Pages

Friday, August 28, 2015

Psikologi Mendidik Anak Cara Islam

saya copy paste dari FB sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak..
yg baik sama2 kita kongsikan.













Psikologi Mendidik Anak Cara Islam
kredit kepada Imuslimshop.com

Thursday, August 27, 2015

Season Garden Condo: Interior decor moden

dalam entry SINI tentang saya ada beli seketul kondo di Wangsa Maju,
 saya da berjanji akan masukkan deco2 interior. 
ni masa saya gi tgk diorang punya show house. 
sangat2 cantik, moden urban dan gaya tatarias yg
 sangat simple untuk orang KL yg sentiasa sibuk bekerja di bandaraya..
[ayat skema mcm dlm majalah pulak...]

kondo ni ada 3 bilik tido, 2 toilet, dapur, hall dining dan sedikit bahagian belakang utk mencuci. luas 950sq.
ada 3 jenis mengikut keluasan kalu tak silap saya... 
gambar yang saya ambil ni pu secara bercampur2. 

cuma saya nak kongsikan idea dari interior designer Season Garden.
mana tau korang boleh ambil idea ni untuk hias rumah sendiri nanti...

jom tengok hiasan dalaman dia...
 

 sesuai untuk anak perempuan

 bilik anak lelaki

 bila cadar putih, terus nampak ala2 hotel

 ruang tamu bersambung dgn ruang makan

 ruang makan yg romantik


 idea untuk bilik anak lelaki lagi


Wednesday, August 26, 2015

Resepi: Roti jala yg tetap lembut sampai ke petang...


minggu lepas asben saya outstaion.
jadi mmg malas betul nak keluar gi mana2.
dengan cuaca pulak yg panas terik, mmg boleh buat pening kepala.

2 hari mmg tak bergerak kereta, gate pun tak buka.
sian jugak budak2 tu kebosanan memerap dalam rumah je.
saya biarkan je diorang main menan, sepah2 rumah dengan otomen, 
thomas, transformers, keta hotwheel, merata2 dalam rumah. huhuhu

2 hari jenuh jugak laa nak pikir menu untuk masak. pagi, tghari, petang...
walaupun tinggal bertiga dgn anak2. 
tambahan pulak diorang dah pandai request nak makan tu... nak makan ni...

hari sabtu tu saya buat roti jala dengan kari ayam.
diorang mmg suka.
 masa saya tengah menjala rayyan kata mcm web spider dlm spiderman...
cepat je dia pikir. saya sendiri pun tak terpikir ...

roti jala ni saya refer blog kak Azlita. ternyata mmg lembut sgt sampai esoknya..
tapi saya hanya buat 2 cawan gandum saja dan pandai2 adjust air, telor dan minyak.
iyer nak makan 3 ketul perut je kan..
satu lagi saya gunakan pewarna merah & hijau.
 derhaka lagi saya tambah 5 sudu susu low fat.
esoknya pun boleh makan lagi, masukkan dalam peti ais dan panaskan dlm microwave.





 nampak tak bersungguh yaya makan...


 
ROTI JALA LEMBUT

3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak
secubit garam
sedikit pewarna kuning telur

Satukan semua bahan di atas dan kacau rata
Masukkan dalam mesin pengisar / blender dan kisar halus
Kemudian tapis
Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair

Mentega untuk di gris pada kuali leper
Daun pandan sebagai alat untuk meratakan mentega
Acuan roti jala

Panaskan kuali leper atas dapur hingga betul-betul panas ( guna api sederhana ), ini supaya roti yang di kirai tidak melekat dan mudah di angkat
Bila dah panas barulah sapukan mentega dengan menggunakan daun pandan
Masukkan adunan dalam acuan roti jala dan dan kirai dalam bulatan kecil-kecil secara berterusan hingga menjadi bulatan yang besar. Anggaran 6 inc
Tunggu hingga permukaan atas kering , ini bermakna dah masak lah . Tak perlu balikkan
Terus angkat dan lipat. Terpulang kalau suka lipat boleh lipat bentuk 3/4 bulatan atau boleh gulung seperti mengulung kuih dadar
Ulang proses yang sama hingga habis


Tuesday, August 25, 2015

breakfast yg super sedap di Levain Boulangerie Patisserie

minggu lepas saya dan suami sempat  dating berdua breakfast 
di Levain Bouangerie & Pastisserie. nak sebut pun berbelit lidah ooii...  
tempat ni asben saya jumpa dalam majalah Anjung Seri kalu tak silap.
terletak di Jalan Delima off Jalan Imbi KL.

kedai dia macam banglo lama yg diubahsuai.

masa mula2 masuk kagum giler dengan deko dia. 
seolah2 kami berada di Italy di musim sejuk 
[walaupun belum pernah lg sampai sana, ok berangan tu foc]
sampai suami say boleh cakap... sebulan sekali boleh datang sini.
xleh selalu kopak poket.

sesekali breakfast ala omputih... wahhh gitew...
roti dia tersangat2 sedap yang amat.

selepas mencuba, terasa ingin rasa semua roti yang ada.
pembuatan roti sangat kreatif bg saya..


jom tengok apa yg saya order kt sini...


 
enterance. jom masuk

 asben saya order air ni

 rupanya ada breakfast set. tapi saya dah ambil roti ni 
dan dessert manggo cup untuk mencuba

 manggo cup yg tersangat sedap... serius tak cukup 1.
rasa dia hanya manis mangga je. betul2 ori...

 pelbagai pilihan roti

 roti lagi..

 sambil pilih roti boleh tengok diorang menguli dan membuat roti. 
bau roti sangat laa sedap dan khayal


 
suami saya order yang ni.
 hashbrown dia sangat rangup berbeza dengan yg pernah saya rasa sblm ni


  
ni air saya latte caramel. Ya Allah tersangat sedap.
sambil terpejam2 mata saya menikmati air latte ni.

ni pula set yang saya order. nampak mcm roti yg dibuat ala2 piza je, 
sekali saya rasa adusss...tersangat2 sedap.
saya menikmati secara perlahan2 sbb tak nak bg cepat habis

 
 tetiba kat dalam dia ada telo leleh.. sangat2 sedap bila lalu kat tekak...


sebab tu saya kata tak boleh datang selalu...
sekali breakfast saja RM60++....

 
sempat selfie laki bini




korang yang nak cuba breakfast sini boleh ke FB.
next time boleh cuba lunch sini pulak...



