Pages

Thursday, July 30, 2015

resepi: pindang tapai ubi

nak selit resepi kegemaran saya skit.

sape penah makan tapai masak pindang???
kalu saya suka sangat tapai pindang ni.
ni bukan macam masak ikan pindang tu tau..
tapai pindang ni lain. lebih kepada pencuci mulut yg manis...

kalu gi kedai jumpa tapai mesti nak masak pindang.
tp tu laa tiap kali nak masak mesti call ma kt kg tanya resepi.
nahh buh terus dalam blog senang nak refer kemudian.
boleh jugak share dengan kawan2 resepi ni.


jom tgk resepi:

bahan:
sebekas tapai ubi RM3.
3/4 cawan santan
2 biji telor
1 1/2 keping manisan kelantan. guna gula melaka pun boleh (ikut kemanisan masing2)
daun pandan

cara:
1. masak santan bersama manisan dan daun pandan sampai cair.
2. celop tapai dalam telor dan masukkan dalam periuk santan td.
3. curahkan telor yg lebih dalam periuk santan td. masak sampai telor masak dan pekat.
makan sejuk2 mmg sedap....


Wednesday, July 29, 2015

aidilfitri kami.... sadis sungguh.

sadisnya nak menulis entry untuk raya tahun ni..
sadis sbb tahun ni takde gambar yg proper pun untuk keluarga.
budak tak mesra kamera langsung tak nak beri kerjasama. huhuhu...

pastu bila nak amik gambar asyik dok menyelit belakang saya.
tak pun mengamuk tak nak bergambar.. 
bila dah mood dia gitu jangan laa nak paksa2 lagi.
pasrah je laa...

mmg takde laa gambar 4 beranak posing2 lentuk..
yang mana sempat je. dapat yg adik, abang pulak terlepas,
 dapat abang adik pulak melarikan diri..

so saya je laa yg sengih sakan bila bergambar. 
asben pun saya capai dia ajak bergambar jap.
samping dan songkok pun tah kemana2 dah..

tahun ni tema purple. actually recycle color tahun2011.
sebabnya asben tak nak beli baju melayu. 
dia je yg tak beli saya dan anak2 tetap beli baju purple.

tu yg sama kaler. alaa ada org kisah ke ko pakai baju sama ke... recycle ke...
hahahahahaaa....

 nitahun 2011 kaler purple. rayyan belum setahun lagi masa ni. mmg behave laa nak bergambar masa ni. kalu laa raya ritu boleh bergambar mcm ni. huhuhu...



 bukti si anti kamera tak nak bergambar. mmg dok belakang saya je selalu...

 tgk si yaya... ni pun cubaan untuk melarikan diri... capai gak asben nak bergambar wpun dah hilang samping dan songkok.

 lagi satu gambar si anti kamera. masa ni mmg kuat betul saya pegang dia...
ayahanda dan bonda.

 nasib adik sporting gak. yg belakang tu nampak sipi2 jer...





Tuesday, July 28, 2015

teaser dulu gambar raya...

nak teaser dulu gambar raya boleh tak?? 
ni gambar family belah saya.. 
tapi belum cukup korum lagi kalu nak diikutkan. 
adik no.2 takde... 
suami saya dan si rayyan budak xmesra kamera pun xde jugak...
 so ni je yg tinggal...
ramai ke??
adik beradik saya 8 orang, 4 lelaki, 4 pompuan.... 

3 yg dah kawin semua anak sepansang sorang.
 yg sorang lagi xde rzki lagi..
takpe enjoy dulu, dun stress.

saya pun tak ingat sebenarnya thn ni turn rumah asben ke umah saya beraya...
tapi kalu turn rumah asben pun tetap balik umah saya kejap nak bergambar sebelum masing2 gi beraya tempat lain. bukan senang nak dapat moment kumpul ramai2 cenggini..

ni pun saya lari jap umah fmly saya dgn anak2 sbb nak bergambar.
asben temankan mak dia dulu..
lepas bergambar makan ketupat terus balik umah fmly asben pulak...

wahh boleh pulak ulang alik ehh??
 rumah family saya dgn umah family asben dekat je.
boleh ulang alik 10 kali sehari kalu nak... tak sampai 5 km kot. hehehe...

