Pages

Wednesday, September 26, 2012

Surprise di Hari Jadi



Semalam 25/9/2012 merupakan hari lahir aku yang ke-35. Ooppssss... 35? Yaa betulll dah 35 taun dah aku skrg. Kalau tgk pada umor tu aku nie dah tua, iyer laa 35 kalu dibundarkan akan jadi 40. Sila refresh balik subjek matematik masa skolah rendah. Ishh..ish... mcm tak percaya je aku dah menjangkau umor 35 tahun. Tapi kalu tgk tuan badan ni mcm budak U jek... sila jgn muntah hijau, ini fakta bukan auta. Makkk aiiihhh aku nie tak abis2 syok sendiri. Geli geleman korang yang baca. Kui..kui...kui...
Apa yang aku harapkan bila umor dah jejak 35? Oohh...takde apa melainkan kesihatan, keberkatan, kasih sayang,rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan bagi aku sangat penting untuk aku jadi supermommy untuk 2 orang hero dan heroin aku. Tapi aku dah demam menjelang 25/9/2012. Huhuhu.
 munga ni yang buat aku tergezut smlm. malu ai...         ucapan comel kekanda untuk adinda...

Yang paling syahdu, tetiba semalam ada budak hantar bunga minta aku sign kat resit. Aku ingat customer nak tanya pasal dokumen. Aku plak dengan selamba kata “jap yer, nak settle yang ni dulu. Ada dekat 10minit gak la dia tunggu, sian budak tu. Rupa-rupanya munga dari my beloved hubby. Tersipu2 aku termalu. Tak sangka yg kekanda gebu masih lagi lomantik main antar2 munga. Sengih sampai ke telinga ai semalam yu.... tq so much sayang. Love u & our hero heroin sooo much...
 Sengih sampai telinga aku semalam. kui..kui..kui..

unsangkarable.sebab masa bday suami dulu aku xde buat apa2 surprise memandangkan aku masih maternity leave. Nak kuar pun susah sbb ada baby kan. So aku just masak2 dalam ENTRY ni untuk dia celebrate sgn kawan2 opis.
 jadi penghias workstation aku. besar gedabak wehh...
Terima kasih byk2 jugak untuk semua kengkawan(cehh ala2 ucapan terima award pulak) kat FB, rakan2 di alam maya blogger yang tak putus bagi ucapan, sms,email bertalu2 start dari malam tu lagi. ucapan dan doa kalian buat aku terharu sgt2. Huhuhu.. sayang korang ketat-ketat.

Wordless Wednesday 26/9/2012 : Bila dua dua tido...

weekend kena bawa balik satu lagi buai gantung kat umah. biasa ada satu jer. sian kat rayyan bila zara tido dalam buai. dia xleh tido. bila dua dua tido sunyi jer rumah.... masa untuk ummi berehat plak. wehh berehat hape nya, masa ni la nak lipat kain, masak, kemas umah.... pendek kata keje umah mmg x abis laaaa...



Monday, September 24, 2012

Birthday Party anak Feera

assalamualaikum...
cerita Ahad semalam, aku dh bagitau awal2 kat kekanda nak gi birthday party anak kawan aku masa sekolah dulu. kekanda bagi green lite memandangkan rumahnya tidak la jauh mana. kat sek 10 Wangsa Maju jek.

Kul 2 ptg aku tido kan kedua2 anak aku dengan harapan diorang akan bangun dalam kul 3 lebih pastu zasss boleh ke sana terus.sebelum tidokan rayyan & Zara aku dah siapkan diorang. sebenarnya hati aku ni lebih pada nak jumpa kengkawan masa sekolah dulu. iyer laa masing2 dah ada family sendiri mesti dah lain kannn...
tapiiii.... koramg tau anak2 aku bangun lepas Asar. adoiii... lama bebenor diorang ni tido plak. nak kejutkan kesian pulak. nasib baik la party tu dari kul 3 sampai kul 7 ptg. sudahnya kul 5 baru aku sampai kat rumah Feera. eehh bukan kat rumah, Feera buat kat tepi pool.

masa aku sampai tu kengkawan aku dah beransur nak balik. iyer la diorang sampai kul 3, aku lak sampai kul 5. huhuhu...  nasib baik sempat jugak jumpa, nak beramah mesra tak sempat laaaa.



 birthday boy Danial. dah besar anak bujang Feera nie.

 suasana masa majlis. tuan rumah sibuk kehulu ke hilir.

 rayyan, bila tengok pool tergedik2 dia. makin lama makin dekat dengan tepi pool. nampak dia so excited

 antara kawan2 aku yg sempat aku bergambar. Feera, Nita, aku, Afra. oohh... Afra pun ada baby nama Zara. baru 2 bulan lebih. eehh..ehhh... anak Nita dan Zara tengah berkenalan laaa..

dengan hos birthday party.

