 2 ekor je
1 labu bawang putih (tumbuk halus) - aku guna 4 ulas je
1 biji bawang besar (tumbuk halus) - aku buh 1/2 biji
Sedikit cili kering (tumbuk kasar)
1/2 inci halia 
2-3 biji telur masin - aku guna sebiji je
Sedikit gula
1 sudu sos tiram- aku tambah

Caranya:
Potong ketam bunga tadi dibelah tengah sahaja...bersihkan segala kekotoran dulu, kemudian rebus ketam guna air sikit 2-3 minit sahaja...dan toskan. 

Air rebusan ketam jangan di buang, masukkan ke dalam bekas asing ketepikan. 

Masukkan sedikit minyak masak, tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan berwarna kekuningan, kemudian masukkan bawang merah. 

Kacau sehingga garing, masukkan 2-3 sudu besar cili kering tumbuk dan halia, kacau sehingga naik minyak, gunakan api kecil. 

Lepas tumisan naik minyak, masukkan air rebusan ketam tadi sikit demi sedikit dan kacau. Masukkan ketam gaul sekali sehingga sebati. 

Terakhir sekali pecahkan 2-3 biji telur masin ke dalam bekas asing dan kacau, masukkan terus telur masin tersebut ke dalam ketam tadi dan kacau guna api kecil. Biarkan agak2 pekat sedikit ye.

Masukkan gula sedikit utk sesedap rasa. Garam tidak perlu sebab telur masin dah masin.

Siap! makan dgn nasi panas2 gerenti bertambah2

Thursday, March 13, 2014

FLORA CAFE LAGI....kali ni birthday cik sepupu hubby.

sebelum ni kalau nak celebrate pape mcm anniversary, birthday atau nak celebrate sapa2 punya la pening kepala otak aku ni dok mikirkan tempatnya...
ko ni dah kenapa lak cikpuan amy wooii, punya la banyak restoran dewan, hotel kat KL ni pon pening ke??
ngeh..ngehh.. kang ada pang pangg aku sejibik.

iyer laa cik joyah, kalu nak buat pape mesti la under bajet, dh ko gi propose hotel, dewan bagai ni apsal. aku bukannya retis glamor, bukan jugak blogger glamer..

aku nak kedai biasa2 ala SR tapi ada value dan sentuhan istimewa. ceewahh ayat ala2 buat karangan SPM.. alaa banyak pulak songeh aku kan, nak under bajet tp nak ada sentuhan2 istimewa konon.

ok, balik pada topik, dah bebel2. 
ok, bagi aku ko takkan jumpa mana2 kafe yang korang boleh lepak2, gether2, makan dalam suasana yang cukup cosy, dan taste makanan yang ummphh wallah yang korang takkan menyesal datang sini. dan akan rasa nak datang lagi, dan lagi... dan lagi... dan sesungguhnya tak makna aku nak menipu korang... 

pastu lagi, korang takyah laa pening kepala sampai migrain dok pikir sapa lak laa nak snap moment korang dgn si dia ke... dok pikir camera henpon cap ayam, gambar tak cun, muka ta flawless...  sebab staff flora akan snap moment korang duna DSLR okeh. tak yah malu2 nak posing2. ko tengok semua gambar2 kat bawah tu semua Flora kafe yg snap....

Yang penting skali korang kena contact MEL FLORA KAFE ni 012-6202505 untuk booking table. korang jangan ingat boleh terjah gitu je, buatnya Flora Kafe ada event ke hape hari yang korang nak tu melepas pulak kannn... Ehh Flora Kafe ada jugak buat buffet setiap hari Jemaat tau.... korang yang berdekatan boleh terjah


bday girl tersenyum simpul, rayyan dah jilat jari tgk kek...

eehh... aku pon bersemangat jugak nak tiup lilin weiii...





