Pages

Friday, April 26, 2013

Ice Room

minggu lepas 1st time aku gi Ice Room nih. ketinggalan ketapi betul aku ni. Ice Room yang aku gi ni dekat sesangat dengan area rumah aku iaitu di Prima Sri Gombak. Kat Prima Sri Gombak ni area baru, jadi banyak jugak laa kedai2 makan yang belum kami terjah (konon..mcm la slalu mkn kt luar)

sana sini orang dok gebang, nak jugak la aku rasa cemana rasanya. aku gi berdua saja dengan cik suami.kitorang makan eskerim je tak oder menda2 lain ponn.

bagi aku yang memang pencinta makanan tegar ni rsa eskrim dia tak sedap mana pun (hamboiii...kejam) kalu ikut anak tekak aku eskrim Walls Selection Friuts Salad lagi best.  cik suami pun kata camtu jugak. kalu nak kepuasan makan eskrim kena gi fruiti tutti jugak kekdahnya. ataupun eskrim yogurt yang harga buat kau ketar nak bayar...

 aku oder yang ni.. tropical mix fruits. stoberi tu dlm gambar je. yang real xde pon. tipah tertipu...

 cik suami oder mango snow ice.


 persembahan eskrim yang sebenar. hukhukhuk.... tak tau nk cakap hape...

dah oder makan je laaa. suami kata patutnya oder satu je, share.

Thursday, April 25, 2013

Tentang Blogger


assalamualaikum uols...
alu masih lagi nak bercerita tentang blogger yang datang rumah aku masa majlis aqiqah & birthday anak2 aku ari tu. diorang semua bukan calang2 orang punya followers ribu raban, masuk paper, majalah bagai ada jugak yang masuk tv tp terima jemputan aku bila aku invite diorang untuk majlis tersebut. kembang kecut organ-organ dalaman aku bila nampak diorang melangkah masuk ke pagar rumah aku, terharu sangat. tak sangka diorang sudi meluangkan masa datang ke majlis yang tak seberapa. Si Ieda tu tak yah cakap laa mmg dia akan datang sebab aku amik service chocolate fountain dengan dia kannn... nak compare dengan aku blogger suam2 kuku. wehh... ingat senang ke nak update blog nih. nak upload gambar nak karang cerita, kena ingat balik kronologi kalu cerita entry tu dah berkurun baru nak citer dalam blog. nak letak watermark kat gambar lagi. tp aku xde watermark2 tu sume. dapat update pun dah kira ok sesangat. apa lagi nak edit2 gambar, mmg takde masa beb!!!
 
 persidangan berlangsung. semua dok tumpu kat neena.macam dah kenal bertahun sedangkan semua baru pertama kali bertentang mata.

 sebenarnya ada 4-5 orang lagi aku jemput tp diorang tak dapat datang, maklum lah hari sabtu kan masing2 ada hal dan planning dengan keluarga dan anak2. ada gak yang ada kursus. nak buat cemana kann.... lain kali kita geder2 lagi ok.

ni 1st time aku jumpa momma pinky. sakann gelak2 kitorang... padahal baru je bertentang mata...masa momma pinky datang aku lebih cam kat laki dia dgn anak2 dia sbb laki & anak2 dia lebih fofular dlm blog dia.... sorry yer momma pinky.
 
masa majlis tersebut semua excited dengan citer neena yang baru lepas balik ostolia. ada gak yang 1st time jumpa, iyer la selama ni dok ber pm dalm FB dan komen mengomen dalam blog je tetiba sekali ada depan mata, wahhh terus muahhh muahhh laga2 pipi bila berjumpa. sayang korang sangat2 tau. seolah2 aku mempertemukan diorang umpama jejak kasih. ngehh ngehh..ngehh..
biasa laaa blogger dengan camera mmg tak leh di pisahkan. jalan 3 langkah nak amik gambar, duduk kusi tu nak amik gambar, memang pantang sangat lah dengan kamera ni, dah mcm retis bila masing2 dah tak main camera kenit2 lagi. skali kuar semua DSLR ngko.... perghhhh...

kebanyakan blogger yang aku kenal tersangat mesra alam, tidak kedekut ilmu, bagi tips bercuti, hotel murah, suka sharing menda2 baik, waima kedai murah untuk beli tudung yang cantik dan berkualiti. aku suka sangat2 dan aku pun mula terpengaruh dengan beli menda2 online nih. lagi satu dari sini jugak aku dapat ramai kawan2 yang tersangat ohsemmm... suka baca celoteh korang, luahan hati, tempat menarik yg korang pegi....

