Pages

Tuesday, September 30, 2014

Puan Blog Punya Birthday yang ke 37 dahhh...

Sebelum abis September mokcik birthday girl laju-laju nak update tentang birthday pada 25hb ritu.
pada yang tak tau aku gi kursus BTN pada 22-25 september ritu.. kebetulan lak hari birthday jatuh pada hari terakhir kursus. sapa yang penah gi kursus BTN mesti tau cemana dia punya kursus kann..

ok, tak citer tentang kursus, tu nnt next entry aku citer.balik dari kursus ritu lebih kurang kul 5.45 sampai ke opis dari KUala Lips naik bas. punya laa penat nak pengsann aku rasa hari tu. sampai KL sentral mamai je sbb rasa cepat sangat pulak naik bas, ke driver ni bawa bas laju?? satu je nak bgtau tentang kursus tu sangat SERONOK, ENJOY dan HAPPY giler... 

asben amik kat opis ptg tu.. masuk je keta mmx excited giler nak citer tentang aktiviti kursus tu selama 3 malam 4 hari. wahhh ko mcm gi bercuti kekdahnya yerr.. punyaa laa hepi.
citer punya cite punya citer aku mmg tak perasan langsung hadiah present aku kat dashboard depan tu. Serius!!! mmg tak perasan beb mesti kecit ati kot laki gua kejap. buat dunno je kan...
dek si binik ni lupa diri dok bercerita sampai laki terpaksa bgtau present aku kat atas dashboard tu. terus tergamam, terharu, terkesima. sebak sangat, terus aku muahhh2 je kat situ. miahahahah...

tak sangka langsung cik suami boleh bagi hadiah jam tangan. sebenarnya sblm tu mmg aku aim nak beli jam tangan. reward untuk diri sendiri dan hadiah untuk diri sendiri sempena birthday aku yang ke 37. dah tua dah weeiiii. balik umah pulak dengan penat yang amat, kalu boleh terus rasa nak mandi tido je. 
sampai umah skali lagi ada surprise. pizza big box dan  1 slice kek. aduhhh... terus hilang penat, lepas makan ada pulak. sambutan kecil2an mcm ni lagi ohsem dari sambut bercandle light ooii, nak 2 pulak dikelilingi anak2 yang semakin paham apa tu sambutan hari jadi.. ada pulak "ogawa" dok picit2 bahu.

terus rasa yang suami aku tersangat la ohsem. sblm ni dia hantar bunga je kat opis. kali ni lagi romen-tik. 

Ya Allah bersyukurnya aku dengan nikmatMu Ya Allah....

 dok depan mata aku tp boleh aku tak perasan hadiah ni tau...

 
 latest model Pierre Cardin

 nampaknya tangan yaya dah tak nyabar nak capai lilin kat kek.

suami ku yg ohsem. daku dah 37 thn.

Wednesday, September 24, 2014

Preloved /new items for sale

STICKY POST
SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY

aku nak jual beberapa barang2 baby yang masih elok, boleh diguna dan tak penah rosak. barang2 ni disimpan elok. gara2 masa cuti Hari Malaysia hari tu cik suami mengemas dalam almari barang2 tu. banyak betul barang rupanya. 

so aku deside nak jual je dengan harga yg berpatutan dan dapat lagi free gift barang lain.
iyer laa buat apa aku nak simpan kalu tak digunakan. 

barang pertama aku nak jual set pam susu brand spectra 3. condition masih elok sgt2. aku guna 5 bulan je. harga beli dulu RM550.

nak jual RM340 boleh nego lagi. set termasuk beg stylo mama, icepack autumn 3 pek, botol simpan susu 3 botol(belum digunakan lagi), plastik liner susu, corong pam 2. free gift beg dukung baby jenama anakku(tak tau panggil apa sebenarnya beg dukung tu) masih baru sbb tak penah guna pun.





 free gift beg dukung baby brand anakku.belum penah guna.

