sebenarnya dah lama sangat keinginan tu nak masak stew.
tapi rasa macam arrgggghhh susahnya masakan western ni.
skali bila dah cuba takde laa susah sangat pun.
saya rujuk banyak jugak blog dan resepi untuk masak stew ni.
ada yg macam daging masak kicap, ada jugak yg rupa mcm daging masak merah...
saya jugak refer resepi Jamie Oliver kat youtube.
dah kata masakan western kan.so rujuk pada yg betul2 pakar
tapi saya olah semula mengikut citarasa saya.
dan alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan...
tak sabar rasa nak masak stew ni masa hari raha haji nnt.
masa tu kan daging banyak.
asyik masak gulai, kari, sup... nnt kita cuba pula buat beef stew kann..
daging kambing ni hampir sebulan dalam freezer saya.
sebenarnya ni kambing abah saya masa kenduri bertunang adik saya masa raya ke4 lalu.
LAMB STEW
Bahan-bahan
- 1 kg potongan daging kambing (potong cube)
- 1 1/2 biji bawang besar holland (dadu)
- 1 batang lobak merah (potong baji)
- 3 biji kentang (potong 6-dadu besar)
- 3 batang saderi potong kecil
- 2-3 biji tomato [potong dadu]
- 2 sudu makan mentega
- 2 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan tomato sos
- Thyme, rosemary, daun bay, basil, marjoram, terragon (atau mana2 mixed Italian herbs) secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 3 sudu kecilLada hitam yg ditumbuk [boleh tambah ikut citarasa masing2]
- Air secukupnya
- 3 sudu besar olive oil
Cara-cara
- Gaulkan daging bersama garam, lada hitam, dan 2 sudu makan tepung gandum.
- Dalam periuk, masukkan mentega dan olive oil. Kemudian, masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang bertukar perang, kemudian masukkan tomato yg di dadu.
- Ketepikan bawang (masih dalam periuk), kemudian masukkan daging dan masak sehingga keseluruhan permukaannya menjadi perang, kemudian masukkan air 3 cawan. masak hingga daging kambing lembut dan empuk.
- Masukkan lobak merah dan kentang dan saderi, . Renih atas api sederhana
- Selepas 5 minit, masukkan, tomato sos, Italian herbs, lada hitam, & garam secukup rasa. Renih lagi selama 20 minit.
- Bancuhkan baki tepung gandum & tepung jagung bersama 1/2 cawan air. Kemudian, campurkan ke dalam periuk.
- Teruskan merenih sehingga daging, kentang, saderi dan lobak merah betul2 lembut dan empuk. bolehkan masukkan sedikit air jika nampak terlalu kering.
sedap dimakan bersama roti atau nasi..
tips:
bawang holland dadu yg digoreng keperangan dan daging yg digoreng akan merubah warna menjadi coklat. jadi tak perlu tambah kicap ke apa untuk mendapatkan warna sedemikian.
SELAMAT MENCUBA...
Sedapnya lamb stew....lamb tukar beef pun ok kan?
ReplyDeleteArini jadi menu dinner sy lah.
Tq sharing.
Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY
sedap nyaa!..italian herbs tu mmg bikin rasa dia special
ReplyDeleteJemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..
Ros blum brani nk masak gini..
ReplyDeleteCayalah akk. Hihi
tqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq
ReplyDeletemakan cicah dgn roti sedappp....nyum2..
ReplyDeleteSeries nmpk sedap sgt ni kak amy...nnti nak try lah..tq share resepi..;)
ReplyDelete