UPDATE:
Semalan tak abis taip entry kekanda dah sms on the way.
thanks Feera for the very gojess food. aku dok kat luar sbb senang nak amik food.. 
your gift so cute, anak aku suka Lion mung tu.... 

gambar makanan aku tak sempat snap sbb takut anak aku tetiba terjun pool.
weehh... kita kawan masa skolah rendah lagi dok?? member2 yang lain kalu ada buat event calling2 la..
masa ni la bulih beramas mesra. skali jumpa dah tambah anak, skali jumpa anak dah skolah...

 

Friday, September 21, 2012

Renungan Jumaat: 21/9/2012


Golongan Yang Tidak Dihisab Memasuki Syurga

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;
1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang
membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah
tanpa riya.
Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.
Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, "Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata orang yang mati syahid, "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah."
Berkata Jibrail A.S., "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?"
Orang yang mati syahid menjawab,"Aku mendengar daripada alim ulama."
Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji, "Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata yang berhaji,"Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah."
Berkata Jibrail A.S., "Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala haji?"
Berkata yang berhaji, "Aku mendengar dari alim ulama."
Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?"
Menjawab si penderma, "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T."
Jibrail A.S. berkata lagi, "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?"
Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama."
Maka Jibrail A.S. pun berkata, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian orang alim berkata, "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu."
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk."
Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu."
Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu."
Al Hassan r.a. berkata, "Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada."
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau."
Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "Amal apakah yang paling utama?"
Rasulullah S.A.W. menjawab, "Berilmu tentang Allah."


Dipetik daripada: Santai Minda SSM

Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday 18/9/2012: 5 bulan sudah...

sebenarnya zara genap 5 bulan pada 13/9/2012 ari tu. ni baru ada masa nak snap gambar dia. muka dia ada iras2 rayyan. cuma rambut dan warna kulit sedikit beza. skrg dia tgh excited nak explore apa-apa yang dia nampak dan nak cuba pegang. botol susu pun nak cuba pegang sendiri.  mata bulat, badan seketul. berat skrg 7.5kg.









Tuesday, September 18, 2012

Cuti sempena hari Malaysia yang lepas

assalamualaikum...

Sabtu & Ahad cuti aku dan keluarga bersantai bermalas-malasan kat rumah memandangkan Rayyan baru saja baik dari demam ari tu. tapi aku takde ke maknanya bersantai sangat... berderet-deret tugasan kat rumah menanti. dengan nak basuh cadar, selimut, toto(antar dobi) dan sarung bantal penangan Rayyan muntah masa dia demam ari tu. masalahnya nak basuh tu banyak tapiiii tempat nak sidai tu x cukup. iyer laaa cadar dh makan ruang, selimut lagi... pastu baju bajan lagi... haishhhh. mmg dah mcm kedai dobi betul. nasib baik cuti 3 ari, bertrip-trip aku basuh kain.

dah masuk hari ke-3 cuti(isnin) kepala hotak dah macam weng-weng... maunya tak berkurung je dalam rumah. ingat nak kuar jugak ahad tu kejap tapiiii asal nak kuar je si zara tido, zara bangun rayyan pulak tido.  ok, dah ready ni dua dua dah bangun, siap nak kuar rumah rayyan pulak berak.... adussss... dh siap nak kuar balik semula zara pulak nak tido. tu la masalahnya aku malas nak ke mana2. lg pun zara mmg tak suka berjalan, bila dia nak tido kena kat tempat. xleh dalam keta, xleh dlm stroller mcm rayyan dulu.

 layan budak baru lepas demam ni main game kt carrefour

 naik musical car plak.

 last-last tinggal zara rumah acik, kami bertiga kuar. xde la gi mana pon, just bawa rayyan jln2 hilang boring sambil stok groceries kat carrefour jer... aku lak ajak cik somi gi makan mee udang kat restoren Mak Jah. ni penangan INA yang dok menayang mee udang kat taiping. sebenarnya masa pregnen zara dulu lagi aku teringin nak makan mee udang, sudahnya zara 5 bulan baru aku dapat makan. sampai skrg dok meleleh air liur zara nak makan mee udang. ekekeek... zara ke aku yang nak makan sebenarnya....


 ada lebih kurang 7 ekor udang harimau dalam mee udang special ni.


 
 restoran mee udang mak ni terletak kat wangsa walk. pusing2 je area wangsa walk tu mesti jumpa.



apa kes cik suami minum air tembikai sampai teretido ni. ekekekek...

 
 segelas kongsi 2 beranak.

wahhh.. senyum je suami kita nie, mentang-mentang la kita belanje. udang semua aku rembat ekekek...


rasa mee udang ni setakat ok je. tapi udang dia mmg fresh... boleh laaa nak gi makan mee udang nun jauh di sana tak dapek laa. tunggu la bebudak tu besar baru bleh gi jln2 jauh skit.


penuh sepinggan kulit udang.