kusi makan baby dari ikea ni pun nak jual jugak harga RM17 je. ni gambar lepas dah buka kaki dia, lupa nak amik gambar sebelum buka kaki dia. condition 8/10.
 KUSI BABY SOLD TO AZRINE TAHAR
kasut TRANSFORMERS ni baru lagi. masih belum pakai.  sebab nak jual, rayyan tak nak pakai. beli masa raya ari tu. saiz 28. nak jual RM40, untuk serius buyer. condition 10/10.



 set bedding baby brand  Little Bean. ada toto, cadar, selimut, padding utk tepi katil bby(tak tau panggil apa). condition 8/10. harga RM50. beli dulu harga RM100++.




 baju kurung baby untuk umur 1thn ++ dan 3 thn ++ nak jual rm15 je sepasang. kain english cotton. nak abiskan stok. tak leh nego dah sbb modal pun tak lepas ni. jual dulu RM40 sepasang.







 stroller halffold. seat dia boleh facing kita atau facing depan. condition 9/10. buat jalan kat mall je. nak jual RM430.


serius buyer only. call /whatsapp 017-3213039. harga tak masuk pos, tp lebih prefer COD area gombak. Self collect pun boleh.

Monday, September 22, 2014

Throwback#rindu sgt rasa time diorang masa umur cenggini...

masa ni yaya meniarap rata satu umah, tak kira bawah meja, celah kosi. bersekongkol betul dgn abang dia..

masa ni umah takyah cakap laa mmg bersepah giler, dgn walker, menan... perabot pun semua rapat dinding....



Friday, September 19, 2014

RESEPI: muffin vanilla sedap

salam jumaat yang barokah uols...
ari ni aku nak resepi muffin yang selalu aku dok buat dan jugak yang selalu customer order.
aku takde la pandai sgt nak buat kek bagai... buat hanya untuk anak aku jek sbb rayyan suka nau makan kek, bagi dia baulu pun kek... yang boleh amik oder tu bila ada potluck kat opis aku atau asben aku kdg2 buat laa muffin ni kalu bahan tu dah ada kat umah... 
lama2 ada yg suka dan tempah dengan aku.

resepi ni korang boleh olah sendiri nak letak apa2 filling yang korang suka, coklat cip ke, blueberry ke, badam ke atau apa2 je mengikut selera. ehh nak buh pisang pun boleh...

kebetulan minggu lepas ada customer oder mini muffin ni filling blueberry, so aku buat lebih boleh la buat minum petang, lagi pun dah lama gak tak buat kek untuk rayyan kann...

sebab blueberry ngam2 je dgn yang customer order, aku cuba letak cheese pulak kat atas. mmg sedap.
aku mcm penat "skit" kalu amik oder buat muffin ni sbb 2 beradik tu "rajin" nak nolong.

"abang buat... abang buat..." bila turn nak tabur badam atau masa nak kacau adunan tu..

pastu yaya pulak
"yaya  buat... yaya buat...."
mana tak letih kalu cenggini gayanya....

aku dah lupa mana aku dapat resepi ni sbb dah lama nau, 
resepi pun aku main tulis dengan pencil atas ketas je dulu.pastu oter skit2 ikut selera... Ampun yer pemilik resepi....

ni base vanilla muffin, so ikut kreatip uols nak buh filling atau letak pape atas tu. boleh la buat weekend nanti ok...

SELAMAT MENCUBA...

 


Bahan-Bahan:
·         2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour)
·         3/4 cawan gula castor
·         1 sudu kecil baking powder
·         1/2 sudu kecil garam
·         1 cawan susu, full cream Dutch Lady
·         1 sudu kecil esen vanilla
·         1 biji telur, saiz besar
·         1/2 cawan butter, cairkan
·         hirisan/nib  badam, untuk hiasan
Cara Penyediaan:
1.      Panaskan oven kepada 180 degree celcius
2.      Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
3.      Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
4.      Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh,hiaskan dengan badam dan bakar selama 20 minit.
Tips:
Pastikan butter cair dan sejuk pada suhu bilik supaya telur tidak menjadi masak semasa proses mengadun.