Kalau nak booking apa-apa event dekat Flora Cafe 
contact no : 03-21618010
                   03-21810986 ( Mell )
Adress      :Flora Kafe Sdn Bhd,
                  Lot G.02-06, Ground Floor,
                  The AmpWalk
                  218 Jalan Ampang,
                  50450 Kuala Lumpur
Facebook : Flora Kafe Ampwalk

Thursday, March 6, 2014

YANG HOT !!!!

nak selit2 sikit bisnes kecik aku kat blog kesayangan. boleh review testimoni kat SINI dan di SINI.
Cikna dah kali ke-4 order puding roti dgn aku. tak tipu Okeh!!
wassap untuk order 017-3213039. free delivery sekitar gombak. pick up point di Petronas sebelah Giant Bt Caves.
 LASAGNA

PUDING ROTI EPAL+SOS KASTAD

Wednesday, March 5, 2014

Tuesday, March 4, 2014

Bedak Herba Bunga Tanjung sejak dari zaman sekolah lagi...

aku ni kan kalu dah guna sesuatu benda dan rasa sesuai aku akan guna sampai la bila2 pon.
dari zaman sekolah menengah dulu lagi aku guna bedak scrub ni. sebab MURAH. dulu rega 70 sen je sepeket. aku suka guna ni sebab aku ni aktip bersukan masa skolah menengah dulu, pastu mmg teruk muka berminyak+jerawat2 halus. pastu ada kawan aku dok guna la benda alah ni. 

bila aku guna skali mcm sedap jer sental2 kat badan ngn muka. lepas sental mmg halus semacam kulit.
dan sampai sekarang laaa aku guna bedak bunga tanjung ni buat skrub badan dan muka. 
bila dah keje ada duit sendiri try gak beli yg berjenama dalam botol tp rasa dia tak mcm yang ni. takat bau jer wangi, kuasa sental tu tak leh lawan yg ni.  yang ni ada mcm bau herba skit tapi jap je, pastu hilang dah bau tu, yang tinggal rasa best lepas sental dengan bedak bunga tanjung ni.  aku rekemen korang try sbb harganya murah je ponnn...

sampai sekarang aku melekat guna yang ni jer . lagi best korang leh ajak suami sental2 kat badan guna bedak bunga tanjung ni. best giler rasa mcm kat spa ok. 

oohh... aku tak jual benda ni korang boleh je beli kat mydin atau kedai2 jamu. harga aku beli kat mydin RM1.90 dah sepeket.


Monday, March 3, 2014

Nasi ala arab versi sendiri

lamanya tak share resepi dengan uols... ni dah lama aku masak, tak nyempat2 nak update kat blog. gatai gi share gi share kat FB pastu senyap. cian kat orang yg tanya. sebenarnya dah beberapa kali jugak aku masak nasi ala arab ni. cisss konon nak ber ala2 padahal ko guna beriani mix megi je ooii...

koranggg... jangan pandang remeh okeh, sebabnya rasanya sangat2 sedap. cuma korang kena la tumis dengan 4 sekawan. kat paket tu suh campor terus. aku pernah buat yg kambing dan jugak ayam. tips lagi satu kena lebihkan beras sbb rempah tu mcm pekat sangat.

kalau buat beriani kambing, maku sure rebut dulu kambing tu sampai empuk, kang keras mcm selipar jepon aku tak tau ok. air rebus kaming tu campur skali dalam nasi.

kenapa aku kata nasi ala arab sedangkat kat paket tu  rempah beriani. sebabnya puan2 kalu ikut betul2 kat paket tu nasi akan jadi berempah mcm beriani, sbb tu aku suh tambah beras supaya lite2 je rasa rempah dia gitu.

nasi arab kan ada sos salsa tu... nnt aku bagi cara nak buat sos salsa tomato tu. makan lak dengan salad dan timun jepon. giler bertambah2 laki korang makan. tapi jangan la gitau dia korang guna rempah megi tu. mesti dia bangga giler binik dia pandai masak nasi arab. ngeh..ngeh.. eehh lagi satu, korang guna beras basmathi tau baru cantik nasinya seketul2...

kalu tetiba family korang nak datang umah pastu cam buntu nak masak lauk apa, boleh gak try. Jimat masa.

 



sos salsa tomato.

bahan2:
tomato 4 biji -dadu
cili besar 4 biji
cili api - kalu nak pedas
lemon 1 biji. cuka skit
garam, gula - sesedap rasa.
1 pokok daun ketumbar hiris halus
blend semua tp jangan terlampau hancuss