 




Monday, July 27, 2015

entry pertama syawal: beraya di rumah bff SSM di Terengganu

orang lain entry pertama raya buh gambar dgn family pakai baju dondon2. 
saya lak entry raya agak caca marba sbb gambar masih lagi bertapa dalam dslr. 
 tunggu lah bila dah transfer nnt gigih update blog. ngeeee..

ni citer masa dah otw nak balik KL.
 kitorang lalu ikut terengganu saja tukar2 angin nak ikut LPT2 yang baru buka tu...

dah masuk setiu cuba call bff Gee.
 terkejut beruk dia siap kata aku belawok nak singgah rumah dia. 
hahhh gee, ni betul2 aku singgah umoh mung.
 janji dari setahun ke setahun nak gi terengganu. huhuhu

kebetulan pulak Gee buat open house hari tu.
 mmg langkah kanan saya dan keluarga dapat makan mee jawa yg sedap.
 anak2 siap bertambah berkali2 wpun pedas2 skit.

tq Gee, hidang makanan yg sedap utk saya sekeluarga.. 
ehh puding laici pun sedap tau.. 


giler cantik rumah Gee, lupa lak nak snap. berangin2 sbb dekat dengan laut...

 
 nampak ketara badan saya yg berisi. dengan dagu berlapis2..
blurr pulak gambar nie..

 rumah Gee banyak menan, dia umpan lak anak2 saya dengan menan dan citer ultraman 
dah jenuh lak nak ngajak budak2 tu balik. abis bersepah umah mung Gee...

giler sedap mee jawa ni... sampai segan nak bertambah lagi..

Wednesday, July 15, 2015

selamat hari raya dari amerislovely sekeluarga..

dikesempatan yang ada saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog amerislovely. segala sokongan uols sangat saya hargai...

ampun dan maaf di pinta andai ada terkasar, terguris, tersentap secara sengaja atau tak sengaja.. sebagai manusia saya juga tidak lari dari melakukan kesilapan, kekhilafan...

Semoga madrasah Ramadhan yang bakal berakhir esok InshaaAllah, 
menjadikan kita insan yang  lebih baik untuk masa mendatang.
 semoga ini bukan Ramadhan terakhir buat kita....

saya dan keluarga akan balik kampung ke Kota Bharu esok 16/7/2015. 
doakan perjalanan kami sekeluarga selamat yer.
 harap takde jem berbelas jam mcm tahun lepas.




selit seketul gambar 2 beradik ni yg tak puas2 menerai baju raya... tahun ni dah pandai tanya bila nak balik kampung, nak pakai baju raya... besar sangat dah

Saturday, July 11, 2015

Resepi: kerabu pucuk paku style kelantan yg sedap

lagi seminggu kita akan berpuasa, semoga ibadat kita pun akan lebih merathon mengejar malam lailatul qada..   saya tidak laa mampu nak buat sepanjang malam. apa yg saya buat ialah bangun sedikit awal, buat solat tahajjud dan sunat taubat bersama suami sebelum kami bersahur... tiada niat riak sekadar berkongsi sahaja....

berbalik kepada resepi .... bulan puasa ni mmg saya rajin ehh buh resepi kat blog.
 sambil bagi idea kat korang utk masak. ngeeee
sebenarnya takde laa rajin benar cuma kadang2 
teringin nak makan sesuau yg jarang ada kat kedai/bazar jadi saya buat lah sendiri.
kerabu pucuk paku ni versi kelantan. mmg sedap sbb banyak ikan, 
rasa masam2 skit, ada kerisik santan pekat... 
adusss boleh buat terliur tau sambil menaip ni..

pastu boleh ratah2 mcm tu jer... serius sedap. 