jom la kita geder2 lagi sebelum puasa ni  nakkkk takk korang semua??

 nampak tak betapa elergi nya blogger dgn camera.... mmg takleh pisah laaa dengan kamera nih.

 
sangat kagun dengan Nadia. masih muda trang tang tang tp sangat matang...

thanks to uols Neena, Nadia, Momma Pinky, Mila, Ieda dan Nory

Monday, April 22, 2013

Kek Birthday Yaya

assalamualaikum uols...
saja nak tepek gambar kek bday yaya ari tu. yang kelakarnya lepas 4 hari majlis baru berpeluang amik gambar satu family dan potong kek birthday tu pun mujur dengan berbaju tido dan suami pulak berkopiah baru lepas solat maghrib. amik gambar laju2 sebab lepas tu nak antar ma balik KB di Greenwood. nasib baik ada ma tolong snap picture kitorang.

 kek karot dari Maklang. Thanks utk kek kerot yang sangat sedap, x manis sangat & very the moist.

 susah giler nak snap gambar sebab budak2 dah teruja tengok edible image upin ipin kat kek.

sebelum ma balik sempat snap gambar ma dengan yaya...

Thursday, April 18, 2013

Order Baked Pasta cheese

assalamualaikum uols...
baked pasta cheese dah dibuka untuk tempahan.
korang boleh pilih apa jenis pasta samada macaroni, spiral, penne dan yang seumpama dengannya.
harga mmg di luar logica akal korang semua. Hanya RM30 jek sedulang.saiz dulang tu adalah 20cmx20cm. Hantar area Wangsa Maju, Gombak free. Luar dari tempat yang aku sebut tu sila tambah RM5. boleh bincang jika order melebihi 3 dulang dan ke atas....

Order sekitar Lembah Kelang je, aku hanya amik order Sabtu Ahad je. kalu nak hari Isnin dan Selasa boleh collect kat  Putra LRT KL Sentral.  boleh pilih samada nak siap bakar atau belum bakar. Kalau belum bakar korang bleh simpan dalam peti ais balik umah bakar selama 1/2 jam atau sehingga cheese bertukar kaler. rasa tak akan berubah....
 testimoni korang bleh baca SINI .




dengan limpahan cheese yang meleleh2 sampai korang tangkap leleh...


korang boleh email aku: amerislovely@yahoo.com atau sms 017-3213039. sms je tau. atau PM kat facebook Ameris Loveris

Coklat Fountain murah

assalamualaikum uols...
masih lagi citer tentang majlis aqiqah dan birtday party anak aku. aku kan ada oder chocolate fountain dengan IEDA. so aku nak rekomen sangat2 kat uols yang nak buat apa2 majlis tak kira la cukur jambul ke, bertunang ke, kawin ke, naik rumah baru...

korang boleh oder chocolate fountain ni dengan si IEDA ni. aku dgn suami sangat2 berpuas hati dengan servis dia. sampai ke petang dia stay kat rumah aku memberi servis. sampai aku pulak termalu sebab semua benda nak minta diskaun, tapi yang ida bagi lebih dari apa yang aku nak. siap buat tag untuk setiap makanan. DAN candy buffet tu nampah ooohhh sungguh grand sekali sampai tenggelam meja caterer yang hidang kambing tuh.

 tengok, betapa grandnya nampak candy buffet tu...

 nampak...nampak... berebut2 anak buah aku. bukan takat budak2, mak budak, bapak budak pun suka ok.

 aku sempat posing dengan ieda tokey cekelat ni...

.bercucuran macam air terjun, korang tak teruja ke???

sebelum aku amik ieda ni ada la jugak aku survey servis chocolate fountain lain. kot2 la ada yang lagi murah khennn....

lagi satu korang bole nego2 dengan Ieda apa yang korang nak, mcm nak biskut jari, buah, mashmelo. pastu ieda siap sediakan piring, lidi dan tisu skali.

dengan serendah RM150,  free 2 kg cekelat korang bole dapat mesin ni untuk majlis korang. memang bertambah2 meriah majis korang tau siyes. sepanjang majlis mesin cekelat ni bertenggek dengan megahnya kat majlis korang.

korang boleh terus sms ke, call ke, whatsup ida di 012-2334792boleh je contact ida by email. ni email ida, iedand23@gmail.com


