korangggg.... sila jangan muntah hijau tgk aku post resepi berderet2 wehh... ni nak bagi idea kat korang untuk bulan puasa nnt. sebenarnya lepas aku cuba buat bendi bertelur ni 2-3 hari aku buat resepi ni. sedapp wehh... ratah gitu jer krup krap.. kruup krap... rangup kooo... puas ati buat sendri sbb tak berlendir2 mcm yg slalu mkn kat kedai tu.... ada caranya & tipsnya...
selama ni aku cuma lecur celur je bendi cicah budu atau sambal belacan. bila dah cuba resepi ni mmg akan akan goreng mcm ni laaa...
jom buat resepi express yg sedap dan berkhasiat ni utk bulan puasa nnt. buat utk sahur boleh, utk berbuka pun bole. cepat dan sedap... wahhh gitew...
aku cilok dari blog kak Azie. tapi biasa la kalu tak derhaka mmg tak sah kan. aku tambah sos tiram & kicap masin.
resepi asal SINI
Kacang bendi - potong nipis menyerong
2 telur - dipukul
Sedikit garam
sos tiram & kicap masin (aku tambah)
sos tiram & kicap masin (aku tambah)
Bahan tumbuk:
2 cili merah ( nak pedas skit tambah cili padi 2-3 biji)
2 bawang merah
1 bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk kasar sehingga naik bau.
Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan serbuk perasa.
Bila bendi sudah separuh masak, curahkan telur ke atasnya. Biarkan telur setengah masak, baru di kacau.
Kacau rata dan tutup api supaya bendi kekal rangup.
Siap untuk dihidangkan.Kacau rata dan tutup api supaya bendi kekal rangup.
*TIPS agar bendi tak berlendir, potong bendi bila nak masukkan dalam kuali. jgn potong bendi awal.
serius sedap. peminat bendi mesti try..
tengok gambar ni rasa makn amik makan je bendi tu...
wahh sedap nih...harus try utk menu hari ni...thanks for sharing ye...tip tu ohsem ok :)
ReplyDeleteWow...semlm g pasar konon nak masak asam pedas ikan jenak letak bendi...dh balik masak lauk lain plak. Bendi simpan peti sejuk je..so dah ada idea nak masak apa dgn bendi tu esok punye lauk...tq!
ReplyDeleteadeh..nasib tak pose..kihkih..
ReplyDeleteAdeh..sedap nye..da la ngah pose ni kak..hihi..nak try wat juge..
ReplyDeletewah boleh cuba ni senang n cepat.
ReplyDeleteBiasa buat camni amy tp xtmbh telurla..sedap nk..nx time nak tambah telur
ReplyDelete