Monday, September 15, 2014

Keadaan rumah bila ada anak tengah membesar...

Hakikat sebenar keadaan rumah bila anak anak yg tengah membesar. mmg tak boleh nak elak. aku sebolehnya tak nak bagi dia bawa turun menan kat bawah. bila bawa ke bawah camni laa keadaannya. 

nak sekat2 pun tak boleh sebab ni pun salah satu pembelajaran diorang. yang beli menan tu pun aku jugak. tak kan dah beli menan nak simpan (walau dah berkotak2 menan laki aku simpan)
tapi cara aku ajar diorang, kemaskan menan lepas main, kalu tak kemas tak leh naik tido, tak leh gi jalan2.

cara terbaru aku ialah "kalu tak kemas nanti Ummi bubuh dalam plastik buang kat luar" bergegar2 rumah diorang kemas laju2 buh dalam kotak sebab takut aku buang menan2. miahahahha...

kalau boleh mmg aku tak nak ugut2 cenggini, tp kalu tak buat cenggini tak larat ooii aku nak ngutip tip kali diorang main. ni pun salah satu cara nak disiplinkan diorang.  aku tak tau laa cara korang cemana. tp aku buat gini lepas dah cakap elok2.



Thursday, September 11, 2014

Cara aku uruskan beli barang basah dan masak sempoi setiap hari sebagai ibu bekerja

 jadual menu aku untuk masak sebulan.


aku memang beli barang basah setiap minggu. setiap minggu jugak aku gi pasar beli barang keperluan.
aku seboleh mungkin cuba masak setiap hari untuk suami dan anak2 sbb nak avoid beli makanan dari luar. bukan lah bermaksud aku haramkan terus makanan luar tp kalu setakat nak makan nasi goreng, makan malam yang ringkas untuk isi perut better aku masak sendiri. at least aku tau apa aku letak. anak2 pun tak sakit perut.

sekali sekala kitorang makan jugak KFC, pizza dan sebagainya. budak2 pun bosan jugak kalu setiap hari makan nasik jerrr....

aku punya style mmg beli bahan basah mengikut apa yang aku nak masak setiap minggu. kalu aku beli sayuran berdaun mcm sawi, kangkung, aku cuba habiskan dalam masa 1-2 hari lepas beli sbb nak elakkan sayur tu rosak. so takde la pembaziran di situ. bila dah plan apa yang nak kita masak senang lah nak beli barang.

kat rumah aku ada jugak tanam daun pandan, limau purut dan kari. menda2 ni boleh dikatakan mmg guna setiap minggu. mcm pokok kari. kalu beli kat kedai  singgit kot sepeket, nak guna sepelepah je. dah tentu yg lebih tu kering camtu pastu buang. nampak tak penjimatan kat situ. sama jugak mcm daun limau purut untuk masak paprik, daun pandan nak masak nasi lemak, bubur.....

kalu ikutkan nak je aku tanam pokok2 lain yang mmg guna mcm serai ke, daun bawang ke tp dah takde tempat dah kawasan rumah aku. tu pun main tenggek je kat sempadan antara rumah aku dan umah jiran.

sayur yg tak tahan lama mcm tomato aku beli yg hijau2 jadi lambat la skit rosaknya. yg selalu beli kentang, karot, kobis... cili, limau biasa aku beli seminima mungkin sbb cepat kecut.

jajan untuk anak pula biasanya aku beli biskut kegemaran diorang dan air vitagen setiap minggu.

barang yang boleh tahan lama mcm kicap, sos bagai tu mmg aku akan beli yg besar so jimat dah kat situ.
tak payang ulang beli setiap bulan. macam gula kalau ikutkan mmg lambat jugak nak abiskan sekilo tu, sbb suami suka minum yg 3 in 1. tp sbb aku slalu jugak buat kuih, kek, sekilo tu tahan 2 bulan.