Wednesday, April 17, 2013

Tips menguruskan rumahtangga tanpa maid hari minggu

assalamualaikum uols..
 aku nak sambung entry menguruskan rumahtangga tanpa maid. entry sblm ni kat SINI.
email terdahulu aku citer jadual aku menguruskan rumah masa hari kerja (weekday) , ni pulak aku citer sambil bagi tips (bagi tips uols... ngehh..ngehh..) cara aku urus masa weekend/public holiday. aku tak minta pun korang ikut cuma mungkin boleh jadikan panduan. korang pn kalu ada tips/cara share2 dengan aku jugak. mungkin cara korang aku boleh guna pakai.

heyy korang, bila jadi wanita berkerjaya (pergghhh.. berkerjaya la sangat...) weekend dan hari cuti adalah sangat2 ditunggu2 betul tak?? betul tak???? kekadang rasa mcm 2 hari cuti tak cukup nak settlekan semua housework. korang setuju kan??? sila angkat keyboard masing2.... pastu dah siap semua keje nak la jugak kuar jenjalan bawa anak. wehh!! budak2 pun tension kalu seharian dok terkurung dalam rumah tau tak. (ni merujuk pada anak aku, tp aku tau anak korang pun sama jugak kann...)

kalu boleh rasa nak settlekan semua ujung minggu. tak suka tgk longgokan di sana sini. pastu bila rumah dah bersih rasa aaaarrrhhhhh.... LEGAAAA. nak masak pun rasa kemalasan sebab tak nak dinding dapur terpercik minyak. (bole pulak gitu). yang paling PENTING kena la bekerjasama dengan suami. kalau aku nak sorang semua dengan anak 2 orang  MEMANGGG tak akan siap laa jawabnya. para suami sila ambil perhatian yer.  Isteri anda bukan MAID yer, kalu korang tak nak tolong sila sediakan MAID utk beliau. Isteri adalah QUEEN utk suami.

6.30 am
ok, weekend aku bangun sejam lewat dari weekday. alaaa sejam je pon. jangan harap nak golek2 bermalasan atas katil sampai kul 8. aku kena bangun awal sbb nak siapkan bfast/lunch terus.masak bubur utk Yaya siap2. masukkan kain dlm cik mesin basuh dan beliau akan sentiasa menurut perintah bila aku tekan START. biasanya kalu weekend aku masak nasi goreng/nasi lemak/roti telur+sosej/ mee goreng/beehon goreng. kadang2 time aku mengong aku buat nasi kerabu terus makan 2 hari berturut2.

8.30
biasanya time ni budak2 sume dah bangun. kadang2 mandikan diorang dulu, kadang2 bfast dulu. lepas tu suami layan diorang main, aku plak kemaskan dapur. biasanya kalu hari sabtu aku kuar jap beli lauk basah kat pasaraya dekat dengan rumah. kalu lauk basah dah ada terus prepare utk masak tengahari nnt. rayyan dan yaya biasanya akan tido semula dalam kul 10.30. masa diorang tido ni la baru aku gi mandi, sidai baju yang basuh pagi td. suami pulak biasanya dia vacum rumah.

12pm
aku dah start masak masa ni sambil terjerit2 dari dapur bila dengar yaya nangis kena sakat ngn rayyan. mula la aku bertukar jadi raksaksa. sebab tu aku kena masak laju2 sblm diorang bangun tido. tapi takpe cik suami sangat rajin monitor diorg. wehh... dari kul 6.30 aku belum stop lagi buat keje umah tau..  biasanya aku masak 3 jenis je, satu yg berkuah, satu sayur dan satu lauk. kalu rajin tambah lagi 1 jenis lauk. apa2 yang aku masak tengahari makan sampai malam yer korang, kecuali roh rajin aku datang masak la mee sup apa2 yang seumpama dengannya.

2 pm
makan tengahari sambil kecoh2 dengan anak. suap2 diorang sambil suap mulut aku jugak. pastu kemas dapur lagi skali. kalu roh rajin aku datang aku buat la puding ke, bubur ke, pie ke, muffin ke....
pastu relax jap. sakit pinggang dah masa ni.. kuar masuk...kuar masuk... ke hulu ke hilir... adoiiii... dalam kul 3 budak2 ni tido balik. aku pun baru leh baring jap. baring je bukan tido. pastu iron baju keje lak. kalu rajin iron semua skali, kalu tak iron laa 2-3 lai. belen iron hari ahad.

5.30 pm
ready nak bawa anak2 gi taman pulak. balik umah sblm maghrib, mandikan diorg, siap2 panaskan lauk, solat maghrib. diner, kemas dapor lagi, tgk tv jap sambil layan budak2 lagi. pastu zzzzzz...