KERABU PUCUK PAKU
 

BAHAN:
seikat pucuk paku, potong kecil dan celur sekejap. toskan.
2 biji bawang merah
seekor ikan selayang yg direbus, asingkan isi.
santan pekat 1/4 cawan
sedikit lada hitam
jus limau nipis
garam, gula

CARA:
tumbuk bawang merah, isi ikan, lada hitam hingga hancur
masukkan dalam pucuk paku yg telah ditos tadi.
masukkan santan pekat.
perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau.
masukkan dalam peti ais.
sedap dimakan sejuk...

Friday, July 10, 2015

kisah baju raya dan persiapan raya anak-anak

alhamdulillah dah siap semua baju bajan anak-anak.
tinggal baju kurung yaya je nanti amik kat tailor.
sebenarnya kisah baju kurung yaya klakar jugak.
 bila last minit beli tu mcm x match lak dengan kaler purple tema tahun ni.

 so masa saya hantar baju saya untuk alter kt kawan saya,
 cerita lak pasal baju kurung yaya terus kawan saya offer nak tolong jahitkan.
 ya Allah... rezeki sgt. mana ada tailor dah nak jahit lagi 10 hari nak raya ooii... 
kawan saya kata takpe baju budak kejap je jahit. kembang semangkuk saya rasa...

semua baju anak-anak saya beli kat SOGO je. 
takde pun bawa diorg gi beli.
 beli ikut rasa saya je.
rasa murah dan sesuai beli je.
 lagi pun takde ralat sgt sbb baju diorang saya selalu beli.
so just tambah2 je. risau gak nnt kalu si yaya atau rayyan tak nak pakai.
 sebab diorang ada baju faveret sendiri. bila dah suka baju/seluar tu asik tanya jer..

kalu rayyan nak pakai baju melayu pun rasa dah mujur sangat,
 saya takde pun beli sampin songkok bagai...
 kalu tgk kat gambar bawah baju yaya saiz 5-6 tahun. 
dia badan agak besar gak compare dengan budak lain sebaya dia. 
wpun umur baru 3 tahun..

raya tahun ni saya berbelanja ala kadar je... asal anak2 hepi dah cukup. 
keadaan ekonomi semasa buat gerun nak berbelanja sakan.

sebenarnya raya tahun ni kami recycle kaler 4 tahun lepas.
 sbb suami tak nak lagi dah beli baju melayu. 
baju melayu pun pakai sekali je time raya.. 
ni pun salah satu cara berjimat jugak. 
tapi jimat utk baju melayu dia je laa baju saya dan anak2 tetap beli.
 baju saya  kena beli gak sbb baju saya boleh buat gi keje pulak

balik raya harus ada gak buah tangan utk  ma & abah dan MIL.
beli yg biasa2 je. sbb nanti nak bagi duit raya jugak kan..
biskut dan kuih raya semua suami saya yg uruskan..
beli je pun, takde aura lagi saya nak menggentel kuih raya... hihihi
kalu buat pun kek je laaa...

wpun dah less 50% saya rasa baju tu tetap mahal untuk sehelai baju budak pompuan umor 3 tahun. huhuhu... byk kali gak pikir nak amik baju kemeja yaya tu sbb dah hampir dgn harga baju saya lak..

Thursday, July 9, 2015

Resepi: ayam butter cheese yg sedap

penghujung2 puasa ni saya bersemangat betul masak. 
lagi buat bersemangat bila tengok anak2 dan suami makan bertambah.

alhamduillah setakat hari ni masih belum jejak lagi bazar ramadhan...
 minggu lepas buat ayam butter cheese. saya pernah kongsi ayam butter ni kt SINI.
tapi kali saya buat ubahsuai skit tambah cili flake bagi pedas2 skit. 
tp xde laa pedas sgt sbb budak2 tu masih lagi berselera makan.
saya  beli 2 keping dada ayam untuk buat ayam butter ni.

ayam butter ni cicah dengan roti pun sedap..kuah dia sampai menjilat2 jari tau

 