stok mcm mee, kotiaw, bihun, ada je stok setiap minggu ikut apa yg akan masak utk minggu tersebut. bihun  dan yee mee sentiasa ada stok sbb sebungkus boleh masak 2-3 kali.

minyak pula biasanya aku guna 2 kali je. ada jugak minyak zaitun untuk tumis2 yg guna minyak sikit mcm sup, sup sayur. minyak zaiton mahai tak leh guna byk2. minyak bijan lak untuk masak nasi ayam ayam atau masakan cina.

ikan pula aku beli ikan tenggiri, ikan merah, ikan kembung, ikan selar. anak aku suka makan ikan, aku lebih suka bagi diorang makan ikan tenggiri/ikan merah sbb tulang senang nampak.  skali masak ikan biasanya dalam 2-3 keping/ekor cukup untuk skali makan. 

ayam aku beli yg sederhana potong siap2. balik cuci je pastu terus marinate siap2 letak halia, bawang putih, garam, kunyit. yg bahagian dada tu aku potong kecik2 buat rencah untuk goreng mee/kotiaw, sup sayur.
aku simpan ayam buat 3 portion. skali masak kuarkan 1 portion. kalu minggu tu ada menu sup ayam aku tak letak la kunyit, halia semua tu.  tips marinate ayam tu aku ada share kat SINI. senang marinate sesiap, buka api terus goreng je.

kalu weekend pulak aku masak untuk makan 2 kali terus, tengahari dan malam. mmg seharian laa ku masak bfast, lunch, minum petang, malam makan lauk tghari td. biasanya aku masak weekend ikut apa yg suami request laa. nasi ayam, nasi tomato. ataupun lauk pauk yg special skit yang jarang aku masak masa weekday. udang/ketam mmg JARANGGG sangat aku beli sbb asben tak makan. kalu aku masak pun aku sorang je bedal.

 minum petang pun ikut apa yg request. tak tentu jugak, sebab anak2 dah pandai request apa yang diorang nak.

 tu pun tertakluk kalu aku tak gi memana atau takde tetamu kat umah.

eehh.. korang pun share lah jugak cemana korang uruskan dapor korang sebagai suri rumah atau ibu bekerja. nnt next n3 aku share menu weekend pulak yer...

Wednesday, September 10, 2014

Berapa rate utk Executive Pool Villa Grand Lexis Port Dickson?


aku sebenarnya tak nak letak rate bilik yang kami pergi short vaccay sebab takut disalahertikan. tetapi memandangkan ramai yang bertanya rate bilik yang kami duduk tu, maka aku cuba think positive. 

sebelum amik bilik tu , aku dah cuba call untuk tanya government rate memandangkan asben aku pun layak untuk dapat rate tu. tapi bila tanya harga bilik hanya kurang dalam RM50 gitu je. rate RM812 tu dah termasuk government tax dan servis tax. aku booking bilik tu melalui agoda. bilik yang aku amik adalah executive pool villa. aku tak sure lah pula government dapat sampai RM350.

harga bilik ada berbeza mengikut musim cuti sekolah, weekend dan jenis bilik sama ada garden view atau sea view. korang boleh cuba google website grand lexis  tgk jenis2 bilik deluxe, executive dan lain2.

so, korang leh la plan bila nak pegi sana. seboleh2nya booking awal sbb bilik selalu full.

 tq pada uols yang bertanya...


email dari agoda bila dah confirm atas nama asben

rate untuk 1 malam executive pool villa

Tuesday, September 9, 2014

short vaccay: Grand Lexis Port Dickson Hotel

last week sempat jugak gi PD. dah lama sangat tak bawa budak2 tu jalan2. dari puasa, sampai raya, sampai skrg takde pun jalan2. si rayyan pun dah mula nyebut nak gi pantai... nak gi pantai.  dok pakai je baju mandi dia dalam rumah. mandi dalam bilik air pun pakai baju mandi . hahaha.. bergaduh dgn aku tau...