Thursday, September 13, 2012

2 orang rakan blogger datang beraya

pun cerita pada Ahad yang lepas, aku ada ajak 2 orang rakan blogger datang ke rumah. sebenarnya takde buat open house pn saja panggil diorang nak beraya dan berkenalan. dengan INA kami dah beberapa kali ziarah menziarahi. Ina janji nak datang rumah aku lps asar. bila dengar je azan kat masjid tepi rumah tu mula aku nak star membakar lasagna. lagi pun aku ada beli selai tudung dari Ina. lupa plak nak snap gambar, bila dh pakai hijab yang gojes tu nnt boleh snap. sesapa nak oder hijab labuh di dada aurat terjaga boleh ke blog beliau. klik sini.

Sebenarnya malu ai, sebab masa ina datang tu rayyan terlebih aktifnya. mood nak snap2 gambar dengan ina pun dah spoil, pastu merengek-rengek nak dukung la, campak2 sudu la. haissshhhh... rupa2nya tu tanda-tanda dia nak demam. cerita rayyan demam dalam entry sblm ni.

Dengan DD plak ni first time kitorang jumpa. dd datang kul 11 pagi, sebab dia ada hal nak gi tempat lain plak. dd sweet sgt, pendiam orangnya. aku & suami je yang terlebih2 ramah. hihihi... anak dd nama haris sangat la comel dengan bulu mata lentiknya. syok tengok dia merangkak rangkak bermain. comel sangat, tetiba teringat masa rayyan usia haris. mmg ligat merangkak,  masuk bawah meja, celah kusi. penat nak kutip rayyan merata2 dia pegi. hihihihi...
 rayyan yang sebelum tu tido sgt la excited main dgn haris. dh mula belajar untuk berkawan aku tengok. gosok2 badan haris bila dia tertolak haris sampai jatuh. hihihi klakar sgt gelagat diorang.

 nasib baik jugak dd jumpa cari rumah aku sbb sebelum tu dia sms lupa nak print map yg aku email kat dia. aku plak masa dd call dah sampai baru terhegeh-hegeh nak bakar spiral cheese tu.  pastu mula kelam kabut, jap2 jengok oven..jap2 jengok oven.

masa dd dgn kuku tgh makan kitorang layan haris main, siap bagi biskut samprit lagi. haris makan abis sekeping, sampai batuk2 uhuk...uhuk.... klakar sgt. boleh baca citer dd datang umah aku kat blog beliau kat SINI .

 sblm ina balik mmg acara wajib berposing. cantikkan hijab ina, aku beli dari dia yg mcm ni la tp plain. tak tau bole pakai ke tak, takut nanti terbelit dengan zara skali ngehh..ngehh... eehh gambar ni pun aku cilok dengan izin dari fb ina. tq yer ina...


 haaaa... ni plak gambar anak dd haris. bolat kan muka dia.  masa ni dd & kuku tgh menjamu selera. eehh mcm la byk sgt menu yg aku sediakan.


 bergambar dengan dd plak tp rayyan ni haishhhhh... susah betul nak bergambar. grrrrr

 menu yang aku sediakan untuk diorang ari berkenaan ialah baked spiral cheese. ina plak aku sediakan lasagna tapi tak sempat nak snap gambar.

puding roti dengan sos kastad, tapi ni versi sblm dibakar. sori laa roti tak betul2 tenggelam dalam susu, so terkeras skit roti yg tak kena susu tu. tapi rasa tetap gojes. mmg tak sempat nak sediakan menu lain walaupun aku dah rancang nak buat blueberry muffin dengan satu lagi deset.

Rayyan Demam Lagi

Ahad lepas semangat nak ber open house, gether2, mkn2 dengan kengkawan tetiba terbantut, SEBABNYA Rayyan diserang demam panas pada hari tersebut. petang tu badan dia suam2 kuku jer.. ok masa ni dh risau takut badan dia lg panas. start malam tersebut suhu badan dia mencapai 39.3'c. fuhhhh... risau sgt2 masa tu. nasib baik ada je ubat stand by untuk dia demam. bila dia kena sawan dan masuk hospital kt ENTRY ni, mmg ubat sentiasa ada. mlm tu aku & suami dh x tido. kitorang gilir2 cek suhu rayyan. mana tau takut jadi apa2 masa tgh tido kannn... tak nak kes tu berulang lagi. kali ni kena jaga betul2.

