Pages

Saturday, May 30, 2015

3d Museum @ Langkawi

sape tak datang sini mmg rugi laaa... 
dah alang2 sampai kan maka harus lah beli tiket masuk sini.
rate tiket seperti jadual di bawah. 
masa saya dan keluarga pegi ari tu, kami amik tiket
skycab+skydome+3D art museum. 2 dewasa 2 kanak-kanak. total RM158.
lupa nak bagitau, harga tiker berlainan untuk Warganegara dan bukan Warganegara. 
so better bawa ic masing2 termasik ic anak. 
kang kena charge lagi mahal wooo..

cuma masa naik cable car tu nasib agak kurang baik sbb hujan lebat.
 so sekadar naik je tak leh tgk view pon. dah laa ujan lebat.. 
budak2 tu pun takut, berpelukan kami dalam kabel car.
 skip citer cable car terus masuk citer 3D museum ye.

bagi saya sangat2 berbaloi.
 lagi laa yang pandai posing dengan lukisan 3d tu, mmg cun laaa..
saya pulak hadoi bergaduh sakan nak bergambar sbb rayyan kan tak suka bergambar, 
bukan takat gambar dia, saya nak bergambar pun dia tak bagi...
jadinya gambar2 yg ada tu main snap2 je tak sempat nak posing betul2.
tu pun tak crop pun gambar... biarkan je ori mcm tu..

ni je yg saya masukkan. kalu nak ikut berpuluh2 gambar...
iyer laa kang nnt ada pulak yg muntah ijo tgk gambar kami anak beranak..

museum ni 2 tingkat, mmg banyak sangat 3D dia, 
tu pun ada jugak yg saya tak sempat amik..

 


 lupa lak nak pegang bag sebelah lagi sbb dah pegang yg ori kan...
 ada jer dia nak menempel.. mmg tak bg saya bergambar langsung..


baru nak feeling2 diva... 2 beradik ni datang pulak.. nak posing sama





yaya paling WIN bila suruh posing

ni lagi satu, tak bagi can nak ber diva..




Sila klik link di bawah untuk cerita Lnagkawi kami...


http://amerislovely.blogspot.com/2015/05/jalan2-langkawi-part-1.html

http://amerislovely.blogspot.com/2015/05/shopping-di-hig-dan-island-hopping.html

http://amerislovely.blogspot.com/2015/05/tips-melancong-ke-langkawi-dgn.html

Friday, May 29, 2015

ANNIVERSARY: 7 tahun menyulam cinta hidup berumahtangga

Assalamualaikum... beri laluan untuk n3 penting tahun ke7  kami...

Pada tarikh ini, 7 tahun yang lalu...
Hingga ke hari ni berkongsi suka duka pahit maung masam manis kelat.. 
dirasai bersama.

Tiada apa yg diminta selain dia menjadi imam saya dan hero heroin hingga akhir hayat.
Semoga dia menyayangi saya, sabar dengan karenah saya.
 InsyaAllah akan saya cuba menjadi yg terbaik untuk dia dunia dan akhirat.

Sesungguhnya saya teramat bersyukur kehadiran dia dalam hidup saya. 
dialah penguat semangat saya, dialah sebelah kaki saya, 
dialah tulang rusuk saya, dialah segala2nya bagi saya
tanpanya sehari memang tak mampu saya mengharungi 
onak duri sendirian bersama anak2 syurga kami..


Asal anibeseri je letak gambar ni... suka sbb masing2 kurus langsing. 
Skrg perut bertingkek2... ehh tu kan tanda bahagia. Tq cik suami.


.
SELAMAT ULANGTAHUN KE 7

Wednesday, May 13, 2015

Shopping di HIG dan Island Hopping Langkawi: Part 3

sambung dari entry langkawi part 2 kat SINI


 ni  kat Haji Ismail Group pada hari pertama di Langkawi.. 
lap peluh... mmg tempat sawan utk para mak2 tengok benda2 ni semua.. 
saya pun geram jugak melihat tp memandangkan had luggage kami hanya 40kg.
 kutahan jebat...
 eehh sebenarnya ongkos pun takde nak memborong bagai... 
lagi pun niat ke langkawi bukan nak borong benda ni semua,
 beli yg perlu je.
yg saya beli banyak adalah coklat je...ngeeee...



untuk tatapan mata sahaja. harga mmg sgt murah berbanding kt semenanjung

ni hasil aku memborong pada hari pertama di HIG, lap peluh lagi... pfftttt...

hari ke-2 di langkawi kalu ikut tentatif, kami ber island hoping.
sebenarnya untuk ke island hoping ni saya takde arrange dengan sesapa lagi..
malam sebelum tu whatsapp group gojes tanya. 

nasib baik ada geng gojes Zila dari langkawi. 
dia bagi no fon kuarga abang ipar dia yg mmg buat bisnes keta sewa,
 island hoping dan homestay kat langkawi..
nnt saya bagi info yer...