Ayam Masak Butter & Cheese

Sumber: Azie Kitchen
olahan: AmerisLovely

Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang
Beberapa keping cheese[saya letak 1 keping]
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai[saya letak 1/2 tin]
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - optional
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. 
Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi.
 Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

Wednesday, July 8, 2015

Resepi: daging dendeng paling sedap dan mudah

lagi seminggu lebih kurang kita akan berpuasa dan akan menyambut hari raya Aidilfitri. 
wahh semua excited dgn entry baju raya anak2 yang dah siap,
 ada jugak yg dh siap buat biskut beberapa jenis.
 semua tak sabar nak balik kampung berhari raya bersama keluarga dan saudara mara.

ada yg berhari raya ke kampung sendiri, yg berhari raya di kampung mertua jangan sedey... next year turn kita lak yer dok.. gilir2 gitu..

yang tak bagi balik kampung untuk berjimat tu kita abaikan laa yer..
raya bukan tiap2 bulan, time ni je laa nak jumpa keluarga.,
 nak menziarahi saudara mara kan...

okeh... balik pada resepi yg sedap dan mudah sgt2.
 bahan-bahan pun tak banyak digunakan. 
resepi ni saya dah aim utk masak masa raya nanti utk rumah MIL dan umah ma.
kalu buat open house kat KL [un nak buat daging dendeng ni jugak... 
wahhh bersemangat saya dengan resepi daging dendeng yg sedap ni.

saya dapat resepi ni dari bekas wartawan AWANI Beeha.
 kalu dulu slalu tgk dia kt tv tu. 
yg  buat saya teruja nak try bila Beeha kata ni resepi opah dia. 
siap gambar opah dia tengah buat daging dendeng ni. 
air tangan org tua2 ni mmg sedap ehh... 
campak laa apa pun dalam kuali mesti sedap kan...

next time buat Insyaallah saya akan berkongsi step by step....

 
 
Bahan-bahannya

1. Sekilogram daging (dipotong sederhana, jangan kecil jangan besar)
2. Bawang merah kecil 20 bijik
3. Serai 5 batang
4. Halia seinci
5. Kicap manis
6. Sos Tiram
7. Air rebusan daging
8. Garam dan Gula secukup rasa
9. Cili giling dalam dua genggam direbus dan diblender.
10.sedikit air asam jawa (saya tambah)

 jangan pandang serong rupa bentuk daging dendeng. nampak je legam, tapi sedap ooiiii....


Cara-caranya nak buat ;

Daging perap

1. Daging direbus sehingga lembut.
2. Air rebusan disimpan, Jangan buang ya.
3. Setelah rebus daging, toskan dan sejukkan.
4. Setelah sejuk, tumbuk daging. (jangan hancur sangat).
5. Asingkan daging tadi kedalam mangkuk dan campurkan dengan kicap manis.
6. Letak kicap sehingga nampak daging kehitaman.
7. Perapkan selama 20 minit

Setelah perapkan daging tadi dengan kicap, goreng dengan minyak, tos dan asingkan ke mangkuk lain.

 Tumis

1. Kesemua bahan-bahan seperti bawang merah, halia dan serai dipotong halus-halus. Tak digalakkan blender. Kalau tumbuk lagi sedap!
2.  Setelah naik bau, letak cili yang diblender tadi. Tumis dibahagian tengah kualiti (sila rujuk gambar bawah).
3. Dah pecah minyak cili tadi, gaulkan kesemua sehingga rata. Letak sedikit garam dan gula. Sedikit sos tiram dan kicap manis.
4. Apabila dah cukup garing dan rata, masukkan daging yang digoreng tadi. Gaul sehingga rata.
5. Dan akhir sekali, masukkan air rebusan daging yang diasingkan sebelum ini. (ni saya tambah sedikit air asam jawa)
6. Goreng sehingga kering.
7. Boleh dihidangkan untuk santapan!


 
 ni pic dari blog beeha. saya copy kat sini bagi uols faham. tp saya angkat dulu bawang yg digoreng tu, masukkan cili kisar dulu pastu masukkan balik bawang bila cili dh pecah minyak.