pagi isnin,lepas antar Zara kitorang terus ke Putra Medical Centre jumpa doktor pakar kanak2 Dr Marina.
budak demam ni tgh makan jambu batu. pahit mulut kot xnak mkn bubur nasi.

lps sampai rumah, bagi ubat kat rayyan. kami tido berjemaah sebab mengantuk dan penat. Rayyan punya style demam, lepas cucuk ubat kat bontot suhu turun 37'c, lepas 5 jam suhu naik semula hingga 39.9'c. masa ni la yg buat aku teramat risau. cepat2 basahkan badan dia walaupun dh letak towel kt dahi. cucuk lg ubat kat bontot. ubat sirap paracetamol mmg tak jadi hape.

Zara aku tinggalkan kat rumah acik supaya senang nak monitor rayyan. kalu ada zara aku takleh concentrate kat rayyan yg demam. tgh malam tu pun keadaan rayyan masih sama walaupun dh amik ubat. malam ke2 aku&suami tak tido. masa ni aku dah tak tau berapa kali dah rayyan muntah. minum susu muntah, air kosong muntah, makan apatah lagi.... huhuhu sob sob sob sebak sangat rasa masa tgh menaip nie. dengan perut rayyan yang kosong takde pape, keinginan nak makan tu ada tapi... adoiii

kul 3 pagi  hari ke-3 aku bangun buat susu untuk dia, masa nak turun tangga aku tetiba berpeluh menitik2. sampai kat sinki aku pulak muntah. pening nak pitam rasa masa tu. tak tau tetiba jadi camtu. smpai subuh aku pening2. memang tak larat sangat2 rasa. tapi bersiap jugak nak gi keje, lepas sampai umah pengasuh rayyan nak bangun dari keta pun aku rasa nak pitam lg. terus dgn aku skali stay  kat umah pengasuh.
suami datang amik aku gi klinik  kul 11. rupanya blood presure aku drop sampai 80, pastu plak aku tak cukup tido jaga rayyan dengan x cukup minum air. sbb tu jadi mcm tu.  suami aku plak sampai fikir aku pregnen. haisshhhh... aku dh pakai perisai ni tau. lagi pun doktor dah advised aku xleh ngandung lagi.

kat rumah toto, selimut, cadar sarung bantal dah ready untuk basuh sebab kena muntah rayyan. rasanya demam dia kali ni lagi teruk dengan yg admit dulu sebab muntah dan cirit birit skali...

Wednesday, September 5, 2012

Jamuan Hari raya MBDD

majlis hari raya yang berlangsung tengahari tadi. gambar makanan aku lupa nak snap. mmg x hingat langsung. lagipun aku x bawa camera, guna henpon samseng jek. ceduk je dlm pinggan terus ngap. lapo sesangat lah tu ekekekek.....
tapi macam2 ada....
mee kari..sate..nasi beriani..lemang..rendang..cendol...

 kad jemputan

 suasana masa majlis

 barisan teratas SSM

 dengan rakan2 selepas kekenyangan burppp... eeii tak senonoh.

 gambar tuan tanah kedaung yg semakin bolat muka...

meja VIP ceo
Irfan sebagai MC majlis tersebut

Tuesday, September 4, 2012

majlis makan-makan hari raya

Sabtu lepas aku ada buat makan skit kat umah. kebetulan adik aku, adik ipar aku dan pengasuh rayyan nak datang beraya. jadi aku sediakan lah apa2 yang patut. aku memang takde buat official open house, tapi kalau ada sesapa nak datang maka aku dengan ringan tulang sediakan apa2 yang patut. aku memang takde kederat nak buat open house besar2, nak jemput ramai-ramai tetamu. dengan anak kecik lagi...
tapi kalu nak datang tu kena la bagitau awal2, bleh aku prepare pape. takde la makan biskut raya kering tu aje.
masa diorang datang ni je yang mampu aku sediakan. gambar tetamu x sempat pulak nak snap.  setiap minggu aku dah siap list nak masak apa sbb ada yg dh booking nak datang beraya kt rumah aku. so sesapa yg datang beraya bgtau awal2 supaya aku leh masak lebih. maknanya setiap minggu bersinsing lengan bersilat kt dapor la aku... hewww... hewww...


 bila ada anak kecik kena jadi kreatip. tgk!! meja dok atas kosi. sebabnya rayyan akan sedaya upaya panjat untuk tengok apa yang ada atas meja...

 spiral cheese, pudding trifle, nasi tomyam, fresh fruits koktel, muffin, sirap sunquick.

 fokus skit spiral cheese dgn puding triffle.
sirap sunquick dgn fresh fruits koktel.