Monday, January 9, 2012

Nasi Ayam Goreng

semalam aku masak nasi ayam goreng. mmg sedap sgt2 dan sgt digalakkan untuk kawan2 mencuba. rasa dia dh ala2 nasi arab. aku dapat dari blog ANA. biasa laa kalu masuk blog dia ada je resepi yg nak dicuba, dan hasilnya mmg tidak mengecewakan. tp aku ada la buat pengubahsuaian dan penambahan skit2. aku tambah salad tomato ikan bilis (kerabu laa tu...), pastu buat sup ayam sbb nak suap utk anak skali.
esoknya kami laki bini bawa bekal gi opis plak..


Nasi Ayam Goreng
resepi asal: MAMASYA

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*(aku x sukat pun, main agak2 je)
1 sudu besar serbuk kunyit*(agak2 jugak)
1 sudu besar rempah kari*
Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari (aku x letak, takut nasi tu bau kari sgt, ganti dgn daun pandan)
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar(x letak pun)
4 cawan beras basmathi-cuci toskan( aku buat 3 cawan jek beras biasa)
4 1/2 cwn air( aku guna kuah sup ayam)
1/2 cwn susu cair
secubit garam dlm nasi (aku tambah)

Cara-Caranya:

Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.


Sambal merah

Cili merah 5 biji
Bawang putih 1 ulas
limau nipis 3 biji
gula 1 sd kecil
garam 1 sd kecil

Tumbuk semua bahan.perasakan garamnya..



ini lah hasilnya. takde sup pun dh ok. bahan perap kt ayam tu meresap dlm nasi. mmg terangkat masa mkn.... alamak cmner puting rayyan bleh posing skali dlm pic ni??

masa proses masak nasi, sila atur ayam goreng dlm periuk nasi.

salad tomato tu xde pun dlm resepi asal, aku sesaja tambah. tp mmg mantop lah gandingan salad tomato ikan bilis dgn nasi ayam goreng.

5 comments:

InaAchik said...

kita pon masak nasik ayam jugek utk family last week. masak agak2 nak pengsan bawah sink ler kekdahnya...

ameris said...

ina;
byk mana ko masak tu ina...??
sampai nk pengsan bawah sink.

Mama Gee said...

wahhhh leh terai nih...
berenang ayam tu dlm periuk ek..seksii hehee

ameris said...

G; cuba masak weekend nie. tp sabtu datang umah saya yea. masak ari ahad.

mmber opis sy dh cuba mmg sedap ala2 nasi arab gitu....

eyndayusoff said...

Nampak sangat menyelerakan... dah le nak sampai waktu lunch ni... macam terbau-bau je nasi ayam goreng ni :-)

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015