Ahad pun sama je jadual aku. cuma ada jugak hari Sabtu kitorang kuar jenjalan seharian. so pagi tu aku dah prepare heavy bfast  mcm nak lunch. isi perut suami & anak2 ketat2 dulu sblm kuar, bagi diorang tido seround.sambil aku sidai baju yang basuh subuh tadi. diorang bangun kul 11 je keluar.  Ahad aku pulun la buat keje rumah sampai nak pengsannn...  Isnin gi keje dgn rasa sakit2 badan.  Uols, semua keje umah aku buat bersama suami, means salah sorang kena monitor anak2.

#Ehh uols, berapa kerap korang tukar towel & cadar yer?

Tuesday, April 16, 2013

Aqiqah & Birthday vs Event Blogger..

ni sambungan dari entry  SINI
kul 8 pagi  pihak caterer dah call, diorg nak dekat sampai umah aku. tanjat monyet aku wehh... mana taknya kul 8 bebb. aku pun belom mandi lagi, tapi dah bangun laa, dah siap masak dish air tangan aku. special ok. diorang sampai je terusss  buat keje. semua penyediaan makanan buat kat porch rumah aku. iyer laa rumah tak besar mana pon. muat-muat utk 2 keta parking je. maknanya semua disediakan fresh pagi tu kecuali nasi goreng kampung diorang dah bawa yg siap2.

deko2 masa ni belum siap sepenuhnya. cik suami la yang bertungkus lumus menyiapkan deko2 tiup belon sume. penat weehh takleh nak citer, tapi tetap bersemangat.

segala salad, mushroom soup, coleslaw, minuman, garlic bread diorang buat kat meja banquet tu. aku kat dalam rumah kuar masuk  monitor apa yang patut. masa tu jugak nak suap yaya makan, mandikan dia pastu tidokan yaya. cik suami dah prepare awal2 pasang buai kat bilik dekat dapur untuk memudahkan aku buai yaya kalu dia terjaga. kul 10.30 start goreng karipap yang uols kata marbeles sangat tu. iyer boleh dikatakan semua puji karipap sardin telur tu sangat sedap. kalu korang nak tahu karipap tu aku import dari Kota Bharu, ma aku sponser utk yaya. Mekacih Ma bawa karipap sedap. (lenguh kaki menggoreng karipap)

pukul 12 tengahari hampir semua keje dah siap, makanan dah ready, kek pun dah ambil, Ieda coklat fountain pun dah siap. korang.... aku rekomen sangat2 si Ieda Coklat Fountain ni tau. sewa mesin yang korang xleh dapat tempat lain dan yang penting servis beliau tersangat bagusss.  boleh nego untuk apa yang korang nak. dia tunggu sampai abis majlis, topup coklat bila coklat hampir habis. dan ieda sangat2 mesra alam.

menu pada majlis tersebut adalah kambing golek, ayam bakar dengan side dish coleslaw, garlic bread, mushroom soup, salad grill,black pepper sos & mint sos, nasi goreng kampung. semua dari 


dari air tangan aku pulak semua yang kat alas meja biru angry bird. aku just buat muffin dan macaroni cheese je,coklat fountain tu dari IEDA, cicah dengan mashmello dan fingers biskut. (eehh sedap tau biskut tu)  karipap yang korang kata sedap gila tu ma aku bawa dari Kota Bharu. cekelat, sweets, jajan aku beli lah takkan nak buat sendiri pulak kannn...


 


bertungkus lumus akak berdua ni menyediakan salad, mushroom soup, buah,garlic bread....

semua makanan dah terhidang

suami ida nak prepare coklat.

terkangkang kambing golek tuhh... sangat marbeles.


rajin suami ieda letak2 tag utk makanan

dah siap di tag semua makanan kat candy table. yang alas meja angry bird biru prepared by aku, alas meja pink dari caterer.

ni la budak aqiqah tu. bila tanya gigi terus dia nganga mulut. semua suka nyakat tanya gigi dia...

ieda, tokey coklat fountain

classmate aku masa skolah dulu merangkap kazen suami aku...

abg kambing ni tengah potong2 garlic bread..

kambing golek ni kena bakar 3-4 jam dengan bara yang perlahan. sbb tu diorang datang umah aku seawal 8 pagi walaupun majlis start kul 1 ptg.

abg ni dok bakar tepi jalan, orang yang lalu lalang mesti stop amik no tepon dia. murah rezeki abg lepas ni makin banyak la order.

tetamu veteren.

yang di tunggu2 telah tiba... jenggggg.. si neena gonjeng

neena, apa yang kita gossip kan tu eekkk??

adik2 haku... wahhh kemain korang yer...