masa deal dengan Wan budak island hoping tu,
dia bersetuju untuk amik kami sekeluarga di lobi hotel
pada pagi tersebut untuk ke jeti bot. bagus sangat si wan tu.
lagi 10 minit nak sampai dia call,
 jadi takde laa kita terkocoh2 masa bfast tu.
 ngam2 abiskan bfast dia pun sampai sangat recomended..
lega skit rasa sbb takde laa kitorang menyesat cari bot diorang kat jeti nanti.
 lepas siap2kan budak2 tu, bfast kat hotel, si wan tu sampai.
sempat aku menapau beberapa ketul kek, mufin dan sosej utk bawa ke pulau.
suami pun dah belikan biskut, roti dan air minuman
 memandangkan harga air kat sana mahal weii..
boleh baca tip kat SINI

dari jeti ke Pulau Beras Basah amik masa lebih kurang 45minit gak.
bot agak laju jugak..bagi saya kalu mengandung tu tak digalakkan sangat.
 boleh cuba dapatkan nasihat doktor dulu.. dalam bot boleh muat 12 orang.
kat Pulau Beras Beras budak bot tu bagi masa 1 jam kat sini.
so boleh mandi, amik angin, bergambar.

lagi satu kat pulau ni banyak monyet. yg bawa anak kecik kena hati2 skit.
sbb monyet2 ni boleh jadi ganas jugak...

rayyan dan yaya mmg pantang laa tengok laut. mesti nak mandi punya.
saya mmg dah stand by baju mandi diorang. pastu bawa sepasang baju spare..


time mood dia elok mmg best amik gambar budak ni...

si rayyan pulak suka sangat buat binaan dengan pasir..

cuaca yang sangat cantik...

ada jugak gambar 1 family tp rayyan mmg anti camera tau...

lepas ke pulau beras basah destinasi seterusnya ke Tasik dayang bunting pulak..

muka dah serabai

time nak bergambar sokmo buat hal. sorg blkg bontot, sorang lg sorok muka...

masa kat dayang bunting, saya tak naik pun ke atas. suami je yg menapak naik. 
saya cuma lepak dgn anak2 sambil tgk monyet2 kat situ...

time ok siap boleh peace nak ambik gambar



 
selfie je laaa. laut kat belakang tu cetek je tak berombak pun

 eagle feeding. byk betul helang kat tempat ni, 
tak tau apa tarikan helang ni ada kat tempat ni je..

Pulau Dayang Bunting. mmg nampak jelas bentuknya




INFO:
bot untuk island hoping - Riduan  watsapp- 0176916975

klik untuk baca  citer Langkawi
PART 2






Tuesday, May 12, 2015

Cerita Rayyan dengan Nappy

macam yang saya cerita sebelum2 ni.
 rayyan masih lagi tak boleh lepaskan kain napkin dia. 
dari baby lagi kain dia mmg tak boleh tinggal gi mana2.
kain tu dah rupa macam kain lap lori.
bukan tak basuh tapi kaler tu dah kepam sangat2.
rendam dengan 3 baldi clorox pun tak putih dah rasa..

saya tukar2 jugak basuh kain dia. sebenarnya ada 2 je lagi napkin tu.
tapi bila kita bg yg baru dia kata bau busuk. nak jugak yg lama..
so letak laa celah ketiak nak bagi bau kepam2.
hahahah... kejam tau saya ni...

pergi Langkawi pun mg hangkut kain dia. 
cer korang tengok nak kuat jalan2 pun ada kain kat leher. 
dah ghupa Herman Tino dah.. hadoii anak jantan nih..

yang kelakarnya masa nak check out, 
saya tak jumpa cari kain dia. puas dah cari celah2 katil, cadar kosi..
tapi takde. dah takkan nak cari lagi nak gerak gi airport dah oiii...
dalam hati jangan laa dia tanya kain dia tu.

alhamdulillah sampai ke hari ni dia takde lagi tanya kain dia tu.
ehh ada penah skali dia tanya tp saya cakap tinggal kat Langkawi. 
pastu takde tanya lagi dah..
makanya dah lepas laa kain dia tu. 
dah besar dah abang ooii, tak payah nak kain2 dah

 



Monday, May 11, 2015

Jalan2 Langkawi part 2: review HOTEL ADYA

dapat je keta di airport, kitorang terus gi isi minyak. memula isi rm40 je dulu. 
mana tau x abes rugi jek kan..
biasa laaa kalu singgah petronas mesti kena pow dengan anak2 dulu. ok, 
tunaikan apa yg diorang nak supaya tak cranky. 
 robot rayyan je dah abis rm15.90...
sebab datang pun nak bersuka ria ikotkan aje apa yg anak nak sobsss..

pastu terus jalan2 cari makan utk tengahari tu. 
dalam tentatif mmg nak sgt ke JOMI IKAN BAKAR sebab review banyak kata tempat tu best.
 tapi sayangnya kedai tersebut tutup seminggu. gi umrah ke tak tau laaa...
takde rezeki nak merasa ikan bakar kat situ. 

