Pages

Tuesday, June 17, 2014

Bila balik kampung...


minggu lps (13-16/6/2014) aku balik kb.kali ni naik Malindo Air sbb balik kejap je pon jengok orang tua sebelum puasa tak lama lagi./ iyer laa last kitorang balik bulan 3 ritu. 
kita last minit jugak beli tiket flight. return ticket masih lagi kira murah wpun last minit RM680 utk 4 beranak.
kalu balik 2-3 ari mmg tak sanggup naiik keta. dengan karenah budak2 lagi. hmmm sedia maklum laa kan kalu ada anak yang tengah lasak ni...
balik kali ni mmg tak gi memana pon. ulang alik umah MIL dengan umah ma abah aku jer... sib baik dekat, sehari boleh 2-3 kali ulang alik....
 anak2 aku mmg sronok aar balik umah tokma sbb banyak tarikan, dah rupa zoo mini kot. 
burung,kambing, kucing, ikan... yg cucu bila rayyan kata kambing tu dog.. haah ko, mmg betul2 org KL dah, tak kenal kambing.
banyak gambar kat umah parent aku je, segan plak nak nak snap2 gambar kat umah MIL. 
memang tak gi memana langsung. tu pun aku ajak asben pusing2 bandar sehari seblm bertolak balik. takdenya nak singgah pasar siti khatijah bagai, singgah baazar tok guru takyah mimpi okeh. sempat jugak aku snap gambar pokok kurma yang tetiba femes kat tengah bulantan Kota Bharu.  
mmg ramai aarr dok amik gambar kat pokok kurma tu. tapi aku takde laa nak turun. bulatan besar ko... dengan anak kecik, tak sanggup aku nak cross jalan yg sibuk tu semata2 nak bergambar. snap dari dalam keta je. tp mmg lebat giler berbuah. bertandan2 jugak laaa...
yang sempat singgah RTC di Tunjong je. kira mcm bandar baru. RTC (rural transformation centre) ala2 utc gitu. singgah sini sbb asben nak makan durian. selesa tp tahap kebersihan masih lagi kategori C kot. tapi maakk ooiii... murah nak mam.. udang besar tapak tangan RM15 sekilo je ooii... sotong besar RM12 sekilo..  kalu boleh hangkut bawa balik KL, maunya aku beli berkilo2...
rumah parents tempat aku dibesarkan

 suka nau laaa bila adik bongsu aku rajin melayan 2 beradik ni... burung nuri yg kalerful, suka yaya dok tgk burung ni..

halaman umah. abah mmg trim pokok2 tu. lps pencen tu je keje dia selain ulang alik ke masjid....

layan ikan pulak..

anak2 aku yg jakun tgk kambing. rayyan dah tak berbaju, tp puting lekat je kat mulut.

tengok rayyan tu ditariknya tali kambing tu..

anak kucing baru beranak. ni satu lagi fav yaya... semangat Malaysia sungguh.


ni laa pasat RTC kt bandar Tunjong. asben & abang ipar aku nak beli durian...

meriah kat pasar ni. pastu murah2 pulak. rasa nak je angkut balik KL segala sayur mayur, ikan, sotong, udang. murah sangat, rasa mcm tak sampai ati dah nak tawar menawar...

beli belok sorang satu leka skit diorang. boleh laa aku tgk2 barang... katu tak tak larat nak kejar 2 beradik tu


mcm2 adaa.. tp tahap kebersihan masih lagi C bagi aku. kalu tgk makanan tempatan rasa mcm semua nak beli. murah bebb murahhh... kalu setakat nak makn bubur jagung, bubur pulut hitam, kuih2 tempatan tu RM1 je sebungkus.

  
pokok kurma kat tgh2 bulatan bandar KB. sku snap dari dalam keta je. yang kuning tu laa pokok kurmanya... pokok lain bertandan2. ni sbb asken aku stop kat pokok yg kurang skit tandan.

besar bulatan ni, tak kuasa aku nak angkut budak2 tu cross jalan sbb nak snap gambar sini.

8 comments:

  1. Syukur. Tahniah KB. :-)

    Bagi tinjauan lain-lain lokasi pepohon tamar berbuah di Malaysia, sila singgah ziarah ke pautan ini :

    http://syfultamar.blogspot.com/p/blog-page_22.html

    ReplyDelete
  2. bestnya suasana kampung.
    syok dapat balik kampung kan..anak-anak la yang seronok nak main kat kampung

    ReplyDelete
  3. wah besttt lepak lepak kg.. sukanyaa ida kg akak. ada macam macam jenis binatang .. ai likeeeeeeee

    ReplyDelete
  4. cantik yer kg halaman akak di KB....seronok tau tgk permandangan sebegini...sis heppy betul anak2 sis naik flight kan....murah harganya wpun last minit.

    ReplyDelete
  5. Bestnya balik kg...rindu kg uhuhu

    Femes skrg pokok kurma KB ni kan...bangga jap hehehe

    ReplyDelete
  6. vahhhh,siap tgk kambing in real.beshnyaaaa~

    ReplyDelete
  7. seronok anak2 dapat balik kampung yer.. :)

    ReplyDelete