Friday, February 8, 2013

Tentang aku dan Berat Badan

assalamualaikum uols...salam pagi jumaat yang dingin dengan hujan renyai2...
lately memang aku buzy giler kat opis, skrg lega skit sbb time peak dah abis. so buat la keje cam biasa..wehh smlm aku sakit perut giler baban. ntah apa benda yang masuk perut aku sampai tahap sakit perut tu mcm kontraksi nak bersalin yang setiap 5 minit tu. sampai aku tak sempat nak kunci toilet kat opis. kali kedua pulak sampai aku merangkak nak masuk toilet. korang bole bayangkan tak tahap kesakitan perut aku tu??  

eeh aku bukan nak citer pasal sakit perut sebenarnya, tp pasal berat badan aku yang mencanak2 naik mcm dipam2. aku ni kategori comel2 dengan berat sblm kawin 45-46kg.kalu masa perhimpunan kat skolah dulu kedudukan aku mesti di baris depan je, mmg xde can la nak borak2 kalu dok tengah or blkg. pastu kalu amik gambar kelas aku mesti dok barisan depan kosi kat sblh cikgu. so korang mesti dah bole agak tahap kecomelan aku dengan tinggi 5 kaki 3 inci.(comel la sangat!!) Lepas kawin berat aku ada la sampai 48kg gitu. masa mengandung pun berat maximum aku 56kg jer (jerr...). yang buat aku pening bila berat aku skrg mencecah 52.3kg!!!! tulunnnnn...... walaupun ada yang kata "takde la berat sgt", "ok la tuu" tapi bagi aku ini sangat2 merunsingkan hokay. aku tak nak jadi ayam serama. korang bole bayangkan tak aku pakai dress tetiba nampak mcm ayam serama terkedek2 jalan nak naik tren. pengggsannnn...


gambar ni aku snap masa gi Penang baru2 ni. kat rumah ada penimbang biasa je. bila dapat penimbang digital terkedu aku dibuatnya. sebelum ni pun mmg dah perasan badan aku ni makn mengembang bila banya suar xleh butang, baju lak dh ketat2 tang punggung. peha dah berselisih. kalu dia membesar kat situ takpe gak. hihihi tang perut mmg la nampak mcm org pregnen 3 bulan TIDAKKK...TIDAKK... ini tak boleh jadi, maka alternatifnya lps balik dari kampung hari tu aku dah buat perang dingin tak makan malam. aku cuma amik buah2an @ minum susu HL @ abiskan makanan rayyan sesudu dua... aku hanya makan nasi tengahari sahaja dengan setengah senduk.

bulan depan nnt boleh tengok ada penurunan ke tak. ni mmg dah nekad abis ni nak turunkan berat badan, xnak jadi ayam serama @ ayam katik.




7 comments:

Nory Zoulkefle said...

takdelah berat sgt tu kak...
Nory yg belum beranak ni pon dah cecah 58kg...
acaner tu??
hehe

GOLD FINGER said...

weeehh..gua lagi berat tes..56..bila jalan montot mcm tinggal kat belakang..

MizzTina said...

kak, br sy sikit berat tu..

::EIDA:: said...

berat ida sebelum kawen tuuu... skrg pon dh dipam pam..... takutt tgokkk

BaTiK_PiNk said...

Kak,

Berat idaman Yani tu...huhu~

Anyway, salam perkenalan ye!

nadia farahida said...

kak amy, ayam serama comelll je.
kalau nadia, bukan takat ayam serama lagi dahhhhh. berama rama semua ada. hahahahhaa

Elya Roza said...

hi kak ..akak tak berat laa...
sy lagi berat dari akak tau! :)

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015