anak2 pun dah kelaparan, makanya kitorang singgah je kedai makan terdekat.-lupa lak nama kedai tu-
masa tu dah nak dekat kul 3 pun. 
beli je apa2 makanan utk lunch sebab anak2 pun dah kelaparan, merengek.
lagipun cuaca sangat panas. tak sempat nak snap gambar restoran tu.
 tapi ikan pari dengan cicah dia sedap.
rugi pulak amik sekor. pastu amik kurma daging.. 
ehh sedap laa kurma dia... huhuhu

disebabkan 2 beradik tu dah tak berapa nak stabil
 saya tapaukan je pastu makan kat hotel.
saya sekeluarga stay di Hotel Aya. 
caner boleh dok sini?? kisahnya sblm tu tertengok kat astro apa tah pasangan Irma hasmie
honeymoon kat situ. mmg cantik dan hotel tu hotel islamik.
tu yang boleh ter stay kat situ.. bilik pun besar, puas dua beradik tu lari2 kejar2 dalam bilik. 
cuma takde bath tub je... yg lain semua ok. maklum laa hotel baru. 
siap ada quran dan yasin.. sejadah pun ada.. iyer laa kata hotel islamik kan.. 
tapi kalu ada azan tiap kali masuk waktu solat lagi bagus... hmmm.

lepas makan, kasi 2 beradik tu rehat. dalam kul 5.30 kami kuar pusing town...
tapiiii... 2 beradik tu bantai tido dalam keta pulakkkk...
makanya masa singgah kat Haji Ismail Group tu aku jer yang kuar beli barang,
 suami tinggal dgn anak2 dalam keta.. yuhuuu.... banyak gak melabur kat sini..... 

nak baca langkawi part 1 sila klik SINI



pilih apa yg berkenan rayyan ooii...

adya hotel






jamban pun saya snap...



UPDATE:

saya update adress hotel tu bg yang bercadang nak ke Langkawi. Hotel ni betul2 depan KFC. untuk makluman yang bertanya rate
4 hari 3 malam saya di hotel Adya adalah RM1050. itu adalah rate govt.  kalu rate biasa RM1600++.

ADYA HOTEL LANGKAWI
No 1 PT, 4001, Persiaran Mutiara 2
Mukim Kuah 07000 Langkawi
Phone : +604-960 8000
Email : reservation@adyahotel.com

Friday, May 8, 2015

Jalan2 Langkawi (part 1)

 perjalanan bermula seawal 9 pagi ke klia 2. 
saya kalu gi epot kat kl ni mmg kena awal cuak kalu lambat2.
perjalanan kat kl ni bukan mcm kat KB. 
yg setgh jam boleh jadi beberapa jam okeh!!
tapi saya dah bangun seawal 5.30 pagi. 
mmg mak2 sangat laa ada je benda nak buat kemas tu, kemas ni,
 prepare susu, buang sampah. cek gas...

pagi tu mmg tak masak dah pun sbb nak bfast kat kfc sungai besi tu je.
 senang skit.
 kebetulan kat kfc tu xde orang pun. kami je yg breakfast. 

faveret rayyan la bfast kt kfc. kemain banyak dia makan...
senang skit mkn banyak tido je nnt dalam flight.. -konon-

sampai epot asben drop kitorang dulu sementara dia gi parking keta..
cuak jugak masa nak drop bag sbb airasia nak jugak tengok 
asben sbb beg sume atas nama dia..
ohoi.. mesti laa laki ikot skali. nak kena tengok muka lak...
ok, ikutkan je dah peraturan mcm tu kan...

dalam flight yaya mmg takleh dok diam. 
maka terpaksa la buat homeschooling flightschooling atas flight.
saya mmg sentiasa standby buku kaler2 dan pensil kaler gi mana2.
agak2 budak tu dah tak berapa nak behave,
 kuarkan dan buat laa aktiviti coloring dgn diorang.

lagi setengah jam nak sampai budak yaya mentido...

ni tentatif yang konon aku buat. mengalahkan gi rombongan ko. tp sebenarnya nak memudahkan untuk gi tempat2 nak nak dikunjungi. tp takde laa tepat 100% folo tentatif tu. sebagai rujukan kami jer..
takde laa pasni nak gi mana... pasni nak gi mana...


 bfast kfc di sungai besi yg tepi hiway tu..

 sementara nak tunggu asben datang budak ni boleh pulak main benda ni kat konter airasia..

 budak yg tak berapa nak behave ni..

 terpaksa buat homeschooling atas flight..

 dah mentido lak dia.. ehh asben pun tido gak.

mcm2 dalam beg saya dah mcm beg doremon... 
camera gabak tu ntah guna ntah tak... 
buat berat beg je usung ke hulu  ke hilir..


kalu nak tahu tips2 ke Langkawi boleh klik SINI