aku ingin berkongsi ilmu utk 10 malam terakhir Ramadhan ini. walaupun ramai dah tahu, aku share jugak utk rujukan aku dan teman2....
Firman Allah SWT:
“Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud,sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik.” (al-Isra’:79)
Erti Solat Tahajjud:
Solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam,
sedikit 2 rakaatnya, 4 rakaat 6 rakaat sehingga 8 rakaat banyaknya.
Selepas 2 rakaat beri salam.
Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah
waktu isyak sampai terbit fajar.
Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin
melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar
sahaja. Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.
Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul
5.00 pagi bolehlah kita melakukan Solat Sunat Tahajjud itu. Sekejap
sahaja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam.” (riwayat Muslim)
Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang
tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan.
Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi
tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada
waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan
ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya
semata-mata untuk mengerjakan tahajjud.
Lafaz Niat:
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala,
Allahu Akbar
”Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud
dua rakaat kerana Allah Ta’ala"
Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu:
1. Pada rakaat pertama baca Surah Fatihah dan
Surah Al-Kafirun atau Surah Al-Baqarah: ayat 284-286. Surah-surah lain
yang anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan.
2. Pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah
Surah Al-Ikhlas atau Surah Ali-Imran :ayat 18,19,26,27.
Selepas selesai solat bacalah doa yang khusus jika
kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau
mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.
3. Selepas solat dan memberi salam. Baca doa ini
jika dapat. Atau doa sendiri minta keampunan dan hidayatnya.
Maksudnya:
“Ya Allah, Ya Tuhan,
bagi Mu segala puji dan pujian. Engkau Raja di Raja. Seluruh langit,
bumi, dan segenap isi dan penghuninya, kepunyaan Mu semata. Engkau
mengatur semuanya dengan sempurna, tiada suatu pun yang ketinggalan.
Engkau Haq dan nyata. Janji Mu tepat. Pasti kita bertemu dengan Engkau.
Kata-kata Mu benar. Kenyataan syurga dan neraka, kesejahteraan dan
kesengsaraan tidak dapat disanggah. Kebenaran para Nabi dan Muhammad
S.A.W tidak dapat pula dibantah. Tuntutan tanggung jawab, perhitungan
neraca dan hari pembalasan, pasti tiba saatnya. Ya Allah, Ya Tuhan, aku
meyerah dan tunduk pada Mu, beriman dan yakin akan Engkau. Bertawakkal
pada Mu. Di pihak Mu aku berdiri dan pada Mu aku bertahkim. Maka
ampunilah kelalaian ku dan tutupilah kelemahan ku, baik yang lampau,
mahupun yang kini dan yang mendatang, yang lahir dan batin serta yang
Engkau lebih tahu daripadaku. Engkau yang memajukan dan Engkau pula yang
memundurkan. Dan tiada Tuhan selain Engkau. Serta tiada helah mahupun
kekuatan kecuali dengan Mu jua.”
4. Istighfar sekurangnya 10x atau lebih.
Maksudnya:
Aku minta ampun daripada Allah
yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup
dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
5. Baca Penghulu Istighfar jika dapat.
Sementara tunggu subuh bolehlah zikir. Dan
jika mahu tidur balik bacalah ayat-ayat berikut:
1. Ayat Qursi.
2. Surah
Al-Ikhlas.
3. Surah Al-Falaq.
4. Surah An-Nas.
Fadillat atau faedah mengamalkannya:
1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2. Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan
orang yang berzikir.
3. Orang yg mengerjakannya
akan diberi ganjaran syurga InsyaAllah.
4. Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2)
yang lalu.
5. Ianya juga dapat
menghindarkan dari penyakit.
sharing is caring. sumber SINI
6 comments:
thx utk info ni kak... =)
MK; utk manafaat bersama
Hi Ameris, beautiful header pic. Wishing your son from Canada, happy 1st birthday.
You got a beautiful family.
Best regards, and keep a song in your heart.
Lee.
tq atas perkongsian ini amy...g pun br tahun ni berjinak2..utk buat solat Tahajud...huhu betapa lalai dan leka sgt selama ni..harap dpt istiqomah utk terus buat selepas abis Ramadhan ni....aminn
G; amy pn camtu gak. thn ni mmg bawa seribu makna. sblm ni mmg jahil je.
Insyaallah lepas puasa pn jd amalan.
Semoga yg baik2 utk kita semua... InsyaAllah...
Post a Comment