Wednesday, August 19, 2015

Alhamdulillah.... rumah ke-2 kami

lama saya fikir untuk buat entry ni sebab takut akan kata2 negatif sekeliling saya..
tapi untuk kenangan masa depan saya cekalkan ati menulis entry ni.
alhamdulillah akhirnya Allah beri kami rezeki untuk memiliki rumah ke-2 kami.
walaupun agak terlewat bagi umur kami,
 untk memiliki aset ini tapi segalanya dipermudahkan.
bukan senang untuk membuat keputusan membeli
 sebuah rumah bagi kami yg mempunyai komitmen yg 
sedia ada dan menambah lagi komitmen ini.

sale & purchase agreement ni kami sign seminggu puasa yg lalu. 

andai tidak sekarang, entahkan mampu atau tidak untuk
 masa depan memiliki rumah. memandangkan aset hartanah ni
 tidak akan turun bukan mcm kereta dan barang2 lain.

keputusan membeli hartanah bukanlah dibuat mcm membeli baju,
 dan barang2 lain. waima kereta pun saya  rasa membeli rumah memerlukan kita berfikir, solat istikharah dan kena tahu juga ilmu hartanah.
aidai tersilap beli kemungkinan akan rugi, ditipu dan sebagainya dan segala2nya kita yg menanggung hutang berpuluh tahun... nauzubillah..

apartment kondo yg kami beli ni terletak di wangsa maju.
 berhampiran dengan highway DUKE, pasaraya AEON Big.
 Insyaallah akan siap pada 2018. semoga segalanya berjalan lancar...

Next ntry nanti saya share deko show room rumah yg kami tengok yg sangat2 cantik, urban dan moden.


 signing agreement dengan bank dan developer

 S&P 

 terletak di tengah2 bandar KL. Insyaallah projek ni siap 2018.

 
abaikan budak yg tak mesra kamera ni.







Tuesday, August 18, 2015

RESEPI: Lamb Stew yg sedap & mudah

sebenarnya dah lama sangat keinginan tu nak masak stew.
 tapi rasa macam arrgggghhh susahnya masakan western ni. 
skali bila dah cuba takde laa susah sangat pun.

saya rujuk banyak jugak blog dan resepi untuk masak stew ni. 
ada yg macam daging masak kicap, ada jugak yg rupa mcm daging masak merah...
saya jugak refer resepi Jamie Oliver kat youtube.

 dah kata masakan western kan.so rujuk pada yg betul2 pakar
 tapi saya olah semula mengikut citarasa saya.
 dan alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan...

tak sabar rasa nak masak stew ni masa hari raha haji nnt.
 masa tu kan daging banyak.
asyik masak gulai, kari, sup... nnt kita cuba pula buat beef stew kann..

daging kambing ni hampir sebulan dalam freezer saya. 
sebenarnya ni kambing abah saya masa kenduri bertunang adik saya masa raya ke4 lalu. 







LAMB STEW

Bahan-bahan
  • 1 kg potongan daging kambing (potong cube)
  • 1 1/2 biji bawang besar holland (dadu)
  • 1 batang lobak merah (potong baji)
  • 3 biji kentang (potong 6-dadu besar) 
  • 3 batang saderi potong kecil
  • 2-3 biji tomato [potong dadu]
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tomato sos
  • Thyme, rosemary, daun bay, basil, marjoram, terragon (atau mana2 mixed Italian herbs) secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu kecilLada hitam yg ditumbuk [boleh tambah ikut citarasa masing2]
  • Air secukupnya 
  • 3 sudu besar olive oil
  •  
Cara-cara
  1. Gaulkan daging bersama garam, lada hitam, dan 2 sudu makan tepung gandum. 
  2. Dalam periuk, masukkan mentega dan olive oil. Kemudian, masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang bertukar perang, kemudian masukkan tomato yg di dadu.
  3. Ketepikan bawang (masih dalam periuk), kemudian masukkan daging dan masak sehingga keseluruhan permukaannya menjadi perang, kemudian masukkan air 3 cawan. masak hingga daging kambing lembut dan empuk.
  4. Masukkan lobak merah dan kentang dan saderi, . Renih atas api sederhana
  5. Selepas 5 minit, masukkan, tomato sos, Italian herbs, lada hitam, & garam secukup rasa. Renih lagi selama 20 minit.
  6. Bancuhkan baki tepung gandum & tepung jagung bersama 1/2 cawan air. Kemudian, campurkan ke dalam periuk.
  7. Teruskan merenih sehingga daging, kentang, saderi dan lobak merah betul2 lembut dan empuk. bolehkan masukkan sedikit air jika nampak terlalu kering. 
sedap dimakan bersama roti atau nasi.. 

tips:
bawang holland dadu yg digoreng keperangan dan daging yg digoreng akan merubah warna menjadi coklat. jadi tak perlu tambah kicap ke apa untuk mendapatkan warna sedemikian.

SELAMAT MENCUBA...