dalam keta masa jugak laa dok cari hotel kat agoda. suami pulak dah lama nak dok Grand Lexis. pikir minggu depan dah start cuti skolah mesti lagi mahal, terus je proceed key in dalam keta kat henpon cinocoet. gigil2 aku nak tekan hurup2. bilik deluxe semua dah abis, tinggal exec pool villa je. 
Grand Lexis mmg asyik full je kalu weekend. ramai nau singaporean stay sini...

kitorang sampai kul 3pm. lepak2 kt bilik mandi kolam dalam bilik. kul 6 siap2 kuar makan.

uols yang nak ke pantai, jalan2 menyusuri pantai, nak main2 maisr buat istana, nak jogging, main sukan air tu aku tak suggestkan sgt hotel ni sbb dia atas laut. cuma jalan2 kat siarkaki yang dah dibuat tu. kalu nak ke pantai kena kuar jalan jauh hotel ni takde private beach. mandi je kat pool yang ada dalam bilik atau pool kat luar...

 pemandangan sangat cantik, servis tiptop. kalau yang nak honeymoon tu mmg sesuai sgt2 laa. kolam pulak dalam bilik takyah nak segan silu lagi nak pakai bikini bagai...

aku pun 1st time leh swimming. biasa main2 air sambil layan budak2 jer...
puas hati datang sini sbb budak2 tu nampak happy giler dapat mandi kolam.

tapi kat bilik tu dalam jugak 4ft. kena monitor budak2 tu. takleh biar diorang sendiri.
bila bawa mandi kat pool luar air sekaki setgh je. boleh biarkan je diorang dalam tu. aku monitor dari jauh je. alaaa takat lutut diorang. kalu jatuh leh bangun sendri.
dari lobi nak ke bilik kena naik buggy car. jauh woo nak menapak. suka nau bdk2 tu dapat naik car kecik katanya...

bilik kami paling hujung

bila sampai bilik jer, mesti 2 budak ni yang akan buat spotcheck dulu...
abis tepon, lemari diorang buka...

ada dua king bed. mmg luas giler bilik ni...

view pool dari bilik

kejakunan 2 bradik ni. terpegun kot boleh tgk air laut dari lubang transparent ni. dok sebut fish..fish...

kat pantry siap ada microwave. mmg luas giler..

dari tepi pantry leh nampak kolam kat tepi tu. hujung skali tu toilet & bath room. mula laa mak incik berangan nak buat rumah cenggini.

ruang toilet mmg asing dgn bath room

asben laaa layan bdk2 tu mandi.




view dalam bilik lagi...

turn aku dgn anak2 lak posing. susah tau nak tgk rayyan posing gituw..

view luar bilik..


tgk... bila buggy car lalu jer sampai terteleng2 kepala. best naik car kecik katanya..

tgh tunggu buggy car

susana dalam restoran ikan bakar. mmg takde orang tp bila dah lps maghrib. yaaa hampun  penuh meja

.
restoran ni kat teluk kemang. korang google laa cari eekk... rasa ok je laa 

sblh restoran ada pasaraya. mmg kena pau laa jawabnya... dah dapat sorang satu.

lala sweet sour

sup ayam

ikan siakap bakar. ada 2 sos. sos kicap,sos air asam.

sotong celop tepung

ko tengok... punya la susah aku nak makan. meja dah penuh atomen. 

balik makan baru tau rupanya ada 2 hotel. lexis dan grand lexis. cantik sgt pemandangan

muka hepi dapat nak car kecik. penat dah nak menapak ke bilik. so boleh naik buggy car

sampai bilik terus susun atomen. jangan sapa2 berani sentuh.

esoknya lepas bfast mandi kat sini pulak...

kemain suka budak2 tu...

1.5 kaki je. atas skit lutut yaya. aku monitor dari jauh...

yeayyyy....