Thursday, July 2, 2015

perkongsian Tazkirah Ramadhan

bila ingin mencari resepi baru yang nak dicuba saya suka masuk blog kak Azie sebab ada takzirah yg beliau kongsikan sebelum masuk ke resepi beliau.

tertarik dengan salah satu perkongsian beliau saya cuba share disini untuk tatapan dan renungan pembaca blog saya pula..

semoga kita beroleh kebaikan dan keberkatan atas apa yang kita lakukan.. 

mohon izin dari kak Azie dan saya copy paste di sini.. 
korang nak cuba resepi best2 boleh lah ke blog beliau. 

http://aziejaya.blogspot.com

 Kuliah kali ini sangat terkesan di hati terutama doa yang dibaca di penghujung majlis membuatkan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir. 
Kuliahnya berkenaan matlamat hidup yang utama bukanlah mengejar pangkat, kedudukan dan harta. 

Sebaliknya untuk mencari hidayah Allah.
 Kita kena perbetulkan dulu matlamat hidup kita.
 Macam mana nak cari hidayah Allah? 
Caranya ialah dengan bersungguh sungguh membuat amalan soleh seperti bangun untuk solat malam dll. 

Memang agak susah untuk bangun malam dengan rasa mengantuk dan letih. Memang penat bila mahu melakukan perkara baik. 
 Dunia ini tempat berpenat penat, jadi kenalah sabar dengan kepenatan supaya di dalam kubur kita boleh berehat. 
Selain hidayah, kita hendaklah mencari keberkatan. 


Apa dia keberkatan? 
Ianya adalah menambah benda kebaikan dalam kehidupan kita. 
Yang susah rasa mudah, yang sempit rasa luas dan yang sedikit tetap rasa cukup. Itu sebab di dalam doa yang dibaca sebelum makan juga, kita memohon keberkatan.

walaupun pendek tapi memberi kesan di hati saya...
terasa jauhnya tersasar, walhap umur kita makin lama makin pendek..
semoga Ramadhan tahun ini memberi keinsafan untuk saya dan semua umat Islam..puasa lagi ada kurang lebih 2 minggu, masih belum terlambat untuk mengejar ibadah pada bulan yang penuh barokah ini...

Wednesday, July 1, 2015

TEKAD: Berat badan harus dikurangkan semasa puasa.... berjayakah AKU?


puasa tahun ni saya tekad nak kurangkan berat badan.
 nampak tak berat badan terkini 53kg. ni ketika baru lepas berbuka puasa. 
sebenarnya tu pun dah kurang sekilo lebih kot berbanding sebelum puasa ritu.. alhamdulillah... tapi yg risaunya naik tu mendadak lak bila dah lepas raya nnt. 
sure open house pun merata2 setiap minggu. 

harapnya lepas berpuasa nnt berat saya boleh berkurang paling kurang pun 50kg.
sebenarnya saya nak kurangkan berat badan bukan semata2 utk cantik
 tp untuk kesihatan jugak. dengan ketinggian 153cm tak boleh 
nak bayang kalu berat saya dah jadi 60++kg hadoi dah mcm ayam katik gayanya...
 
lagi satu saya takut bila terlebih berat akan menyebabkan 
penyakit lain pulak datang mcm darah tinggi, jantung dan sebagainya... 
skrg pun saya dah mula rasa cepat penat dan sakit tumit bila berdiri lama. 
mungkin jugak faktor umur kot bila dah menghampiri 40an.. sedar diri
 
yg paling saya risau lagi bila berat badan terlebih akan 
menyebabkan kesukaran untuk solat.. ohh yg ni palinggggg takut.
buka puasa pun makan sekadarnya.. 
sbb tak nak rasa padat perut masa solat maghrib dan terawih...
so cepat2 sedar diri dan muhasabah diri. kurangkan berat badan bukan utk cantik semata. tp itu satu bonus jugak bila dah kurus otomatik akan nampak cantik laa kannn... takde laa pakai baju pun benjol sana sini.. berlipat2 spare tyre tu.. sobssss