penuh tetamu kat daha rumah..

terharu bila pinky momma pun sudi datang rumah aku. sob..sob..sob...

terkangkang si emmmbekkkk nie.

happening giler bila blogger berkumpul. gamat satu rumah. sampai ma aku heran ni geng mana sebab bergambar tak benti2 mcm artis. miahhhhhaahhaaaa. thanks to Neena, Nadia, Pinky Momma, Mila, Nory, Ieda.  ramai lagi yang aku jemput tp diorang tak dapat datang, iyer lah masing2 ada hal dengan family. takpe lain kali kita buat event gempak ier korang semua. muahhhhh

anak kawan aku pun nama zara jugak, aqiqah girl yaya yg sporting dan rayyan yang asyik merengek nk dukung je masa majlis.

pinky momma yang tetap maintain ceria wpun preggy. aku dah tiup2 kat perut dia moga dapat bby girl.

encik suami with his frens. hmmm ada lagi yang call tanya rumah.



wahhh... Nory main celop2 yer...

aku jugak nak ucapkan billion thanks to kazen cik suami teacher Shuhada yang sudi datang dari Kota Bharu semata2 untuk majlis ni dan fly balik malam tu jugak. tersangat surprise bila dia tetiba muncul dan bawa jersey TRW no. 16 untuk rayyan. . speechless sgt2. alaaa gambar dia takde lak dalam camera nih.

sayangnya kitorang tak sempat nak bergambar 1 family sbb budak2 tido tghari tu. lepas tu pulak aku dgn suami bz layan tetamu. nasib baik 2 beradik tu behave sgt. potong kek pun tak sempat memandangkan tetamu bertali arus...

majlis berakhir dalam kul 6 gitu, pastu kitorang pack2 nasi & ayam antar ke masjid. terlebih terkurang kami laki bini minta maaf yer...

#yang nak tempah macaroni cheese boleh pm aku kat FB yer. murah giler wehh RM30 je sedulang. tu pun upah aku berdiri lama2 kat dapur masak sos cheese, macaroni dengan gravy, nak rebus lagi, pastu bakar pulak. penat tauu...

Monday, April 15, 2013

Behind the scene: sehari sebelum....

assalamualaikum uols...
sehari sblm majlis aku dah amik cuti ko... punya bersemangat!!! tapi aku rasa kalu tak amik cuti mmg tak leh siap semua benda. anak2 of coz la antar rumah pengasuh la kan.kalu semua nak pulun buat hari sabtu tak siap la. kami lakik binik bergotong royong kemas umah, buat deco2, suami buat bahagian luar rumah aku kat dalam rumah. kuar masuk, kuar masuk. sambil2 tu sempat buat muffin strawberry & cekelat. jenuh gak nak tunggu siap 150 bijik sbb my oven is comel jek.  

kitorang start ngemas lepas je antar bebudak tuh. gi bfast dulu, makan berat terus, sbb nak buat keje berat kan... dekat kul 2 baru aku start masak utk mkn tghari.  masak pun satu lauk je. lepas makan, sambung lagi buat keje. tau tak kitorang amik budak2 kat umah pengasuh kul 11 malam lepas balik dari giant. tu pun amik yaya je sebab rayyan dah tido. cian pulak nak kejutkan dia.... balik rumah terus tido, sakit badan, sengal2 kepenatan...
 
 suami buat bahagian luar rumah. grill tu lap satu2. perasan tak banner yang ada tu yang last year punya sethn baru nak buka tukar yang baru....

 saiz rumah yang comel2 je utk kami anak beranak so bila buat majlis, hok alohhhh... tak muah wehh

 walaupun nampak gitu je tp penat dia Ya Allah...(ke aku yang tak biasa buat keje2 camni?)


 bahagian dalam rumah aku kemaskan.  mainan budak2 ni kan merata2 tau..

 setiap bucu rumah ada jer menan diorang nih. kemah la motor laaa...(ehh sapa yg beli aku jugakkkk pastu aku jugak bising bila bersepak tak tau nak parking motor kat mana)

 aksesori decor2 (semua beli kat Party Heaven , Taman Melawati)


 goodie bag aku yang packing. eehh blurr pulakk. packing menda ni minggu lepas lg. buat skit2...

baru gantung banner baru, maknanya tahun depan pulak baru buka bila nak buat majlis lain... kui kui kui...

 semput aku tiup belon2 ni. beli pam tp mcm lambat je, tiup lagi cepat. tema baby blue & baby pink

 sambil kemas2 sambil tu jugak buat muffin ni

buat jugak muffin filling cekelat...